Dah 3 bulan kawen baru nak review bilik pengantin? Haha. Ni semua gara2 tadi tengah godek2 folder gambar, terjumpa pulak gambar bilik masa tengah major renovation dulu2. Mengubah dari bilik anak dara yang kecil ke bilik pengantin yang amat simple ;).Teringat entry ni jugak, perihal bilik pengantin, aku nak design bilik yang macam mana, nak bubuh cermin la, itu la ini la. Dan akhirnya..jadi juga bilik pengantin yang di idam2 kan. Simple tapi cantik (di mata aku lah) ;)
Menjadikan design bilik ini sebagai inspirasi.
Credit Google.
Sebelum. Ni belah kanan bilik
Bilik pink. Dulu penuh bintang2 glow in dark. Tu yang putih2 tu.Hehe
Selepas.
Dinding dah cat putih.Rak merah & almari putih ;) Both from Ikea.
Atas rak merah tu dihiasi ngan frame gambar & pomander ball.
Atas almari putih pulak dihiasi gambar2 kami, kad kawen, hand bouquet & kelopak2 mawar. Tujuan nya ialah ada lah port cantik untuk OP & OV boleh focus nanti ;)
Sebelum. Ni belah kiri bilik pulak.
Selepas.
Bubuh cermin bebanyak supaya bilik kecik nampak luas.
Cermin Ikea, 4pcs=RM20 tak silap.
Sebelum.Ni center bilik.
Kat sini dulu ada rak buku dengan rak mekap.
Selepas.
Hehe.Katil sempoi yang tak ada palang kepala ;p
Acually mama ada belikan katil dan tilam baru untuk bilik ni tapi memandangkan bilik ni tingkat atas, jadi aku rasa macam leceh lah nak angkat2 katil bagai ni. Jadinya, katil dan tilam baru tu bagi kat mama & ayah jela.Mereka lebih layak ;)
Simple gila kan? Tapi aku puas hati. Memang nak bilik sesimple ini sahaja. Tak perlu langsir2 mahal, almari baju mahal. No no. Ohoo..bercakap pasal almari baju, bilik ni takde almari baju pun. Just ada rak baju Ikea je. Haha. Sebab masa anak dara pun pakai tu je, takde almari baju jadi tak perlu lah disebabkan kahwin yang sehari tu nak berabis beratus2 just untuk beli almari baju.Lagipun lepas kawen, pindah umah, baiklah beli almari baju dekat rumah sendiri je nanti.
Moh kita lihat gambar bilik dari lensa kamera OP kami pula ;)
Ahaaa..itula rak baju simple tu. Tempat gantung baju pengantin je pun
Masa ni mak andam tengah touchup makeup untuk majlis sanding. Memang agak kelam kabut sebab paginya tu majlis nikah kan.Oh, sila fokus kepada bilik simple itu ;)
Masa ni sesi inteview kejap oleh OV kami.Tak tahu lah borak apa sampai muncung2 tu.Haha.Oh, nampak cermin tu? Sukaa ;)
Posing di atas katil comel ;)
Sekian review tentang bilik pengantin yang amat simple ni. Tak perlulah nak membazir masa kawen sebabnya lepas kawen nanti lagi banyak nak guna duit sebenarnya. Bersederhana lah, ikut kemampuan diri. Sometimes less is more ;)
13 comments:
pic last tu sgt sweet.....
suke last pic!
aaaaa suka sangat cadar tu. mmg exactly my taste !!!! suka sangat, ena beli kt mna yunk? ada nmpk kt pas tapi mahal2 blako :( ke mmg rege dia gitu eh..
nak beli utk rumah senirik sebenarnya :)
idea cermin tu kan izza nk buat jugak, nk buat cermina besar gila besar mcm gmbr bilik inspirasi ena tu tapi emak x kasik. suruh letak cermin panjang nampak badan je :| kata orang tua ikutkan je :D
bestkan kawen !! (tak sabar menunggu turn izza plak)
bestnya kawen!! N pon deco2 sndri jekk...perabot yg bli bakal diangkut ke uma sndri nti...
semana mampu cantikkan la ikut bajet kan..hehehehe..aku sgt lega aku ikut bini aku belah dia pnya preparation kat butik..aku berjaya save 700 utk dia..hahahaha
KAK BABY WUZ THEREEEE.. hahahhahaha
ermmm sobss sobsss xsempat nk posing atas katil time kawin dulo..i like simple bilik u...
nak kawin jugak! lol :P
kak zona & lynn:
mashehh ;)
Izza:
Ena pun x tau mane mama ena beli tu, ena pakai je.Tapi harganya mmg standard camtula kot yunk.Ena pun suka corak dia. Very sweet kan ;)
skrg ni ape2 idea mak turutkan aje, x boley nak argue, they know best.
Tak lama je tu yunk ;)
N:
Kann..bestkan ;)
Hemy:
tula. ikut kemampuan & lagi satu rerajinlah survey. 700 tu banyak ok, ley beli peti ais..huhu
Kak Masy:
Yes. u were here..hahahahah
Mrs Najib:
Thank u. Skrg ni boleh je nak posing2 lagi kan..hehe
Fara:
Cepat2lah dik. Bestt woo ;p
puan ririn..katil tu xde kepala katil ek????
*kire mmg meletop laa wehh..nmpk beso gile weehhh...
nang mena kata ktk ya yunk...nang best kawen..huhuhu...rasa nak rewind balit jak nak owh...hehhehe...
nway,,, suka bilit ktk ya...simple but really nice...i likeee...:)
Post a Comment