Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Tuesday, December 11, 2012

Cuti-cuti Kuching Part 3


Aktiviti esoknya kami ke Muzium Kuching pula. Muzium khas berkaitan dengan kucing2. Cat lover macam mama Aqil ni memang syoklah pergi muzium ni. Sukaaa gila! Walaupun dulu dah pernah pergi tetap jugak nak pergi lagi.Encek hubby terpaksa buat2 suka masuk muzium ni sebab dia bukan jenis yang suka masuk muzium. Hehehe. Masuk muzium ni free je cuma kalau bawak kamera, kena bayar RM3-RM5, depends on jenis camera yang kita bawak. Mohla tengok apa yang menariknya dalam ni..

Keluarga Pusak!! Pusak ialah kucing  dalam bahasa sarawak :)

Suka je Aqil tengok pusak2 dalam ni.


Semua memang pasal kucing je la dalam ni. Ada mumia kucing lagi. Jenis2 kucing, sejarah kucing,mitos kucing..kucing kucing kucing. Banyak jugak info kat sini. Untuk cat lover memang gigih la kan akan belek dan baca satu persatu segala info dalam ni. Tapii kalau untuk yang tak berapa suka kucing..tempat ni mesti dirasakan sangatlah boring. Ngeh

Dekat Kuching memang banyak muzium dan banyak tempat best untuk dilawati. Antaranya ialah Muzium Sarawak, Muzium Kucing (muzium yang kami pergi ni),Kampung Budaya, Damai Beach, Orang Utan Sanctuary Park. Kampung Budaya memang wajib dilawati bagi yang pertama kali bercuti ke Sarawak sebab dekat sini memang best, kita akan dapat banyak pengetahuan pasal etnik2 yang ada dekat Sarawak. Ada rumah2 dan persembahan budaya. Kami dah pernah pergi ke Kampung Budaya & Damai Beach dulu, so kami plan nak ke Orang Utan Sanctuary. Excited nak bawak Aqil pergi tengok Orang Utan,tapi disebabkan hujan,terpaksa cancel. Takpelah, nanti Aqil dah besar, dah pandai cakap..kalau ada rezeki ke Kuching lagi, kami akan ke Orang Utan Sanctuary ni :)

Ok sambung balik aktiviti kami. Dah ke Muzium, terus kami makan di SCR ekspres. Nasi ayam dekat sini memang de bomb!! Encek hubby memang suka nasi ayam SCR (Singapore Chicken Rice) ni sampai bertambah 2 kali. SCR ekpress ni hanya ada dekat Sarawak, kira macam The Chicken Rice Shop kat sini lah. Malam tu pulak kami ke Benteng Satok, makan mee kolok. Sedapnyaa!! Benteng Satok ni ada banyak stall jual makanan dan minuman, recommended stall yang jual mee kolok sedap ialah stall "Mee Kolok Mangkuk Merah". Sorry, gambar makanan semua lupa nak snap. Kusyuk sangat menikmati makanan.Huhuhu.

Esoknya pula, kami ke wedding besfren tercinta, Maria. Happpyyyy sangat dapat jumpa dia.Setahun lebih dah tak jumpa. She's my good friend. Dari masa study dekat UiTM Sarawak dulu. Family kami pun rapat. Suka Aqil dapat jumpa nenek Sarawak dia :)

She's so gorgeous!!! Maria & Zakini sama cantik dan sama padan! Alhamdulillah, semoga berbahagia sampai ke syurga. Dapat baby comel2 :) Uniknya wedding dekat sana, start pukul 8 pagi, bersanding pukul 1030 pagi dan habis pukul 2 petang. Cepat kan? Tapi best jugak, start awal, settled awal. Malam dah boleh rehat2.

Aqil yang dah penat. Baju melayu tu nenek Sarawak yang buatkan.
Mekasey nenek :)

Petang tu pulak kami ke The Spring, nak jumpa Nisa. Kawan masa study jugak. Seronok bila dapat jumpa kawan yang dah lama kita tak jumpa ni :)

Xmas deco dekat The Spring. Cantik :)

Ini lah Nisa. Makin cantik dia sekarang. Suka dia dapat jumpa Aqil, sebab selama ni jumpa dalam fesbuk je. Borak2. Cerita perkembangan terbaru masing. I'm so happy for her sebab dapat kerja yang dia idamkan since masa belajar dulu. Alhamdulillah. ( Mama Aqil nak kerja jugak)

Aqil dah start cranky2 dah masa ni.Huhu

To cut a long story short, esok malamnya pulak kami bersama2 dengan pengantin baru dan juga Zalikha ke Topspot. Tempat ni memang femes dengan makanan lautnya. Seafood heaven. Makan timeeee! :D

Me, Maria & Zalikha. Memasing duk bercerita nostalgia masa belajar dulu. Memang lawak je bila ingat balik. Hahaha. Memori betul. Tu ialah makanan2 yang kami order. Memang sedap sangattt!! Sangat! Recommended restaurant ialah restoran nombor 10, ABC seafood. Memang terbaik! Yang atas tu ialah midin belacan. Midin hanya ada di Sarawak. Lebih kurang macam paku pakis.

Happy Us! :D
Terima kasih pada pengantin baru sebab belanja kami makan malam tu.

Petang esoknya kami balik dah. Departure pukul 225 petang. 
Bye bye Kuching. Thanks for a great time :)

Sepanjang dalam flight, ini budak kicik tak mau tido pulak. Huhuhu. Masa flight take off, ngempengkan dia kejap sebab takmo bagi dia sakit telinga. Lepastu bulat je mata dia, takde ciri2 mengantuk. Nak elak dia cranky or tak selesa, kami pasangkan Upin Ipin kat Ipad. Elok je dia behave sepanjang flight. Fiuhhh~ Thanks to Ipad. Hehehe.

Upin Ipin biggest fan!

Sekiannnnn. Tamat sudah percutian kami. Santai2 je. Kami tak beria pergi ke banyak tempat sempat faktor cuaca dan juga sebab Aqil masih kecik.Lepasni kalau Aqil dah pandai berjalan, berlari..baru mama ngan ayah beria Aqil jejalan ok :) Korang kalau nak ke Kuching nanti boleh klik link2 tempat best yang boleh korang lawati kat atas tu tadi. Mesti seronok punya. Oklah, Boboi :)


5 comments:

Unknown said...

pic no.6 senyum sepeten jek..sweet la korg!gigih kira blk pic no bapa..huhu..nak p jalan2 jugak...

Masy said...

dak L suke sangat muzium kucing tu #tetibe

lapau laa tgk sifuuudddd

mommychaa said...

menggegar otak nengok seefood tuuu...kelako plak makan nasi ayam singapore tapi kat sarawak eh? kihkihkih! macam-macam nama hado...dulu dah pernah g kuching, few years back. asik beli lada hitam & sewaktu dengannye...siap beli pasu serawak kata kooo! kahkahkah!

Erina Asmawani said...

Cik Anis:
Metacey Anis. Senyum kitorang memang sepesen..hehehe..gi pujuk ayah Airiell suh bawak jejalan :D

Kak Masy:
Wahhh..L catperson eh kak?? So suwitttt!#tetiba

MOhla kita makan seafood! :D



Erina Asmawani said...

Mommmy Cha:
Tauuu xpe, Singapore jugak yg dapat nama..hahhaa

Ena dulu masa study asal balik je mesti beli ladahitam la, tebaloi lah, pastu haritu malas nak beli semua tu sebab kat semenanjung pun dah ada :P









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015