Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Friday, March 08, 2013

Jalan-jalan cari makan :)

Memula moh kita ke restoran Upin Ipin. Lama dah menyimpan hajat nak awak Aqil makan kat sini,Aqil kan peminat no 1 Upin Ipin, tapi tak berkesempatan. Akhirnya minggu2 yang sudah, dapat juga bawak dia kat sini. Restoran Upin Ipin dekat seksyen 7, Shah Alam belakang Jakel yang gah tu.

Masuk je restoran tu, Aqil dah senyum2. Suka la tu nampak Upin Ipin terpampang besar kat dinding. Mama Aqil pun tumpang suka jugak. Eksaited!(eh, mama pulak eksaited).Restorannya memang penuh dengan karakter Upin Ipin. Bersih, selesa & berhawa dingin. 


Moh tengok menu nye pulak


Macam2 set ada. Set nasi opah, set Upin Ipin. Banyaklah. Sekali dengan air.

Setiap set harga RM10 ke atas. Boleh tahan

Sambil tunggu makanan sampai, anak2 terpaku tengok Upin Ipin kat tv

 Kusyuk!!


Ini ialah set Nasi Ayam Upin Ipin


Lily pilih set nasi ayam masak lemak
Ololoh..adik Dhiah comey.


Kakak Intan pilih set kanak-kanak. Which is ada seketul ayam goreng drumstick dengan fries. Harga RM9 tak silap. Sekali ngan air.


Setelah apa yang kami order sampai, ada sedikit kiciwa lah dihati. Sebab nya makanan dah sejuk.Huhuhu Rasa makanan ok tapiiiiii fries kakak Intan macam digoreng dengan minyak recycle T_T. Mungkin expectation kami tinggi bila nengok buku menu nampak makanan macam "Whoahh!" tapi bila makanan sampai dan makan "Oh, ok". Haa..gitulah. Apa2 pun we had a great time. Tak baik komplem2 makanan ye dok, rezeki tu. Ramai orang makan kat sini. Bebudak nampak sangatlah enjoy. Tapiii..sekali sekala awak anak2 makan sini oklah kot, kalau selalu..kempis poket ayahnya. Hehehe. Boleh bagi 3/5 bintang untuk restoran ni :)

Jom ke restoran Mak Tim pula. Terletak di bulatan Keramat, KL. Bab2 KL ni ayah Aqil lah terer. Mama Aqil terer area Shah Alam je. Restoran ni kan masuk Jalan-Jalan Cari Makan aritu, terus berkobar2 hati nak ke sini. 

Mak Tim 
"Sajian Asli Warisan Johor"

 Mak Tim short form untuk Mak Timah kot. Mohle kita terjah ke dalam.

Restoran nya besar, selesa & open air :)

Aqil nak makan apa sayang??
*termenung*

Kami mestilah nak makan nasi beryani!! Nyummm! Memasing awak perut lapar. Tapiiii..kiciwa hampa nya kami bila waiter kedai tu kata nasi beryani dah habis. Ada nasi tomato je. Huhuhuhu. Nangis. Disebabkan dah lapar, nasi tomato pun nasi tomato lah. 

Nasi tomato ayam masak merah dengan nasi tomato kambing.

Sedapp!! Serius. Portion pulak adalah banyak.Puas makan.Lepasni kena makan nasi beryani nya jugak.Harga nasi tomato ni ialah RM10. Berbaloi2.

Ni ais jagung. RM3.50.
Aaaaa..memang nyaman!! Sedap sungguh. Festaim minum ais jagung sesedap ini. Siap minum 2 gelas lagi. Terlalu teruja plus hari yang tengah panas terik. Perghh. Memang layanlan minum ais jagung ni.Nak cuba buat kat Fradoo lah nanti :D Macam2 menu ada kat Mak Tim ni, masakan Johor macam mee bandung, soto, tauhu bakar, sotong kangkung pun ada.Restoran Mak Tim ni kami bagi 4/5 bintang :)

Sekian jalan-jalan cari makan dari kami. Hari minggu nanti bolehlah bawak family makan kat sini. Dan tak lupa, Selamat Hari Wanita untuk semua wanita2 di dunia. Kita insan hebat! :)









6 comments:

With Julia said...

heheh comel lah budak bertuah aqil nih termenung...ngah tunggu Qaiser dtg ye...tggguuu nanti kami mai hehhe...restoren upin ipin dekat bonar lah gan umah ju...tuan tanah jajahan sendiri x pernah pi...nak pi tp x dtg2 gakk...hahhaha x pa kasi Aqil rasmi dulu...esok lusa kami pi ye...muahhh kt Aqil comeii

Izzati Asyraf said...

erina..zati pon teringin nak makan kat mak tim tu..org kata air jagung tu maveles kan..terbukti bila baca komen awak..haha..weekend ni nak ajak hubby pergi..waaaa,,

SweetLikeWhat said...

dapnyaa ais jagung tuh..kusyuk aqil tgk upin ipin ye..hannah pun dah pandai layan..haihh..

HEMY said...

woww cam best ais jagung tuuuu...ada eh restoran upin ipin..dasattt

CikNaa said...

ena oii.. ais jagung tu mengugat ciknaa..
kene pg mak tim nih.. hoho.

sweethOneY said...

Nampak mengancam gila ais jagung ittewwww









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015