Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Friday, June 07, 2013

Antara Sabar dan Sedih.

Assalamualaikum

Aku terinspirasi dengan sebuah kisah dari buku "La Tahzan. Jangan Bersedih Khas Untuk Muslimah Bijak Bistari". Penulisnya ialah Nurhawanis Othman. Kisah tentang kesabaran seorang ibu tatkala menghadapi kematian anaknya dihadapannya.

Manfusah binti Zaid al-Fawaris pernah ditimpa musibah iaitu kematian anaknya di pangkuannya. Kemudian dia memandang anaknya yang sudah kembali kepada Tuhannya seraya berkata " Demi Allah, aku lebih suka engkau mendahului aku daripada engkau menyusul dibelakangku. Kesabaranku terhadapmu lebih penting daripada kesedihanku di atas pemergianmu. Tiada apa yang lebih besar musibah bagiku melainkan melihat kematianmu dan tiada yang lebih memedihkan selain melihat mayatmu terbaring di hadapanku. Walaupun perpisahan denganmu sangat menyedihkan, namun kebaikan akan kuperoleh melalui pahala yang aku harapkan".Kisah Manfusah telah memberi contoh teladan yang tinggi kepada kita semua ketika menghadapi musibah, dan ini bersesuaian dengan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud " Sesungguhnya sabar itu hanya pada goncangan (timpaan) yang pertama"

Kata-kata Manfusah itu bermaksud kematian anaknya dan harapan agar dikurniakan pahala oleh Allah kerana peristiwa tersebut lebih disukainya daripada hidup anaknya sekiranya beliau meninggal dunia. Ini bukan bermaksud bahawa beliau tidak menghargai kehadiran atau tidak menyayangi anaknya, bahkan kematian anaknya adalah musibah terbesar dalam hidupnya. Namun beliau mengharapkan pahala dan ganjaran daripada Allah supaya beliau lebih dapat mengurangkan kesedihan dan menerima musibah dengan hati yang redha.

Kisah Manfusah menunjukkan bahawa kesabaran para wanita solehah adalah hasil daripada keyakinan akan ganjaran sabar dan kebaikannya. Oleh kerana itu mereka memilih sabar daripada perasaan sedih dan kecewa. Kisah ini juga turut berlaku pada wanita- wanita solehah lain yang menghadapi kematian anak dia hadapan mereka, dan mereka turut menyatakan perkara yang sama.

Seorang Badwi pernah menjawab kata-kata Manfusah: " Kami sentiasa mendengar bahawa kesedihan hanyalah milik kaum wanita. Maka diharapkan selepas ini tiada lagi seorang lelaki yang sedih kerana suatu musibah. Sungguh mulia kesabaranmu dan kau tidak menyerupai kaum perempuan". Lalu Manfusah menoleh kepadanya lalu menjawab :" Tidak ada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dan sedih kecuali dia akan memperoleh di antara keduanya jalan yang jauh lebih berbeza daripada keadannya. Jika dia sabar maka dia akan dilihat sebagai mempunyai akhlak yang terpuji. Sebaliknya jika dia bersedih dan tidak menerima takdir, dia tidak akan mendapat apa-apa kecuali dosa sahaja. Sekiranya kedua-dua sifat ini digambarkan sebagai dua orang lelaki, maka sabar akan lebih diminati kerana berwajah tampan serta bersifat mulia di dunia dan akhirat. Cukuplah apa yang dijanjikan oleh Allah padanya bagi orang yang mendapat insiprasi padanya".

Tersenyum aku lepas membaca kisah wanita hebat ini.MasyaAllah. Kehilangan orang tersayang adalah perkara yang sangat "sakit". Dan aku sangat "sakit" kehilangan Aqil. Berkat doaku, doa dari mama, ayah, mak, suami , adik beradik, keluarga & kawan2 semua membuatkan diri aku semakin hari semakin kuat. Alhamdulillah. Redha membuatkan aku berasa tenang. Sabar menjadikan aku lebih dekat denganNya. Aku redha dengan apa yang telah terjadi sebab aku yakin perancangan Allah adalah yang sebaik2nya. Redha dan sabarlah dengan ujianNya kerana ujian adalah caraNya untuk mengangkat darjat hambaNya. Jangan sia-siakan peluang yang diberi dan jangan merendahkan darjat kita dengan mengingkariNya. Semoga diriku  sentiasa tabah, sabar dan redha atas kehilangan anak tersayang..sama seperti Manfusah. InsyaAllah :)

Harini genap 5 minggu Aqil meninggalkan kami. Gembiralah kamu di sana sayang. Mama selamanya akan merinduimu, Aqil Hamzah..si manja mama & ayah yang comel :')

Alfatihah






18 comments:

makhana said...

tersenyum lah mama Aqil..disana pasti dia tunggu mama dia..=)

Ros Anis Rusli said...

comel sgt aqil..bulat mata dia...comel sgt2 ahli syurga ni.. :)

Unknown said...

Setiap kali baca.setiap kali tu menitis airmata...Ya Allah.ampunkan acik sayang..damailah kamu di sana....Amin

Chekgu Azrine said...

Al fatihah...

DYatie ABakar said...

Al Fatihah... Tahniah Ena.. Semoga kamu terus setabah Manfusah

Unknown said...

Al-Fatihah untuk sayang auntie, Aqil Hamzah...semoga erina kuat dan tabah..setabah Manfusah..

mommy.aisy.hana said...

Ya Erina. Semoga kamu sesabar manfusah. Berbahagialah dan semoga Dia terus mngurniakan kedamaian buat ena dan suami.

Siti Asiah said...

Asiah tak sekuat Ena, setiap kali baca entry Ena. Airmata mesti mengalir...semoga Ena sesabar Mahfusah yea...amin.

ciknana said...

salam erina..

saya bangga dgn awak...bangga sangat..awak kuat dan tabah..
semoga awak dpt jalani hidup dgn tenang wahai erina...
dah lama saya x menjenguk blog ni sbb saya takut saya menangis..and now air mata saya jatuh lg..

amal said...

La tahzan ena sayang..

naney said...

Al-Fatihah.. comel sgt ahli syurga.

CaDLyNN said...

tabahla ena..aqil tunggu ena n amir kt syurga..sabar ye..

CaDLyNN said...

tabahla ena..aqil tunggu ena n amir kt syurga..sabar ye..

HEMY said...

ko nampak ok masa jumpa anta kopok..wpun ada merah skit mata masa ko peluk xiyad..=)

Syima Syaz said...

mama kuat... saya yang menangis...

ct said...

Hati ibu mana tak sedih bila kehilangan satu-satunya permata hati..saya yang membacanya pun gugur air mata n terbayang2 kalaulah saya ditempat Ena, dptkah saya terima hakikat kehilangan insan comel itu..
Bersabar lah Ena.. Mmg betul kata Ena, Allah adalah sebaik2 perancang dan dan ujian itu adalah cara Nya utk mengangkat darjat kita sebagai hambaNya.. Sesungguhnya, Aqil kini tenang bersama penciptanya..
"La Tahzan Ena"

Unknown said...

Kita tidak akan tahu sejauh mana sabar kita selagi kita tidak diuji...sesungguhnya pada Allah sahajalah tempat bergantung..kesabaran dan ketabahan awak menjadi sumber inspirasi saya untuk teruskan kehidupan ini dan sentiasa beringat segalanya hanyalah pinjaman semata..semoga Allah sentiasa merahmati insan mulia seperti awak dan suami..dan insan cilik yang sedang bahagia di syurga Allah...:)

Mimy Hamid said...

Ahli syurga yang comel...gelak tawa nya teringat masa takut cheecky









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015