Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Wednesday, June 19, 2013

La Tahzan. Jadilah wanita yang paling bahagia.


Sedang membaca dari satu blog ke satu blog lain, aku terjumpa satu entry yang cukup indah ini. Seolah2 penulisnya, adik Nor Adibah Saiden menulisnya untuk aku. Cukup cantik bahasanya. Membuatkan aku tersenyum sambil mengalirkan air mata bila membacanya. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekali lagi air mata itu tumpah, bagai melegakan hati pemiliknya.
Wanita,
Kadangkala diuji sehebat-hebat ujian.
Zahirnya lemah tapi batinnya gagah anugerah Tuhan.

La Tahzan.

Optimislah dengan ujian. Itu hadiah dari Tuhan.
Bersyukurlah. Beruntunglah.
Dari jutaan, engkau pilihanNya.

Kita rasa kitalah yang besar ujiannya. Kita rasa kitalah paling berat bebanannya.

Come on. Ada orang lagi besar ujiannya. Lagi berat bebanannya.
Jangan merungut sayang. Jangan mengeluh walau sedetik.
Kita milik Dia. Dulu, Kini. Dan selamanya
Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita
Bukan hanya di dunia. Bahkan hingga ke daerah sana.

Jalan takdir Allah tak pernah salah.

Berbaik sangkalah dengan aturanNya.
Jika perlu engkau menangis, maka menangislah.
Tapi sayang, jangan sedih lama-lama.
Nampak macam kita kurang redha dengan apa yang Allah aturkan.
Takdir Allah is something yang unexpected.
Miracle things may come soon. Soon.
Engkau harus percaya.
Ya, percaya

La Tahzan.
Syurga itu mahal sayang, bukan mudah kita nak dapat.
Even people always said, benda yang payah nak dapat itulah yang kita akan benar-benar hargai.
Dan kita pasti bahagia sangat bila dapat.
Itu pasti.
Senyum.

Tapi terkadang ada masa kita jatuh.

Tak mampu nak bangun.
Tapi, ingatlah. Walau apa pun, Allah akan tetap menemani.
Just beside you.
Selalu.
Allah akan ubat luka di hati kita.
Perlahan. Perlahan.
Inilah hadiah buat hambaNya yang bertabah!
Tears.

InsyaAllah, bila Allah redha, Allah akan mudahkan.

Tak mudah. Siapa kata mudah?
Tapi inilah kasih sayang Tuhan.
Berdamailah dengan takdirNya.
Dan sampai masa kita akan faham, ada perkara yang memang dah tertulis akan terjadi.
Dah tertulis di Luh Mahfuz.
Dan kita mesti berhenti daripada memaksa ia jadi macam yang kita nak.
Tetaplah sabar dan redha dengan aturanNya.
Buka surat cinta dariNya.
Pasti akan damai hatimu
" Maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku)" [Yusuf:18]
La Tahzan
Kesatlah air matamu.
Allah ada.
Allah tahu.
" Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati"  [Al-Maidah:7]
Dan ingatlah,
“Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya.” -Hasan Al-Banna-
La tahzan.
Jadilah wanita yang paling bahagia! :)




9 comments:

zonaku said...

x mo baca... postpone balik kang br nk baca....

Chekgu Azrine said...

Syahdunya..

Aty Fared said...

Atu pon tersentuh....

Syima Syaz said...

sedih....

saya harap saya kuat mcm erina

Fifi Nadhrah said...

moge tabah dan sabar selalu..

Julia Johari said...

Huh....sgt sebak mommy erina...Allah tetap bersama2 kita semua....erina, tingin nak jumpa mommy erina nanti next gathering....nk hugs kuat2...kasi semangat!

Unknown said...

na, boleh pos kat i tak kad yes im protected tu.
tq
email i
athidean@hotmail.com
tq

anez zamri said...

terus tabah syg..

Unknown said...

smoga trus tabah..sy sndri alami ujian..dberi peluang mngandungkan ahli syurga..tp x smpay mnjaga dan mmbesarkannya..dsaat sy mahu melahirkannya 38w, sakit kotraksi yg biasa shj,mmbuatkan sy lmbt ke hosp dan anak sy mati dlm kandungan..bersalinkannya pd 20.5.2013 normal nmun xdbri memeluk mahupub mlihatnya slps brsalin..mngkin prosedur hosp govern..









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015