Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Sunday, October 14, 2018

Farm in the City, Seri Kembangan. (FITC)

Assalamualaikum.🌺

Kali ni nak berkongsi pengalaman kami ke tempat yang sangat best untuk beriadah bersama anak-anak. Berkonsepkan "Malaysian Village Petting Zoo" yang menggabungkan keindahan alam semulajadi dan haiwan, taman di tengah-tengah bandar ini juga mempunyai lebih dari 100 spesis haiwan eksotik dan lebih dari 60 jenis pokok buah-buahan dan sayuran. 

Aqilah Husna & Friends

11 September 2018 lepas, kami sekeluarga berpeluang sekali lagi ke sini. Keadaan memang sangat berbeza dari pertama kali kami ke sini, iaitu 2 tahun lepas. Sebab kali ni kami datang waktu "long weekend",jadi pelawat adalah luar biasa ramainya. Fiuh! Tapi Aqilah Husna tetap seronok sepanjang dalam ni sebab dia memang pencinta haiwan sejati.


See..ramai kan? 

Menariknya dalam FITC ni, haiwan-haiwannya sangat jinak. Dan pelawat bebas untuk memberi makan, pegang dan belai haiwan-haiwan ni. Antara haiwan yang menjadi perhatian Aqilah Husna dan Aqilah Hanis di sini ialah kura-kura gergasi, alpaka, rusa dan arnab.

Hello Mr. Giant Tortoise. We meet again.


Aqilah Husna memang tak takut pegang rusa ni. Kalau boleh nak naik atasnya 😃


Jom kita selfie! Rusa yang pandai senyum. 😀


Meet the alpaca! 
Alpaka ni haiwan yang istimewa dalam FITC ni sebab tempatnya disediakan khas dengan kipas penyejuk udara.


Kakak yang berani-berani takut. 


Animal food machine sangat banyak dalam FITC ni. Dan bersebelahannya ada machine tukar token. Jadi, anda hanya perlu sediakan duitnya sahaja. RM2 per feeding.


Dan ini ialah tempat kesukaan kami anak beranak, iaitu tempat arnab.

  Manja sangat.


 Jangan risau, ada staff FITC yang akan guide kita untuk pegang arnab dengan betul.


Rasa nak bawa balik seekor!


Antara haiwan-haiwan lain yang ada dalam ni.

Nampak tak apa di atas tu? 


 Boleh bagi makan pada burung-burung dan ayam di sini.


Reptilia jinak. 


 Banyak lagi haiwan lain. 


Ikan-ikan pun banyak.

Walaupun ramai, tetap FITC berikan servis terbaik pada pelawatnya. Sediakan tempat basuh tangan berserta sabun wangi di setiap section dan toilet pun bersih. Staff pun mesra je bagi penerangan dan peluang pada pelawat untuk pegang haiwan dan tolong tangkapkan gambar. 

Sedikit info tentang FITC dan tips untuk ke sini. 

⇨Yuran masuk RM37 untuk dewasa, RM30 untuk kanak-kanak dan warga emas. Dan bawah 90cm adalah percuma. 
Harga tiket Farm in the City terkini

Dan ini pula harga pekej keluarga. Lebih jimat dan berbaloi.

⇨ Terletak di Seri Kembangan. Landmark bazar rakyat PKPS dan The Atmosphere. Boleh waze sahaja "Farm in the City".

⇨ Dibuka setiap hari termasuklah cuti umum dan cuti sekolah. Waktu operasi adalah dari pukul 10 pagi hingga 6 petang pada hari Isnin-Jumaat dan 9.30 pagi hingga 6 petang pada hari minggu.

⇨Sangat digalakkan untuk bawa kipas bateri dan juga bekalan air yang cukup. Sebab dalam ni boleh tahan luas kawasannya dan agak panas. 

⇨ Yang bawa baby, penggunaan carrier lebih mudah berbanding stroller.

⇨ Jangan risau kalau anak lapar atau dahaga, ada cafe dalam ni. 

⇨Bawa baju spare anak sebab dalam ni ada "longkang fishing". Takut anak terlebih excited,habis baju basah segala 😂

⇨ Berhati-hati bila bagi maka
n pada kura-kura gergasi dan burung unta. Kura-kura gergasi gigit cepat dan laju. Snapping! Burung unta pula jenis mematuk. Terkejut kita dibuatnya. 
Boleh tahan kelakar juga pula tu. 😂😂

⇨Pakai kasut yang sesuai. Dalam ni jalan berbatu dan tak rata.  

⇨ Jangan beli makanan haiwan terlalu awal sebab ada section yang makanan haiwan diberikan percuma.

⇨ Ada pony ride juga. RM7 bayarannya.

Deknis dan kakak nak naik pony, tapi hari hujan. Naik kuda ni pun boleh lah. 😃

Oklah, sekian perkongsian serba sedikit dari kami. Memang sangat digalakkan bawa anak-anak ke sini sebab dapat dedahkan mereka kepada haiwan dengan lebih dekat dan memupuk sifat berani dan sayangkan haiwan. ❤️

Nak tahu lebih banyak tentang tempat menarik ni, sila like page FB Farm In The City 城の农场 atau follow di Instagram @farminthecitymalaysia. Sebarang pertanyaan boleh call nombor customer servis FITC di 03-89412099.


Terima kasih Farm In The City!


Wednesday, July 13, 2016

Penapis Air buat Mak Ayah

" Ena, cadangkan penapis air Coway yang terbaik. Nak pasang dalam bilik mak ayah aku. Sekarang ni memang dah ada mini kettle, masak dan buat air kat dalam bilik tu tapi leceh. Kalau ada penapis air yg siap ada air sejuk dan panas lagi senang. Lagipun kami kalau dah naik tingkat atas memang bercinta nak turun bawah pergi dapur masak buat air segala. Tu nak senangkan mak ayah aku, nak pasangkan je Coway kat bilik diorang. Nak buat ala2 mini pantry" tanya Puan Nazliah a.k.a Yah, owner Sugarklipsy ini penuh semangat bila dapat tahu kawan dia ni officially dah jadi agen Coway. Comel kan? Nak buat ala2 mini pantry dalam bilik mak ayah 
Tersenyum dengar keletah kawan sorang ni yang memang jenis cakap laju. Saya yang masih baru dalam dunia Coway ni, terkial2 jugaklah terangkan satu2 produk penapis air Coway. Hehe. Dari segi spec dan air yg dihasilkan. Dari model Value, Petite, Villaem, Neo..sampai lah Inception yang boleh hasilkan air bersih bermineral dan beralkali.
Yah cakap " Inception ni macam best. Alang2 nak belikan untuk mak ayah, aku nak kan yang terbaik. Ada air mineral dan alkali, bagus utk kesihatan diorang".
Tanpa ragu2 (tapi semestinya setelah sesi soal jawab yang banyak..hehe..well, inilah ciri2 seorang customer yang bijak dan serius nak beli ) dia terus ambil keputusan bijak memilih Inception untuk rumah mak ayah dia. Walaupun ada je model penapis air Coway yang lebih murah, mahupun jenama penapis air lain dekat luar sana. Dia tetap memilih Coway Inception. Niat dia memang nak menyenangkan mak ayah dia dan nak yang terbaik. Dan inilah yang terbaik 
Dan Alhamdulillah, segala proses dipermudahkan dan Inception telah siap dipasang untuk mak ayahnya. Memang itu yg dia sangat harapkan, Coway Inception terpasang sebelum raya menjelma. Hadiah untuk mak ayahnya.
Inilah kisah customer pertama Coway saya. Seorang anak yang baik dan juga sahabat yang baik. Banyak juga saya belajar dari dia sepanjang proses urusan penapis air ni. Bukan hanya urusan jual beli sahaja semata2. Dia mengajar saya untuk senangkan mak ayah, walaupun jasa mereka tak terbalas, tapi dengan usaha sekecil ini, dengan menyediakan penapis air terbaik untuk mak ayah pun secara tak langsung dapat menggembirakan mereka. Untuk mak ayah, pilih lah yang terbaik. Yang betul2 terbaik.
Saya percaya dan yakin, jika kita menyenangkan mak ayah, hidup kita juga pasti akan senang. Allah itu Maha Pemurah 
Berminat nak beli kek super sedap? Seriously sedap.
Order di Sugarklipsy.
FB: Sugarklipsy   IG: @sugarklipsy
WA +60197271509 (Puan Nazliah)

Berminat nak beli penapis air Coway? 
Order dekat saya. Ok . Tak beli pun tak apa, nak tanya2 pasal produk Coway pun boleh.

Anda tanya, saya bantu.

WA +60126424061. 
Saya Puan Erina, Health Planner anda :)

Luqman pun suka Inception sebab senang nak bawak bekal air pergi school :)

Saturday, July 02, 2016

Ramadhan, semoga berjumpa lagi.

Assalamualaikum..
Dalam sedar tak sedar, Ramadhan bakal pergi tinggalkan kita dalam beberapa hari je lagi. Sedih. Dulu2 bila nak raya, happy bukan kepalang. Nak berbaju baru segala. Tapi bila umur semakin tua ni, perasaan nak beraya tu makin pudar.Lebih kepada sedih pun ye sebab Ramadhan nak pergi tinggalkan kita. Moga dipanjangkan umur untuk bertemu lagi dengan bulan penuh barokah ini.

Kenapa tiba2 update blog ni? Hehe..saje try guna app bloggeroid di hp ni. Best ke idok? Kalau best bolehlah teruskan menaip di blog kesayangan ni. Rindu sebenarnya nak berkongsi idea dan pengalaman dalam blog ni. Harapnya penulisan yg akan datang ni lebih berbaur kematangan dan bermanfaat pada org lain. Bukan sekadar penulisan hu ha hu ha je. Dan semestinya berunsur major throwback. Haha. Moga rajin hendaknya!

Persiapan raya tahun ni tersangatlah ala kadar. Simple sesimple boleh. Baju raya sedondon mama Husna dan Husna , hasil buatan tangan sendiri. Ehem. Alhamdulillah. Berjaya juga hasilkan baju sendiri. Berkat pergi kelas menjahit selama sebulan dan hasil tunjuk ajar dari mama, akhirnya..walaupun tak senang rupanya belajar menjahit ni. Uhuu..perlu ada kesabaran, kerajinan dan kegigihan yang tinggi. Sangat respect pada insan2 yang mempunyai bakat menjahit ni.


:,)

Ada juga sepasang jubah yang dibelikan oleh suami. Katanya tak best kalau tak belikan isteri baju raya. Ahaha..baiklah. Alasan comel. Tema maroon tahun ni. InsyaAllah.

Kuih raya? Konsep beli sahaja. Itu pun setakat 3 jenis. Support produk orang kampung. Memang takde satu yang buat. Sebab belajar dari pengalaman, beli dan buat banyak2 pun akhirnya sampai dah habis raya pun kuih tak habis2 lagi. Tsskk. Membazir.

Dan, dengan ini..saya memohon ampun ribuan maaf andai ada tersalah silap ye sepanjang menulis ni disini mahupun secara alam nyata. Selamat hari raya :)
Dan moga kita selamat sampai ke destinasi kampung halaman. Ramadhan, moga kita berjumpa lagi.

Tuesday, April 12, 2016

#GBSBFamilyFunDay 2.0: Sponsored Item ( Tissue Cover Comel)

Alhamdulillah, 9-10 April 2016 lepas GBSB Family Day 2.0 berjalan dengan lancar. Seriously super happening, sampai balik tu ku pun pening sebab tak cukup rehat. Hehe.  Sementara nak pilih gambar2 yang menarik, meh nak review sponsor dulu.

Comel kan??? (^_^)
Tissue cover, sew with love by @ddsewwithlove.

Memang comel dan sesuai sangat di letak dalam handbag kita yang comel, barulah konsep "cantik diluar, cantik juga di dalam" gitu. Ini handbag dah cantik, buka dalam..tisu berterabur bagaikan dilanda ombak air pasang, belum bercampur dengan harta karun lain lagi dalam beg tu. Haha. Lagipun musim2 El Nino, membawa tisu kemana2 adalah kewajipan sebab proses rembesan peluh berlaku dengan cepat. Kejap je dah berpeluh tang dahi, berpeluh tang hidung, berpeluh tang misai *daku lettew* (-_-). 


 These are for us (^_^)
#gojesbloggersupermomandbaby
Thank u so much @ddsewwithlove.

Btw, ada banyak lagi produk dari @ddsewwithlove ni. Antaranya:

Ipad mini cover


Iron board cover. 
Kenapa comel sangat nih?!!


Needle book.
Ini adalah comel, untuk diletakkan segala pin, brooch. 
Jadi senanglah nak simpan pin,brooch bila travel, simpan dalam handbag. Mengurangkan risiko "Beli 10 brooch, hilang 10 brooch dalam masa 10 hari". Haha.

Jika berminat, boleh hubungi kak dd yang peramah dan follow IG @ddsewwithlove untuk tengok lebih banyak lagi produk yang dihasilkan. Hasil yang sangat kemas, comel dan yang penting harga berpatutan :)

Whatsapp: 019-2678685
Email:ddsewwithlove@gmail.com
IG: ddsewwithlove  (Follow peliss)

Terima kasih sekali lagi @ddsewwithlove kerana sudi menaja #gbsbfamilyfunday untuk kali ini. Moga bisnes @ddsewwithlove berkembang maju dan meluas. JazakAllahu khayran <3 span="">

Friday, April 08, 2016

Family Day GBSB 1.0

Assalamualaikum. Terasa pelik pula bila jari jemari ni mula menaip semula di blog kesayangan ni .Alhamdulilah syukur diberi kesihatan yang baik dan diberi peluang olehNya untuk menikmati pelbagai pengalaman. Nanti saya akan kongsikan pengalaman yang bagi saya sangat rugi kalau tidak dikongsi bersama kawan2 semua. Moga apa yang akan ditulis di dalam blog ini nanti memberi manfaat pada orang ramai. InsyaAllah. Disebabkan saya dah lama tidak menulis, jadinya most of the entry adalah bersifat "Major Throwback" gitu. Hehe.

Untuk entry kali ini, agak santai. Sesuai sangat lah dengan Family Day GBSB 1.0 yang diadakan di Singgah Santai Resort, Hulu Langat, pada 16-17 Mei 2015 lepas. Yup, yup. Tahun lepas. Our 1st family day. Alhamdulillah everything went well. Masih teringat lagi betapa meriahnya event tu. Full review tentang bilik, resort, makanan disediakan , sponsorship akan saya ceritakan di entry akan datang. InsyaAllah. Btw, GBSB ialah Gojes Blogger Supermom & Baby. Group yang ditubuhkan waktu kami mula2 berkongsi pengalaman masa mengandung, membesarkan anak pertama, kedua dan seterusnya. Perkenalan hanya dari alam maya sahaja, Alhamdulillah sekarang macamkan adik beradik. Very close and we love & support & care each other. Moga ukhuwah kami berkekalan hendaknya sampai bila2. InsyaAllah :)


Our Little Family 
(^_^)


Our Big Family
Gambar dari IG Puan Pingu. Maceh :)

Aktiviti sambut hari lahir anak2. 
Banyak kek, banyak hadiah dan terlalu banyak kenangan manis disitu.

Aqilah Husna pun sambut hari lahir nya juga. 
Masa ni dia setahun sebulan. Montel2.
Hehe. Geram pulak tengok. InsyaAllah lagi 2 hari genap umurnya 2 tahun.
How time flies ;')

 Nyum..sedap! 

Jelly Kelapa Olla

Ini adalah antara kesukaan Husna, byak dia makan jelly kelapa ni. Memang sedap. Isi kelapa dia banyak dan terasa sangat kelapa. Sesuai sangat dimakan untuk musim El Nino sekarang ni, buat sejuk badan, Btw, ini adalah salah satu dari sponsor kami iaitu jelly kelapa Olla dari Bizz Bro. Boleh contact  011-36677847 atau visit IG @Bizzbro. Bermotokan "Quality, Our Main Priority" . Memang terbaik. *thumbs up*

Mommy gojes :)
Masa ni akiviti bermain kotak beracun.

Alhamdulillah. Tengoklah hadiah anak mama ni dapat. 
Moga dimurahkan rezeki acik2 yang beri hadiah ni pada Husna. 
JazakAllahu Khayran.


Dan InsyaAllah esok akan diadakan Family Day GBSB 2.0 pula di Gold Coast Morib. Moga dpermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik kepada kami dan anak-anak semua. Debor plus excited. But then, must keep calm & stay low :)



Special Thanks To Our Lovely Sponsors For This 2nd Event :.
👉
@barangbaby_fingertips.shop
👉
@doublek_label
👉
@allaboutprinting
👉
@comeystuff.instantshawl
👉
@ddsewwithlove
👉
@alysapunye
👉
@amerislovely
👉
@sugarlandbyrara
👉
@umisue_studio
👉
@ninjaklickz
👉
@aidanstitch
👉
@vanillavendor
👉
@ekinjamalstudio
👉
@dolceryna
👉
@projekniaga
👉
Fb : Pengedar Mak Pon Perencah Mee Bandung
👉
Mee Siput Gorgelicious 01126819391

Alhamdulillah, ramai yang sudi menaja #gbsbfamilyfunday kami kali ni.

Salam Jumaat yang Barakoh :)




Tuesday, September 15, 2015

Assalamualaikum

Lama sangat jari ini berehat menaip. Rindu dengan catatan maya yang penuh dengan memori ni. InsyaAllah akan terus menulis.



Aqilah Husna Amir Fozy. Adik Aqil Hamzah..hero kita. Husna dah berusia 17 bulan harini. Alhamdulillah :) Doakan Aqilah Husna membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah ye.

posted from Bloggeroid

Thursday, May 14, 2015

Indah aturan Allah

Assalamualaikum. 

Setahun lebih tidak menulis. Jari jemari dah mula rindu untuk menaip. InsyaAllah, akan terus menulis di sini. Banyak yang nak dikongsi.Sungguh..memang indah aturanNya. Alhamdulillah. Terima kasih ya Rabb atas segalanya  :)



Wednesday, October 23, 2013

Mereka menunggu kita di syurga :')

Assalamualaikum



Buat ibu2 yang kehilangan anak tercinta. Jangan meratapi ujian Allah ini sayang. Ye..memang bukan senang. Ujian Allah tidak ada yang senang. Tapi ujian inilah yang membuatkan kita kuat. Bukankah ujian diberi untuk hambaNya yang boleh menanggung ujian itu?? Kita insan kuat..kita insan terpilih. Bersabarlah dan redhalah. Setiap yang terjadi pasti ada hikmahNya. Allah Maha Mengetahui, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.



Disamping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud)



Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, di alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar,hisab,mizan dan sebagainya.


Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah." (HR. Bukhari dan Muslim)

Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamnanya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu?Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. "Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.

Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.

Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memgang air tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"

Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku,apakah kesalahanmu,apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka?Begitulah ratapan mereka.

Berkata Malaikat: "Wahai wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad SAW." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, maka Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berda dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat. Petama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, yang kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim yang ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.

Firman Allah SWT yang maksudnya : "Pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira. " (Ad-Dahr: 11)



Indah bukan? Perpisahan ini hanyalah sementara.Kita terpisah dengan anak tersayang di dunia tapi dengan izinNya, kita akan bertemu semula dengan anak tercinta kita di sana nanti. InsyaAllah. Ini adalah janjiNya. Kita di sini kena berusaha kuat untuk sama2 kita berjumpa dengan anak tersayang kita di sana kelak. Anak2 kita, wildan kita sedang menanti kita, saham syurga kita :')

Coretan indah di atas telah dikongsikan oleh Kak Hanis, seorang ibu tabah kepada Maryam Saffiyah, ahli syurganya yang telah pergi 3 tahun lepas. Dan Allah telah kurniakan Kak Hanis pengganti Maryam, Yasmin yang sangat comel dan indah, seiras Maryam. MasyaAllah..Allah Maha Adil kan.

Coretan ini juga saya kongsikan kepada semua ibu2 tabah di luar sana. Kuatlah. Redhalah. Senyumlah. Kesatlah airmata mu sayang. Anak kita menunggu kita di pintu syurga :')

Al-Fatihah~


Friday, July 26, 2013

Yes to PnD protection campaign.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah syukur ke hadratNya, kami selamat kembali ke tanah air dari mengerjakan iadah umrah. Banyak yang saya nak kongsikan pengalaman sewaktu di Madinah Al-Munawarah dan Mekah Al- Mukaramah. Memang pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Sungguh indah. Tapi sebelum tu izinkan saya ingin berkongsi dengan kalian tentang kempen Yes ini. Menjadi tanggungjawab saya untuk berkongsi secebis ilmu dan pengetahuan saya berkenaan kempen ini. 

Telah saya kongsikan di entry sebelum ini tentang bahayanya penyakit Pneumococcal dan cara untuk melindungi dari penyakit ini adalah dengan pemvaksinan. Kempen "Yes to Pneumococcal Disease (PnD) Protection", kempen inisiatif usaha sama daripada sebuah pertubuhan NGO, Parenting2u, Asian Strategic Alliance for Pneumococcal Disease Prevention (ASAP) dan juga Malaysian Paediatric Association (MPA). Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memberikan vaksin pneumococcal secara percuma di semua klinik kesihatan. Menurut pakar kanak-kanak Dr Yong Junina, pemvaksinan adalah cara yang paling selamat untuk melindungi kanak-kanak dari dijangkiti bakteria Streptococcus Pneumonia yang mengakibatkan penyakit pneumococcal ini. 10,000 pledges (kad ikrar) akan diedarkan kepada ibu untuk diisi sebagai tanda sokongan mereka terhadap kempen ini. Kempen yang bermula pada bulan April lalu akan berakhir pada bulan September ini. 

Untuk informasi lebih lanjut tentang kempen Yes ini, boleh di baca di link ini

Dan sepanjang minggu depan,29 Julai hingga 3 Ogos, dari jam 10 pagi hingga 3 petang, kempen Yes akan diadakan di Assunta Hospital, Petaling Jaya bersempena Mommy & Baby Week. Anda semua dijemput hadir sebagai tanda sokongan anda terhadap kempen ni. Selain kempen Yes, turut diadakan seminar tentang penyusuan bayi, teknik dan tips. Ada juga demonstari mengurut dan berbedung bayi. Sesuai dihadiri oleh ibu bapa baru yang bakal menimang cahaya mata. Di samping anda datang untuk memeri sokongan terhadap kempen Yes, boleh juga menambah ilmu di alam parenting :)


Ini adalah usaha saya, usaha ibu bapa lain juga yang ingin melindungi anak-anak mereka. Saya sedar ada kalangan ibu bapa yang kurang senang tentang pemvaksinan. Setiap ibu apa ada ada cara dan pendapat masing2 untuk melindungi anak mereka. Yang pasti setiap ibu bapa mahukan yang terbaik. Saya disini bukan hendak berdebat tentang isu vaksin ini, tidak. Siapalah saya?? Saya hanyalah ingin berkongsi ilmu pengetahuan sahaja. Saya menghormati cara kalian dan kalian hormatlah cara kami. Hormat menghormati. Jangan lah ada yang memperlekehkan usaha kami. Jika anda tidak mahu menyokong kempen ini, jangan perlekehkan. Berdiam diri adalah cara yang lebih baik daripada memburuk2kan dan memperlekehkan usaha kami.


Pledges (kad ikrar) Yes Campaign.
Say Yes to Pneumococcal Disease Protection. 

Aqil Hamzah menjadi penguat semangat saya untuk aktif dalam kempen ni. 
Semoga objektif kempen ini dapat direalisasikan satu hari nanti. InsyaAllah.



Thursday, July 11, 2013

Ramadhan yang indah

Alhamdulillah.Kami diberi peluang oleh Allah untuk menjadi tetamuNya. Ketika menaip entry ini,kami berada di Kota Suci Madinah. Subhanallah..tidak dapat diucap dengan kata2 bila menjejakkan kaki ke sini. Sedih, sayu, gembia.Bercampur baur. Betapa baiknya Allah pada kami, hambaNya yang sangat kerdil dan lemah ini.InsyaAllah..kami tidak akan mensia-siakan peluang yang diberi. Kami akan berusaha bersungguh2 untuk mengejar pahala sebanyak yg mungkin. InsyaAllah :')

Teringat sewaktu menunggu Aqil di depan High Dependency Ward dulu, mama ada cakap "Cik, bila Aqil dah sembuh nanti kita bawa dia sama2 ke umrah ye". Perancangan Allah adalah sebaik2nya. Walaupun Aqil tak sempat ke tanah suci, kami gembira kerana Aqil sekarang dah berada di syurga yang indah.

*sebak*

Semoga ibadah kami diterima dan dipermudahkan segala urusan. Maaf jika ada salah dan silap sepanjang saya berblogging. Dan terima kasih kepada semua yang tak putus2 memberi kata semangat dan doa untuk kami dan Aqil. Terima kasih semua. Dan salam Ramadhan kepada semua, moga Ramadhan kita kali ini lebih baik dan semoga Allah memberkati kita semua.

Thursday, July 04, 2013

Penyakit itu. Penyakit Pneumokokal.

Assalamualaikum.


Semalam genap 2 bulan Aqil Hamzah meninggalkan kami. 2 bulan tanpa Aqil Hamzah.Bagaimana perasaan kami? Bagaimana kehidupan kami?? Tiada ayat yang mampu kami tulis untuk menggambarkan perasaan kami. Tapi kami bersyukur, Alhamdulillah..semakin hari kami dapat rasakan yang kami semakin baik. Betul, bila kita meredhai sesuatu perkara, ujian dari Allah, hati kita akan merasa tenang. Kami juga insan biasa, hambaNya yang lemah..sangat lemah. Tapi Allah itu Maha Adil, Dia mengambil semula Aqil, pinjaman terindahnya daripada kami dan memberi kekuatan kepada kami.

Dalam masa 2 bulan ketiadaan Aqil, kami mencari, banyak membaca, bertanya pada doktor, pakar kanak-kanak tentang penyakit Aqil. Ada juga ibu bapa diluar sana yang email, pm kami di fb, untuk kami menceritakan apakah2 simptom2 penyakit Aqil, apakah cara melindungi dari penyakit itu? Jadi kami bertanggungjawab untuk menjawabnya. Kami juga ibu bapa, jadi kami faham perasaan mereka yang sentiasa risau akan kesihatan anak. Di sini saya akan kongsikan secebis ilmu pengetahun yang kami dapat.

Sebelumnya Aqil seorang anak yang sihat dan aktif. Bermula dengan hanya demam yang kami sangkakan demam biasa. Aqil tak batuk atau selsema kuat. Doktor kata hanya demam biasa. Demam Aqil on off. Berlarutan hingga 3 hari. Hasil ujian darahnya ok, takde virus atau bakteria. Doktor memberi antibiotik untuk dihabiskan dalam masa 3 hari. Selepas diberi antibiotik, Alhamdulillah demam Aqil kebah tetapi dia selalu merengek. Merengek hingga tak tido satu malam. Aqil pucat dan nampak letih. Esoknya kami ke hospital lagi untuk kali ke 3 dalam masa seminggu..dan pada waktu itu doktor mengesyaki sesuatu yang "tidak kena" dengan Aqil.  Aqil dikesan menghidapi pneumonia (jangkitan paru-paru) setelah hasil xray menunjukkan paru-paru kanannya "putih" diselaputi "sesuatu"."Sesuatu" yang pada awalnya doktor mengesyaki yang itu ialah tumor. Setelah dibuat ujian darah, dan dari blood culture Aqil, doktor mengesahkan ianya bukan tumor tapi jangkitan kuman. Lobar pneumonia yang mana sebelah paru-parunya telah dipenuhi dengan nanah akibat jangkitan bakteria Strepcoccus pnueumoniae (pneumokokus). Penyakit ini juga dikenali sebagai pneumokokal (neu-mo-ko-kal).

Penyakit pneumokokal adalah jangkitan dari pneumokokus bakteria yang mana bakteria merbahaya ni dengan senangnya oleh dijangkiti dari udara. Menurut sumber abc4pneumococcal.com, ia biasanya ditemui di dalam pernafasan kanak-kanak dan disebabkan melalui batuk dan bersin. Kanak-kanak di bawah umur 5 tahun, mereka yang mempunyai sistem imun yang rendah dan kanak-kanak yang tinggal di pusat jagaan harian antara yang perlu dilindungi dari penyakit ini. Terdapat banyak strain (jenis) pneumokokus ini dan boleh menyebabkan penyakit pneumokokal yang serius dan sedang bersifat kebal antibiotik. Pneumokokus menyerang beberapa bahagian tubuh yang berbeza. Bakteria merbahaya ini boleh mengakibatkan

1. Pneumonia (jangkitan paru-paru)



Antara simptom-simptomnya adalah demam panas, batuk, sesak nafas, pernafasan cepat, nampak lesu dan pucat.


2. Meningitis ( Jangkitan selaput otak dan saraf tunjang)


Antara simptom-simptomnya ialah demam dan menggigil, lesu, sensitif pada cahaya,hilang selera makan, sering mengantuk, loya dan muntah2.Dan kepada bayi kerap menangis dengan nyaring.


3. Otitis media (Jangkitan bahagian telinga tengah)

Antara simptom-simptomnya ialah sakit telinga, selsema, hilang pendengaran seketika, selalu menarik2 telinga ( menunjukkan ketidakselesaan). Kepada bayi, selalu menangis dan menarik2 telinga.


4. Bakteremia (jangkitan dalam darah)


Antara simptom-simptomnya ialah demam panas, kulit pucat, tangan dan kaki sejuk, pernafasan cepat, tekanan darah rendah.

Seriusnya penyakit pneumokokal ini ialah ia boleh mengakibatkan kerosakan otak, hilang pendengaran dan kematian. *sebak rasa dada ni*

Pada Aqil Hamzah, bakteria merbahaya ini menjangkitinya di paru-paru. Dan semuanya berlaku amat pantas sekali. Setelah Aqil pergi, dan apabila kami membaca fakta-fakta tentang penyakit ini, simptom-simptom pneumonia yang disenaraikan, ada pada Aqil. Walaupun dia tidak batuk, tetapi dia demam dan pernafasan nya cepat menunjukkan paru-paru dia dijangkiti. Kami first-time parents, paranoid. Setiap kali Aqil tak sihat, kami bawa dia jumpa doktor, berubat juga cara Syifa'. Dan bila doktor dan ustaz kata Aqil demam biasa, kami lega. Kami takde medical background, jadi kami tak tahu.  Tapi kami tidak terkilan. Kami tak pernah menyalahkan sesiapa mahupun diri sendiri. Kami yakin kami dah buat yang terbaik untuk Aqil. Doktor dan ustaz yang merawat Aqil dulu juga telah buat yang terbaik. Mungkin penyakit ini hanyalah asbab, penyebab untuk Aqil pergi. Kami redha. Perancangan Allah adalah sebaik2nya.

Bagaimana untuk melindungi anak kita dari pneumokokal? Menurut sumer abc4pneumococcal lagi, penyakit ini boleh dirawat dengan antibiotik. Boleh di "flush-out" dengan antibiotik.Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini,bakteria ini didapati bersifat kebal terhadap antibiotik (antibiotic resistant). Ini membuatkan rawatan menjadi sukar dan menakibatkan tempoh rawatan di hospital menjadi panjdai dan kos perubatan menjadi tinggi. 

Cara terbaik untuk melindungi daripada penyakit pneumokokal ialah melalui vaksinasi. Kini terdapat 2 jenis vaksinasi penumokokal untuk kanak-kanak

1. Pneumoccocal Conjugate Vaccine 10-valent (PCV10)(Synflorix)- melindungi kanak-kanak dari 10 jenis bakteria pneumokokus.

2 Pneumococcal Conjugate Vaccine 13-valent (PCV13) (Prevenar)- melindungi kanak-kanak dari 13 jenis bakteria pneumokokus.

Vaksin ini boleh diambil seawal anak berusia 2 bulan hingga 5 tahun. 4 dos kesemuanya. 3 dos sebelum anak berumur setahun dan 1 dos selepas setahun.Buat masa sekarang, vaksin ini hanya boleh didapati di klinik dan hospital swasta sahaja. Doktor pakar yang merawat Aqil di ICU juga ada mengatakan cara melindungi dari penyakit pneumokokal ini ialah dengan mengambil pneumokokal vaksin dan dia sekarang sedang berusaha untuk menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mewajibkan vaksin ni di seluruh klinik kerajaan sebab terlalu banyak kes penyakit ini dikalangan kanak-kanak sekarang. Teringat kami sewaktu membawa Aqil ke monthly checkup Aqil di Klinik Kesihatan waktu Aqil umur 6 bulan dulu. Ada kami bertanyakan pada nurse tentang vaksin ini, nurse tu kata vaksin ini "tidak penting". 

Setelah apa yang terjadi..kami sedar yang vaksin ini amat penting. Seperti yang ditulis tadi, kami tidak pernah menyalahkan sesiapa mahupun rasa bersalah dan menyesal. Mungkin ianya "tidak penting" kerana tiada kes pneumokokal dilaporkan di kawasan klinik kesihatan tersebut atau mungkin sebabkan kosnya yang agak mahal sebab tu mereka mengatakan ianya "tidak peting". Mungkin. Di hospital swasta, vaksin ini adalah optional. Tidak diwajibkan. Tetapi doktor akan menerangkan kepada ibu bapa tentang bahayanya penyakit ini dan pentingnya pneumokokal vaksin ini. Banyak negara telah mewajibkan vaksin ini dan memberikan vaksin ini secara percuma di negara mereka kerana penyakit ini banyak meragut nyawa kanak-kanak di sana. Antaranya ialah Australia, Singapura, Macau dan Hongkong. Dan sekarang, kempen Yes! sedang dijalankan dari sebuah pertubuhan NGO untuk menggesa KKM meberikan vaksin ni secara percuma, dan semoga kempen ini dapat direalisasikan satu hari nanti. InsyaAllah.

Kalau bertanya kepada kami, adakah vaksin ini penting? Ye..kami akan jawab ianya penting. Dan Alhamdulillah, ramai ibu bapa,ahli keluarga, kawan-kawan kami, saudara-mara dekat mula sedar akan penyakit pneumokakal ni dan berikthiar melindungi anak mereka dengan mengambil vaksin ini. Pemergian Aqil memberi kesedaran kepada ramai ibu bapa, kepada kami juga yang sebelum ini tidak pernah tahu akan betapa bahanya penyakit ini. Mungkin ini adalah salah satu hikmah pemergian Aqil. 

Bukankah susu ibu adalah vaksin yang terbaik? Ye..itu memang tidak di nafikan. Vaksin semulajadi anugerah Allah yang saya beri pada Aqil sepenuhnya dari saat dia lahir hingga akhir nafasnya adalah yang terbaik. Tapi menurut pakar kanak-kanak, Dr. Yong Junina, antibodi dalam susu ibu mungkin tidak dapat melawan kesemua bakteria atau virus yang bersifat kebal yang merbahaya sekarang ini.Saya disini bukan hendak berdebat tentang mana bagus antara hospital kerajaan atau hospital swasta, tentang vaksin atau tak vaksin. Tidak. Siapalah saya untuk berdebat2 perkara ni. Saya hanyalah ibu yang kehilangan anak tersayang yang sama2 ingin berkongsi secebis ilmu dan pengetahuan  dengan ibu bapa diluar sana tentang penyakit ini. Kami tidak mahu ibu bapa di luar sana  merasa "sakitnya" kehilangan anak, sama seperti apa yang kami rasa. 

Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Dan masing-masing ada cara tersendiri untuk melindungi anak mereka. Kita berdoa, usaha, cari ilmu, ikthtiar dan tawakkal. Sesungguhnya penyakit itu adalah dari Allah dan Allah Maha Penyembuh. Rugilah kami kalau tidak berkongsi pengetahuan dengan ibu bapa diluar sana tentang apa yang kami  tahu pasal penyakit Aqil ni. Walaupun hanya secebis je pengetahuan yang kami ada, kami berusaha untuk berkongsi dengan orang ramai diluar sana. Usaha kami, tanggungjwab kami. Luangkanlah sedikit masa untuk membaca lebih lanjut tentang penyakit pneumokokal ini dan tunjuk tanda sokongan anda terhadap kempen ABC ini. Aim for Boarder Coverage. Kempen kesedaran tentang penyakit pneumokokal. Baca lah.


Di sini juga saya kongsikan senarai klinik dan hospital yang menawarkan pneumokakal vaksin serta kosnya per dosage untuk rujukan semua. Senarai ini dikongsikan kepada saya daripada ibu bapa yang telah mengambil vaksin ini untuk anak mereka.

Selangor
Polikinik Shaik. Kota Kemuning, Shah Alam : RM50 1st dos, RM220 dos seterusnya.
KPJ Shah Alam: RM240++
DEMC: RM200++
KPMC, Kajang : RM240
An-Nur Specialist Hospital, angi: RM250
Pusat Rawatn Islam Az-Zahra, Bangi: RM250
Klinik Medi Nur, Puchong: RM200
Klinik Pakar Kanak-Kanak Chua, Kota Damansara: RM290
Klinik An-Nur, Presint 15, Putrajaya: RM245
Poliklinik UKM: RM180

Kuala Lumpur:
Hospital Pusrawi : RM227
Klinik Seri Indah, Taman Samudera, Batu Caves: RM210
Hospital Columbia Asia, Setapak : RM245
Hospital Al Islam, Kg Baru: RM250
Klinik Fauziah, Ampang: RM210

Melaka
Poliklinik Wahidah, Ayer Keroh: RM220

Pahang
Klinik Al Farabi/ Hospital PRK Muip, Kuantan : RM220



Kami gembira jika dapat menolong ramai ibu bapa di luar sana. Kami yakin Aqil juga pasti tersenyum gembira di atas sana melihat usaha kami.  Alfatihah buatmu sayang. Semoga rindu kami sampai padanya :')













Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015