Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label madu. Show all posts
Showing posts with label madu. Show all posts

Thursday, June 10, 2010

Cuci mata meh~


Minggu lepas si cintahati sangat baik hati membelanja makan sempena gaji pertama beliau ;) Dan aku sebagai kekasih yg baik hati tak mahulah minta dia belanja memahal kan..yang biasa2 sudey. Jadi, kami ke PizzaHut je. Kagum jap, menu PizzaHut sekarang banyakkk yg baru. Nampak sangat aku dah lama tak jejak PizzaHut.Sadis. Sebelum gi makan tu, bawak madu aku gi mandi jap. Kotor gila. Tak cantek dah.

Hai madu..awak kelihatan sangat gorjes sekali!
Walaupun dia madu aku, tetap sayang dia tau sebab dia comelllll ;)


Seterusnya ke PizzaHut
Ini namanya Choc Volcano yg tempting~
Panas dibawah, sejuk diatas. Slurrpp!


Ini pula Cheesy Lava Pizza yg sangatlah cheesy. Nyummmmm~

Emm..ni baked cheese with meatballs kot. Sodapppp!

Adeh..tengok pic2 ni balik boleh membuatkan aku lapar pulak. Chisdel yu pizza! 

 Muka senang hati. Perghh! Tu eyebag ke ape tu? (@_@)
Aik! Cam besar sebelah je mata tu.Abaikan.

Mekaseh ye sayang. Pasni tak perlu belanja2 makan lagi (makanan mahal, kalau murah2 takpe..haha), simpan duit dalam bank "Misi Kita". Lagi berbaloi2 ;) 

Haaa..ni lagi satu nak bagitau..stok baru sudah sampai. OMG! (lagu Usher ni best! eh, tetiba pulak). OMG lagi. Stok kali ni sangat superb. Cantik2. Tunggu akan diupdate esok ok. Nah, ni bagi pratonton dulu. Eceh..pratonton bagai.


Restock tudung lycra awning cotton. Shawl tomey2. Oh, pashmina pun dah ada ye.Lovely! 

Oklah, mahu pergi jadik model tangkap2 gambar jap. Hee.Selamat makan tengahari

Friday, December 05, 2008

Aku ada madu. Aku pasrah.

Madu aku namanya Mira. Nama penuh Mira Gino. Tapi aku slalu panggil Gino je. Masa aku mula2 bercinta ngan cintahati, time cintahati kenalkan aku ngan Gino, aku tgk Gino ni biasa je. Takde yang special bg aku. Nak kata cantik tak, nak kata cun pun tak, tapi tak tau kenapa cintahati nak gak madukan aku ngan si Gino tu. Aku malas nak gaduh2. Aku ikutkan jela kehendak cintahati tu. Dulu cintahati selalu cerita pasal Gino. Sikit2 Gino. Aku kekadg naik bosan. Apalah yg dia banggakan sgt ngan Gino tu. Huhu.

Tapi lama kelamaan Gino berevolusi dari biasa2 je ke sgt luar biasa. Sekarang Gino dah perfect. Cintahati dah berjaya merubah Gino menjadi comel. Gino comel sgt dari segi dalaman juga luarannya. Aku dah mula suka ngan Gino. Kalau dulu, aku bosan kalau cintahati selalu borak psl Gino, tapi sekarang aku ngan cintahati sama2 borak pasal Gino. Kalau dulu, aku jeles sbb cintahati selalu bawak Gino sekali time dating, tapi sekarang aku yang beriya2 suruh cintahati bawak Gino sekali time dating. Kalau Gino lalu, semua mata mesti pandang kat Gino. Kalau dulu, aku selalu jeles ngan Gino, tapi sekarang aku tak jeles dah. Aku pasrah dan bangga ada madu secomel dan se"world" Gino.


Aku bersama Madu ku (1)

~Dulu, Gino berwarna emas2, agak retro~
*comel kan Gino?*


Aku bersama Madu ku (2)

~Sekarang, Gino dah berwarna purple luar biasa~
*Gino yang "world"..hee*


Oh..Madu ku

~ Ni Gino setelah di "pink" kan menggunakan fotocop~
* Eyy..comel nye la kalau Gino betul2 warna pink camni*


Sebelum berevolusi, Gino dulu hanyalah "seekor" kelisa yg biasa je. Sama cam kelisa aku. Tapi dari "seekor" kelisa biasa bertukar jadik Gino yang comel. Magik kn? Hee.



P/s: Syukurlah aku hanya dimadukan ngan Gino, bukan dengan seorang perempuan mahupun seorang lelaki. Ngehngeh.










Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015