Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label sayang. Show all posts
Showing posts with label sayang. Show all posts

Monday, November 28, 2011

Great Times & Great Friends~





Saya tak perlu kawan yang beribu tapi dari yang jenis batu api, pendengki, busuk hati, bercakap buruk pasal saya dan family saya, penuh dengan unsur2 negatif dalam diri dia dan sebagainya. Sangat tak perlu.Shuh! Shuh! Cukuplah kawan yang hanya boleh dibilang dengan jari tapi dari yang jenis sangat baik hati, memahami, menjadi diri sendiri,persahabatan yang kekal sampai mati ;).Great friends, great parents,great hubby,great siblings,great family, great family-in-laws. I am blessed to have them in my life. Terima kasih Allah ;)



P/s:Salam Maal Hijrah. Smoga kita sentiasa dalam lindunganNya :)

Saturday, September 05, 2009

Kawan






























Aku tak perlukan beribu2 orang kawan,
tapi hanya datang dan pergi..
Cukuplah kawan yg hanya boleh dibilang dengan jari,
tapi kekal sampai mati ;)



Thanx babes for a wonderfulcrazyfullstomach nite. Sayang korang lebih2!!



P/s: Plan nak sahur sama kawan2 tercinta. Jom!

Friday, August 21, 2009

Quote of the day


" Tak cukup Empat Kurang, Lebih Empat Baru Curang,
Idop Poligami!!!(Mati Aku Kalau Awek Aku Baca Nih) hahaha"

- Amir Fozy



Status facebook si cintahati sebentar tadi. Tu menunjukkan penyakit sawan "fish a fish" dia dah datang menyerang la tu.Haih..sayangku ini. Orang pasang niat puasa, ko pasang niat curang2 pulak. Macam2!


*Beranilah ko syg curang, sebotol asid pekat ada dekat sebelah saya sekarang ni. Muahahahhaha!! Jagalah ko syg!!




~2 orang bahagia~
( Saya sikit pun tak jeles ngan quote feveret awak tu sayang!)
Hahaha



P/s: Setiap hari jatuh cinta dengan si badol yang annoying cintahati yang ngegeh ini! ;p

Sunday, February 08, 2009

Hari minggu..Hari bergumbira..

Hilangkan rasa curiga..duka dan nestapa..
Mari kita menyanyi lagu..Sha..na..na..na...na..
Esok kerja jadi hari ini kita berjumpa
dengan si dia yang tercinta..




~Aaaaummmmmm...~




~Hemoh..hemoh..hemoh ;p~



* Ok..sok cuti..tapi aku ade kelas..apa kes? Huhuu...



Sunday, January 18, 2009

Autofest D'Kajai @ UKM

~Wajah excited seorang Erina~
*pipi kembung cam hamster..huhu*

Semalam aku excited gila nak pergi UKM, Bangi sebabnya madu aku, si Gino masuk Autofest D'Kajai kat sana. For the first time beybeh. Mestilah excited kan. Nak support centahati. Hee. Bertemankan Yah sebagai "navigator" comel, pukul 12 tghari, kami gerak pergi ke Bangi.

Sesampai UKM, dekat pukul 130 ptg, hmm..tetiba berlaku kejadian drama swasta. Aku sebagai pelakon wanita utama, centahati sebagai pelakon lelaki utama dan Yah sebagai camerawoman. Ceritanya sgt sadis sehinggakan berlakunya pertumpahan air mata yg banyak. Tapi cerita ni berakhir ngan very happy ending.(Oh, cerita ni hanya aku, centahati ngan Yah je yg tau..lalala). Nasib Yah ada, kiranya die penyelamat keadaan la. Tima kaseh Yah. =)

Ok2, abaikan je cerita tadi. Sampai je kat autofest tu, centahati dah menunggu aku. Wee.Aku sgt happy gile time ni. Mestilah happy. Lama gila tak jumpe dia kot.Rindu! First thing to do ialah pergi melawat madu aku dulu. Gino..oo..gino..


Tadaaa...
~Gino comel in da house~
*Lalala*

Ye.madu aku mmg comel. Tapi tak boleh mengalahkan kecomelan aku lagi la. Lol. Dah puas hati tgk Gino, kami gi jejalan, pusing2 tgk kereta2 comel yg lain. Banyak tu kawan2 Gino. Macam2 jenis & warna ada. Tapi biasalah, mata aku mesti attract kat warna pink2 je. Hehe.


~Ni Mr. Gino Yellow namanya~


~Wuu..Hello Kitty..pinky2~


~Wohoo..Comey gila pink nih~

Cuaca semalam sgtla sesuai tuk autofest ni. Cerah, panas yang amat. Selalunye sekarang ni petang2 kan selalu hujan tapi syukurlah semalam cerah. Dah la tak bawak payung, gigih gak kami jln2 tengah panas tu semata2 nak cuci mata tgk kereta2 lain. Hee..


~Maintain kiut walaupun di bawah cahaya matahari terik~


~Pasangan bahagia.Hee~

Tapi aku kejap je kat sana. Dalam kul 4 ptg camtu, aku ngan Yah gerak balik dah sbb aku kena jaga gerai pastu. Sebelum balik, kami haruslah berposing2 ngan Gino jap. Memula centahati tak nak tangkap gamba sekali ngan Gino sbb segan, nanti kena bahan ngan kawan2 dia (sbbnya tuan punye kereta tak boleh bergambar ngan keretanya sendiri, nampk cam poyo..Huu). Tapi aku paksa dia gak. Yela, ni kan 1st time Gino masuk autoshow, mestilah nak tgkp gamba kenangan. Cian cintahati kena bahan pastu.Lalala..aku tak bersalah ;p.


~ Gino Rangers.Lol~

Yang penting aku sgt happy semalam. Thanks syg. =)

Friday, January 16, 2009

Kami


~Sekarang~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~10 tahun akan datang~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~20 tahun akan datang~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~


Sampai ke akhir hayat..Aminn..



Oh. Sungguh macho centahati berjanggut dan bermisai. Aku awet muda, sebab tu muka tak berubah..lol


P/s : Sok Gino masuk autoshow kat UKM. Yay! Good luck syg =)


Wednesday, January 14, 2009

Ingin ku geget2 cuping telinga kecilmu.Ngap!

*sabar..tunggu loading sat eh...*


Obsesiku - Aqasha

Matamu....Bibirmu...
Pipimu & juga senyummu..
Membuat aku lebur..
Hanyut di dalam ghairah..
Kerna mu..

Tubuhmu.. harummu..hatimu..
Oh! semua aku mahu...

Inginku gigit-gigit cuping telinga kecilmu..
Luahkan perasaanku..
& membisikkan aku cinta kamu..

Hadiahkan asmara di setiap pagi harimu
Dengan harapan agar kau tahu..
Semoga kau tahu... ku gila kamu

Auramu... Pujuk rayu hatiku..
Sering bergoncang jiwa ini..
Siang malamku gundah,
Tiada melihat wajahmu..
Ku rindu...

*(OST Joe & Faridah)


Hee.. Lagu ni tersangatlah comel . Aku suka sangat. Bertambah suka bila aku merajuk jap tadi, cintahati nyanyikan lagu ni kat aku. Walaupun dia tgh mamai, gigih nak nyanyi jugak. Nak pujuk cintahati dia yang mengada2 ni, tetiba nak merajuk. Huu..Part yg di bold kan tu ialah feveret aku. Wawawa.. aku jatuh cinta sekali lagi. Sorry tau syg. Pasni kalau unny merajuk lagi, ku rela telinga ku digeget. Agaga =p

~sepenuh hati~


Sunday, December 28, 2008

Last date for 2008

~Amir & Erina~



P/s : Kami pergi tgk cerita Yes Man. Ok. Cerita tu kelakar.

Tuesday, December 23, 2008

Cerita ni hampeh


Petang tadi g tengok cerita ni. Keanu Reeves yg macho jadik hero. Macam gempak je tgk iklan cerita ni, sekali dah tgk...sangatlah menghampakan. Sgt2! Aku rasa ni lah movie lakonan Keanu Reeves yg pling tak best pernah aku tgk. Dalam cerita ni, Keanu Reeves jadik alien yang bertopengkan manusia, dari planet mane ntah, datang kat bumi sbb nak takluk bumi. Plot cerita lebih kurang ala2 cerita War of the worlds lakonan Tom Cruise tu, tapi cerita tu 10 kali ganda best dari cerita ni la. Cerita ni flat. Takde perasaan aku tgk dari start sampai habis. Pastu di tambah ngan skit2 scene yg mengarut, terus jadik hampeh. Pastu, ada satu aliennya ni, besar bagak cam KLCC, badan cam manusia, kulit cam org minyak, tapi kepala cam robocop. Alien paling lawak pernah aku tgk. Huhu. Walaupun cerita ni tak setanding cerita War of the worlds, aku perasan ada satu persamaan cerita ni ngan cerita War of the worlds tu, alien dalam dua2 cerita ni bermata satu. Hmm..adakah dorang nak samakan alien2 tu ngan dajjal (yg bermata satu, muncul masa hampir kiamat) atau kebetulan je?. Tak tau lah. Tapi, kesimpulannya, bagi aku, cerita ni tak best.


P/s : Akhirnya dapat gak aku mkn prosperity beger setelah lama mengidam. Thanks cintahati sbb temankan kekasihmu yg "garang" ni. Ilebiu =)

Friday, December 12, 2008

Hepy beday sayang


~Kek comel tuk cintahati yg comel~

Hari ni beday cintahati. Tapi kesian dia, aku takde hadiah tuk dia. Padan muka dia. Hee. Takde lah, sebenarnya aku dah beli dah hadiahnya, hadiah yang sangat dia idam2kan, tapi tak dapat nak bagi harini atas sebab2 yang tak boleh dielakkan. Huu. Sori eh syg. Syukurlah cintahati ni jenis cool, sporting je. Kalau jadi kat aku confirm dah merajuk 48 jam. Haha.

Petang tadi, kami ke Alamanda. Plan asal nak gi PcFair kat KLCC tapi tetiba aku diserang penyakit bulanan, terpaksa lah tukar plan di saat2 akhir. Sampai Alamanda, mkn2 kat Pizza Hut, jejalan, tgk wayang cerita Bolt. Memula cintahati nak tgk Antoo Fighter tapi aku tak berapa berkenan nak tgk cerita camtu walaupun aku minat Radhi OAG, di tambah pulak member2 yang dah tgk cerita tu cakap cerita tu tak best, maka aku pujukla si cintahati supaya tgk cerita Bolt. Akhirnya beday boy mengalah. Yay. Ceritanya best! Kisah si "superdog" Bolt, yang terpisah ngan tuannya Penny. Masa perjalanan nak ke Holllywood balik jumpa si Penny, jumpa plak kawan2 baru, Mitten si kucing liar yg realistik dan Rhino si hamster gemuk yang serius kiut dan kelaka habis. Apa jadik pastu, gi la tgk sendiri kat cinema. Hee. Sape2 yg suka tgk cerita animasi, pencinta haiwan2 comel, pecinta wonderpets, silalah pergi menonton cerita ini. Mesti puas hati la.



Pas abes tgk wayang, gi Dataran Perdana jap. Pusing2. Makan kek. Romantik woo mkn kek kat Dataran Perdana. Hee. Pas mkn. Tangkap2 gambar jap. Balik. Lalala..wo ai ni sayang.



~Si mata bulat & Si mata sepet~



Friday, December 05, 2008

Aku ada madu. Aku pasrah.

Madu aku namanya Mira. Nama penuh Mira Gino. Tapi aku slalu panggil Gino je. Masa aku mula2 bercinta ngan cintahati, time cintahati kenalkan aku ngan Gino, aku tgk Gino ni biasa je. Takde yang special bg aku. Nak kata cantik tak, nak kata cun pun tak, tapi tak tau kenapa cintahati nak gak madukan aku ngan si Gino tu. Aku malas nak gaduh2. Aku ikutkan jela kehendak cintahati tu. Dulu cintahati selalu cerita pasal Gino. Sikit2 Gino. Aku kekadg naik bosan. Apalah yg dia banggakan sgt ngan Gino tu. Huhu.

Tapi lama kelamaan Gino berevolusi dari biasa2 je ke sgt luar biasa. Sekarang Gino dah perfect. Cintahati dah berjaya merubah Gino menjadi comel. Gino comel sgt dari segi dalaman juga luarannya. Aku dah mula suka ngan Gino. Kalau dulu, aku bosan kalau cintahati selalu borak psl Gino, tapi sekarang aku ngan cintahati sama2 borak pasal Gino. Kalau dulu, aku jeles sbb cintahati selalu bawak Gino sekali time dating, tapi sekarang aku yang beriya2 suruh cintahati bawak Gino sekali time dating. Kalau Gino lalu, semua mata mesti pandang kat Gino. Kalau dulu, aku selalu jeles ngan Gino, tapi sekarang aku tak jeles dah. Aku pasrah dan bangga ada madu secomel dan se"world" Gino.


Aku bersama Madu ku (1)

~Dulu, Gino berwarna emas2, agak retro~
*comel kan Gino?*


Aku bersama Madu ku (2)

~Sekarang, Gino dah berwarna purple luar biasa~
*Gino yang "world"..hee*


Oh..Madu ku

~ Ni Gino setelah di "pink" kan menggunakan fotocop~
* Eyy..comel nye la kalau Gino betul2 warna pink camni*


Sebelum berevolusi, Gino dulu hanyalah "seekor" kelisa yg biasa je. Sama cam kelisa aku. Tapi dari "seekor" kelisa biasa bertukar jadik Gino yang comel. Magik kn? Hee.



P/s: Syukurlah aku hanya dimadukan ngan Gino, bukan dengan seorang perempuan mahupun seorang lelaki. Ngehngeh.


Monday, December 01, 2008

Tahniah Yah comel comot!

Bestie konvo harini. Aa..Bestnya..Seronoknya. Even bukan aku yang konvo, I felt so happy for her. Jadi, haruslah aku membelikan dia bunga yg comel secomel dia. Biasanya org selalu bg bunga hidup. Tapi aku taknak. Bunga hidup nanti layu, pastu mati. Jadi, aku belikan dia bunga yg tak kan mati sampai bila2. Never die like our friendship. Hee.


~ Comel kan?~

Aku pergi ngan Caca. Oh..ni bukan Caca adik aku, ni Caca kawan Yah juga kawan aku. Kami bawak banyak gila bunga sbb ada member2 dan juga tunang Yah pesan tlg bawak kn bunga tu dan bg kat dia. Dorang tak dapat dtg sbb keje. Sgt banyak bunga2 tu ok. Masa kami jalan nak g dewan, banyak mata yang pandang sbb mybe dorang ingat kami penjual bunga. Wahaha.

Yah dan aku

~Tgk2..dia suka dapat bunga dari aku..Aku pun suka..lol~
*tahniah babe*

Paling aku terharu, time Yah jumpa mak dia. Peluk cium mak dia pastu mak dia menangis. Menangis bangga dengan anak dia. Aku tgk makcik Miah nangis, aku pun terasa cam nak nangis time tu. Sebak. Hehe.

Keluaraga tercenta Yah

~Adik dia (kanan sekali) sgt comel ok, pakai jubah abah dia~
*keluargaku jua*

Oh, abah dia bukan konvo sekali. Abah dia ada dlm dewan tu jugak, duk atas stage time anak dia ni amik skrol. Mesti abah dia sgt bangga time tu.

Sahabat2 sejati Yah

~Aku, Caca, Aisyah, Yah~

Tgh sibuk2, Yah terperasan 1 kelibat. Terus dia jerit.."Sayanggg" (ngan nada gedik). Ahaha..rupa2nya tunang nya datang. Baru pas habis kerja. Yah mestila tetiba berubah menjadi sgt agresif bila ada Romi.Haha.

Yah dan Romi

~Dorang sgt sweeeeet gila!~

Pastu aku rasa, dialah orang paling happy sekali time konvo tu sbb aku rasa dialah yang dapat palingggg banyak bunga. Sampai dia pun tenggelam ngan bunga2 tu. Haha. Tak percaya?


~Banyakk kan dia dapat? Hehe~

Malam tu ada BBQ umah dia, aku ngan caca slumber je buat muka tak malu join. (sbenarnya Makcik Miah ajak ok..hehe). Sangat sedap ketam sambalnya. Nyum2. Caca terus senyap dapat makanan. Tapi aku pening tgk dia sbb byk gila mkn janggut sotong bakar. Pastu saje je suruh aku try. Huhu. Sgt tak patut.

Congratz again Yah! Sayang ko sgt. Aku tau kau sgt2 happy tadi. Aku pun happy. Ni yang buat aku tak sabar nak konvo ni. Hee


Sunday, November 30, 2008

Moh g ipoh weh

Pagi2 dah kena bangun, siap2..ke Ipoh. Ada kenduri kahwin. Abg ipar aku ( Abg GG) punya adik kahwin. Jauh kan Ipoh tu. Sama jauh macam nak g kampung aku kat Muor. Dalam kereta haruslah sgt bosan. Kalau dah bosan, marilah kita menangkap gambar. Haha.


~Ceh..muka budget comel la ni~
*kembali kelabu mata hitam ku*

Dah tangkap2 gambar.Perjalanan still jauh lagi. Huu. Bosan. Tido. Bangun2 dah smpai Tapah. Eh..eh..Tapahla..Ada apa kat Tapah ni eh? Hee..gedik la. Pastu smpai..mkn2, tgkap gambar pengantin ( tapi gambar nya gelap..haih). Mama dan Ayah jumpa family pengantin. Balik. Bawak balik si Ammar sekali. Culik dia.Haha.

Petang tu abg aku dan keluarga tercentanya dtg. Yay!! Faris yg comel datang. Mari kta gomol2 si tembam itu. Mari kita buli dia. Agaga. Aku geram ngan budak ni. Rasa cam nak gigit pipi dia.(Huish..ganasnye mamacik ni). Oh..aku digelar mamacik ye.

Ini Faris Iskandar
~Agaga..mari kita masukkan dia dlm bakul~
*comel kannnnnnnnnnn?*

Ini Abang Ammar

~Dia pun nak masuk dalam bakul gak.. haha~
*malu2 kucing plak..eyy..comel!*



~Masing2 berebut nak baca blog mamacik~
*Ahaha..dannn2 je kan*


Wednesday, November 26, 2008

Wendy's dan hantu raya

Harini jumpa si cintahati, pergi sunway pyramid, makan kat Wendy's. Kitorang first time mkn kat sini. Menarikla mkanannya. Walaupun fast food tapi lain dari yang lain. Sedap pun sedap. Walaupun agak mahal berbanding fast food yg lain tapi bg aku berbaloi. Burger nya superb. Oh..aku dah terjatuh centa ngan baked potato chili & cheese nya. Sgt nyummy. Pasni nak try saladnya pulak. Nampak cam superdelicious je.


~Chili & cheese baked potato, uiltimate chicken grill ngan 3/4 lb triple with cheese~

Pastu g tgk wayang, aku nak tgk quarantine tapi si cintahati taknak.Takutla tu. Ngehngeh.Kami tgk Madagascar. Nasib baik kelaka dan best. Tapi potong je bila awek yang duk sebelah kitorang gelak cam hantu raya. Boyfriend awek tu siap sound dia lagi suruh gelak perlahan. Tapi awek dia buat tak kesah. Ketawa jugak mcm hantu raya lagi. Tu baru tgk Madagascar, aku tak dapat bygkan dia gelak kalau tgk Trophic Thunder.


Friday, November 07, 2008

24 tahun 2 hari

Harini mama g Bandung tuk bercuti ngan kawan2 se'office' nya. 3 hari kat sana. Haihh..betapa jelesnya diriku ini. Nak ikut!! Huhu..tapi nak wat camne, perjuangan aku tuk jadik student AS202 sem 05 belum berakhir lagi. Only 1 more paper 2 go!! Chaiyok!

" Mama..belikan souvenir yang best2 ye kat sana nanti. Selamat pergi dan selamat pulang."

Oh ya..ada 1 berita gembira. Aku bakal dapat anak buah baru..Seronoknya! Makin bertambah cucu2 Hajah Hamidah & Haji Abu Bakar. =)












Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015