Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label tunang. Show all posts
Showing posts with label tunang. Show all posts

Tuesday, June 14, 2011

Congratz Cikgu Why ;)

Jumaat lepas kami berdua ke kampung Muar. First time balik kampung dengan encik hubby lepas kawen ni. Perjalanan 2 jam terasa kejap je bila dengan encik hubby. Hee.Sampai kampung semua makcik2, atok pun tegur aku dah montel. Semua pun cakap macam dah ada "isi" ni. Senyum je la.Padahal memang tengah membesar bagaikan juara sekarang ni. Tapi mana tau kot2 masin mulut mereka tu kan. Aminnn ;)


Si montel yang bahagia..ohoii :)
Sekarang memang suka makan. Makan makan dan makan. Ayoyo.

Sabtunya tu ada majlis pertunangan sepupuku merangkap pengapitku masa wedding dulu,Cik Why kita.Haaa kan..dah kena berkat pengantin. Hee


Pengapit terbaik ku ;)


Beliau ketika tunang. Sangatlah gojes! 
Berseri2 sangat ;)


 With the hantarans ;)


Encik Tunang & Cik Tunang.
Sweet bangat. Bagai pinang dibelah 2. Dah la dua2 ni pun cikgu. Memang padanlah ;)

Alhamdullilah, majlis pertunangan beliau berjalan dengan lancar. To Cik Why, tahniah! Semoga berbahagia hingga ke saat lafaz sakinah dan seterusnya ke akhir hayat. Masa bertunang ni darah manis, banyak2 kan bersabar ok.Majlis kawen mereka pun tak lama je lagi. Semoga dipermudahkan segalanya ;)

Malam tu bawak encek hubby makan mee bandung. Dah jadi orang Muar kenalah makan mee bandung, barulah Muar sejati.Tapi encek hubby tak minat mee bandung, nasi pattaya jugak diordernya. Haiya.Apa macam ini? Nanti nak pujuk beliau jugak supaya minat mee bandung. Sedaplah mee bandung. Kuah pekat, ada daging, udang.Me like it very2 much! Nyumaay~ (Ok, bercerita pasal makan aku memang excited. Haha. Dan secara otomatik menjadi lapar (T_T))

Esok paginya sebelum bertolak balik, kami ke kebun ayah belakang rumah, ayah pesan suruh amik nenas yang dah masak. Nenas dekat kebun tu memang lah super besar2 ok. Nenas Sarawak.

Encek hubby gigih menebas nenas. 


Nenas gomok2. Sedapnyaaa! 
Tapi encik hubby tak bagi makan.Baiklah, saya akur menurut perintah.

Tapi yang ini lagi lazattt..

Duriann beybeh! 
Mengharapkan mereka ini gugur tapi sampai kesudah takde sebiji pun yang jatuh. Uhuk. Hampa.


Dan sempat beramah mesra dengan anak kambing belakang rumah atok juga.Comelnyaaa anak2 kambing ni, manja pulak tu. Rasa macam nak kendong sekor bawak balik Shah Alam. Haha

Dan begitulah aktiviti kami pada weekend lepas. Dan sekarang diri ini tersangatlah eksaited untuk aktiviti weekend ini pulak. Weheee. Penang, tunggu kami menyerang! :D



P/s: Misi hari ini, membuat 1000 pcs chos chips cookies. Wuhuuu!

Friday, February 11, 2011

Alhamdulillah :)

2 hari lepas terima berita yang sangat gembira dari encek tunang. Memula macam nak merajuk dengan dia sebab takde morning call dari dia pagi tu (tu pun nak merajuk, gedik kan? hoho). Sekali bila call dia,terus tak jadi merajuk bila dapat tahu berita gembira ni. Gembira sangat. Sangat2! Encik tunang dah lepas 6 months probation period dan sekarang beliau sudah confirm dilantik menjadi exec.Alhamdullilah. Syukur sangat2 ;).Rezeki kami nak kahwin.Terima kasih Allah :)



Congratz sayang! I'm soooo proud of u ;)

Saturday, November 27, 2010

My wonderful engagement day~

Alhamdullilah, majlis pada 20/11/2010 berjalan dengan lancar. Majlis yang sangat simple tapi meriah dan indah. Even lebih kurang 2 minggu je persediaan dibuat untuk majlis pertunangan ni, tapi rasa bersyukur sebab everything went well ;).Hmm..nak start dari mana ye? Oklah, let's start from barang hantaran first. Hantaran aku untuk encik tunang (aww..sekarang dah tukar jadi encik tunang yu ;p)bertemakan putih biru.Tema hantaran dari dia pulak warna pink putih. Ikut perancangan 5 berbalas 7. Tapi di saat2 akhir, ramai yang bermurah hati untuk mensponsor barang2.Alhamdullilah, rezeki jangan ditolak kan ;), jadi hantarannya bertambah jadi 11. Jadinya 5 (dari pihak lelaki) berbalas 11 (dari pihak aku). Ni lah antara barang2 hantaran untuk pihak lelaki





Chocs & Cookies
Made it myself with full of love.
(^_^)
Bekas cookies tu mama tolong hiaskan.
Dan oh ye.. semua gubahan hantaran adalah hasil seni tangan mama & makcik2 tercinta.


 Coklat ini disponsor oleh my beloved bestie, Yah.


Dan kek super duper sedap nyummilicious (bak kata encik tunang) ini disponsor oleh kawan baik saya, Cik Umie Youmie.


Maceh banayk2 wahai kawan2 sayang ;)
Diapit oleh Cik Umie Youmie & Puan Yah.


Dan ini cupcake tercomel yang telah disponsor oleh kawan saya di JB, Nozee.Thank u so much dear ;).Cupcake comel ni telah ditempah di Jasmeen Home Delight. Serius memang puas hati ;)


Dan kek cantik ini disponsor oleh opah, jiran sebelah ;) . Terima kasih banyak2 kepada semua yang sangat baik mengsponsor barang2 ini. Semoga kalian dimurahkan rezeki. Aminn~



Me with the hantarans for him ;)

Dan barang2 hantaran lain ialah sireh junjung, sejadah dan senaskah terjemahan Al Quran, songkok dan sampin, baju nikah dan buah buahan.

Lebih kurang pukul 2 petang, rombongan pihak lelaki sampai. Masa ni aku dah tak senang duduk dalam bilik. Nervous gila ok. Dup dap dup dap.Lebih kurang 40 minit lepastu,kakak aku panggil suruh keluar. Masa untuk sarung cincin. Masa keluar bilik je, jantung rasa nak gugur bila tengok keluarga dan sedara mara encik tunang yang sangat ramai.Dan satu "insiden" bersejarah telah berlaku. Jeng..jeng..jeng..


Masa ni tengah contol debar.
Lagak cukup tenang padahal dalam hati siapa yang tahu.

Dan saat yang ditunggu2 telah tiba..saat cincin disarungkan.Hulur2 jari je tak semena2 tangan aku mengigil2. Bukan sikit2 punye gigil, ni gigil ibarat gempa bumi 5.6 sekala richter. Uhuuuu..

Tengok tu, punyalah badan aku membongkok sebab nak tahan gigil. Dahla dua2 tangan pulak tu.Ntah macam mana, dengan spontaneous nya mulut aku terrrrrrkeluar " Nervesssssssssssssssss!" dengan secara maha kuatnya. Apalagi, gamat sekejap ruang tamu dengan gelak tawa dari para tetamu.Sampaikan abang encik tunang tegur " Hai, janganlah cakap kuat sangat sampai satu rumah dengar". Homaigod!! Malunyeeee!! Rasa nak nyorok muka dengan bantal. Memang hari ini dalam sejarah betul (T_T). Takpe2, nanti ada jugak story best tuk diceritakan kat anak cucu nanti. (-_-")


Salam mintak berkat bakal mak mertua ;)
Terima kasih makcik. Mahaplah, saya ni ada angin nebes kus2 sikit.Huhu


 
Peluk cium.Mmuahhh ;)


Dan Alhamdullilah, selesai semuanya. Semoga segala perancangan berjalan lancar hingga ke saat lafaz sakinah. Amin Ya rabbal alamin~

Dan dengan ini, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah bersusah payah agar majlis berjalan dengan lancarnya. Terima kasih tak terhingga kepada keluarga & sedara mara pihak lelaki sebab sudi datang. Untuk keluarga tercinta terutama sekali.


Mama & Ayah


 
The siblings ;)


Kawan2 tersayang ;)


Atok & makcik2 yang banyak membantu. Dan semua para tetamu yang hadir. Tak lupa jugak kepada Kak Bib, jurusolek yang berjaya mentransformkan diri ini,dari biasa2 je ke luar biasa, dengan pakej yang sangat berbaloi2. Siapa berminat nak tahu, boleh email ok ;) dan tak lupa juga kepada Abg Boya a.k.a bakal tunang cik Umie Youmie selaku photographer terbaik pada hari itu. Gambar2 yang di snap memang super cun. Puas hati.Sesiapa yang berminat nak tahu tentang pekej harga atau untuk melihat hasil tembakan beliau, sila klik sini ye. NinjaSiam.Facebook beliau.


Dan akhir sekali terima kasih kepada encik tunang.

 Terima kasih kerana sudi menerima diri ini seadanya.
Terima kasih kerana menjadikan saya sebagai bakal suri hidup awak
Semoga apa yang kita telah rancang di berkati oleh-Nya.


  
 Cik tunang & Encik tunang.
(^_^)


 
With the hantarans ;)

Ni antara hantaran dari pihak lelaki. Suka sangat dengan warna & deco nya. So sweet~


Baju nikah~
Kami beli yang dah siap je. Senang ;)


Telekung

And this is one of my favvy. Kek ni sangat comel kan? Sayang nak makan ;p

Alhamdullilah, syukur sangat sebab sekarang dah masuk fasa kedua. Rasa gembira & sangat bersyukur. Asik senyum je memanjang. Bangun2 pagi tengok cincin kat jari pun tersenyum.Lepasni kena prepare untuk fasa terakhir pulak.InsyaAllah awal bulan 4 tahun depan. Rasa macam tak lama je lagi. Dah boleh start buat to-do list & prepare sikit2 dari sekarang ;).18 weeks to go! Semoga segalanya berjalan lancar. Aminnnn~


P/s: Geng Memuah, nampak gayanya trip ke Penang nanti kena tambah lagi sorang ahli. Boleh kan? ;)

Sunday, November 21, 2010

20 November 2010






 


Selamat sudah diri ini menjadi cik tunang kepada Amir Fozy ;)
Alhamdullilah. Syukur. Majlis berjalan dengan lancar. 
Terima kasih tak terhingga kepada semua.
Semua kesayangan2 saya.
(^_^)


P/s: Nanti saya update banyak2 lagi ya;)

Monday, November 15, 2010

Nilai 3

Biasanya kalau orang pergi Nilai 3 ni mesti nak beli2 barang untuk kahwin,tak pun untuk  bertunang.Betul tak? Nilai 3= Kahwin.Sinonim sungguh. Kenapa mesti nak  kena pergi Nilai 3 yang jauh boleh tahan instead of pergi je ke kedai2 pengantin berdekatan? Mungkin sebab kat situ semuaaaaa ada. Kira macam one-stop center.Cakap je nak apa, barang2 untuk hiasan hantaran, karpet, bunga2, kian ela,baju pengantin, baju bertunang,semua ada lah. Tapi tahu tak anda semua, yang barang2 kat Nilai 3 tu actually mahal gila berbanding kedai2 pengantin biasa yang berdekatan dengan rumah anda tu.Ok, takla smpai gila tapi bolehlah masuk kategori MAHAL. Aku cakap gini sebab dah terkena. Beli riben biasa dekat Nilai 3, 1 gelung harga rm1.20. Masa tu ingat memang standard harganya macam tu.Lepastu semalam pergi kedai pengantin area dekat rumah untuk beli riben yang sama.Warna yang sama, kualiti yang sama. Saiz yang sama.Panjang yang sama. Guess what? 1 gelung 40 sen je. What the fish! Bagi aku ini sangat MAHAL. Rm 1.20 boleh dapat 3  riben tu. Tapiiiii..haa..ada tapinya ni..taklah semua barang2 kat Nilai tu mahal, macam paper bag untuk buat goodie bag, bunga telur semua tu harganya rendah la bagi aku banding dengan kedai area sini. Dan mungkin jugak orang ramai pergi dekat Nilai 3 sebab kedai pengantin area rumah diorang lagi mahal dari Nilai 3 kot.Lepastu,  bekas2 hantaran kat Nilai 3 lagi banyak pilihan banding ngan kedai pengantin biasa. Nak bentuk labu,segala macam bakul, basikal, sangkar burung, sangkar kucing, semua jenis bentuk ada.Macam2 ada.

Sejak insiden tu barulah aku rajin pergi mensurvey barang2 tuk buat hantaran kat kedai2 pengantin lain area Shah Alam ni.Tak terus terjah Nilai 3. Syukur jugaklah haritu pergi Nilai 3 tak borong banyak even dah rambang2 mata. Haishh. Pengajaran disini ialah, kalau sayang duit, rajin2 lah pergi survey.


Sekadar hiasan
(untuk hantaran)



P/s: 4 hari je lagi? Dup dap dup dap

Tuesday, December 22, 2009

Tahniah Adik ku~











Tadaa...sebenarnya dah hampir sebulan majlis ni berlangsung tapi baru berkesempatan nak upload cerita ni. Hehe..bagus kan kakak ni. 2 hari lepas Hari Raya Haji haritu, telah berlangsungnya majlis pertunangan adik aku ni ngan centahati tercentanya. Gubahan2 kat atas tu hasil tangan ku, mama & kakak.Tema yg sgt simple.Cantik tak??



~Mama menyarungkan cincin ke jari bakal menantu ;)~


Alhamdullilah, majlis berlangsung dengan lancarnya. Sempurna dah satu bab. Tahniah adik ku. Tahniah banyak2.




Inilah tunangan adik ku. Lily namanya. Sgt sweet orangya. Baik. Pandai masak. Terer buat choc chips. Hehe. Umur 23 tahun, muda setahun dari adikku.




~Sesi bergambar dengan saudara mara~

Adik aku tak dapat snap gambar ngan tunangnya sbb masa tu dia sgt selekeh.Hoho.Mama tak bagi. Ada ke patut, pakai baju cam nak gi mancing. Pastu sempat lagi masa org semua berbincang, dia gi memancing kat lombong belakang rumah Lily ni. Ish..ish..kalau dah kaki mancing tu, kat mana2 pun nak mancing. Dia tak kisah. Nasiblah Lily dapat bakal suami kaki mancing ;p


Tengok tu..sgt selekeh kan budak ni ;p


Bisalah, bila ada majlis2 camni, confirm lah aku diserang dengan soalan2 cepucemas oleh makcik2 aku kan. Haishhhh!! Penat dah menjawab. Kalau dah jodoh adik ku sampai awal, biarlah dia teruskan dulu. Ku tak kesah. Memula dulu sentap lah jugak kan, tapi sekarang dah tak kesah dah. As kakak, aku sentiasa doakan yg terbaik tuk adik ku ni. Tapi yg penting, hadiah langkah bendul,kakcik nak blackberry bold eh. Hohoho ;p



Tak kesah lah, langkah bendul ke, langkah tunggul ke. Yg penting, bila jodoh ku dah sampai, turn aku pulak kan. Rileks lah ;). Sygg, jgn risau..cintaku hanya tuk mu. Ku takkan carik lain. Heheh


Buat adik ku, moga korang bahagia sampai ke jinjang pelamin & bahagia ke akhir hayat. Jangan lupa hadiah langkah bendul ok. Haha~










Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015