Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Thursday, December 02, 2010

Rapunzel 3D sangat best! :D

Malam semalam ke JJ Bukit Tinggi bersama Caca tercenta. Pergi tengok Rapunzel! Yeayy! Si adik teruja, si kakak lagi double teruja sebab dah lama tak pergi tengok wayang. Sampai JJ dalam pukul 9 malam macam tu, terus ke kaunter wayang beli tiket. 


RM 14+ RM5 for 3D spec = RM 19 per person
Ok la kan? :)


Lepastu, nak pergi mengisi perut. Dah janji dengan Caca nak belanja dia KFC, tapi masa tu duit kat wallet tinggal RM18 je, pergilah withdraw dekat Maybank kejap. Sampai kat atm , dah tekan amount duit segala, boleh pulak mesin tiba2 tergendala. Jadinya tak dapat keluarkan duit. Huhu. Sangat sadis. Demi adik tersayang takpela, sanggup jugak tunai hasrat dia ke KFC dengan berbekalkan RM18 je. Kekonon nak amik dinner set, pastu kongsi2. Tapi kecewa gila bila smpai kat KFC, tengok manusia beratur punyalah ramai. Jadinya, kensel, tak jadi makan kat situ. Huhu.Memang umat manusia kat JJ malam tadi pun MasyaAllah memang ramai gila. Macam nak pergi berperang.Rupenye semalam ialah Jcard day. Patutlah luar biasa ramainya. Perut memasing dah berkeroncong dah ni.Pusing2 carik tempat makan lain,takut tak cukup duitnya.Huhu. Last2, beli ayam goreng drumstik JJ je, 5 pcs= RM 6. Muahaha. Tak dapat KFC, ayam JJ pun jadilah. Perut dah sangat lapar. Shedap pun shedap (kalau dah lapa, apa2 pun shedap kan ;p).


Kami yang dah kenyang ;)
Then pergi berjalan2 kejap sambil membuat aktiviti tuk mengisi masa lapang. 

Tengok2 haiwan comel kat Pet Lovers Centre.
Eh..eh..kenapa bugsy ni comel sangat?
Rasa nak pijak!!


Bergambar2. 
Masa ni tengah membuli Caca. Actually belakang tu Caca tak berapa muat nak masuk pun, ada dinding. Tapi aku paksa jugak dia masukk. Haha. Pasrah je dia dapat kakak camni.


2 budak comot yang tak boleh blah.


Overall movie ni aku bagi markah penuh. Sebab cerita ni sangat best!(depends orang kot, aku peminat movie animasi ;)) Jadinya, semua nampak menarik & comel2 je dalam movie ni.Rapunzel, princess yang kena culik masa baby oleh seorang tua ni sebab rambutnya (Rapunzel) ada healing power.Eugene, pencuri tersohor yang kena buru dengan polis raja (polis?) sebab dia dah curi crown, tapi tetiba tersesat dekat rumah Rapunzel. Maximus, kuda comel yang ingat diri dia seekor anjing kot. Lawak kuda ni.Hoho. Pascal, chameleon comel, satunya2 kawan Rapunzel dekat rumah sepanjang 18 tahun.  Ah..suma la comel2. Watak comel, jalan cerita comel and yes,movie ni banyak moral story, sesuai tuk kanak2 (dan juga orang dewasa). Tak rugi. Sila pergi tonton ye :))


 "Flower, gleam and glow.Let your power shine. Make the clock reverse. Bring back what once was mine. Heal what has been hurt. Change the fates' design. Save what has been lost.Bring back what once was mine.What once was mine" 
-Nyanyi2 lagu ni sambil sikat rambut biar rambut panjang
 macam Rapunzel-
Comel!



P/s: Ngangkung best tak? 

Tuesday, November 30, 2010

Orang tanya..

Masa single, orang tanya.. bila nak ada pasangan?
Bila dah ada pasangan, orang tanya..bila nak kahwin?
Bila dah kahwin, orang tanya..bila nak dapat anak? Dah mengandung?
Bila dah mengandung, orang tanya..bila nak bersalin?
Bila dah bersalin, pantang pun belum habis lagi, orang tanya..bila anak kedua pulak?
Seterusnya..dan seterusnya. Orang akan tanya.

Kesimpulannya, orang akan terus bertanya dan tanya dan tanya lagi. Kekadang naik pening dibuatnya. Tapi nak buat macam mana kan, lumrah manusia. Jadinya, kita sentiasalah bersedia dengan jawapannya. Nak tak nak, kenalah jawab jugak (jawab je apa2), asal jawab.








Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015