Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label pengisian masa lapang. Show all posts
Showing posts with label pengisian masa lapang. Show all posts

Friday, January 07, 2011

Lafaz Sakinah

Sakit perut. Lenguh kaki. Rasa nak demam. Rasa nak marah2 je. Emo. Sindrom yang wajib menyerang diri ini sebulan sekali. Kesian encik tunang, selalu kena tempiasnya. Adoii..bila dah sedar tercakap kasar, cepat2 mintak maap, takmo jadik tunang derhaka. Huhu. Kami kaum wanita ni bukan suka2 tau nak marah2,emo2 tak tentu pasal ni, tapi kalo dah kena sindrom ni, semuanya menjadi semulajadi. Hormon yang membuatkan kami bertindak sebegini. (Balik2 salahkan hormon ;p). Jadi, kaum lelaki, silalah pahami kami ye. Kalau dah tau time makwe, tunang, isteri, adik, kakak, dah terkena sindrom ni, elakkan lah buat perkara2 yang menyakitkan hati dia. Walau kesalahan tu hanya sekelumit zarah pun, tapi kesannya nanti, ya Ampun, ibarat gunung merapi meletussss!!



Tengah2 beremosi ni, ada member post pulak video Lafaz Sakinah ni kat wall fb dia. Untuk bakal2 pengantin katanya. Laju je tangan ni klik play. Hambikkkkk! Bila dengar je lagu ni terus berjujuran deras air mata macam Naiagra Falls. Alahai..syahdunya lagu ni. Masa dengar lagu ni, hayati tiap2 baris lirik dia, terus automatik rasa sebak melampau.Tak dapat imagine saat aku dinikah kan nanti (T_T). Ni baru dengar lagu. Belum kena buat betul2 Lafaz Sakinah ni. Tapi kalau nikah kat Johor,ikrar Lafaz Sakinah ni wajib. (Mama, nanti saya nikah kat Shah Alam kan? Lega kalau mama cakap ye). Kalau kat Johor, aaaaa..sedihnya sangat! Meraung nanti..huhuhu..




Nah, kepada semua especially bakal2 pengantin sekalian, silalah dengar lagu ni ye, hayatilah siap bait2 liriknya. Sama2 lah kita menangis renungkannya bersama.Sediakan tisu siap2. Sob sob.


Lafaz Sakinah:Nyanyian Far East

Selamat Hari Jumaat semua.
Assalamualaikum ;)



P/s : Sesiapa yang tak sebak lepas dengar lagu ni, mahapla ye, mungkin aku sorang je yang sebak melampau. Almaklumlah..tengah emo2 ni.

Tuesday, December 14, 2010

Iklan AHB

Ayah: Amir, tokla hadiah harijadi Amir.
Amir: Nok ne?
Ayah: Yalah semua. Bangunan nok tinggi ya..ya..ya 


Suka mek nangga iklan AHB ya dekat tv. Tiap kali iklan ya keluar mesti mek senyum2 jak. Tok sikda kena mengena ngan Amir tunang mek ya ok. Hehe.Eee..rindu eh ngan kawan2 mek di Sarawak. Rindu mok kelaka Sarawak juak.Juh kelaka Sarawak ngan kamek juh ;D




P/s: Tok sebab bosan gilak diam dalam bilik hotel tok, yalah semua iklan di tangga nya.Paham? ;p

Friday, December 10, 2010

Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Pertama. Tahniah! kepada adik ipar kesayangan kerana telah mengandung 4 minggu ;).Syukur Alhamdullilah, bertambah fruitbaby lagi sorang tahun depan. Dapat imagine raya tahun depan macam mana. Mesti super meriah ;) Best2! Tahniah! jugak buat adikku, terserlah kelelakian mu wahai adik. Ha ha ha ;p

Tahniah wahai  bakal abah & ummi ;)


Tahniah! kedua adalah untuk kazen tercinta ini. Tahniah! on ur convocation day yang lalu dan tahniah! juga kerana berjaya mendapat dean list untuk sem pertama degree ini. So happy for u my dear ;)

Tiada apa yang dapat menggembirakan hati seorang 
ibu dan ayah selain melihat kejayaan anak2nya ;)


Dan Tahniah! ketiga adalah untuk diri sendiri kerana berjaya mendapat MC untuk harini (-_-"). Ok, ini tak perlu tahniah, lebih kepada takziah. Huhu. Bangun pagi, kena period cramp yang amat dahsyat, bukan setakat di perut, malah kaki pun cramp. Sangat luar biasa sungguh. Tak pernah pulak sekronik ini, selalu sakit manja2 je. Pergi klinik depan rumah, terbongkok2, gaya jalan dah macam nenek nenek si bongkok 3. Huhu.Yang bestnye klinik depan rumah ni, doktornye mungkin ada kuasa saiko yang tinggi. Sebelum bagitau sakit apa dia dah tau dah. Macam tadi, baru je duduk, katanya aku ada penyakit anak dara. Senggugut. Magik betol doktor ni. Lepastu sambungnya lagi, ubat untuk period cramp ni senang je.Awak kena kahwin dan cepat2 dapat baby. Lepas dapat baby 1st, InsyaAllah awak tak akan menderita sakit ni lagi. Awak kena berusaha keras hari2 untuk dapat anak ye lepas kawin nanti. Wahhh..doktor guna istilah "berusaha keras" tu tak tahan. Baik doktor, saya akan berusaha keras hari2 nanti, cepat bagi saya ubat dan MC. Jawab aku dalam hati. Really meh lepas dapat anak nanti dah takde period cramp? Bagus nih! :D


2 pain killer. Kuning = extra strong. Makan sebiji. Tido setengah hari
Kuning hijau = not too strong

Ok doktor. Terima kasih. Ni baru bangun tido lepas makan sebijik yang extra strong tu.Mujarab sungguh. Bangun2, terus rasa tak sakit dah.Tapi siap mimpi2 hantu tu yang tak best tu. Huhu (T_T).Oklah, nak gi exercise kemas rumah bagi keluar peluh. Hiyahh! Hiyahh!

Tuesday, November 30, 2010

Orang tanya..

Masa single, orang tanya.. bila nak ada pasangan?
Bila dah ada pasangan, orang tanya..bila nak kahwin?
Bila dah kahwin, orang tanya..bila nak dapat anak? Dah mengandung?
Bila dah mengandung, orang tanya..bila nak bersalin?
Bila dah bersalin, pantang pun belum habis lagi, orang tanya..bila anak kedua pulak?
Seterusnya..dan seterusnya. Orang akan tanya.

Kesimpulannya, orang akan terus bertanya dan tanya dan tanya lagi. Kekadang naik pening dibuatnya. Tapi nak buat macam mana kan, lumrah manusia. Jadinya, kita sentiasalah bersedia dengan jawapannya. Nak tak nak, kenalah jawab jugak (jawab je apa2), asal jawab.

Monday, September 07, 2009

Bila hari raya, biskut raya wajib ada













Almond London yang crunchy&chocolaty.Nyummmy~



Biskut apakah ini? Siapa betul dapat hadiah ;)


Friday, August 28, 2009

Bersiaran langsung dari ofis Puan Mama


Yeahh..she's my mom ;)


Mata sangat ngantuk. Tadi lepas sahur terus ikut mama gi ofis. Petang nanti kami direct terus balik kampung. Yay! Sangat seronok berramadhan di kampung. Sgt best param kat sana. Murah. Ditambah lagi ngan bubur lambok atok yg terbaekkkkk. (perut bunyik2).


Ofis mama dekat sebelah Mines. Betul2 sebelah.Baru first time aku datang ofis baru mama ni. Before ni ofis mama dekat Putrajaya. Jadinya tuk mengelakkan ngantuk, kami (aku & Caca) pergilah jejalan kat Mines. 5 minit je jalan lenggang sayang dah smpai. Dan ini adalah pertama kali aku jejak kaki kat Mines. Huuuuuu (T____T). Sgt kesian bukan? Mungkin masa kecit2 pernah pergi kot. Tapi dah lupa. So consider ni sebagai kali pertama di alam dewasa. Huhu.


Not bad gak lak Mines ni. Banyak tempat makannnn. Aku suka! Hehe. Bawak Caca tadi, asal lalu depan McD ke KFC ke, badan dia dah mula longlai. Siap berhenti kejap depan restaurant tu nak amik bau. Chaittt! Makruh puasa ko dik oi. Pada sesiapa yang tak tahu, Caca ni adik aku kat kecik. Umur 9 tahun.;)



~Kami sayang mak kami~
(semakin puasa semakin bulat. Camno tu? Huu)


Kami jejalan kejap je. Tak larat. Sebelum balik tu singgah tapau Big Apple jap. Buat bekalan. Mana tau nanti tersangkut dalam jam ke kan. Sediakan donut sebelum berbuka. Haha.Masa tgk donut tu, rasa cam nak beli semua je. Erk! Nafsu..nafsu..



Sila tahan mata (T_T)



Masa aku update ni, Caca ada kat sebelah. Sibuk nak baca apa aku tulis. Tapi aku tak bagi. Wihihi. Sekali tiba2 dia terperasan kad birthday yang dia buat tuk mama ada terlekat kat wall workstation mama ni. Aku tak perasan sgt, sbb kad ni terselindung di sebalik file. Masa dia nampak tu punyalah ketawa terkekeh2..sebab lawak tgk tulisan sendiri. Muahaha. Tapi aku tgk cam sgt sweeetttt je. Ni dia buat 2 tahun lepas. Masa dia 7 tahun.




Wihiihi.Kiut kan gamba dia tu?
Siap pakai spek lagi ;p



Okla, selamat berbuka puasa. Sayangilah ibu anda ;)


Thursday, August 27, 2009

Kaki pancing

Disebabkan ahli keluargaku ada 2 orang kaki pancing, iaitu:




Adik aku


dan juga...


Abang aku


termasuklah juga

Si cintahati
(alahai..kemetot je udang tu yang oi ;p)


Aku pun sekarang dah berjangkit dengan diorang. Kaki pancing!!
Hari2 nak memancing. Addicted dah ni.


Tapi memancing kat facebook je. Tihihi


[Fish a fish]





Cantik kan ikan2 & akuariumku??


Okla, nak gi memancing balik ni. Tata ;)


Tuesday, August 11, 2009

Seronok menjadi kanak2



Mereka jujur




Istilah "kaum" tak wujud dalam dunia mereka





Mereka dah lama mengamalkan 1 Malaysia




P/s: Bosan tgk paper skrg, balik2 pasal racist politics, tak habis2. Penat.Haih~

Monday, August 10, 2009

Friendship never die






1) Copy award untuk diletakkan di blog anda - Siap! First time dapat award ni. Teruja ;p

2) Nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini - (Zonaku). Thanx a lot!

i) Kenal Zonaku di alam maya blog. Jadi secara jujur, belum sempat kenal banyak lagi. Huhu.

ii) Tak pernah jumpa beliau lagi face to face but i'm glad if can make it happen ;)

iii) Seorang yang penyayang. Sayang sangat ngan anak2 buah dia.

iv) Hmm..mungkin seorang perahsia sbb tak pernah tunjukkan identiti muka beliau di dalam blog

v) Beliau sgt mengidam ngan Abc Fradoo tapi tak pernah kesampaian merasa lagi. Huhu

vi) Suka ngan komen2 beliau sbb berunsurkan nasihat & motivate ;)


3) Setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri

i) Tinggi 163 cm, berat 57 kg, saiz kasut 6.

ii) Sgt cintakan karya Arwah Yasmin Ahmad. Filem Talentime sgt best! Sila percaya fakta ini

iii) Puteri air mata dan berhati tisu

iv) Kekadang boleh jadik puteri singa jugak tapi hati tetap tisu.Huhu

v) Gila kucing. Mereka sgt adorable!

vi) Pemandu yang berhemah (hahahaha..fakta yang tipu belaka)


4) Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka:

1) PadilTahir- Very talented in photography & juga seorang engineer.

2) Ieja- Seorang yg cantik di mata aku & seorang engineer gak.

3) Farahnadia- Seorang gadis kecik molek yg bijak pandai ;)

4) Ellina- Seorang yg hawt!!

5) Izza Sweethoney- Mmg seorang yg sweet & sgt tabah ;)

6) Princess N- Pinky girl!

7) Aidil - Seorang adik yg baik (haha..bodek ke ape ni?). Gila memancing!

8) Burk- Seorang peminat Abc Fradoo yg setia & gila mancing gak!

9)Abangku- Seorang computer geek seumpama Chuck! Hehe

10)Amir Fozy- Tau dia tak kan buatnya tag ni. Berbulan2 dah tak update blog. Hoit syg! updatela!


Soklan seterusnya.

1. Nama timangan anda?

- Kakcik, Ena, Erin

2. Anda Seorang Yang?
- Ceria, peramah, pemalu (kadang2, tgk tmpat)

3. Insan Yang Teristimewa?
- Bakal suami, Amir fozy ;)

4. Lagu Kesukaan?
- Rocket- Yuna

5. Makanan Kesukaan Anda?
- Semua yg berunsurkan ayam, sambal tempe ikan bilis mama masak.Perghh!

6. Sikap Yang Membuat Anda Stress?
- Tak respect & tak tepati janji

7. Warna Kesukaan Anda?
- Pink, hitam

8. Benda yang mesti ada dalam beg?
- Facial blotters. Can't escape an oily face.Huhu

9. Kali terakhir anda menangis?
- Sabtu lepas (1/8/09) masa tgk majalah 3. Tribute to Yasmin Ahmad. Sedih :(




P/s: For those yang kena tag tu, jawab la eh, tapi kalau rasa taknak jawab, takpe..abaikan je.Hee

Monday, August 03, 2009

Google your name!

Pernah tak korang menggoogle nama sendiri? Tetiba terlintas idea kat otak aku tuk google nama sendiri.ERINA ASMAWANI. And guess what? Daripada aktiviti menggoogle tadi, aku dapat pengetahuan yang sgt menarik. Yang sebelum ni aku sendiri pun tak tahu. First, ada lebih kurang 515 results for Erina Asmawani. Wow! Banyaknya. Mostly result tu dari blog aku sendiri, komen2 kat blog orang lain, facebook, friendster dan seangkatan dengannya lah. Then, aku google Erina sahaja.Berjuta results for Erina. Antaranya (aku susun dari ranking paling top)


1) Baru aku tahu kewujudan Erina Yamaguchi (femes gila minah ni!)


Korang kenal tak siapa dia? Serious aku tak kenal pun siapa minah ni.Aku nak kenalkan pun terasa segan. Hahaha. Mengikut Wikipedia, Erina Yamguchi is a (errr..errr..) Japanese big-breasted glamour model (kyonyu gravure model). Model tuk majalah Playboy Jepun.Kalau korang curious tahap mana ke"besar"an nya sampai dia dibagi label sedemikian rupa, korang google la sendiri gambar dia. Memang bersepah2 gambar dia kat internet.Aku yang tengok ni pun terasa mau fengsan lah. Wuu..yang lelaki tu bawak2 mengucap banyak2 la eh kalau tengok gambar dia. Tak pun sediakan tisu banyak2 tuk buat lap hidung berdarah nanti. Hahaha (astagfirullahalazim)

Then aku noticed, ramai gak model2 jepun yang guna nama Erina ni. Erina Matsui la, Erina Mano la, Erina chan la,Erina dalam game character Jepun la. Agaknya org Jepun mmg suka nama Erina kot? Ngehngeh..



2) Baru aku tau juga kewujudan tempat yang bernama ERINA.


Selama dekat nak 25 tahun hidup ni, baru aku tau wujudnya tempat yang sama nama dengan nama aku. ERINA. Tak sangka!! Unbelivable!! Tempat ni terletak dekat Australia.Tak jauh mana pun dari Malaysia, tapi kenapa aku tak pernah tahu tempat ni. Haih. Nasib google. Kalau tak, sampai ke tua kot tak tau ada tempat nama Erina.Ni aku copy dari website tersebut.











"Erina is Central Coast 's leading commercial centre boasting Erina Fair, established in 1987 as the largest shopping centre on the Central Coast .The name Erina means "a place where the initiation ceremony was held".The area was originally inhabited by the Garingai Aboriginal tribe.Erina has a very complex and fascinating history, the details of which can be found on the Gosford City Council website"


Garingai Aboriginal tribe ialah orang asli Australia.


Then, kat website tu jugak ada a brief story of Erina. Peristiwa2 bersejarah yang terjadi di Erina dari tahun 1825-1987. Antaranya, wujudnya Erina Height, Erina Creek dan Erina West. Dah namanya tempat yang yang pesat membangun, mestilah ada sekolah kan.



Wah! Erina High School? Korang ada high school tak? ;p



Ada shopping mall yang terbesar kat Central Coast tu.Namanya Erina Fair. Siap ada ice arena dalam tu.

Erina Fair




Jangan main2, Erina leagues pun ada tau. Kalah EPL. Haha


Rasa kagum pulak. Tetiba dah berangan nak pergi Erina. Honeymoon kat sana. Nanti dah kawen orang tanya, honeymoon kat mana? Kat Erina. Wahaha.Cool kan? ;p


3) Selain tu, ERINA jugak stands for Exploiting Research Infrastructure potentials in key Areas of ICT.The ERINA study analyses the mechanisms to bridge leading edge ICT infrastructures and innovation by extending the use of Research Infrastructures to e-Health, e-Learning and e-Government domains. Ala..apa ni? Boring2. Hehe. Tapi mcm best kan ada organization nama Erina.


Okla, cukuplah top 3 results hasil dari menggoogle nama sendiri. Results yg sgt suprising & exciting. Hee.Yang lain2 tu mostly nama2 orang . Tak menarik perhatian aku tuk explore lebih2. Dapat ilmu pengetahuan berguna tuk hari ni. At least tahu jugak siapa minah Erina Yamguchi tu & tahu ada tempat nama Erina. Yay! Sgt bangga. (bangga sebab apa ntah? Haha). Yang penting nama aku takde kaitan ngan ketiga2 info kat atas. Nama aku Erina bermaksud cantik. Asmawani maksudnya sabar tinggi. So, Erina Asmawani maksudnya cantik,penyabar dan tinggi orangnya. Itulah rahsia di sebalik nama aku.Lalalala~(kasi can perasan lebih)


Apa lagi, korang try la google nama sendiri ;)


Friday, January 16, 2009

Kami


~Sekarang~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~10 tahun akan datang~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~20 tahun akan datang~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~


Sampai ke akhir hayat..Aminn..



Oh. Sungguh macho centahati berjanggut dan bermisai. Aku awet muda, sebab tu muka tak berubah..lol


P/s : Sok Gino masuk autoshow kat UKM. Yay! Good luck syg =)










Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015