Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Saturday, March 28, 2009

GEO LENS~

I'm back!! Lalala.Atas permintaan cik Nazliah yg dah rindukan entri baru dari aku, aku updatela. Kesiann pulak dia. Kang kempunan. Wahaha..Banyak benda nak story ni, tapi nanti2 la eh. Entri kali ni aku nak buat promotion je.Promotion apakah? Jeng...jeng..jeng...


Aku ni mmg pemakai contact lens color yg sejati. Sejak dari aku 18 tahun.Ecewah. (*mukadimah tak menahan). Brand yang aku pakai pun dah macam2, Freshlook, Freshkon, i-gel. Tapi aku paling suka pakai brand Freshlook sbb nampak natural je. Warna yg aku pakai plak dari dulu memang warna grey, tak pun "misty grey". Ohh..sekali je aku pakai warna lain, warna hijau, tapi tak menarik bagi aku, jadik aku tukar pkai warna grey balik. Dan ye, aku pakai contact lens ni sbb rabun, bukan sesaje je. Hehe


Dipendekkan cerita, 1 haritu aku terlompat ke 1 blog ni. Jual contact lens color dari korea ngan harga yang sgt murah!! Aku jadik sgt tertarik nak try contact lens tu. Walaupun dalam hati cam ada sikit was2 la..yela, bila dah lama stick ngan 1 brand ni, bila nak tukar brand baru mestila rasa cam "sesuai ke tak nanti lens tu ngan mata aku?", "power yang dia offer tu same ke ngan power aku pakai before?". Macam2 soklan la dlm hati aku ni. Tapi bak istilah kata pepatah " belum cuba, belum tau". Aku slumber jela beli 1 contact lens dari blog tu. Saje nak cuba2. Tihihi...


Jadinya, pada 25 hb Mac haritu, aku terima 1 parcel. Yay2! Contact lens yang aku order tu dah sampai. Excited kemain la aku.



Gini la gamaknya rupa parcel tu. Sehari je sampai pkai pos laju. Tapi kena tunggu lebih kurang sebulan gakla nak dapatkan lens ni sbb owner blog tu (Cik Ija ;p) kena tempah directly from Korea. Shipping dari Korea ke sini tu yg ambik masa skit. Yang bekas putih tu la tmpat simpan contact lens yang aku order tu. Biar selamat sepanjang proses pengeposan ke rumah aku.



Haa..ni la gamak nye contact lens yang aku order tu. Duk dalam botol kaca kecik ni. Warna yang aku beli wajiblah warna grey. Hee.


Lepas pkai lens ni, mmg aku puas hati sgt! Was2 aku sebelum ni semua hilang. Memang berkualiti la, sama macam brand2 contact lens yang aku pernah pakai sebelum ni, mata aku pun serasi ngan lens ni. Takde pape masalah. Dan yang penting..harga nya sgt murah & berpatutan compare with other brands =)


Jadinya, pada sesiapa yang berminat nak purchase contact lens color. Korang boleh beli dari sini. Aku dah pakai dan sgt2 puas hati!! Lagi banyak korang beli, boleh dapat harga yang lebih murah. Jom ramai2 kita serbu. Oh ye, jangan risau..semua level power ada. Dari 0 (takde power) up to 1000.




~Amacam?? Menarik tertarik tak? Hee~
*Muke potogenik saya..muahaha*


Ohh..Cik Ija ada request gambar dari customer2 dia tuk send kan gambar memasing pakai geo lens ni sbb dia nak tempek kan kat blog tu tuk dijadikkan "model contact lens" beliau. Tihihi. Aku send la gamba ni. Tadaa..aku dah boleh dapat dikaun 10% pasni. Hehe. =p Thanx Ija.


Ok korang, sila terjah blog ni "KOREAN GEO LENS IN MALAYSIA~FOR A BIG-DOLLY-EYE LOOK" sekarang tuk tengok jenis2 contact lens yang di offer. Korang mesti rambang mata tgk contact lens semua tu. Beli tau. Aku jamin korang puas hati. =)




P/s: Oh yes, please don't forget to switch off ur light tonight from 830 pm-930 pm to support Earth Hour. 1 jam je pun. Sekali sekala duk dalam gelap baru romantik. Tol tak? Hihi. Sumbangan kita ni walaupun kecik tapi dapat bawak 1 perubahan besar pada bumi kita ni. Bak kata Karam Singh Walia "Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung" (sambil angkat2 tangan.Hihi). Sayangila bumi kita =)


Saturday, March 14, 2009

Blog ini bercuti tuk seketika



Memandangkan sekarang dah pertengahan bulan 3, maksudnya ada lebih kurang sebulan je lagi nak final exam. Jadinya, aku ambik keputusan tuk berhenti berblogging seketika. Banyak lagi perkara yang lebih penting nak aku fokuskan. Study dah tentunya, segala assignment nak kena siapkan ngan presentation pun nak kena settle kan. Berblogging ni byk habiskan masa aku sebenarnya (maklumlah, budak baru belajar..akakaka). Hmmm..nanti bila aku dah btol2 free (tak semestinya lepas final exam), aku berblogging balik ;)


Tapiiii... walaupun aku tak berblogging, aku still baca blog2 kesukaan aku. Perkara wajib tu sebelum tido. Kla, jumpa korang dalam next entry. Miss me not. Doakan kejayaan aku tuk sem akhir ni. Daaaaaa~~~


Thursday, March 12, 2009

Puisi agak jiwang buat teman

Dia seorang yang baik.
Teman menangis. Teman ketawa.
Teman bergaduh. Teman berbaik.
Teman bershopping. Teman bergosip.
Dia pinjamkan aku bahu waktu aku sedih.
Dia pinjamkan aku tangan waktu aku susah.
Dia pinjamkan aku telinga waktu aku semangat bercerita.
Cerita duka, cerita gembira, cerita bodoh, cerita toya.
Terlalu banyak kenangan dah kami coretkan bersama2.
Dia diary aku.
Aku video camera dia.


Dia yang ku kenal masa umur aku 15 tahun.
Hari ini dia genap berumur 25 tahun.
Tuhan, terima kasih kerana kurniakan aku
seorang sahabat seperti dia.
Terima kasih kerana hadiahkan aku 10 tahun
yang bermakna bersama dia.
Nazliah Bt. Hanafiah.


Yang mana 50 hari lagi dari sekarang status dia akan
bertukar dari cik kepada puan,
dari seorang anak dara kepada bini orang,
Aku harap dia masih seperti yang aku kenal dulu.
Dan semoga persahabatan kami kekal ke akhir hayat ;)





Tuesday, March 10, 2009

Oh..Telinga..

Masuk harini dah hari ke-9 aku kena selsema yang kronik. Ubat selsema (yang beli dari farmasi) dah habis 1 papan, actifast pun sama, habis gak 1 papan tapi yg memusykilkan aku ialah mengapa selsema ini tak nak hilang? Huhu...srott..srot..


Malam semalam tetiba rasa berdengung je telinga belah kanan aku ni. Rasa macam termasuk air dalam telinga. Pastu ditambah pulak ngan pening kepala, ingatkan sebab kena hujan sikit masa pergi pasar malam petang tu, so, takdelah aku amik serius sgt. Mkn actifast 2 bijik. Tido. Zzzz...


Tetiba pukul 2-3 pagi camtu, aku terjaga. Telinga aku yang belah kanan tu tersangatlaaaaaaa sakitnya. Teramatla sakit. Sakit tambah berdengung. Pastu cam ada benda bunyik2 dalam telinga tu. Aku budget ada semut besar masuk dalam tu. Aku pun gigih kan badan, turun gi bilik air. Masukkan air dalam telinga pastu aku keluarkan balik, ngan harapan kekonon semut besar tu nak keluar sekali ngan air tu la. Tapi takde. Telinga aku masa tu dah berdenyut2 dah. Apahal ni?? Aku minum air banyak2 pastu sambung tido balik dengan harapan esok pagi bangun semuanya akan ok. Kekonon aku macam tgh bermimpi je la ni.


Pastu bangun pagi tadi, nak pergi kelas, harapan kekonon mimpi je semuanya musnah sebab telinga aku still jugak sakitttttt macam malam tadi. Pagi tadi punye sakit tak boleh dah describe macam mana dah. Menangkap ke sebelah kanan kepala aku pulak. Aku terasa macam telinga aku pekak sebelah. Ini tak boleh jadi.....


Lepas kelas ( syukurlah harini kelas 1 jam je pagi), aku balik pastu mama ajak gi klinik. Tujuan utama pergi klinik sbab nak bawak Ammar. Dia demam. Tapi dah alang2 aku sakit, mintak doktor tu check kan aku sekali. Masa kat klinik, aku explain la kat doktor penyakit aku ni. Pastu doktor tu tanya, ada sakit gusi tak? Takde. Ada sakit pipi tak? Takde. Sakit dahi? Takde. Tu semua symptom2 penyakit resdung. Jadinya aku bebas resdung. Pastu doktor tu cakap bahaya kalau sakit telinga ni kalau tengah selsema sbb kemungkinan besar telinga aku kena infection dari selsema tu.


Dia pun check la telinga aku pakai alat khas tuk check telinga tu. Memula belah kiri, ok, takde apa2. Bila check belah kanan je (yang tgh sakit berdenyut2 tu) doktor tu terus tinggikan suaranya. " Ya Allah dik, bahaya ni, gegendang telinga awak ni dah kena infection. Merah sangat gegendang awak ni. Berdenyut2. Nasib awak datang awal, kalau awak biarkan lama2 boleh pecah tau tak eardrum awak ni. Awak jgn main2!". Perasaan aku tersentap tambah panik tambah cuak gila babeng. Huhuhu. Aku tanya doktor tu camne plak boleh jadik camni?. Doktor tu ckp, aku biarkan selsema aku terlalu lama sampai bakteria tu naik ke saluran telinga then bagi infection kat gegendang telinga aku. First time dalam hidup aku sepanjang 24 tahun hidup ni, aku baru tau betapa bahayanya penyakit selsema ni. Sebab dah kena kat diri sendiri. Kalau tak kena mesti tak insaf2 lagi ni. Ambik sambil lewa je. Aku ingat selsema ni macam penyakit biasa2 je (nak2 bila dah dewasa camni kan), makan ubat selsema je dah boleh baik. Tak payah nak susah2 hati. Bila dah jadik camni, baru bagi kesedaran kat aku. Selsema adalah penyakit yang bahaya. Sebab tu selsema burung boleh bawak mati (tetiba) :(


~Sila bayangkan eardrum tu merah menyala dan berdenyut2~
Huu..scary..



Pengajarannya, kalau selsema tu dah lama sangat, tak baik2 lepas dah makan ubat selsema berpapan2, pastu bila warna "mucus" tu dah berubah jadik hijau ke kuning ke, cepatla2 jumpa tuan doktor. Bahaya tau. Bukan takat boleh bagi infection kat telinga je, tekak ngan mata pun leh kena jangkitan kuman akibat selsema ni. Huhu. Bersyukur dan jaga baik2 deria yang Dia dah bagi ni seelok2 eloknya ;)


Dan kalau dah sakit mestila ada ubatnya kan. Nah..hambek ko! Sila makan mengikut tertib. Huu..yang ubat titis tu tak boleh makan la, tu untuk dititiskan kat telinga aku yang comel ni. Alhamdulillah, bila dah 2 kali pkai ubat ni, petang ngan malam tadi, sakit telinga aku ni dah kurang. Tapi still rasa cam ada air dalam telinga ni. Berdengung je. Harap sok lusa sembuhla penyakit telinga aku ni. Aminnnn..






P/s: Niat dihati tadi nak mintak mc esok, doktor tu siap dah tanya nak mc ke tak. Tapi memikirkan sok aku ada test. Aku hapuskan je la niat suci murni aku tu.

Thursday, March 05, 2009

Segala2nya berpunca dari ini....

Hari ni kesihatan macam dah ok sikit. Cuma hidung ni la. Ada masalah flu yg agak kronik. Bangun je pagi2 tadi asyik bersin je. Terlalu banyak bersin sampai sakit dada. Hadoih. Pastu kepala rasa macam berat semacam. Perasaan macam nak demam tapi tak demam. Huhu. Tau tak perasaan camne tu?. Tisu ngan aku dah jadik BFF. Tak boleh berpisah. Suara aku pun dah tentunya bertukar jadik lunak merdu campur sengau dengung2 sikit ala2 suara Tomok. Huhu.


Memandangkan pagi tadi tak-berapa-larat-tapi-gigih-gak-nak-pergi-kelas, tapi sampai2 je kat kelas tetiba cancel (hangiinnn btol aku!!!). Jadinya aku balik rumah dan ambik keputusan mengupdate blog. Baik aku update cepat sementara mood still ada ni. Kang bila lepas dah makan ubat selsema, memang confirmla tak bangun smpai petang. Huu..


Ini adalah cerita flashback. Hari Sabtu haritu, lepas habis test petang tu, terus gerak gi PD, umah kakak aku, sebab malam tu ada makan2 sikit sempena birthday Ammar. Dah 2 tahun dah dak kecit tu. Terasa cam kejap je. Penuh la jugak umah kakak aku malam tu ngan ahli2 keluarga. Abang & Family. Atok. Aku. Mama. Caca.








Esok paginya pulak, kami semua gi pantai Teluk Kemang. 10 minit je dari umah kakak aku. Haruslah mandi manda kalau sampai PD. Kalau tak, rugilah kan.




~Rombongan Cik Midah ke Teluk Kemang~



Masa ni baru kul 10 pagi, tapi terik cam tengahari. Huhu



Aku selalunya kalau bab2 mandi pantai ni mmg tak berapa nak gemar, yelah..nanti SUNBURN! Huhu..aku sgt tak suka sunburn. Tapi ntah macam mana pagi tu, aura laut masuk dalam badan aku agaknya, terus excited nak pergi mandi. Sampai2 kat pantai, tengok air tengah pasang. Ombak kuat. Lagi seronok pulak aku. Terus semangat terjun dalam laut! Yeehaa..mandi2!



Makcu Caca buat muka toya bersama anak2 buahnya






Si Faris adalah seorang yg penakut. Dia takut pantai. Sampai gigil2. Ammar pun mandi tak lama sebab dia tak berapa sehat. Selsema. Mungkin virus influenza dari dia yg membuatkan aku selsema sekarang (haha..tetiba salahkan Ammar). Salah2..bukan Ammar yg patut di persalahkan. Yang bersalah ialah aktiviti extreme yang aku buat kat pantai tu.


Yee..sememangnya aku yakin dan pasti, penyakit yg menyerang aku sekarang adalah disebabkan aktiviti extreme itu. Aktivitinya lebih kurang je cam main jetski tapi ni lagi extreme. Extreme tak hengat punya. Dan semestinya aku tak buat aktiviti ni sorang2. Aku bersama2 geng2 aku yang tercenta. Siapa kah mereka?





Dan aktiviti extreme itu adalahhhh.....










MENAIKI BOT PISANG a.k.a BANANA BOAT!!!
Hohohoho...


Aku tak pernah naik lagi banana bot. First time la ni. Kira extreme la. Hahaha. Memula tu, masa mandi aku tengok je banana boat ni lalu lalang bawak penumpang. Cam best je. Aku excited la nak naik. Aku ajak abang aku, mama aku, atok aku, semua taknak naik banana boat tu. Huhu. Abang aku cakap dia takut. Huhu. Penakut betul! (Baru ku tau Faris dapat gene takut dari siapa.Haha). Pastu driver boat tu datang kat kitorang, dia ckp Rm 50 tuk 5 orang. Dia bawak pusing2 30 minit sampai pulau depan tu. Wah..berbaloi sgt la tu. Aku pujuk la mama, abang aku. Akhirnya berjaya jugak. Haha. Best2! Tapi mama ngan Caca duduk dalam boat je. Orang boat tu tanya, nak buat jatuh ke tak, since mama ngan Caca duk dalam boat, kitorang mestilah nak jatuh. Aku siap cakap lagi " Bang, buat jatuh yang paling extreme tau! ". Hohoho.



Sebelum ditarik ke laut




Tetiba datang pulak mamat jambu 2 orang ni join sekali.



Proses pertukaran Mama & Caca ke dalam boat



Masa boat ni dah gerak, memang laju la orang tu bawak. Dah la tengah air pasang, extreme la keadaan boat tu bila berlanggar ngan ombak. Abang aku duk depan sekali. Aku duk belakang dia. Memang sepanjang perjalanan boat tu aku tak henti2 gelak cam orang kena sawan. Kehkehkeh..sampai sakit perut! Tapi tangan tetap pegang kuat kat boat tu. Mana taknya, abang aku memang tersangatla lawak. Sepanjang banana boat tu gerak, mulut dia asyik keluar perkataan "Aaahhh..cik.Takotnye aku. Takotnye aku. Aahhh..takotnye".Haha. Dia mmg penakut ya rabbi.Konon nak gi mancing kat laut dalam tak lama lagi. Tapi naik banana boat pun cuak. Pe cer ni bro? Haha..


Pastu bila dah nak sampai kat tempat yang kitorang naik tadi, orang tu buat lap baekkk punya! Hambek ko! Tergolek macam dugong memasing. Kitorang jatuh kat tempat yang dalam gak la. Kaki aku tak jejak. Nasib ada life jacket. Huhu..masa tergolek ni la air laut masuk dalam hidung ngan tekak aku secara dasyatnye. Sampai rasa pedih gila hidung aku. Huhu.Inilah penyebab aku sakit kot. Terlebih air masin dalam badan. Padan muka aku. Nak sangat jatuh yang extreme, sampai terdemam2. Extreme sangat la tu. Tapi mmg syok la naik banana boat ni. Best!! Pasni nak naik lagi. Pastu masa nak jatuh tu aku akan pastikan aku tutup hidung ngan mulut sekali biar air laut tak masuk. Haha. Dah ada strategy tu tak tahan..



Selepas kejadian....
Lakonan semata2



Kamilah Geng..Geng..Geng Bot Pisang!


Masa ni dah dekat kul 12 tghari. Matahari terik gila. Aku tengok warna kulit lengan aku dah bertukar gelap. Hah!! Panik gila! Adakah aku sunburn? Huhu. Terus keinsafan melanda diri. Pastu kitorang terus gerak balik umah kakak aku. Perkara pertama aku buat sesampai je kat umah, terus carik cermin, nak tgk muka aku.Yee..sekali tengok cermin terasa nak nangis. Memang sah la aku dah bertukar kulit. Huhu. Siapa suruh tak pakai sunblock pergi mandi laut.

Esok paginya pergi kelas, ada la 2-3 orang member aku tegur, kenapa aku cam gelap je. Huhu. Tak suka betul. Tapi yang merisaukan aku sekarang boleh ke kulit ni jadik cerah balik cam dulu? Huhuhu :(


Tuesday, March 03, 2009

Kesihatan yang tak berapa sihat


Badan terasa lemah longlai. Kepala terasa berat. Kaki lenguh terasa macam tak larat nak jalan. Tangan terasa macam ada ketegangan otot. Hidung kekadang tersumbat, kekadang ok. Tekak sakit tapi still boleh makan. Sekarang teringin nak makan chicken chop kat Santai Cafe. Uhuk..uhuk..Tuan doktor, tolong bagi saya ubat dan mc untuk 4 hari.Uhuk..uhuk..



P/s: Mungkin ini semua kesan daripada aktiviti extreme hari Ahad lalu. Huu~








Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015