Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Tuesday, July 24, 2012

Aqil Hamzah 5 bulan :)

Alhamdulillah. Dah 5 bulan dah Aqil.Memang terasa sangat kejap masa berlalu. Huhuhu. Kejap je terasa anak mama ni dah besar.Semalam ke klinik desa, tempat biasa untuk monthly checkup Aqil. Berat terkini 8.9kg, panjang 68cm.Syukur. Masa cucuk rilek je tak nangis.Nurse check perut dia semua,ok takde masalah. Aqil pulak peramah bukan main semalam.Nak borak2 je dengan nurse. 

Antara perkembangan Aqil sekarang ialah sangat aktif mengiring. Kekadang je terlangkup meniarap tapi still tak dapat nak adjust tangan sebelah yang terhempap bila meniarap tu. Mama yang tolong betulkan tangan dia. Lepastu, kalau dapat meniarap mula lah nak angkat2 montot, menonggeng.Tak taulah style meniarap apa tu.Hehe.Tangan dah pandai capai2 mainan.Capai2 masuk ke mulut.Tarik rambut, tudung, baju mama, tarik janggut ayah dia pun dah advance. Air liur jangan cakap..berlemuih je baju semua.Dah pandai menyembur2.Pandai berlakon jugak..kalau baring merengek2 nangis manja2, bila angkat senyum kemain. Baringkan balik mula merengek balik. Hehehe. Banyak akal dah ni. Bila tengok orang makan pulak..tenungggg je lepastu mulut dia pun ikut mengunyah sekali. Ololololo..kesian sangat tengok. Tapi kekadang bagi jugak dia rasa sikitttttt, lepastu mesti dia buat muka teruja macam nak lagi :D Hohoho. No sayang..nanti masa raya baru leh makan ye. Masa tu dah 6 bulan Yeayy! Lagi satu, Aqil ada habit baru. Kalau masa menyusu, tangan kanan dia akan tepuk2 rambut dia sendiri sampailah dia tertido.Mungkin tu cara dia popok diri sendiri agaknya. Tak pun menikmati enaknya susu sambil tangan tepuk2 rambut sebab teruja melampau. Hahaha.Comel la haiii perangai kamu ni anak. 


 Isap ibu jari. Tandanya dah ngantuk. 


Buat muka comel kesian dekat ayah dengan harapan ayah belikan swing ni ;p


Perkembangan mama Aqil pulak. Sedang bersedia fizikal,mental & emosi untuk menghadapi masa akan datang (tetiba ayat novel). Harapnya semuanya berjalan lancarlah hendaknya. Nevesss! Lepastu rambut sekarang gugur bagaikan dedaun di musim luruh. Kalau lepas mandi taknak tengok lubang air tu sebab takut tengok rambut2 gugur yang berkumpul. Huhuhu. Rambut ni dah lah jenis nipis, semakin menipis. Siap tanya encek hubby "Kalau saya botak,sayang lagi tak?". Sayanggg..cintaaaa sangat katanya.Ok, terus tak risau2 dah. Hehehe. Perubahan hormon. Semua ibu2 lepas bersalin komfem alami masalah yang sama jugak kan ;)

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ramadhan dah. Teringat Ramdahan tahun lepas,tengah preggy 2 bulan, fasa mabuk2 yang kronik. Tapi berjaya jugak berpuasa. 2 hari je tak puasa sebab tak larat. Masa tu encek hubby yang bangun pagi gigih sediakan sahur semua. Terharu betul kalau ingat balik.Kali ni saya pula yang sediakan sahur untuk dia (dah memang tugas isteri kan.Hehehe). Pagi tadi masa kami tengah bersahur, Aqil pun bangun jugak nak bersahur. Potpetpotpet mulut dia bercerita.Lepastu tetiba tertido sendiri. Hehehe.Oklah, selamat menjalani ibadah berpuasa semua. Semoga kita diberkati olehNya. Jom kumpul banyak2 pahala :)

10 comments:

sweethOneY said...

Wah bestnya puasa dulu merasa Amir siapkan sahur heheh.. Izza skrg tengah larat lagi jadi masih bangun sediakan sahur, cuma yang simple2 aje lah.

Selamat berpuasa yang !

HEMY said...

xiyad tiba2 berenti air liur melejeh dia tu...tak ingat bila..mungkin nnt berenti gak la..

hehehe..best layan anak niiiii

PUAN SUE said...

Alhamdulillah..Aqilah pun 5 bulan hari ni..

Masy said...

nak kene gomol lg budak gemok ni.. dah la pakai baju pokodotttt.. aauuuuuummmmmmmm

Mommy_Cha said...

tahniah aqil membesar bagai johan :) hihihihi

izla said...

samalah, kita bangun sahur, dia pon sibuk nk bersahur sekali.

Erina Asmawani said...

Izza:
sebab masa ena awal2 preggy tu memang lembik je pastu nak bangun pagi punyalah susah.. Amir yg sediakan . Syukur sangat dapat hubby yg memahami :)

Hemy:
Memang best gile. Walaupun diorang cranky2 kekadang,dah namaya anak kan.tetap layan ngan penuh kaseh sayang.

Aku rasa diroang akan stop merembes air liur ni bila dah start tumbuh gigi kan.

Erina Asmawani said...

Sue:
Diorang kan kembar sehari lewat :)

Kak Masy:
pokodot macam skirt akak kannn..hahaha

Erina Asmawani said...

Mommy Cha:
Alhamdulillah. Moga sentiasa sihat hendaknya :)

Izla:
kann izla, kekadang tu kita dah ngantuk nak tdo balik tapi mata dia cerah lagi..

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.










Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015