Akhirnyaaa,ke sini juga kami setelah lamaaa tak ke expo barangan baby ni. Macam biasa, ramai tetap ramai walaupun bulan puasa.Dipenuhi dengan preggy mommies dan juga hot2 mommies.Preggy2 mommy ni kalau bab shopping automatik ada power berganda tau.Semangat berkobar2 time shopping tak kira lah masa bulan puasa pun.Hehe.Bercakap melalui pengalaman. Tapi walaupun ramaiiii..expo ni memang best!!
Tips: Pakai carrier lagi senang dari bawak stroller kalau nak ke tempat ramai orang gini.
Gambar blur pulak.Tskk!
Kami ke sana awal pagi. Jam 10.30 dah sampai di MidValley. Walaupun baru setengah jam hall tempat expo ni bukak, dah mula ramai. Tengok kaunter register dah berjela orang beratur, so skip registration. Terus kami ke booth Whoopee dulu takut ramai orang.Sekali sampai tak ramai pun..sukaa! Maka boronglah 4 packs terus. 1 pack = RM25. Kalau yang dulu punya expo 1 pack, RM20 je, mungkin promotion price sebab Whoopee ni brand baru. Ohh, Aqil sekarang dah tukar daripada MamyPoko kepada Whoopee. Bagus diapers Whoopee ni, dahla murah,kualiti sehebat MamyPoko pulak tu. Serius. MamyPoko yang baru ni entahlah..macam dah kurenggg sikit kualitinya. Macam tak serap bau.Sorry MamyPoko. Huhu.
Lepastu terus ke booth Pureen pulak. Masa ni ayah Aqil duduk kat kerusi tepi hall je sebab Aqil tido. Jadi dengan sepantas kilat mama Aqil ni amik segala keperluan Aqil, wet tissues 5, liquid cleanser 2, detergent 2, baju lubang2 4, baju tido 2, towel 1. Terus bayar. Haaa..tak sampai 1/2 jam pun kat Pureen tu. Koser nak lelama kat booth tu. Semput mak nak berasak2 dengan orang ramai. Habis je mamanya shopping terus Aqil terjaga. Ayah Aqil hantar barang2 yang banyak tu ke kereta dulu. Maka berlegar2 kejap Aqil dengan mama dalam expo tu untuk cuci2 mata kejap.
Beli mainan Aqil sikit, stokin, pastu beli sabun Tropika jugak. Selalu nampak iklan sabun ni kat majalah Pa & Ma,sabun dari minyak kelapa dara, tanpa chemicals & steroids untuk baby yg berkulit sensitif dan ekzema. Menarik! Belikan untuk Aqil sebab kulit Aqil memang sensitif, tak boleh kena sabun.Pakai Sebamed pun tak jalan. Jadinya selama ni dia memang mandi tak bersabun, tak bersyampoo semua. Berbedak pun tak pernah. Kalau pakai nanti naik merah2 badan dia. Huhuhu. Ciannn.Tapi tetap mangiiii tau. Bau lemak masyam2. Nyumm! Masuk harini dah 2 hari dah Aqil pakai sabun & baby oil Tropika ni badan dia ok je. Takde merah2. Mungkin serasi. Alhamdullilah :) Beli Auntumz nursing bra juga. 50% off. Memang murah gila!
Sabun RM13.90, Baby Oil RM20
Tapi masa kat expo semalam beli 2 ni dapat RM28 je.
Detergent pun haruslah untuk baby yg berkulit sensitif.
Pukul 1230 macam tu kami pun balik. Hebat tak? 2 jam je hokey dekat expo. Hehehe. Tak boleh lama2, takut terbabas beli barang2 yang takde dalam list pun.Sukurlah napsu serakah masih terkawal lagi. Memang membeli ikut list je walaupun gerammmm je tengok baju melayu corak comel2 kat sana.Arggghh! Masa tengok barang2 yg menggeramkan tu cepat2 beristigfar dalam hati, jangan ikut nepsu! Aqil dah ada 4 baju melayu (makcik2 dia bagi, tak beli pun. Murah rezeki anak mama nih), jadi tak perlu nak tambah lagi. Lebih dari cukup tu. Baju2 raya Aqil yang lain pun dah dibeli sebelum ni jadi memang takde shopping baju raya la. Beli baju2 lubang2 je sebab si Aqil ni memang kuat berpeluh.Baju lubang2 yang sedia ada ni pun dah kecit, dah tak muat kepala dia nak masuk. Hehehe
Baju lubang2 Pureen. RM10 je sepasang. Murah kann. Dah la kainnya lembut.
Jadi kesimpulannya memang berbaloi2 la pergi expo kali ni. Dah la melambak2 booth yang best, barang2 pun banyak yang murah tapi macam breastpump & stroller tu still harga dekat online lagi murahlah. Kepada mommy to be sekalian, nak beli barang2 keperluan baby, pergi expo macam ni je ok. All u can get here. Senang.Sekali harung je shopping semua. Nanti nak buat entry pasal keperluan barang2 baby pulaklah, untuk rujukan mommy2 to be sekalian. Oklah, bye.
5 comments:
lain kali kalau ada roger aku ek..best gak tgok leh save byk gi camni..
aku bli whopee gak..tp bocor lah kalu mlm..takleh tampung sebanyak pet pet.so whopee aku bg kat nursery je
alolo...bestnye..hasben su xsuke sgt pi tmpt ramai org..cam tu..pasar mlm pun kdg dia rimas...adehh
Hemy:
wokeyhhh..mmg jimat pergi expo gini cuma sangup ngan tak je la nak redah lautan manusia :D
Ohh yeke..Aqil so far ok la, xde kebocoran. Cuma kalu pagi2 diapers dia tu dah gemuk semangkuk tampung air kencing banyak. Hehehe
Sue:
Hubby ena pun x suka gi tempat reramai gini, ena pun x suka sebenarnya tapi sebabkan byk menda nak beli kan..redah jelah. Tapi kalau pagi2 x ramai sgt orang :D
Jeleshnyaaaaa izza balik kampung hari tu takdan nak pegi tapi sekarang tenaga pun tak berapa nak berganda tatau boleh redah ke tak tempat ramai2 org ni :P
Syiok tengok baju lubang2 tu rm10 je !!! Nak beli byk2 baju mcm tu nanti. eh yang, kita tunggu tau entry keperluan barang baby tu :) thanks a lot !
Izza:
Dun worry Izza..more baby expo coming soon. Masa tu kompem dah bertenaga waja. Hehehe
Gerammmm kan. Ena masa beli tu rasa nak amik bebanyak je.Ok Izza..nanti ena buat k.
Post a Comment