Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Wednesday, April 29, 2009

Hadiah di hari pertama peperiksaan..

First paper haritu start kul 2.15 ptg. Lebih kurang kul 1 dah keluar rumah. Standard la kan keluar awal, semangat berkobar2 nak jawab exam (ecehh!). Sambil aku jalan riang ria nak pergi kat Cik Lisa (kereta) aku. Tetibaaaaa.......Oh, sebelum terlupa, aku selalu parking Cik Lisa kat padang sebelah umah aku, adalah lebih kurang 20 langkah dari rumah. Ngan penuh perasaan waja dan berkobar2 riang ria, sekali lagi..tiba-tiba.....aaaaaaaa....aaaaaaa....aaaaaaaa...Cik Lisa!!!!! Mengapa kau jadik begini??? Siapa yang lakukan penganiyaan ini kat kau??? Aaaaa...






inilah hadiahnya!!!
*sila klik kat gambar tuk imej yg lebih jelas dan nyata..


Yee..ada kereta lain yang telah mencabuli dan menseret kaw2 badan Cik Lisa aku!! Chisssdale betul!! Memang haram jadah siapa yang buat ni. Aku pun belek2, usap2 badan Cik Lisa tu. Chissdale sekali lagi, bukan setakat calar je, siap tertanggal2 cat lagi. Pastu ada serpihan2 lampu pecah. Aku rasa lampu signal kereta yang gesel tu pecah kot sebab serpihan tu warna kuning. Dan yang pastiiii..kereta tu warna kuning! Sebab cat yang melekat kat Cik Lisa tu warna kuning! Dem yu kereta kuning!


Dalam 10 minit camtu aku duk kelebek2, tengok2 badan Cik Lisa tu, tetiba terus aku teringat. Ntah2..yang gesel Cik Lisa ni kereta ayah kot. Sebab baru aku teringat kereta Arena a.k.a kereta Fradoo adalah obviously bewarna kuning!! Yes!! Tetiba rasa bersalah sebab dah kutuk keji kereta yang gesel Cik Lisa ni, baru teringat kereta ayah sendiri warna kuning. Ish..ish..berdosanya aku (kalau betul la kereta ayah aku yang gesel).


Ahhh..abaikan. Pedulikan Cik Lisa seketika. Aku ada exam ni. Tak pasal2 dah membazir 2o minit aku. Lepas abis exam, terus balik umah. Kebetulan pulak ayah baru balik dari gerai. Naik kereta Fradoo kuning itu. Aku pun terus melulu.."OOOo..ayahhh malam tadi gesel kereta cik (aku) eh??". Ayah aku " Laa..mana ada, ayah kan selalu parking kat sebelah sana, mana pernah parking kat sebelah kereta cik tu". Perasaan aku pun (oh lega, bukan kereta ayah aku, kalau tak, tak pasal2 dapat dosa maki hamun kereta yang dipandu ayah sendiri). Aku pun terus mengadu kat ayah, betapa parahnya Cik Lisa aku. Huhu. Ayah tengok keadaan Cik Lisa pun dia kata agak dasyat jugak la. Pastu aku buat2 muka kesian. Ayah pun berlalu masuk rumah sambil mulut dia mengeluarkan ayat "Yelaaa..nanti cat baru kereta tu...".


Yessssssssssss! Cat baru! Aku nak cat kaler pink! Yay2! Ok, tetiba terus teruja. Ceh, perasaan apa ni? Kau ingat cat kereta tu singget, dua hingget? Kalau nak cat baru, rajin2 tolong ayah kat Fradoo la.Haha. Ok, baiklah ayah (bermonolog sendiri dalam hati sambil senyum2 berangan2 Cik Lisa kaler pink metallic. Oh, cantiknye kau!). Lagipun, aku mmg rajin pun tolong ayah. Aku kan anak yang baik. Ok enough. Study now!!


p/s: Untuk kereta yang gesel Cik Lisa tu, jaga kau!! Karma is waiting!

10 comments:

aRaBeLLa said...

pehh kaler pink tuh! mesti ramai org ushar nyer..heheh

:: p R i n c E s S _ N :: said...

gilerr...pedih ati tgk kete kne calar cmtu oi...aduh.... alaaa..nk jgak PINKVIVA!!!!

paiseh said...

gua syak Cik Lisa dah kena santau la. ada org dengki lu punya ais parut sedap sgt kut. hahahahahhaa..!!

HEMY said...

aku baru nk ckp kalau guna polish leh ilang..tp ayah nk cat baru...ahaha..tak seswai la dh advise aku..ahaha

fararusdi said...

alaa bestnyaa.. nak cat keta jugak!!! nak kaler merah pleasee!! ;p

Framestone said...

ade org wat iklan wolverine kat kereta mu ek... mesti ade hikmah la tue

Erina Asmawani said...

arabella:
ahaks..mesti ramai nak ngorat Cik Lisa nanti ;p

Princess N:
Sakit hati kan..rasa cam nak menyumpah2 je..huhu..

Jom yunk,sama2 cat pink..hehe

Paiseh:
ni bukan setakat kena santau..kena saka gua syak..

Erina Asmawani said...

Hemy:
Da polish da..tapi tak hilang jugak..haih..sedih :(

Fararusdi:
Buat muka kesian kat ayah fara..kompom dia catkan merah ;p

Framestone:
Haaaa..mungkin gaklah..bagus cara org tu mempromosikan filem wuverine eh..jahanam kete aku..lol

sweethOneY said...

keta iza kemik blakang smpi skrg x sempat nk anta repair..
klo nk repair, kena tinggal la plakkkkk kt bengkel.. ades ):

bestnya dpt cat keta baru! mak.. nak cat keta jugak :D

Erina Asmawani said...

sweethoney bunny:
oo..kemek sebab excident kat roundout tu ke za? xpe2..pasni dah coti lamaaaaa..ley trus touch up ketenya tu..cat merah sekalik ;)









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015