Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Friday, October 07, 2011

Terima kasih sayang.


Petang semalam semangat masak mee goreng basah sebab tetiba tekak teringin. Bubuh rencah sotong, udang, fishball, sawi. Hasil yang memberangsangkan. Nampak sedap, rasa pun boleh tahan sedap. Tapi rasanya kalau buat mee goreng tak basah lagi sedap kot. Hehe.Sambil2 makan, layan NCIS, makan sama2 ngan encek hubby depan tv. Sebab teringin kan, terus amik sepinggan penuh.Lagi sesuap je mee goreng nak abis, tetiba rasa nak termunt...Err, kenapa ni? Terus lari pergi dapur dengan niat nak buat milo panas tuk cool down kan perasaan nak munt.. tu. Tetiba rasa nak termunt..lagi..tahan!! Keluar dapur, sandar kat dinding, tarik nafassss panjang2, lepas. Rasa lega sikit. Encek hubby tanya, kenapa?  Tak sempat jawab tetiba tersembur segala isi perut. Terus berlari pergi sinki dapur. Sambung kat situ. Masa lari ke sinki nasib tak tergilincir terpijak munt..sendiri. Syukur tak jatuh. Uhuu..

Encek hubby cepat2 datang urut2 belakang. Habis segala yang dimakan semua terkeluar balik.Sakit perut sebab dah lama dah tak kena macam ni. Huu. Sedih tengok makanan2 tu. Dah habis tu, nak bersihkan segala apa yg patut, kat lantai, kat sinki. Encek hubby kata tak pe, biar dia yang bersihkan, dia suruh saya pergi mandi sebab habis kat baju seluar saya pun kena. Habis mandi pergi dapur tengok encek hubby tengah bersihkan lantai,tertunduk2 lap  lantai, siap lap semua2 yang kena tu pakai kain buruk. Rasa terharu tengok apa yang dia tengah buat. Sedih. Rasa bersyukur sebab ada dia.Dia banyak tolong saya sepanjang mengandung ni.Ringan tulang. Lepas dah bersih2kan semua tu dia boleh sambung makan balik mee goreng dia tadi. Hehe. Kalau jenis orang penggeli tu mesti tak lalu nak sambung makan balik kan. Terima kasih banyak2 sayang.



Terima kasih Ya Allah sebab kurniakan lelaki ini dalam hidup saya.
:')


P/s: Jangan makan kenyang sangat.


10 comments:

sweethOneY said...

Baiknyaaa Amir, mesti terharu sangat tengok kan. Kalau Izza lah, mesti siap stok boleh menangis. Dahla mmg jenis perempuan emosi. Haha.

PUAN SUE (asam.garam.gula) said...

huhu..terharu jugak..samelah hasben su..rajin sejak su pregnant ni...syukur sgt..

abc fredo tu bisnes ayah ye? teringin nak pi..

Masy said...

bagus amir ni.. syukur dpt suami mcm ni kan..

(sambil pandang2 amir dgn harapan dia blanje tutti fruti pasni hahahahha)

zonaku said...

hahahaha......... masy mmg cekap amik kesempatan.

bagusla amir rajin... ena gak y untung.

HEMY said...

cembam pn penah skali jln nk ke dapur...bwarkkkkk.....

Erina Asmawani said...

Izza:
mmang terharu yunk..sayu hati sungguh. Siap menangis dlm hati :,)

Sue:
Alhamdullilah ;) Haah, bisnes ayah..mohla dtg..nnti kalo de rezeki ley jumpa :)

Erina Asmawani said...

Kak Masy:
Hohoho..bila la dia nak belanja kat kak..puji lebih lagi kak ;p

Kak Zona:
Alhamdullilah ;) Amir mmg ckp nk banje kitorang tuti putti, masa je xde kak..hehe

Erina Asmawani said...

Hemy:
itulah pengajarannya tak ley makan kenyang sangat kan..huhu

Fara Rusdi said...

waaa terharu! bestnya, nak kawin jugak! :p

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

woooww...suweeeett nye ur hubby ririn..nk jd cm beliau laaa...hehehe









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015