Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Friday, June 22, 2012

Keletah Aqil :)

Esok genap Aqil 4 bulan.Alhamdulillah.Terasa kejap je. Macam2 akal dah dia sekarang. Kalau ketawa tu,terkekek2 macam orang besar, kalau menangis pun sama..nangis sekuat hati.Budak suara besar bak kata tok ayah dia. Hehehe. Sekarang ni kamera sentiasa ada kat sisi,sebab suka sangatttt tangkap gambar si Aqil ni. Tiap hari ada je keletah baru dia. Sampaikan Aqil pun dah jadi camera alert. Yela..sejak dari lahir ade je kamera depan mata dia.Baru 4 bulan dah beribu2 dah gambar dia dalam folder.Hohoho.

 Bangun pagi mesti bagi hadiah senyum manis kat mama.


Pastu buat senaman regangan kaki sikit *muka serius*


 Mengiring.Sambil hisap jari.


Cubaan mengiring dengan lebih gigih.


Tetiba dah meniarap. Masa ni dia eh eh eh..struggle nak lepaskan tangan dia yang terhempap tu. Hahaha


"Mama tolong mama,tangan Aqil terhempap" buat muka kesian ;p


Bila dah betulkan tangan dia. Sukaa! Heee. Ni aksi dia hari Selasa lepas. Selalu mengiring2 je, sekali tetiba meniarap. Tapi tu jela sekali dia meniarap, lepas2 tu mengiring je. Struggle nak meniarap la tu agaknya.


Malam2 aksi berborak2 gelak ketawa dengan ayah. Amboi..Aqil kalau dengan ayah dia, borak bukan main sakan.Ayah dia agah sikit je ketawa mengekek2. Kalau mama agah, dia buat muka comel je. Ketawa pun agaknya ketawa kesian.Kihkihkih

"Mama tak kelaka lah, ayah kelaka." Ok fine..


Habit terbaru. Isap ibujari sambil garuk2 kepala. Biasanya dia kalau dah start garuk2 kepala tu dah ngantuk la tu. Ni tengah ralit tengok tv, mama dia tangkap gambar pun tak sedar.


Lepastu suka betul angkat kaki tinggi2 lepastu hempas kekuat. Gedeguk2 bunyi kaki kena lantai. Mama risau je kaki dia sakit, tu yang siap bubuh bantal. Ceh, padahal Aqil steady je kan takde rasa apa. Biasalah mama Aqil..paranoid. Ngeh.


Baju kemeja ngan jeans saiz 6 bulan dah segak dah dekat badan dia.Macam dah besar je :D.Amboih..siap senyum ketap bibir.Kemainn.Hehehe


Ni memang feveret dia la ni. Mandiii! Sekarang kalau mandi..Ya ampunn..kaki tu tak reti duk diam.Excited sungguh. Habis terkeluar2 air dari bath tub dia tendang2.So sekarang memang kena pegang dia extra kuat masa mandi.


Tudddiiaaa perut :D
"Apalah mama ni, orang mandi pun nak tangkap gambar"

Haih..si pencair hati. 

Oklah, selamat hari Jumaat semua. Dah masuk bulan Sya'ban dah ni, maknanya lagi sebulan nak Ramadahan. Yeay! Tak sabar. Sesiapa yang belum ganti puasa tu cepat2 lah ganti ok :)



9 comments:

diary_ciknaa said...

ya Allah..tembam nye aqil.. geram tgk perut dia dalam tub tu..eeee!!!

Lady Antz said...

Hehehe samela cikk..harith suka isap tgn n main angkat2 kaki. Tp beza bila ngantuk harith gosok2 mata..hahaha

HEMY said...

mmg syok kan amek gambar anak ngn keletah dia..hehehehehe sume benda tu sama je tiap budak..tang hentak kaki tu mmg la kdg takut dia lebam ke apa hentak

CaDLyNN said...

kemain gaya die tgk tv..dah mcm org beso gayanye..

SUHAIDA said...

aqilah pun mcm aqil tau..suke hentak2 kaki..aqilah ni lagi lasak rasenye..tilan kecik dah tak boleh..aqilah pakai toto..sebab aqilah meniarap sambil maju ke depan.

Masy said...

budak aqil niiiii.. goreng pon sodapppppp

Erina Asmawani said...

Cik Naa:
Perut kek lapis tu ciknaa..hehee

Kak Eja:
Harith ngan Aqil kan kembar..hehehe.Aqil garuk2 kepala dudlu pastu masa nyusu nak tdo baru garu2 mata. Riasau kalau kuku dia pnajangt terkena mata.huhu

Erina Asmawani said...

Hemy:
mmg sangat seronok!Hohoho..ye,setiap perkembangan baby tu sama je kan.Betul la..kuat betul dia hempas kaki tu. Huhuhu

Lynn:
Kannnn..belum tengok gaya ni berborak lagi. Macam paham je apa kita cakap :D

Erina Asmawani said...

Sue:
wahhh! dapat bayangkan camne Aqilah lasak..Aqil ni baru pndai mengiring dah susah nak pakaikan diapers. Tapi kelaka tengok diorang..macam2 akal dah :D

Kak Masy:
Masak lomak pun nyaman.HEhehe









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015