Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Friday, August 03, 2012

Barang2 kelengkapan baby :)


Salam Jumaat semua. Pejam celik dah 2 minggu kita berpuasa kan. Lagi 2 minggu nak raya.Wehuuu! So macam mana persiapan mommies sekalian? Confirm super excited kannnn. Mesti baju anak dah beli berpasang2, baju mama ngan ayah dia tak de lagi.Hehehe. Oklah, harini nak share sikit tips persediaan barang2 kelengkapan baby. Of coz for gorgeous mommy-to-be sekalian di luar sana :)

Mengikut pengalaman, baju2 untuk baby newborn ni tak perlu banyak. Cukuplah baju siang (lengan pendek) 5 pasang, baju tido (lengan panjang) 5 pasang.Baju siang tu campur2 kan sekali dengan baju lubang2 dan make sure yang material baju2 newborn ni adalah dari cotton yang lembut. Recommended brand Fiffy, Anakku dan Pureen. Cotton yang lembut ni sangat penting sebab masa dalam hari, baby akan sentiasa dibedung, jadinya untuk elakkan baby berpeluh kepanasan, pakaikan dia dengan baju yang sejuk & selesa. Depends pada kekerapan korang basuh baby jugak, kalau rasanya basuh 2-3 hari sekali, boleh lah lebihkan sikit baju2 ni kepada 7 pasang. Kalau basuh tiap2 hari, 5 pasang tu dah cukup. Lepastu pilihla baju2 yang berbutang sebab senang nak dipakaikan dekat baby berbanding dengan rompers sebab baby newborn sangat fragile. Kepala & leher lembik lagi, bila dipakaikan rompers terasa macam susah je. Kita yang nak pakaikan ni pun berpeluh2. Aqil dulu ada 5 helai rompers newborn, takut nak pakaikan dia masa awal2 tu, sekali bila dia dah sebulan lebih, nak pakaikan balik rompers tu dah tak muat dah. Huuuuu. Simpan terus. Sadis -_-"

 Baju2 Aqil dulu dari newborn sampai ke 6 bulan :)

Kain bedung pula cukuplah dalam 10 helai. Macam Aqil dulu pakai kain napkin je buat bedung. Material nya tak panas. Beli yang 1 pack ada 10 helai tu.Baby newborn ni dibedung sebab nak elak dia terkejut. Bila dibedung dia akan rasa selesa dan tidur nyenyak. Tapi kekadang struggle jugak diaorang nak lepaskan tangan keluar dari bedung. Macam Aqil sebulan je berbedung, lepas tu ngamuk sakan bila kita bedungkan. Selimut pula dalam 3 helai. Towel pun sama, 3 helai dah cukup.

Aqil's blankets & towels :)

Mittens & booties. Haa..ni pulak cukuplah dalam 7 pasang. Ulanglah pakai berkali2 sampai tak muat.Tak perlulah beli banyak2 sebab baby bila masuk 2 bulan nurse akan nasihat untuk tak pakaikan dia mittens dah sebab nak ransang penggunaan jari2 dia.Booties & stokin takpe kalau nak beli banyak sebab kaki baby akan sentiasa dipakaikan stokin untuk elak masuk angin. 

Lagi suka pakaikan Aqil newborn socks dari booties sebab nampak lagi kemas :)


Barut baby pulak dalam 10 helai. Lepastu pilihlah saiz yang berbeza2. Macam brand Anakku memang seuai untuk newborn, saiznya memang kecik. Yang saiz lain2 tu boleh beli dekat butik2 ibu mengandung macam MumDreams & Fabulosmom ke atau beli online sebab biasanya saiz barut yang dijual memang besar. Bolehlah baby pakai sampai umur 2 bulan. Macam Aqil sampai 2 bulan lebih je berbarut, lepastu barut semua dah tak muat.Lepastu belilah tuam untuk baby. Senang. Dituamkan dekat perut baby untuk elak kembung & dekat telur baby boy untuk elak angin pasang.

Tuam baby.
Credited to Google


Lagi ape eh? Oh..topi pun belilah jugak. Ala2 macam snow cap tu senang.Tutup telinga dia sekali.Belilah dalam 2. Toilettries,bedak, losyen semua tu cukuplah beli set kecik je dulu. Dah habis baru beli lagi dan percayalahhhh..nanti lepas bersalin,ramai yang bagi hadiah. Masa tu stok toilettries akan bertambah2 cukup buat stok setahun (dan lebih). Stok baju2, mittens & booties pun bertambah2.Nail clipper, baby cotton buds, minyak Yuyi atau minyak telon juga jangan lupa.Yang lain2 tu macam bath tub, changing mat, wet tissues tu pun memang penting. Set tilam baby pun belilah dari tilam & covernya dari material cotton yang lembut.

Ololohh..anak mama masa 2 hari. Eh, nak tunjuk topi tu sebenarnya. Jenis ala2 snow cap :)

Hmmm..diapers pulak recommended brand for newborn ialah MamyPoko. Diapers ni memang lembut. Montot baby tak merah. Baby newborn memang akan selalu poopoo dan kulit diorang sangat sensitif,jadi kalau pakai diaper yang tak sesuai, montot dia akan merah2 (nappy rash). Aqil dulu try jugak macam2 brand (sebab orang kata baby newborn tak payah pakai diaper mahal2 sebab dia selalu poopoo) tapi tak sesuai. Pakai MamyPoko jugak sesuai untuk dia. Belilah MamyPoko dekat expo2 barangan baby.Confirm dapat harga murah :) Bila dia dah besar sikit macam 3-4 bulan, dah tak selalu poopoo,bolehlah tukar ke diaper brand lain. Yang lebih ekonomi dan praktikal macam brand Whoopee. Eh..promote Whoopee lagi.Tihihihi.

Rasanya cukupla semua ni kelengkapan baby2. Tapi saya percaya mommy-to-be sekalian akan excited membeli dan terus beli barang2 baby selagi baby belum lahir. Adaaaa je yang nak dibelinya (pengalaman sendiri.Hehe). Sedikit tips, kalau nak beli baju2 tu (kes tak dapat menahan diri), belilah baju dari pelbagai saiz. Dari newborn sampailah ke saiz M (3-6 moths). Saiz newborn tak perlu beli banyak2 sebab percayalah baby membesar dengan sangat cepat.Belilah ala kadar. Sikit2 je. Tahan nepsu.Jangan membazir! Nanti lepas pantang,baby dah 2-3 bulan bila baju semua dah tak muat baru lah shopping lagi :) Oklah, harap entry ni membantu mommy-to-be semua untuk buat persediaan kelengkapan baby.Enjoy your precious moments :D



P/s: Masa awal2, gigih basuh baju Aqil pakai tangan..sekarang basuh guna mesin je ;p



13 comments:

Izzatul Azma said...

Waaaaa excitednya baca excitednya !!! tak sabar nak start shopping hihik tapi sebelum tu kena kemas rumah dulu sediakan tempat nak campak barang2 baby ni nnt :P

thanks !!

Aty Fared said...

baju newborn aty tak beli banyak..selai-2 jer kot..aty banyak beli baju 0-3 bulan atau 0-6 bulan..aty tak rajin basuh baju hari2..huhu...paling cepat basuh pon 3-4 hari sekali...tapi selalunyer seminggu sekali..hahaha...giler malas kan..;p

diary_ciknaa said...

yess..takyah kot beli banyak2 sgt sbb bby cepat besar.lgpn dlm hari, MIL ciknaa basuh hari2. so, banyak baju yg xpakai sgt pn dlm hari. paling byk kene beli, baby wipes, toilet tissue, pampers..superb banyak gune..huhu.

Juliet said...

Sangat setuju dengan penulisan entri nih! :D

PS : Based on experienced sendiri jugak, semua benda nak beli :P Dasar nafsu! Hihi.. Tapi bile beli puas hati, walaupun tak sempat pakai :P Mengong kan.. hihi! Truly agreed : MamyPoko the Best!~ ;)

HEMY said...

barut aku rasa 3 cukup dh..aku ada lagi yg tak berbukak..hahahaha

mommychaa said...

baju mikhail semua dah jadi baju fit. ala-ala k-pop. huh! mencik!

Erina Asmawani said...

Izza:
U r most welcome. Mmg excited shopping baby stuff..Nak2 kalau baby 1st :) Ingat tau yunk..shop wisely. Jangan ikut nepsu. Hehehe

Aty:
Baju newborn mmg x payah banyak sebab dalam 2 minggu je diorang dah boleh pakai 0-3. Mmg mcam besar sikit tapi masuk sebulan dah ngam dah. Takpe..pasni mama Qaleef shopping tuk baju 1-2 years je :)

Xdela malas,ikut kelapangan masa jugak. Biasanya mama2 yg bekerja jadikan hari minggu laundry day. Ena yg duk umah ni pun xde rajin lah nak basuh tetiap hari. Hehehe

Erina Asmawani said...

CikNaa:
Yup! Sangat betul. Baju newborn kalau basuh hari2 4-5 tu dah mencukupi. Yang diapers , wipes tu mmg kena guna banyak.

Juliet:
Hahahaha..betul tu Ell. Tahan diri dari beli tapi teringat2 je, last2 beli jugak. Memang nepsu. Pastu bila dah banyak sangat tak terpakai. Kita dok asik ulang pkai baju yg sama je.

Erina Asmawani said...

Hemy:
hahaha..aku x cukup 3 tu. At least 8-10 okla sebab kekadang baby muak la, bocor la kena kencing. Kena tukau barut sekali :D

Mommy Cha:
It's time for shoppinnggg! :D

Eh, tapi kpop cumey ape? nak2 kalau mikha wat rambut cacak..uu..comey betul!

Unknown said...

Seronok baca! :)

Tumpang lalu ye tuan tanah..
Saya ada menjual set ingin hamil, menyusu, bersalin & set kecantikan :)
http://thevitamomshop.blogspot.com
http://facebook.com/vitamom

Anonymous said...

PUREEN Baby Wipes are created with soft, thick and moisturised cotton material … read complete at:
http://kidbuxblog.com/the-pureen-baby-wipes/

Mashitah Mamat said...

BERMINAT NAK BERNIAGA PART TIME?TAWARAN BERNIAGA DENGAN MODAL RENDAH

adam said...

Wife pun dah 36 weeks sekarang ni. Ada lagi keperluan baby yang tak cukup lg. Harap2 boleh lengkapkan sebelum wife bersalin.









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015