Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Tuesday, January 22, 2013

Aqil demam lagi :(

Kelmarin tetiba suhu badan Aqil naik lagi. Badan dia panas. Check suhu 37.3. Alahai anak mama..baru je 5 hari baik demam, dah demam balik. Patutlah malam sebelumnya tu punya cranky masa tido. Kejap2 terjaga, merengek,menangis..macam ada yang dia tak selesa. Lepas tu kali ni batuk dia kuat campur dengan bunyi kahak sekali. Semalam masa bagi dia ubat, muntah banyak. Semua terkeluar bercampur lendir2. Lepas tu selera makan terus takde. Huhuhu. Padahal malam sebelumnya tu ok je dia, happy2 macam biasa. Kami siap ke Setia City Mall lagi,makan2, tengok fountain warna warni, siap main kat playground lagi. Agaknya sebab ni jugak kot Aqil demam balik.Belum 100% recovered + penat + kena embun malam. Sorry sayang..tak patut mama bawak kamu jejalan memalam..huhuhu *rasa bersalah sangat* Sighh.

Disebabkan demam dia tak kebah2, malam semalam terus kami ke DEMC. Risau sangat. Ingat nak terus jumpa paed, tapi rupanya kena refer klinik dekat DEMC tu dulu, kalau serius baru diorang refer paed. Huhuhu.Macam rupanya prosedur DEMC.


Tengah tunggu giliran.
Monyok je haa anak mama nih :(

Bagusnya klinik kat sini takdelah tunggu lama walaupun agak ramai orang. Sebab doktornya ramai. Suhu  Aqil malam tu 37.8. Doktor check, paru-paru Aqil ok katanya, cuma ada kahak. Tekak merah sikit. Tu yang buat dia takde selera makan.Doktor suruh neb untuk cairkan kahak Aqil. Fuhh..masa doc kata nak neb, mama Aqil pulak yang saspen. Debar2. Siap cakap kat Aqil, Aqil strong boy, jangan nangis ok, nanti kalau Aqil nangis mama pun nangis. Sobs.

Tapi memang taklah Aqil tak nangis kan..komfem2 nangis meraung. Huhuhu. Time neb, encek hubby pegang dia. Nangis sampai berjurai2 airmata. Alahaii.

Cian anak mama :'(

Tak tahan tengok dia meraung gitu, gas pun dia tak sedut bebetul..terus amik hp hubby,pasangkan video feveret dia..terus senyap!! Mata tengok je video tu. Alhamdulillah. Gas pun dapat disedut elok.

Good boy mama. Strong boy :)

Lama gak neb ni, dalam 10 minit. Lepas habis neb tunggu doc kejap untuk check balik kahak kat dada dia.

Holoh holoh..dak manja.


Namo sedih ye sayang..Aqil kan nak cepat sembuh

Doc check balik kata bunyi kahak dah reduce sikit. Syukur. Pastu doc advise kalau dalam masa 3-4 hari lagi demam dia tak sembuh, datang balik untuk further check up. Semalam badan Aqil still panas, lepastu kalau dibagi ubat..suhu dia turun, nanti bila malam suhu dia tinggi balik. Huhuhu. Batuk pun kuat especially malam. Kenapa ni sayang?? :( Pagi ni pun badan dia still panas. Check suhu tadi 37.6. Lepastu batuk2, muntah. Alahaiii. Sedihnya. Ada mommies yang pernah ada pengalaman baby demam camni tak? Demam berbalik2. Doakan Aqil cepat sembuh ye. Risauuu.


10 comments:

Mommy_Cha said...

Hi DEMC! wah tetibe. Smlm pon kengkonon nak pegi DEMC sebab Mikha alergik telo. Sekali makan nasik lauk telor goreng terus muka naik topeng ruam. Hahahah! Dah macam The Masked Rider.

Tapi, alhamdulillah kejap jer rashes tu. Terus tak jadi jumpe Dr. Koshy DEMC.

Sian Aqil demam. Kot-kot nak tumbuh gigi atau berubah bulan pon boleh demam tu ena. Sabar jelah selagi baby tak 2thn mmg byk penyakit datang.

Paracetamol jgn lupa kasi ikut aturan. Pastu kalau dia ade hingus, momycha jarang mandikan basah kepala. Nanti lagi beringus banyak tak baik-baik.


Cepat sembuh yer Aqil, camno nak dtg besday Mikha kalo aqil sakit ni?
:(

Masy said...

paed tu ape?

moga cepat semboh aqil! badan dah panjang dah tuu.. amboiii dah beso dah diaaa

Mr n Mrs Zaidi said...

alahai kesiannya kat Aqil... mungkin dia nak dapat "benda baru" kot, tu dia demam n meragam... semoga Aqil cpt2 sembuh yek syg,...sian mama n ayah Aqil risau...

Hafizah said...

aqil nmpk mcm budak umur setahun..smgt tol..huhu..nk tumbuh gg kot dmm...sian die..moge cpt sembuh ye...

UMIE SUE said...

aqilah pun demam.tumbuh gigi ngan nak berjalan

Aku Bapak said...

semoga aqil cepat sembuh..

D Yatie said...

nak beralih bulan kot. ada la nak pandai apa2 tu. sy tak ada petua nak kongsi part kahak2 nih. huuhuhu. arissa mudah recover sebab dia minum air masak banyak kot. kot la. huhuhu. btw, mmg doc akn wt NEB ye utk anak2 yg ada kahak?

semoga cepat sembuh sayang~

zonaku said...

bila masy tegur aqil dah tinggi, br perasan la, aqil tinggi...

kang ni darjah 1 dah sama tinggi ngan acik comel ni....

cepat sembuh ye aqil....

rakyat2 akak kat rmh ni mandi air daun rambutan or daun bunga raya.. ubat jgn lupa makan tau

CikNaa said...

musim kot ena.. razin tu pn same, masuk arini dah 6 hari dia demam.. buat jugak sedut gas tu smlm.. hm kl panas sgt kot kan?

Erina Asmawani said...

Terima Kasih aunty2 semua. Alhamdulillah..Aqil dah sembuh :)

Kak Masy: Paed tu paedtrician. Eh betul ke eja gini. hehehe









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015