Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Monday, January 28, 2013

Birthday party Mikha :D


Muka mama Aqil yang eksaited dan muka Aqil  yang kemengantokan :P
Otw to Mikha's birthday party.
(Aqil nampak kurus kan? Huu) 

Semalam kami ke birthday party Mikha, encem boy Mommycha. Woot!! Meriah ok. Tu pun kami datang dah lewat, kalau datang awal mesti lagi meriah. Dapat tengok Mikha potong kek beday :).Masa kami sampai, hujan tengah mencurah2. Dahla takde payung dalam kereta, cecepat turun pinjam payung kat tuan rumah. Masa tu tak nampak kelibat mommycha lagi, nampak Sue dan Anis je. Tanya babah Mikha (yang tengah dukung Mikha yg moody masa tu..huhu ) rupanya mommycha tengah rehat kat dalam, kaki krem. Alahaiii..cian mommycha.Terus masuk jumpa mommycha, festaim jumpa dia. Very the sweet2 person :) Mommycha pun terus nak keluar ajak makan. Eh..takpe takpe. Aku suh mommycha rehat dulu dalam umah sebab masa tu nampak sungguh dia kepenatan. Duduk kat luar sambil makan2 (laksa & rojak buah adalah terbaikkk!), sambil borak2 ngan Anis dan Sue. Airiell yang a bit moody sebab tak berapa sihat. Huhu. Cian baby bam2 geram2 nih. Aqilah yang mesra baik budi tapi nampak macam dah letih2 sikit sebab dah lama dah dia orang kat situ. Dalam masa kitaorang tengah borak2, tak lama pastu Mimy dan Kak Mimy pun datang :)

Meet the mommies :D

Dapat borak2 jap je ngan Sue sebab dia nak balik dah. Borak ngan Kak Mimy,even baru festaim jumpa dia tapi dia very friendly, terus terasa macam dah kenal lama. Fayel masa tu sesi membuli mama dia, tak menang tangan kak Mimy dibuatnya. Hehe. Borak2 ngan Mimy jugak, macam sesi icebreaking gitu :) Mommycha pulak memang tak duduk diam, ada je menda yang dia nak buat, aku tengok yang penat. Tapi bak kata dia, tak leh rehat, takpe lah..bukan selalu. Memang rajin mommycha ni (mebi second baby ni gigirl kot mommycha :D)


Very the warna warni. Ailikeee! :D

Kreatif plak tu, tengoklah hasil seni dari mommycha nih. Semua dia d.i.y. Memang comel! Temanya pelangi, harusss ada kek rainbow sekali. Memula semangat gila nak makan kek rainbow ni, tapi gi ambik marshmallow salut2 ngan coklat dulu sebab terliur plak tengok choc fountain tu, sekali bila nak gi ambik kek rainbow balik..dah habis! Waaa...sedih. Takpela takde rezeki.Makan kek barbie untuk memujuk diri. Sedap gak. Nyam!

The gojes  :)
Dari kiri Kak Mimy dan Fayel, Sue dan Aqilah, Anis dan Airiell, Mama Aqil dan Aqil, Mimy Dan Rafif. Semua pandang ke kanan, Aqilah sorang je senyum pandang kamera. Ala..tomey2 :) 


With Mommycha & Mikhail :)
Comeyy Airiell senyum pandang kamera. Aqilah cekci nampak pucat. Woops! :D

Lebih kurang pukul 6 gitu kami pun balik sebab Aqil pun dah ekk okkk ekkk. Tak sedap badan agaknya.Alhamdullilah, dapat penuhi undangan ke party Mikha dan dapat jumpa mommies2. Seronok2! Thank u so much mommycha!  InsyaAllah nanti kita jumpa lagi di birthday party Fayel pulak ok :D

Ohh..ni goodies dari party Mikha. Macam2 ada. Aqil suka, mama Aqil pun suka. Heee
(tu nampak tangan budak kecit tengah nak amik coki2..amboihh!)

Ok, sekarang dok plan nak buat kat mana besday Aqil nanti. Hmmm..hmmm...hmmm. Buat kat rumah pastu serve abc Fradoo je boleh?? Hohoho


11 comments:

UMIE SUE said...

alamak!! nampak pusat aqilah..cekcinyeee..

mkn fradoo..kami ok je sebab kami laki bini peminat no 1 fradoooo!

Mommy_Cha said...

Haaaai! Ya allah teruja betul tgk ena dah update pasal besday mikha. Thanks a lot! Mommy cha akan update laju2 plak nanti. Tq to ena & family sebab sudi dtg ke besday yg tak seberapa ni. Harap kenyang mkn yek, walau hari ujan menggila time tu. Suka mommy cha nengok ena comel je ngan kulit putih mulus dia..tq very much dtg tau. Nanti momy cha lanjer rainbow kek eh? Jgn lupa ab fradoo coklat leleh utk ai nanti hehehe...bye! So much fun meet wit all of u guys!

Wawa said...

Eh kira ena sampai dlu la dari kak mimi ye... Sbb kak mimi nmpk husb kte dr dlm kete...tnggu 5 mnt mst dah boleh jpe sume...sobs! Bday party tu mmg best kan! Suke sgttt! Rase nk pergi sume bday party org... Haha... Batsk tak pernah prrgi..:p

.........naila pun dah kurus...budak makin besar mmg camtu kot...

CikNaa said...

sob sob..lap air mate cket! haiyaaa.. tak dpt jmpe sume mak-mak n baby2.. rugi nyeee..

Ros Anis Rusli said...

berminyaknyaaaa muka mumy airiell..huhu..sdpnya mkn fradoo..xpnh mkn lg..tp tgk pic2 kt fb fradoo terliur jek...nak mkn byk2 la naty..huhu

Mr n Mrs Zaidi said...

menciii...tak dpt jupe dgn korang... nnt jupe time besday fayel la...huhuhuuh

Erina Asmawani said...

Sue:
Takpe Umie..tu cekci yg tak disengajakan..hehee

Kaannnn..tefikir gak. Hmmmm..sambung fikir idea lain lagi :D

MommyCha:
Same2 mommycha!! Mmmuahh! memang meriah sangat lah besday Mikha. Terkasima kami laki bini. Hehehe. Awww..putih mulus tu mommycha la, Ena biasa2 je. Hehehe. Mohle kita buat sistem barter..mommycha lanje ai kek rainbow, ai lanje u abc leleh k. Hehehe. Take care mommycha :D

Erina Asmawani said...

Wawa:
Agaknya masa Ena sampai Wawa pun nak pergi..tak perasan sebab masa tu Ena kelam kabut nak mencari payung. Huhu. Wa ada perasan kete kaler purple tak? Kereta kami le tu..hehehe

Agaknye la kan..sebab dorang nak ringankan badan nak berjalan..rindu saat dorang bam2.Huu

CikNaa:
Issokay CikNaa. InsyaAllah kita jumpa jugak nanti k :)

Erina Asmawani said...

Anis:
Mohle ke seksyen 2 Anis, kita gi mama Fradoo. InsyaAllah..kalau de rejeki wat abc kat beday Aqil nanti..bolehlah merasa :)

Nurul:
Ololoh..namolah menci2 Nurul. InsyaAllah nanti kita jumpa k. Rindu Daaliya comey tu :)

Izzati Asyraf said...

Slimnya aqil.penat gi skol ke.

Mimy Hamid said...

hi erina...nice to meet u..peramah sangat......









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015