Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Wednesday, January 30, 2013

Sesi memanjakan kuku-kuku :)

Semenjak jadi mama ni memang sangat kurang dah masa nak memanjakan diri sendiri. Kalau dulu zaman2 bujang rajin gak gi facial, gi urut2 kaki tapi lepas dah jad mama, nan ado semua2 ni. Banyak lagi menda yang nak dibuat. Tapiii..bila dibelek2 kuku jari tangan yang dah semacam kurang kasih sayang (kuning2 lagi celah2 kuku sebab kena kunyit..well, ai kan rajin masak..kohkokoh), kuku jari kaki apetah lagi, memang tak ditikberatkan langsung. Setakat potong je dahhhh..cukuplah tu.  Bila tapak kaki pun dah mula rasa kasar kesat2 macam tapak kaki beruang, baru terlintas dalam fikiran nak buat manicure & pedicure. Harus buat!   

Curi masa kejap di hari minggu untuk pergi memanjakan jari jemari. Aqil tinggalkan dengan ayahnya kejap. Lokasi dituju ni Nail Bar Wangsawalk. Ehemm..ni first time tau ai buat pedicure. Hehe..sebelum ni manicure saja. Sampai je kat sana kita dihidangkan ngan chinese tea. Kaki kita terus direndamkan untuk lembutkan kuku dan juga menghilangkan segala kekotoran, daki mahupun bau2 yang tak best (eh, kaki ai takde bau tau :P).

Hai kaki..best ke ke awak berendam di dalam tu??
Hehehe

Tanpa buang masa, jari jemari tangan kita pun terus dimanjai oleh amoi kat situ. Bagusnya Nail Bar ni kalau kita buat sekali manicure & pedicure, diorang akan buat sekaligus. Sorang buat tangan dan sorang buat kaki. So jimat masa disitu. Dalam 40 minit settled dah dua2. Besttt!!

Kasi shaping cantik2 ok amoi :)

Yang kelakarnya, kata baru festaim kan buat pedicure ni..masa amoi ni tengah semangat menggosok tapak kaki untuk buang segala kulit2 mati yang mengeras tu, aku tergelak sikit sebab GELIIIIII sangat. Imajinlah kalau tapak kaki kita kena gosok ngan kertas pasir..geli tak?? Hahaha..nasib dapat kontrol tahap ketawa, kalau terbahak2 aku kat situ, mesti malu gila. Hahaha. Banyak gila kulit2 mati dan kutikel2 yang berjaya dibuang. Nampak sangat tak jaga sangat kuku kaki. Huhu. Mahaplah ye kuku2 kaki, lepasni saya akan selalu ke Nailbar untuk memanjakan kamu2 semua. Eh :P



Dan setelah diketip, digosok, dikilat2kan kuku2 nya..
Inilah hasilnya....
Tadaaaaa!!!


Shine bright like a diamond! 
Diamond katanya..kihkihkih

Serius kagum tengok kuku2 tangan dan kaki berkilat2. Bersih sangat. Tapak kaki pun dah selembut baldu, no more tapak kaki beruang. Puas hati!!

Pada yang nak buat manicure & pedicure, bolehlah ke Nail Bar ni. Wangsawalk, level G. Recommended.  Service bagus, harga pun tak mahal.Tempat dia pun cozy je, ada tv tayang video clip artis2 korea lagi. Hehehe



Affordable price kan? :)


Promosi Chinese New Year :)

Essential pedicure ni best sebab dioarang akan urut2 kaki kita sekali. Memang feeling je :)

So apelagi, mohla pergi memanjakan kuku2 :D

Monday, January 28, 2013

Birthday party Mikha :D


Muka mama Aqil yang eksaited dan muka Aqil  yang kemengantokan :P
Otw to Mikha's birthday party.
(Aqil nampak kurus kan? Huu) 

Semalam kami ke birthday party Mikha, encem boy Mommycha. Woot!! Meriah ok. Tu pun kami datang dah lewat, kalau datang awal mesti lagi meriah. Dapat tengok Mikha potong kek beday :).Masa kami sampai, hujan tengah mencurah2. Dahla takde payung dalam kereta, cecepat turun pinjam payung kat tuan rumah. Masa tu tak nampak kelibat mommycha lagi, nampak Sue dan Anis je. Tanya babah Mikha (yang tengah dukung Mikha yg moody masa tu..huhu ) rupanya mommycha tengah rehat kat dalam, kaki krem. Alahaiii..cian mommycha.Terus masuk jumpa mommycha, festaim jumpa dia. Very the sweet2 person :) Mommycha pun terus nak keluar ajak makan. Eh..takpe takpe. Aku suh mommycha rehat dulu dalam umah sebab masa tu nampak sungguh dia kepenatan. Duduk kat luar sambil makan2 (laksa & rojak buah adalah terbaikkk!), sambil borak2 ngan Anis dan Sue. Airiell yang a bit moody sebab tak berapa sihat. Huhu. Cian baby bam2 geram2 nih. Aqilah yang mesra baik budi tapi nampak macam dah letih2 sikit sebab dah lama dah dia orang kat situ. Dalam masa kitaorang tengah borak2, tak lama pastu Mimy dan Kak Mimy pun datang :)

Meet the mommies :D

Dapat borak2 jap je ngan Sue sebab dia nak balik dah. Borak ngan Kak Mimy,even baru festaim jumpa dia tapi dia very friendly, terus terasa macam dah kenal lama. Fayel masa tu sesi membuli mama dia, tak menang tangan kak Mimy dibuatnya. Hehe. Borak2 ngan Mimy jugak, macam sesi icebreaking gitu :) Mommycha pulak memang tak duduk diam, ada je menda yang dia nak buat, aku tengok yang penat. Tapi bak kata dia, tak leh rehat, takpe lah..bukan selalu. Memang rajin mommycha ni (mebi second baby ni gigirl kot mommycha :D)


Very the warna warni. Ailikeee! :D

Kreatif plak tu, tengoklah hasil seni dari mommycha nih. Semua dia d.i.y. Memang comel! Temanya pelangi, harusss ada kek rainbow sekali. Memula semangat gila nak makan kek rainbow ni, tapi gi ambik marshmallow salut2 ngan coklat dulu sebab terliur plak tengok choc fountain tu, sekali bila nak gi ambik kek rainbow balik..dah habis! Waaa...sedih. Takpela takde rezeki.Makan kek barbie untuk memujuk diri. Sedap gak. Nyam!

The gojes  :)
Dari kiri Kak Mimy dan Fayel, Sue dan Aqilah, Anis dan Airiell, Mama Aqil dan Aqil, Mimy Dan Rafif. Semua pandang ke kanan, Aqilah sorang je senyum pandang kamera. Ala..tomey2 :) 


With Mommycha & Mikhail :)
Comeyy Airiell senyum pandang kamera. Aqilah cekci nampak pucat. Woops! :D

Lebih kurang pukul 6 gitu kami pun balik sebab Aqil pun dah ekk okkk ekkk. Tak sedap badan agaknya.Alhamdullilah, dapat penuhi undangan ke party Mikha dan dapat jumpa mommies2. Seronok2! Thank u so much mommycha!  InsyaAllah nanti kita jumpa lagi di birthday party Fayel pulak ok :D

Ohh..ni goodies dari party Mikha. Macam2 ada. Aqil suka, mama Aqil pun suka. Heee
(tu nampak tangan budak kecit tengah nak amik coki2..amboihh!)

Ok, sekarang dok plan nak buat kat mana besday Aqil nanti. Hmmm..hmmm...hmmm. Buat kat rumah pastu serve abc Fradoo je boleh?? Hohoho


Wednesday, January 23, 2013

Wordless Wednesday: My Cheeky Boy :)





Rindu ke"cheeky"an Aqil. Get well soon sayang :')


Tuesday, January 22, 2013

Aqil demam lagi :(

Kelmarin tetiba suhu badan Aqil naik lagi. Badan dia panas. Check suhu 37.3. Alahai anak mama..baru je 5 hari baik demam, dah demam balik. Patutlah malam sebelumnya tu punya cranky masa tido. Kejap2 terjaga, merengek,menangis..macam ada yang dia tak selesa. Lepas tu kali ni batuk dia kuat campur dengan bunyi kahak sekali. Semalam masa bagi dia ubat, muntah banyak. Semua terkeluar bercampur lendir2. Lepas tu selera makan terus takde. Huhuhu. Padahal malam sebelumnya tu ok je dia, happy2 macam biasa. Kami siap ke Setia City Mall lagi,makan2, tengok fountain warna warni, siap main kat playground lagi. Agaknya sebab ni jugak kot Aqil demam balik.Belum 100% recovered + penat + kena embun malam. Sorry sayang..tak patut mama bawak kamu jejalan memalam..huhuhu *rasa bersalah sangat* Sighh.

Disebabkan demam dia tak kebah2, malam semalam terus kami ke DEMC. Risau sangat. Ingat nak terus jumpa paed, tapi rupanya kena refer klinik dekat DEMC tu dulu, kalau serius baru diorang refer paed. Huhuhu.Macam rupanya prosedur DEMC.


Tengah tunggu giliran.
Monyok je haa anak mama nih :(

Bagusnya klinik kat sini takdelah tunggu lama walaupun agak ramai orang. Sebab doktornya ramai. Suhu  Aqil malam tu 37.8. Doktor check, paru-paru Aqil ok katanya, cuma ada kahak. Tekak merah sikit. Tu yang buat dia takde selera makan.Doktor suruh neb untuk cairkan kahak Aqil. Fuhh..masa doc kata nak neb, mama Aqil pulak yang saspen. Debar2. Siap cakap kat Aqil, Aqil strong boy, jangan nangis ok, nanti kalau Aqil nangis mama pun nangis. Sobs.

Tapi memang taklah Aqil tak nangis kan..komfem2 nangis meraung. Huhuhu. Time neb, encek hubby pegang dia. Nangis sampai berjurai2 airmata. Alahaii.

Cian anak mama :'(

Tak tahan tengok dia meraung gitu, gas pun dia tak sedut bebetul..terus amik hp hubby,pasangkan video feveret dia..terus senyap!! Mata tengok je video tu. Alhamdulillah. Gas pun dapat disedut elok.

Good boy mama. Strong boy :)

Lama gak neb ni, dalam 10 minit. Lepas habis neb tunggu doc kejap untuk check balik kahak kat dada dia.

Holoh holoh..dak manja.


Namo sedih ye sayang..Aqil kan nak cepat sembuh

Doc check balik kata bunyi kahak dah reduce sikit. Syukur. Pastu doc advise kalau dalam masa 3-4 hari lagi demam dia tak sembuh, datang balik untuk further check up. Semalam badan Aqil still panas, lepastu kalau dibagi ubat..suhu dia turun, nanti bila malam suhu dia tinggi balik. Huhuhu. Batuk pun kuat especially malam. Kenapa ni sayang?? :( Pagi ni pun badan dia still panas. Check suhu tadi 37.6. Lepastu batuk2, muntah. Alahaiii. Sedihnya. Ada mommies yang pernah ada pengalaman baby demam camni tak? Demam berbalik2. Doakan Aqil cepat sembuh ye. Risauuu.


Friday, January 18, 2013

Aqil Hamzah 10 bulan :)

Salam Jumaat semua. Fiuhh..lama pulak rasanya tak update blog. Sekarang agak busy. Busy like a bee. Maklumlah, dah kerja..(padahal kerja ngan ayah sendiri je..hihihi)..tetap jugak terasa tak cukup masa 1 hari 24 jam. Yelah..bangun pagi jalankan tugas sebagai surirumah, kemas2 rumah, sapu, mop, basuh baju, jemur baju segala, uruskan Aqil. Pukul 2pm off to Fradoo sampai pukul 6pm. Balik masak lagi untuk suami tercenta. Lipat baju lagi. Manja2 ngan Aqil, manja2 ngan ayah Aqil.. eh eh ;p Tu yang terasa macam tak cukup masa je. 

Banyak menda nak cerita nih. Nak cerita mana dulu ni..hmmm..hmmm.Cerita pasal perkembangan Aqil Hamzah lah dulu. (Asik lah cerita pasal Aqil je kan..nak buat camne, excited mama memang gini,semuanya pasal anak). Alhamdulillah si manja sayang mama ni nak masuk 11 bulan dah. Banyak sungguh benda baru yang dia belajar sepanjang umur 10 bulan ni. Antaranya ialah masa awal 10 bulan dulu dah pandai menjulur ke depan, angkat2 bontot dan duduk sendiri dengan ensemnya. Hohoho. Excited gila mamanya ni bila tengok Aqil pandai menjulur ke depan, sebab selama ni asiklah meniarap gostan je. Laju plak tu bila dah menjulur..macam komando. Lepastu duduk pun memang sebelum ni dia dah stabil, tapi kita yang duduk kan. 2 minggu lepastu..pandai merangkak pulak.Sekarang duk gian merangkak keliling rumah. Macam anak rimau versi manja. Comelll! Hihihi. Dan baru2 ni (minggu lepas), dah pandai berjalan guna riding toys tu dengan lajunnya. Pandai panjat2 jugak. Sikit2 panjat kaki mama, panjat badan ayah, panjat dinding, semua nak panjat.Bila dapat panjat..sukaaa!! Aqil dapat belajar menda baru sekali gus masa dia 10 bulan. Dari menjulur, duduk sendiri, merangkak..sekarang macam nak berjalan pulak. Syukur ya Allah. Yee..memang Aqil manja2 lambat sikit pandai semua ni tapi tak kesah lah..janji Aqil sihat dan aktif. Perkembangan baby kan lain2 :)

Pon ponn!! Aqil nak lalu ni..sila bagi laluan 

Berat mantain 10.5 kg (timbang sendiri pakai penimbang digital kat umah ni). Tapi sekarang nampak macam dah susut sikit sebab demam panas minggu lepas, takde selera makan.Alhamdulillah sekarang dah sembuh. Selera makan dah ada balik. Suapkan bubur ke sup ke mesti habis. Nyumm! Yang terbaru ni bagi dia bubur campur sayur ngan kicap..pun habis.Ingatkan saje je buh dalam 2-3 titik kicap kat bubur dia,nak bagi dia rasa manis2 masin sikit, sekali habis ok. Suka pulak dia. 


Masa dia demam haritu. Ciann. Doc advise suh letak kain lembab kat kepala dan jaram 1 badan sebab nak bagi suhu turun. Tapi Aqil tak suka bila kita letakkan kain lembab kat kepala dia. Konon nak buat ala2 turban tu, dicabutnya. Nahh..sekali mama ikat macam tudung gini.Tak boleh dah dia nak cabut kain tu..terus pasrah dan redha. 

Suka betul baca buku sekrang ni, asal bangun tido, sebelum tido belek buku dulu. Masa demam haritu, ada satu hari ni..tetiba dia terjaga pukul 130 pagi..tak nangis, tetiba duduk belek buku. Ingatkan dia mimpi..rupanya memang nak baca buku. Pukul 3 pagi baru dia tido balik. Peel pelik masa demam. Huhu.

Perkembangan dekat school, Alhamdulillah..dah masuk 2 minggu ni, sekarang dia dah nampak macam suka pergi school. Kalau dulu punya lah nangis melalak bila kita bagi dia kat teacher (sampai mama pun rasa nak melalak). Sekarang ni dah pandai depakan tangan nak kat teacher. Tapi dia nak dengan sorang teacher ni je dengan mak dia. Ngan teacher lain dia lom mesra lagi. Pandai memilih ni.Tapi kira oklah dia dah nak pergi school. Kalau dulu masuk je laman school dia dah nangis mendayu2, masa hantar nangis, masa ambik pun nangis. Sekarang tak nangis dah. Cuma kekadang adalah dia nangis2 sikit macam teringat2. Tapi perubahan yang ketara lah, dia macam dak boleh terima.Syukur sangat2. Dia paham, mama bukan sesaja nak hantar dia gi school, mama nak gi work. Cumaaa..tu lah, still takmo minum susu dalam botol lagi. Makan bubur & minum air kosong je. Tapi ada jugak masa, bila mak suakan susu dalam botol kat dia, dia minum..tapi ta banyaklah. Dalam 2 kali sedut pastu takmo dah. Takpelah, harap pasni lama2 dia ok. InsyaAllah. Nak paksa2 pun tak boleh jugak. Lagilah dia marah nanti.

Dan sudah ada 2 batang gigi.Jyeahh!

Punyalah suka menggigit sekarang ni. Adoyaiiii. Kalau time menyusu tu..tetiba ngeeeetttt! dia geget siap tarik lagi. Fiuhhhh!! Sabar jelah. Pastu buat muka comel. Huh! Tak jadi mama nak merajuk. Haihh..budak banyak akal nih. 

Sekian cerita pasal Aqil. Nanti kalau ada masa nak update cerita pasal gi Sabah aritu pulak. Banyak gila cerita pending. Oklah Bye.


P/s: Sekarang ada promo price untuk Natalshape & Natalicious. Sekotak RM80, 2 kotak RM138 sahaja. Kalau berminat contact Erina 0126424061. Cepat2 :)



Monday, January 07, 2013

Kasut oh kasut.

Tengoklah kasut si anak bujang nih..kemain banyak.Separuh mama Aqil beli, separuh kawan2 mama Aqil yang hadiahkan.Semangat betul mama Aqil belikan kasut untuk dia padahal bukan boleh jalan lagi.Kihkihkih. Nak buat camne, kasut baby sangat menggeramkann!! Tengok tu comel, beli..tengok ni comel..beli!! Tapiii..actually Aqil ni bukan suka pun kita pakaikan kasut. Kalau kita sarungkan je kasut kat kaki dia, terus automatik dia kepitkan kebawah jari kaki dia tu. Kepitkan kebawah?? Err..dapat imajin tak?? Bila dia dah buat jari kaki gitu konfem2lah kan kasut tak muat nak masuk. Kalau berjaya masuk pun kasutnya tu *setelah mama berhempas pulas berpeluh2*, dia akan slumber je tarik balik kasut tu tanpa perasaan bersalah T_T.Oleh itu, kasut2 ni dibeli hanya untuk disimpan. Tskkk.Sekrang ni pakai stokin je kalau nak ke mana2. Takpelah, pakai stokin pun comey jugak kan :D


7 pasang semuanya!! Yang merah belakang, kiri sekali tu first kasut Aqil yang dibeli. Masa Aqil dalam perut lagi. Eksaited kemain. Pakainya takdelah sampai 10 kali pun. Gugugu

Sekali haritu masa kemas2 almari baju, terjumpa plak sepasang lagi kasut Aqil. Yang ni kawan ayah Aqil yang hadiahkan. Memang comeyyy sangat. Kalau Aqil pakai bertambah encemnye tapiiii apakan daya kan, si bujang tetap takmo kita sarungkan kasut kat kaki dia. 

Menjadikan kesemua kasut Aqil ialah 8 pasang. Fiuhhh~
Kalah kasut mama.Ada yang Aqil still muat lagi, ada yang dah kecit. Yang dah kecit kita simpan untuk adik Aqil, yang still muat simpan sampai Aqil boleh jalan nanti.Harap bila Aqil dah pandai jalan, dia nak lah berkasut.Jangan buat perangai takmo berkasut plak bila dah pandai jalan nanti..pening mama. Anak korang banyak kasut tak? :D






Friday, January 04, 2013

Aqil going to school

Hari Rabu lepas start hantar Aqil ke school. Taska dekat depan rumah ni je. Akhirnyaaaa..kuat jugak hati mama nak hantar Aqil ke taska.Sebab tengok dia makin membesar dan dah pandai kenal orang ni, ada kebaikan nye jugak kalau dedahkan dia ngan orang2 sekitar.Nak bagi dia bergaul dengan kawan2.Bila dia duduk dekat rumah jadi terlalu manja, nak melekat je dengan mama ayah. Yelah..duk sorang2 kan, tengok muka mama, tengok muka ayah. Tu jela kawan dia.  Tak lama pun hantar dia, depends..kadang2 dari pukul 3 sampai 6 petang. 3 jam. Kadang2 tak sampai 3 jam pun.

Good boy yang baru balik dari school :)
Mata bengkak2 sikit sebab asik nanges. Huhu

Memula sampai je dekat taska, serahkan je dia dekat "mak" dia..punyelah dia sebak, nangis mendayu. .Haiyohhh..semestinya lah mama dia pun sebak sesangat time tu. Tapi rilek2, kontrol..takmo nampak air mata bertakung kan. Sampai je rumah terus nangis koooo..huhuhu.Sebak pulak memikirkan anak. Tapi bila fikir balik..ada kebaikan nya semua ni. Sementara tu, dapat jugak mama tolong tok ayah kat Fradoo. Busy sikit. Bila busy, kurang fikir pasal anak. Kalau tak asik risau je..apelah anak aku buat kat school tu. Huhuhu

Masa amik dia dari school, "mak" dia kata dia nangis je. Dah ok main2..pastu teiba nangis. Macam tercari2 & teringat2 mama dia. Alahaiiiii anak. Tapi mak dia kata, memang baby baru first time hantar taska akan macam ni.Lama2 InsyaAllah ok, gembira dia main ngan kawan2. Harap Aqil oklah ye nak. Satu je yang buat mama susah hati sekarang, Aqil takmo minum susu dalam botol. Puas dah ajar.Pujuk macam2 cara. Tetappppp takmo. Botol susu pun dah banyak tukar. Takmo jugak. Bila dia dah besar ni dia dah pandai, kita nak suakan je botol susu ke mulut dia..punyelah dia ketap mulut pastu geleng2 kepala, tepis2 botol tu. Lepastu bila geram, habis botol tu dicampaknya. Huhuhu. Mak pun tengah berusaha pujuk dia minum pakai botol. Dah 2 hari kat taska ni memang dia minum air kosong jela, ngan makan bubur yang mama bekalkan. Huuu..Cian anak mama. Sekarang ni tgk cuba ajar Aqil minum susu tru training cup dia. Dia kalau minum air guna trainig cup tu laju je minum, tapi pagi tadi tukarkan ngan susu..dia rasa pelik. Minum jugakla sikit. Harap kat taska nanti dia nak lah minum macam tu.

Semoga anak mama ok2 je kat taska nanti dan dilindungi dari segala keburukan. Aminn.Tetiba rasa macam dah besar sangat je Aqil. Time flies so fast. Sobss *sebak plak tetiba*

Wednesday, January 02, 2013

Natalicious & Natalshape :)

Salam Rabu semua.Dah masuk tahun 2013. Harap semua ok sihat sejahtera sihat ceria di hari ke 2 tahun baru ni. Harini saya nak share pasal bestnya susu keluaran Natalia ni iaitu Natalicious dan juga Natalshape.Sejak dah masuk majalah Mingguan Wanita aritu kannnn.. *heee..maluuu*, teruja  nak kongsi dengan korang semua tentang khasiat susu2 ni. Sudi2kan luangkan masa untuk baca ye :)


Memperkenalkan...
Natalicious

Susu bernutrisi pre-natal pertama dipasaran yang mengandungi sumber makanan Sunnah.


Adik ipar saya, Lily yang mula2 memperkenalkan produk Natalia ni.Dia pengguna tegar Natalicious. Dia start minum masa usia kandungan dia 3 bulan. Memang nampak perubahan dekat dia sejak dia minum Natalicious.Sepanjang kehamilan yang kedua ni, dia memang sentiasa aktif, sehat & cergas. Kalah orang yang tak mengandung. Bayangkan dengan nak uruskan anak yang usia setahun lagi, uruskan rumahtangga lagi, tapi dia tetap bertenaga. Tak nampak lesu lemahnya. Kata dia lagi, sejak minum susu ni, dia tak alami cramp kaki dah malam2. 

Susu kambing, delima, kismis, alfalfa, bayam dan pisang adalah antara khasiat yang sangat2 diperlukan untuk ibu mengandung. Selain membekalkan tenaga kepada si ibu, ia juga memberikan nutrien yang cukup pada bayi dalam kandungan. Jom kita tengok lebih details pasal bahan2 kandungan susu best ni.



Susu Kambing

Susu kambing sangat sesuai untuk ibu mengandung kerana  kaya dengan protein, enzim-enzim dan Vitamin A yang penting untuk kesihatan. Pemakanan yang sihat bermula dari awal kehamilan dapat membantu proses tumbesaran bayi yang sihat, cergas dan pintar. 

Susu Rendah Lemak

Susu rendah lemak memberikan kalsium, vitamin dan mineral yang sama di dalam susu penuh krim tetapi kandungan lemaknya adalah rendah.



Kalsium

Ibu mengandung memerlukan kalsium yang cukup dalam badan. Kekurangan kalsium sewaktu hamil akan menyebabkan ibu berisiko untuk mendapat osteoperosis.Selain dari  mencegah osteoperosis, kalsium juga diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tulang dan gigi, membantu penghantaran maklumat saraf dan pembekuan darah, melegakan pedih ulu hati serta membantu individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi. 

Delima

Pengambilan buah delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Delima juga mengandungi potassium dimana dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam. Delima juga membantu menghasilkan bayi yang sihat dan kulit yang cantik. Sabda Nabi Muhammad saw, “ Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima syurga di dalammya” (HR Abu Nu’aim)

Kismis

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir,menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Manna

Manna atau dikenali juga sebagai Arabic Gum,kaya dengan fiber diet boleh larut yang memudahkan sistem pencernaan. Membantu proses gastrointestinal badan. Mengandungi serat yang membantu mengurangkan gas dalam badan. Menggalakkan pembiakan bakteria sihat di dalam perut dan ia mencegah kanser kolon, sembelit dan cirit-birit. Membantu melawan penyakit kencing manis dan jantung. Memberi rasa kenyang yang berpanjangan.

Bayam

Bayam kaya dengan sumber vitamin K, A, C, B2, B6, folat, magnesium, besi, kalsium dan kalium. Bayam juga merupakan sumber baik untuk serat pemakanan, protein, fosforus, zink dan vitamin E. Selain itu, bayam juga merupakan sumber baik asid berlemak omega 3, niasin dan selenium. Terdapat 13 jenis sebatian flavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan dan agen anti kanser. Folat dalam bayam juga diperlukan bagi pembesaran fetus terutamanya untuk pembentukan sistem saraf yang lengkap. Kecacatan seperti bibir sumbing atau spin bifida boleh terjadi disebabkan kekurangan folat.

Pisang

Pisang mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat. Pisang mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semula jadi iaitu sukrosa , fruktosa dan glukosa. Bagi ibu hamil, dengan memakan buah pisang dikatakan mampu memastikan tahap gula dalam darah meningkat dan keadaan ini mampu mengelakkan anda daripada mengalami masalah 'morning sickness'.

Stevia

Ciri paling unik mengenai stevia ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Di percayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Stevia mengandungi vitamin A, B, C dan mineral penting untuk pertumbuhan kanak-kanak. Amat bagus untuk ibu hamil dan juga ibu yang menyusukan anak kerana dapat mengawal paras gula dalam darah dan mengelakkan dari diabetes.

Alfalfa Klorofil

Alfafa merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai struktur akar yang unik di mana ia boleh menyerap pelbagai zat galian, vitamin dan lapan jenis asid amino dan amat kaya dengan metionin, vitamin A, C, D dan K. Alfafa sememangnya diketahui kaya dengan klorofil iaitu sekurang-kurangnya empat kali lebih tinggi daripada sayur-sayuran biasa. Alfalfa amat kaya dengan Asid Alfa Lipolik (ALA), Zink, Selenium, Vitamin A, C, E dan mineral lain seperti kalsium dan fosforus.

Marin Collagen

Kajian klinikal menunjukan keberkesanan penggunaan kolagen adalah mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan kedutan, memastikan keanjalan kulit serta memberi kesegaran kepada kulit.Sangat berkesan untuk mengatasi masalah kulit kering, kusam, tidak sekata, berparut dan berkedut.

Vanilla

Merupakan bahan pewangi dalam makanan dan mengandungi antioksidan tinggi. Membantu mengawal nafsu makan. An mencantikkan dan mencerahkan kulit. Menenangkan urat saraf, membangkitkan mood dan membantu menurunkan berat badan.

Best kannn??? Memang kandungan yang lengkap. Ada kolagen lagi yang dapat membantu mommies-to-be kat luar sentiasa kelihatan cantik dan berseri2 :) Natalicious bukan saja sesuai untuk ibu hamil tapi juga sesuai untuk wanita yang merancang untuk hamil

Ok, sekarang nak share pasal kebaikan Natalshape pulak. 
Natalshape
Susu bernutrisi post-natal pertama di pasaran yang mengandungi sumber makanan Sunnah

Semestinya saya ialah pengguna Natalshape.Susu ni memang banyak khasiatnya. Selain memberi nutrien yang secukupnya untuk badan saya yang sedang menyusukan anak ni, ia dapat membekalkan tenaga sepanjang hari juga.Kalau dulu masa lepas berpantang,memang saya sentiasa lesu dan lemah je. Lembik! Nak buat kerja rumah rasa tak larat je.Alhamdullilah..memang banyak perubahannya lepas saya minum Natalshape ni. Masalah lemah lembik lesu longlai memang tak ada dah.Natalshape ni pun sesuai dengan saya as a "milk booster". Pernah satu masa dulu masa Aqil umur 4 bulan, susu saya mula merudum.Masa tu memang panik dan down sangat. Lepas 4 hari minum Natalshape, Alhamdullilah susu kembali banyak.Syukur sangat. Masih diberi peluang untuk menyusukan Aqil secara ekslusif sampai sekarang. Rezeki Aqil :) 

Sama seperti Natalicious, Natalshape juga mengandungi kebaikan susu kambing, susu rendah lemak, kalsium, delima, manna dan marine collagen. Bahan istimewa yang terkandung dalam Natalshape ialah kurma, manjakani dan juga kacip fatimah

Kurma

Kaya dengan unsur zat besi, kalsium, fosforus, sodium, niasin, serat, vitamin A dan C, zat galian iaitu potassium , magnesium dan kalsium. Memudahkan ibu-ibu untuk bersalin. Potassium diperlukan untuk sistem saraf untuk merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin dan meningkatkan sistem pertahanan badan. Mencegah barah payudara dan rahim.


Manjakani

Kaya dengan tannin, asid tanik, antioksidan, serat, zat besi, karbohidrat, vitamin A dan C, kalsium, protein serta elemen astringent, anti-mikrobial dan anti radang. Merawat keputihan, gatal-gatal, sakit tekak, ulser dan masalah kulit. Antioksida untuk melambatkan proses penuaan sel, mencegah barah payudara dan rahim. Asid galik mencegah kencing manis dan lelah. Bersifat astrigen iaitu berupaya membasmi bakteria dan kuman pada faraj, berupaya mengecutkan tisu-tisu dalam faraj, berupaya menyerap lendir dan lelehan faraj. Menegangkan dan mencantikkan kulit serta dapat mencegah jerawat. Mengawal kulit dari kering dan berminyak. Tanin membantu memulihkan otot dalaman, menegangkan otot dalam faraj dan merapatkan bahagian yang longgar atau kendur. Membaiki dan menganjalkan otot-otot payudara. Meningkatkan hormon estrogen. Melancarkan sistem pencernaan. Membersihkan dan membina rahim bagi wanita selepas bersalin atau haid. Mengurangkan selulit.

Kacip Fatimah

Mengandungi elemen antioksidan dan phytoestrogen. Mencegah pembiakkan sel pra-kanser. Memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen. Mengukuhkan struktur tulang dan melambatkan proses penuaan. Merawat masalah keputihan. Membuang angin dalam badan. Melancarkan proses kelahiran bayi. Mengembalikan kecergasan selepas bersalin dan membantu pengecutan rahim. Melangsingkan badan dan membantu menegangkan otot-otot.




Memang best kan bahan2 yang terkandung dalam Natalshape ni?  Selain dapat memberikan tenaga kepada ibu yang menyusukan bayi dan dijadikan sebagai "milk booster", ia juga dapat membantu untuk mengecutkan rahim selepas melahirkan anak. Masa berpantang tak perlu lagi nak ambil jamu2 untuk mengecutkan rahim dan menjaga sistem peranakan (dikhuatiri baby akan terkena jaundis akibat mengambil jamu sewaktu pantang), kebaikan kacip fatimah dan manjakani ada dalam kandungan Natalshape ni. Selamat untuk diminum :) Memang sesuai untuk ibu yang melahirkan anak secara normal mahupun secara pembedahan.

Apa rasa susu ni?? Sedapppp!! *Untuk hantu susu macam saya*. Walaupun ada susu kambing, tapi percayalah..takde rasa susu kambing pun.Jangan risau.Susu ni berperisa vanilla yang enak. Nyummm! 
Natalicious warna agak kehijauan sebab kandungan alfafanya. Natalshape warna macam susu biasa :)


Produk Natalia ialah produk bumiputra yang dijamin kualitinya.Dan semestinya halal

Sijil Halal oleh Jakim untuk produk Natalicious& Natalshape



Sekotak Natalicious atau Natalshape (15 sachets) RM80 EM/RM90 WM sahaja :)
Postage EM/WM:RM6/RM8



Mana nak cari Natalicious dan Natalshape?? Disebabkan saya ialah pengguna Natalshape yang sangat berpuas hati dengan produk ni, saya kini ialah substokis produk Natalia ni. Yeay! :D Alhamdullilah. Produk ni memang sangat sangat recommended untuk mommies sekalian. Good for me, good for mommies too. InsyaAllah :) Jika berminat untuk beli Natalicious atau Natalshape, bolehlah email ke erinaasmaa(at)yahoo(dot)com atau sms atau whatsapp no saya Erina 012-6424061. COD pun boleh, area seksyen 18 Shah Alam atau dekat Fradoo.Sambil2 tu boleh pekena ABC special ye dok? Hehehe. Marilah sama2 menikmati khasiat produk Natalia yang dijamin suci dan halal.Spread the goodness of milk :)











Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015