Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label Little Intan. Show all posts
Showing posts with label Little Intan. Show all posts

Friday, April 05, 2013

Update sempoi :)


 Ni minggu minggu lepas punya cerita. Kita bagi lum sum cerita semua dalam entry kali ni :)

Tarikh:  22.3.2012, Isnin
Tempat: Klinik Kesihatan Sg Mati, Ledang, Muar

Bestnya la hai KK dekat kampung, tak ramai orang langsung. Cepat je settle semua. Aqil jab MMR. Alhamdulillah semua ok. Berat 10.3 kg, turun 100g dari last check up. Last checkup dia masa umur 9 bulan. Nurse tanya kenapa boleh turun beratnya. Explain dekat dia Aqil ada kena muntah2 & cirit birit sebelum ni. Tinggi 79 cm, tambah 10 cm dari last check up. Meninggi dengan sihat anak mama nih. Jab MMR ni kat lengan rupanya, mama punyalah semangat bukakkan seluar Aqil, sekali nurse kata kat lengan. Ooo..kanak2 kecik dah tak cucuk kat peha lagi mama :)



Terjumpa baju melayu budak dekat bazar area Muar. Saiz 1 tahun. Comeyyy sangat! Sepasang RM25, beli 2 pasang RM40. Terus lah beli. Material kain dia sangat best, sejuk. Berbaloi sangat dengan harganya. Pakaikan kat Aqil, tangan labuh sikit, seluar pun labuh sikit. Takpelah, by the time hari raya nanti sedang elok lah kat badan Aqil. Tema kami tahun ni dark blue & tangerine :)


Tarikh 23.2.2013, Selasa
Tempat: JKids, Paradigm Mall

Esoknya bawak Aqil main2 dekat sini, JKids. Entry fee RM20. Seronok nye la hai Aqil kalau dapat masuk indoor playground ni. Perasan tak sekarang ni banyak dah indoor playground ni kan, tumbuh bagaikan cendawan. Tapi bagus tempat2 gini, anak boleh main2, mengembangkan minda. Tak panas. Tapi JKids ni tak se happening Kids e World (KeW) lah, KEW sangat best. Plus free for those babies yang tak boleh jalan lagi. Which is SANGAT berbaloi2. Hehehe

Aqil paling suka balloon room ni. Dia punya eksaited nengok belon2 tu berterbangan, macam dia pun nak terbang sekali tangkap belon2 tu.

Mama paling suka naik slide ni. Weeeee. Eh, mama pulak suka.Over tau mama ni.  Suka Aqil naik slide sampai ternganga2 mulut.Repeat 5-6 kali jugak naik side ni. Semput mama dibuatnya. Fiuhhh. Takpe, demi mu anak.


Kapten Aqil. Ready to sail :)

Kemudian, dinner kat Seoul Garden pula kita.Nyummmm!
Berjumpa dengan Memuah kesayangan. Lama tak jumpa diorang :)
Aqil melepaskan rindu kat acik Keri dia.

Lagi nak cerita ape eh?? Oh ye la..Aqil nak bagitau dia dah ada beg sekarang.

Beg Pororo! Comey kan. Sesuai je dia pakai. Tak besar sangat, tak kecit sangat. Nak gi jejalan boleh buh biskut ke diaper ke dalam beg tu. Beli dekat mana?? Semestinya di Little Intan. RM40 sahaja termasuk postage.Sila terjah Little Intan untuk banyakkkk lagi barang2 baby yang  best.

Oklah, selamat hari Jumaat semua. Semoga kita mendapat keberkatan di hari yang mulia ini. Bye :)


Tuesday, March 05, 2013

Gyro bowl yang super best!!

Sebab apa gyro bowl ni best?? Sebab makanan2 dalam mangkuk ni takkan tertumpah. Bila ada ada anak yang semakin membesar ni kan..semua kalau boleh nak buat sendiri. Makan sendiri terutama sekali. Pastu, bila dah makan sendiri..konfem2 makanan akan bertaburan keluar dengan riangnya lebih dari masuk mulut anak sendiri kan. Sobs. Sadis. Mak2 yang pening nak membersihkannya. Bila pakai gyro bowl ni, masalah makanan bertaburan dah takde lagi. The food bowl that never spills! Haa..macam iklan smartshop tak?? Hihihi

Ok, meh nak tunjukkan demo.
*Siap ada demo lagiiiii*

Yang diperlukan ialah 1 gyro bowl dan 1 peket choco puff Upin Ipin.
Eh..cereal brand lain pun takpe. 

Bubuh cereal dalam gyro bowl.
Bagusnya gyro bowl ni siap ada penutup sekali, so nak bawak makanan anak ke mana2 senang.


Kita pusingkan gyro bowl 90 darjah.
See..cereal tak jatuh pun.


Even kita terlangkupkan gyro bowl 360 darjah, cereal still tak tumpah!!
Magic kan :)

Moh kita test kat kakak Intan makan pakai gyro bowl ni..

 Disebabkan gyro bowl ni boleh berpusing2, jadi..makan tak tumpah


Tengok kakak Intan pegang gyro bowl, steady je :)
"Kakak, makan apa tu?? Aqil nak sikit boleh??"


"Tak boleh la Aqil, ni kakak punya..Aqil kecik lagi"


"Nah, Aqil amik gyro bowl kosong takpe"


"Sampai hati kakak bagi kita mangkuk kosong je..Aqil majuklah"
*muka sedih*

Hohoho. Siap berdialog pulak 2 budak kecit ni. Memang terbukti gyro bowl ni best. RM18 sahaja termasuk post. Memang berbaloi. Berminat tak? Kalau berminat bolehlah order di Little Intan. Atau boleh wassap2 je dengan Lily (adik ipar) 0192444986. 

Macam2 ada kat Little Intan. Antaranya ni

Carter's romper 5 in 1.

Comey2!!
1 set  RM30
2 set RM55

Baby safety pun ada..bagus menda ni boleh letak dekat bucu2 meja yang tajam tu.
Jadi tak perlu risau kalau anak kita terkena bucu meja lagi

1 set ada 4 = RM10 sahaja

Fisher Price Diaper Caddy
RM37 including postage


BabyGap's pyjama.
Macam2 corak yang menggeramkan!
RM 24

BabyGap 2 set
Comey sangatlah.
RM24 sahaja


Aqil..customer tetap Little Intan.
Bahagia dalam dunia Elmo dia. Hehehe.

Feel free to visit at Little Intan. Ada macam2 lagi produk baby yang comel2.







Monday, February 18, 2013

Little Intan's new stock :)

Haii..Little Intan is back with new super duper cute romper set & crochet booties for baby girls & boys :) Cekidouttt! (Fuhh...tetiba speaking uolls. Hohoho).Pada yang tak tahu, Little Intan ni online shop adik ipar kesayangan, Lily. Kami sekarang sakan berbisnes online. Sorang menjual barang2 baby, sorang lagi jual susu bernutrisi. Surirumah pun membantu menjana ekonomi negara tau :)

Carter's romper set 5 in 1.
Design baru yang sangat comey2.Eeee..geram! 
RM30, 2 set RM55 sahaja!!

For baby boy :) 

For baby girl :)

Ada romper set with socks juga!
Eee..ni serius lagi menggeramkan. Comeyyy sangat! Sesuai dijadikan as a gift juga :)
RM33 sahaja.



Serius berbaloi2. Ada 4 rompers & 6 pair of socks :)


Dan yang super duper cute lagi menggeramkan ialah crochet booties ni. Aaaa..mujurlah takde saiz Aqil, kalau tak kompem ku borong sakan dekat Little Intan nih.Cute booties ni fits size from newborn to 3 months :). Harganya?? RM15 je sepasang. Sangat murah kan. Dah la comeyyyy!




Moo cow pink ni menggeramkan lahhhh!!! Beli pastu simpan untuk next baby boleh?? Hoho

Kalau berminat, sila lah friend dengan Little Intan di facebook dan browse lah semua album new stock nya untuk set romper dan crochet booties yang comel2. Ada banyak lagi design dan saiz. Happy shopping ya :)





Opsssssssssssssssssssssssssssss!!
 Sebelum tu, nak memperkenalkan..our new family member, the real "Little Intan".

Intan Mardhiah Bt Mohd Aidil :)





Comeyyyy!!
Anak kedua adikku. Syukurlah..keluarga kami makin berkembang. Alhamdulillah :)


Friday, March 30, 2012

Introducing.. Little Intan :)


Salam mommies semua..masih tercari2 romper Carter's yang comel2 untuk si kecil tersayang? Mitten & booties Carter's yang kiut miut untuk baby tercinta?  Semuanya ada di Little Intan :)

Romper pelbagai corak yang comel2 dan juga dari pelbagai saiz. Dari newborn, 3months, 6 months, 9 months dan juga 12 months. Material dari kain kapas yang sangat bermutu & tak panas. Memang sesuai untuk kulit baby yang lembut tu :)

Antara corak comel2 untuk baby boy :)


Untuk baby girl, coraknya lagi comel2! Gerammmm!
Harga untuk romper 5 in 1 ni pun sangatlah murah. Seriously! 
RM35 sahaja termasuk pos :) 
Berbaloi2 kan..

Mitten & booties newborn gift set ni pun sangatlah comel. Corak untuk baby boy & baby girl. Materialnya pun dari cotton yg sejuk dan jenis berkualiti tinggi, tak longgar bila dah dibasuh.


Harganya RM15 sahaja, termasuk pos :)
Murah kan? 

Banyak lagi romper comel2, romper angry bird, romper bola, leggings..semua ada di Little Intan. Untuk beli dan tengok banyak lagi produk & baju comel2, boleh lah add Little Intan di facebook.Semua urusan jual beli boleh dibuat di facebook Little Intan je. Simple.Oppss..ni bisnes adik ipar tersayang. Saya tolong promote kan sahaja ;)

Ramai customer sangat berpuas hati dengan produk Little Intan. Bukan je harganya murah, tapi materialnya pun berkualiti tinggi. Dan salah sorang pelanggan tetap Little Intan ialah...

Aqil Hamzah :)
A happy customer. Hehe
Aqil pakai romper size 3 months, newborn dah tak muat.

So, to mommies sekalian, sila terjah Little Intan ok. Dijamin puas hati :)
Facebook Little Intan.












Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015