Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label kucing2an. Show all posts
Showing posts with label kucing2an. Show all posts

Tuesday, September 25, 2012

Si Kuntai :)

Si Kuntai ialah seekor kucing yang pemalu. Kisah si Kuntai ni sangatlah misteri. Si kucing yang sangat sayangkan tuannya. Ni cerita sebenar tau, bukan direka2 mahupun cerita dongeng. Diceritakan sendiri oleh tuannya (pakcik kami,Pakcik Ibrahim).

Alkisahnya, Kuntai dibela oleh Pakcik Ibrahim sekeluarga dari kecit. Lepas 3 tahun, Kuntai tetiba hilang. Hilang tak tahu mana perginya. Dari sehari ke sehari Kuntai tak balik2 rumah. Huhuuhu.Sedih kan kalau kucing hilang. Pecinta kucing yang kucingnya hilang je boleh tau camne perasaan sedih dan rasa  kehilangannya tu. 

Satu hari ni, lepas 3 tahun kehilangan Kuntai ( 3 tahun ok , 3 tahun!), pakcik Ibrahim perasan ada sekor kucing asiklah datang ke rumah dia. Keadaan bulu comot2 sikit dan sedikit kurus. Memula pakcik Ibrahim tak perasan , tapi bila diamati betul2 kucing tu,di belek kakinya,fizikalnya semua. Kesan "tanda" kucing tu dekat kaki memang sama dengan Kuntai dan kucing tu memang Kuntai! Bila pakcik Ibrahim bawak masuk je Kuntai dalam rumah, semua pelosok rumah tu diexplorenya sambil ngiau2. Macam nak cakap kat tuannya "saya pernah duduk rumah ni dulu, ni rumah tuan saya!". Dan sekarang Kuntai kembali menjadi "ahli keluarga" pakcik Ibrahim & live happily ever after. Sekian. Hehehe

Misteri betul kan kucing yang hilang 3 tahun boleh balik semula ke tuannya. Mungkin dia termasuk kat dalam lori pastu lori tu ke tempat jauhhhh. Jadi Kuntai pun mengembara selama 3 tahun tuk kembali ke tuannya. Tak pun dia kena culik.Tak pun dia kena langgar pastu orang yang melanggarnya tu rasa kesian, bawak Kuntai balik untuk ubatkan dia. Eh..macam2 lah andaian. Kalaulah Kuntai boleh bercakap, mesti segala persoalan dalam otak kita terjawap. Dan dapat tengok kat sini betapa seekor kucing sangat sayangkan tuannya. Lepas 3 tahun hilang pun masih mencari2 & balik ke rumah tuannya. Terharuuu :')


Inilah si Kuntai. Kucing yang setia :")

Dan kucing memang antara jenis haiwan yang sayangkan tuannya selain dari anjing. Pernah jugak dulu "buang " kucing dekat 1 gerai makan yang boleh jauhnya lebih kurang 2km dari rumah, 3 hari lepas tu kucing tu balik semula!! Bila kejadian tu berlaku terus tak jadi nak buang dia. Huhuhu. Rasa kesian pulak :( Dan lagi satu, kalau kucing "ntah sapa2" tetiba datang mengiau2 kat rumah kte mintak makan, janganlah kita halau. Sedekahkan lah sikit makanan & minuman dekat kucing tu. Sama2 berkongsi rezeki. Kucing tu pasti akan doakan kebaikan untuk kita. Berbuatlah baik sesama makhluk Allah :)

Friday, February 27, 2009

Kucing Ajaib


Ia pandai menjelirkan lidah secara automatik semasa gambarnya dirakam. Mungkin dalam hati kecilnye berkata "Duuhhh..gambar aku pon ko nak tgkap ke? Aku tau la aku hensem lagi macho". Selain pandai bergambar sambil menjelirkan lidah, ia juga pandai berposing di atas laptop kesayangan aku tanpa arahan. "Like i care.." mungkin dalam hatinya berkata lagi. Oh kucing..ko mmg ajaib~


* Ini adalah entry tuk release kan tension. Sok aku ade test. 2 test lagi pulak tu. Ye..ye..sok ari Sabtu, semua gi keluar jejalan, gi dating tapi aku ade test. Nak wat camne. Uitm kan best. Hakhak. Ok2. Sebelum aku tersasar lebih jauh, kawan2..WISH ME LUCK ;)


Thursday, February 12, 2009

Seekor kucing gigih..

Apabila seekor kucing gigih nak jadikan laci simpan duit di Fradoo sebagai tempat tido nya, inilah gamaknya yang terjadi..



1. Masuk ke dalam laci simpan duit dan buat2 muka tak bersalah




2. Adjust posisi




3. Tido ngan slumbernye.Zzzzz...


Ish..ish..ish..kucen2..nape dalam laci ni jugak yg nak ko jadik kan pot tido?
*naseb ko comel


Wednesday, December 03, 2008

Zaijian Maria dan prektis memancing

Tadi baru balik dari LCCT hantar Maria balik Kuching. Dia dah habis sem. Cintahati pun turut join sama. Dalam kereta, aku ngan Maria borak2, memasing konon tak nak sedih2 sbb lepas ni mesti dapat jumpa lagi. Dalam masa 6 bulan kot sbb InsyaAllah dia datang konvo. Cintahati yang duk seat belakang ada gak sibuk2 nak join kitorang borak walaupun tak berapa nak faham apa yang kitorang borakkan. Haha. Aku ngan Maria haruslah rancak berborak guna bahasa Sarawak.


~Aku, Cintahati & Maria~
*budget comel la org belakang tu? tp mmg comel pun..agaga*

Sampai LCCT, Maria check-in barang2, pastu kami gi mkn kat McD. Pas mkn, Maria nak masuk dah. Kami salam2, peluk cium. Maria dah sedih2 tapi aku ckp tak payah la sedih. Nanti kita jumpa lagi. Konon2 macholah. Tak nak sedih2. Pas Maria dah masuk, aku ngan cintahati pun blah. Dlm kereta mesej2 ngan Maria, tetiba boleh plak aku nye airmata termengalir. Huhu. Tak boleh tahan wo.. Sedih2. (tadi punyalah berlagak macho..haha). Tapi aku nangis kejap jela, sbb sebak. Nanti mstila aku rinduu ngan budak comel ni. Huhu. Tapi aku tau kami akan still contact2 lagi dan still boleh jumpa lagi pasni. Sayangg kitak Maria! Zaijian (Jumpa lagi dalam bahasa mandarin).Hee


~Papai Maria comel~
*pehal muka aku bulat sgt ni? ishh..*

Pastu aku ngan cintahati gi Alamanda jap. On the way gi sana, cintahati drive, dia mengomel2 ckp kereta aku kurang angin. Oh..ye ke? Aku tak tau pun. Aku drive td ok je. Aku mane tau pape pasl kereta. Yang aku tau drive lelaju je ngan langgar segala lubang yg ada. Haha. Bab2 kereta ni aku serahkan kepada cintahati sbb dia seorg expertise. Singgah Petronas jap, isi angin.


~ Isi angin kereta pun aku tak mahir, aku mahir tangkap gambar je~
*Agagaga*

Sampai Alamanda, jejalan jap, pusing2, masuk Esprit outlet, rembat 1 beg, mkn waffle ice creamery, pastu balik. Sampai umah, time aku nak park kereta (aku selalu parking kat tepi padang permainan sebelah umah aku), tetiba aku ternampk 1 kelibat yg sgt aku kenal tengah memancing. Apa kejadahnya memancing dekat padang? Memancing angin kah? Haha. Dgn rod pancingnya, dia baling tali jauh2, pastu tarik. Memang cam tgh memancing la. Oo..rupanya adik aku tgh prektis memancing. Agaga. Sgt strategik tmpt dia prektis skill mancingnya. Susah kalau dah jadik pemancing tegar ni. Mana2 tmpt pun boleh prektis mancing. Orang yang lalu lalang pun mesti ingat budak ni "sakit". Haha.

Tapi paling tak tahan, memancing kat padang pun boleh dapat habuan. Dengan tak pakai mata kail, dengan tak pakai umpan, tetiba ada makhluk berminat gigit tali pancing dia tu. Apakah?


~Ye..seekor kucing telah berjaya "ditangkap"~

Ahaha. Kucing sape ntah ni. Tak tau dtg dari mana. Tapi sgt2 cantik ngan ekor kembang gila cam ekor tupai. Dia berminat ngan tali pancing adik aku tu. Comel gila. Adik aku pun memain la ngan kucing tu. Siap ada org tgk lagi aksi adik aku tu kat tepi pdg. Konon cam adik aku tgh buat 1 pertunjukan "memancing kucing" la. Ahaha. Tak boleh blah.


~Adik aku berposing bangga ngan hasil "tangkapan" nya..ahaha~

Tapi kucing tu serius mmg cantik gila la. Dah la manja. Rasa cam nak culik je. Tapi aku tau kucing tu mesti ada tuannya sbb kucing tu cantik. Ala..kalau aku culik pun bukan dapat bela. Kucing tu kena campak ngan mama aku lagi adala. Mama aku anti kucing. Huu.

Tuesday, November 11, 2008

Kalaulah kucing ni boleh bercakap...

Kasihan kan? Kucing kat atas ni kepunyaan makcik aku. Badannya terkoyak camtu sebab bergaduh ngan kucing lain. Ngeri. Macam gaduh ngan harimau je. Mesti kucing ni menanggung azab yang teramat. Sedangkan aku yang pecinta kucing ni masa mula2 tengok pun terasa macam nak nangis dan terasa sakitnya, apatah lagi si empunya badan. Makcik aku bawa kucing kesayangan dia ni ke vet tuk rawatan. Vet jahit tepi2 kulitnya yang terkoyak tu biar tak merebak lukanya. Yang luka tengah2 tu di bagi ubat sapu supaya tak kerkena infection. Haih. Kucing2..kenapalah kau gaduh hebat sangat. 1st time pulak aku tengok kucing gaduh sampai camni. Tapi kucing ni dapat bertahan lebih kurang 2 bulan je. Lepastu dia mati. Lukanya time tu hampir2 nak sembuh. Kalaulah kucing ni boleh bercakap, mesti mulut dia tak lekang ngan ayat.."Adoi..Adoi..Sakitnya". Kalaulah kucing ni boleh bercakap, mesti dia berterima kasih banyak2 kat makcik aku tu (tuannya) betapa makcik aku tu sanggup jaga dia sampai mati walaupun dia dah cedera parah macam ni. Kalau setengah tuan kucing, tengok kucing dia cam ni, terus g hantar kat gerai2 makan, biarkan je kucing dia hidup melarat kat sana. Terus tak nak jaga dah.

P/s : Sila jangan muntah apabila melihat gamba di atas.










Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015