Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Tuesday, September 25, 2012

Si Kuntai :)

Si Kuntai ialah seekor kucing yang pemalu. Kisah si Kuntai ni sangatlah misteri. Si kucing yang sangat sayangkan tuannya. Ni cerita sebenar tau, bukan direka2 mahupun cerita dongeng. Diceritakan sendiri oleh tuannya (pakcik kami,Pakcik Ibrahim).

Alkisahnya, Kuntai dibela oleh Pakcik Ibrahim sekeluarga dari kecit. Lepas 3 tahun, Kuntai tetiba hilang. Hilang tak tahu mana perginya. Dari sehari ke sehari Kuntai tak balik2 rumah. Huhuuhu.Sedih kan kalau kucing hilang. Pecinta kucing yang kucingnya hilang je boleh tau camne perasaan sedih dan rasa  kehilangannya tu. 

Satu hari ni, lepas 3 tahun kehilangan Kuntai ( 3 tahun ok , 3 tahun!), pakcik Ibrahim perasan ada sekor kucing asiklah datang ke rumah dia. Keadaan bulu comot2 sikit dan sedikit kurus. Memula pakcik Ibrahim tak perasan , tapi bila diamati betul2 kucing tu,di belek kakinya,fizikalnya semua. Kesan "tanda" kucing tu dekat kaki memang sama dengan Kuntai dan kucing tu memang Kuntai! Bila pakcik Ibrahim bawak masuk je Kuntai dalam rumah, semua pelosok rumah tu diexplorenya sambil ngiau2. Macam nak cakap kat tuannya "saya pernah duduk rumah ni dulu, ni rumah tuan saya!". Dan sekarang Kuntai kembali menjadi "ahli keluarga" pakcik Ibrahim & live happily ever after. Sekian. Hehehe

Misteri betul kan kucing yang hilang 3 tahun boleh balik semula ke tuannya. Mungkin dia termasuk kat dalam lori pastu lori tu ke tempat jauhhhh. Jadi Kuntai pun mengembara selama 3 tahun tuk kembali ke tuannya. Tak pun dia kena culik.Tak pun dia kena langgar pastu orang yang melanggarnya tu rasa kesian, bawak Kuntai balik untuk ubatkan dia. Eh..macam2 lah andaian. Kalaulah Kuntai boleh bercakap, mesti segala persoalan dalam otak kita terjawap. Dan dapat tengok kat sini betapa seekor kucing sangat sayangkan tuannya. Lepas 3 tahun hilang pun masih mencari2 & balik ke rumah tuannya. Terharuuu :')


Inilah si Kuntai. Kucing yang setia :")

Dan kucing memang antara jenis haiwan yang sayangkan tuannya selain dari anjing. Pernah jugak dulu "buang " kucing dekat 1 gerai makan yang boleh jauhnya lebih kurang 2km dari rumah, 3 hari lepas tu kucing tu balik semula!! Bila kejadian tu berlaku terus tak jadi nak buang dia. Huhuhu. Rasa kesian pulak :( Dan lagi satu, kalau kucing "ntah sapa2" tetiba datang mengiau2 kat rumah kte mintak makan, janganlah kita halau. Sedekahkan lah sikit makanan & minuman dekat kucing tu. Sama2 berkongsi rezeki. Kucing tu pasti akan doakan kebaikan untuk kita. Berbuatlah baik sesama makhluk Allah :)

6 comments:

Masy said...

sian diaa.. backpack je cari jalan balik ye.. heheheeh

sweethOneY said...

OK terus rasa bersalah dekat Ace sebab dah 2 hari tak layan dia. Izza balik kerja penat dia kan suka bergesel2 kat kaki tu malas sungguh nak layan, tak belai dia pun hahah dah 2 hari dah. Asal dia bergesel je Izza jerit suruh Iim panggil dia :P

Mommy_Cha said...

huh..nama kuntai! macam nak kena gigit jer buh nama kuntai tuh comei sgt okeh...hahahaha.

kat umah MIL ade kucing besar gedabak nama baby (MIL punye). Mikha ni asal nampak baby jer melompat kata ko...lompat macam menang loteri sejuta...ades...ape yg dikenankan dek baby tu pon momy cha taktahu...

tapi sebab dia ada asthma momy cha selalu gak say..NO!no! jangan dekat baby..kang mama babap kan...:)

Drama Queen said...

Kucing memang tahu cari jalan balik. sadis plak bab andaian ko tu... agak2 kalo la kucing2 aku tu carik jalan balik, musti sama jejak kasihan.. wuwuw..

semoga Allah lindungi sme kucing dlm dunia ni. amin.

❀aRaBeLLa❀ said...

speechless!

CaDLyNN said...

adik aku sgt pencinta kucing...adela penah ade 11 ekor kucing kt umah...









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015