Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Wednesday, December 03, 2008

Zaijian Maria dan prektis memancing

Tadi baru balik dari LCCT hantar Maria balik Kuching. Dia dah habis sem. Cintahati pun turut join sama. Dalam kereta, aku ngan Maria borak2, memasing konon tak nak sedih2 sbb lepas ni mesti dapat jumpa lagi. Dalam masa 6 bulan kot sbb InsyaAllah dia datang konvo. Cintahati yang duk seat belakang ada gak sibuk2 nak join kitorang borak walaupun tak berapa nak faham apa yang kitorang borakkan. Haha. Aku ngan Maria haruslah rancak berborak guna bahasa Sarawak.


~Aku, Cintahati & Maria~
*budget comel la org belakang tu? tp mmg comel pun..agaga*

Sampai LCCT, Maria check-in barang2, pastu kami gi mkn kat McD. Pas mkn, Maria nak masuk dah. Kami salam2, peluk cium. Maria dah sedih2 tapi aku ckp tak payah la sedih. Nanti kita jumpa lagi. Konon2 macholah. Tak nak sedih2. Pas Maria dah masuk, aku ngan cintahati pun blah. Dlm kereta mesej2 ngan Maria, tetiba boleh plak aku nye airmata termengalir. Huhu. Tak boleh tahan wo.. Sedih2. (tadi punyalah berlagak macho..haha). Tapi aku nangis kejap jela, sbb sebak. Nanti mstila aku rinduu ngan budak comel ni. Huhu. Tapi aku tau kami akan still contact2 lagi dan still boleh jumpa lagi pasni. Sayangg kitak Maria! Zaijian (Jumpa lagi dalam bahasa mandarin).Hee


~Papai Maria comel~
*pehal muka aku bulat sgt ni? ishh..*

Pastu aku ngan cintahati gi Alamanda jap. On the way gi sana, cintahati drive, dia mengomel2 ckp kereta aku kurang angin. Oh..ye ke? Aku tak tau pun. Aku drive td ok je. Aku mane tau pape pasl kereta. Yang aku tau drive lelaju je ngan langgar segala lubang yg ada. Haha. Bab2 kereta ni aku serahkan kepada cintahati sbb dia seorg expertise. Singgah Petronas jap, isi angin.


~ Isi angin kereta pun aku tak mahir, aku mahir tangkap gambar je~
*Agagaga*

Sampai Alamanda, jejalan jap, pusing2, masuk Esprit outlet, rembat 1 beg, mkn waffle ice creamery, pastu balik. Sampai umah, time aku nak park kereta (aku selalu parking kat tepi padang permainan sebelah umah aku), tetiba aku ternampk 1 kelibat yg sgt aku kenal tengah memancing. Apa kejadahnya memancing dekat padang? Memancing angin kah? Haha. Dgn rod pancingnya, dia baling tali jauh2, pastu tarik. Memang cam tgh memancing la. Oo..rupanya adik aku tgh prektis memancing. Agaga. Sgt strategik tmpt dia prektis skill mancingnya. Susah kalau dah jadik pemancing tegar ni. Mana2 tmpt pun boleh prektis mancing. Orang yang lalu lalang pun mesti ingat budak ni "sakit". Haha.

Tapi paling tak tahan, memancing kat padang pun boleh dapat habuan. Dengan tak pakai mata kail, dengan tak pakai umpan, tetiba ada makhluk berminat gigit tali pancing dia tu. Apakah?


~Ye..seekor kucing telah berjaya "ditangkap"~

Ahaha. Kucing sape ntah ni. Tak tau dtg dari mana. Tapi sgt2 cantik ngan ekor kembang gila cam ekor tupai. Dia berminat ngan tali pancing adik aku tu. Comel gila. Adik aku pun memain la ngan kucing tu. Siap ada org tgk lagi aksi adik aku tu kat tepi pdg. Konon cam adik aku tgh buat 1 pertunjukan "memancing kucing" la. Ahaha. Tak boleh blah.


~Adik aku berposing bangga ngan hasil "tangkapan" nya..ahaha~

Tapi kucing tu serius mmg cantik gila la. Dah la manja. Rasa cam nak culik je. Tapi aku tau kucing tu mesti ada tuannya sbb kucing tu cantik. Ala..kalau aku culik pun bukan dapat bela. Kucing tu kena campak ngan mama aku lagi adala. Mama aku anti kucing. Huu.

4 comments:

paiseh said...

suh laa adik tu taruk mata kail seraut dua.. umpan cheese.. pergh.. kan horror kalu mulut kucen tu koyak rabak.. hakhakhakhakhak..!!!

*saya agak kejam hari ni.. ngee.!!

Erina Asmawani said...

kenape umpan cheese? nnti tikus yg gigit..wuwu..ish kejamnye..tak sanggop

Anonymous said...

perghhhh...
buley plak ckp cinta ati mengomel ehh.
huhu
sedey...

yg benar..
cintahati terluka.

Erina Asmawani said...

Aloh..aloh..terlukanya cintahatiku ini..
tol la kan cintahati mengomel time tu?
tak ngaku eh..









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015