Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label my wedding. Show all posts
Showing posts with label my wedding. Show all posts

Friday, September 23, 2011

Video majlis nikah, bersanding & bertandang kami ;)


Salam semua. Fuhhh! Bercinta rasanya nak update entry baru ni setelah bercuti yg amaaaat panjang dari berblogging. Ni pun nak menaip tangan ade gigil2. Gigil eksaited agaknya. Hehe.Niat di hati nak update cerita pasal raya yang dah lama terperap tapi kita skip cerita pasal raya kejap, update pasal video2 wedding dulu lah ye. ;)

Sebenarnya dah dapat video2 ni lama dah, cumanya tak reti dah upload dari dvd yg videographer kami bagi. Lepas mintak jasa baik diorang ( videogrpher) tuk uplodkan video2 kami ni kat youtube, barulah boleh disharekan dekat sini. Sangat kelaka ok video2 ni. Tiap kali kami tengok balik video ni mesti ketawa2 je. Adoiyaii..tak sangka ada bakat masing2 jadik pelakon.Haha. Kami tengok balik banyak kali pun asek tersenyum je sebab baru nampak macam mana majlis kebesaran kami tu dijalankan. Yelah, masa tu kami superbusy kan, jadinya tak dapat nak menikmati sangat suasana nya masa tu (menikmati katanya) ;).Mekaseh tidak terhingga kepada family & kekawan yang bagi ucapan2 kat dalam video tu. Korang memang best & sporting bangat! :D 

Nah, enjoy the video *sambil tekup muka pakai bantal..malllllluuuuu* ;p




~Majlis Pernikahan Erina & Amir 2 April 2011~




~Majlis Persandingan Erina & Amir 2 April 2011~
Cantiknyaaaa baju ni kan!! * menari-nari* Haha. Tak boleh tahan tengok saya berlakon macam tu.


~Majlis Persandingan Amir & Erina 9 April 2011~

Hehe. Dah tengok jangan gelak ok, yang berlakon2 tu semua videographer yang suruh buat, saya menurut arahan je.Ye, saya tau..suara saya dalam ni pun comel, tak macam suara kat luar. Hehe *maluuuu*. Details pasal videographer saya & pekej yg saya amik, saya akan ceritakan dalam next entry ok. Salam Jumaat semua :)


Saturday, May 14, 2011

Yay! Blogger dah ok! Tapinyaa....

Komen2 latest semua hilang. Entry latest ada.Takpela,asalkan blogger dah ok tu baguslah. Kalau tak semalam sakithati je asal sign in je,under maintanence. Apa yang nak distorykan semalam pun dah terbantut dah. Sigh~

Oleh itu, nah..dipersembahkan gambar2 sepanjang majlis belah encik suami haritu. Btw, gambar2 ni belum di edit tau, ni raw pictures dari encik OP yang baik hati burn semua gambar2nya dulu. Ikutkan dia akan bagi sekali dengan album, tapi memandangkan albumnya amik masa 2-3 bulan jugak nak siap, saya rekues nak gambar2 nya dulu. Hehe. Kesian mama & mak asik tanya mana gambar2 nya. So here we go..enjoy the pictures ok ;)



Ada yang tanya tudung yang saya pakai masa nikah & sanding untuk kedua2 majlis haritu tudung apa.Chiffon ke? Tempah kat mana?Hehe..actually tudung2 yang saya pakai ialah tudung bawal biasa je. Tudung yang dah lama saya tak gunakan.Saya potong 10 inci kiri kanan kecilkan sikit tudung tu supaya senang nak masukkan dalam baju. Tak la kembung sangat nanti. Saya pilih pakai tudung bawal sebabnya muka bulat saya ni sesuai bila pakai tudung bawal, kalau pakai tudung awning tu nampak lain. Tak suka. Jadinya saya pakai apa yang sesuai & kena dengan muka saya.Yang penting selesa ;)


I really love the make up ;)


Permaisuri sehari ;)


Bersama raja hatiku ;) 
Mak andam letak bedak jugak kat encek suami, tu yang putih tu.Hehe


Ngee..


Berarak masuk dewan ;)


(^_^)


Semoga jodoh kami berkekalan ke akhir hayat. Aminn..


Aummm! 
Suap menyuap ini wajib ;p


Suasana di Dewan Keramat AU2.
Cantikk ;)


My beloved family.
Semua sporting bila OP suruh angkat tangan :D


Tunjuk kamera semuaaa!!!! :)


Terima kasih semua.Mama, ayah,adik beradik, saudara2 mara, kawan2 semua. 
Terima kasih banyak2.

Alhamdullilah ;) Sekarang ni setiap masa duk belek2 gambar kawen.Best sangat!


Thursday, May 12, 2011

Review: Door gifts

Salam. Harini nak review pasal door gifts pula :) Masa majlis saya haritu ada beberapa jenis door gifts. Antaranya ini..



Cute vintage tumbler. Siap ada straw lagi. Ni untuk kanak2 ;)
Buh gegula dalam tu.
Bekas ni beli dekat Romantika dengan harga RM1.20 satu

Handmade Chocolate ;)
Haaa..yang ni memang special made by my beloved sis. Dia memang expert bab2 buat choc ni.Dan dijamin sedap sebab dia gunakan choc yang bermutu tinggi. Untuk choc macam ni harganya RM2.50 sahaja.Berminat? Boleh lah tempah dengan dia. Bukan choc macam ni je, macam2 jenis choc dia buat.Oreo, choc with edible sticker.Macam2.Dia pun ada buat kelas untik buat coklat nih. Untuk maklumat lanjut sila ke website dia. Lynn Chocs. Sekarang ada promosi sempena hari guru. Berbaloi2 ;) Thank u so much sis for those lovely chocs.Semoga anda dimurahkan rezeki ;)


Lovely Cookies ;)
Sponsored by Kolej Komuniti Bayan Lepas.
Thank u sooo much ;) Alhamdullilah, rezeki.


Ada lagi satu. Vintage love box. Dalam tu ada cookies made by myself ;). Yang di buat dengan penuh kasih sayang . Tapi sayangnya tak sempat nak snap pic love box tu. Huhu.Apa2 pun saya bersyukur sebab door gifts nya cukup. Harap tetamu semua happy dengan door giftnya. Thank u so much ;)

Friday, May 06, 2011

Review: Dewan + Pelamin + Wedding cake

Dengan ini, saya men "declare" kan hari ini sebagai hari mengreview-review. Banyak yang nak diriview hari ini.Cop..cop.Apa motip review ni ye? Nak berlagak? choii..bukan ye adik2,takde niat sekelumit pun dalam hati ini nak berlagak mahupun bermegah2. Tujuan review ni ialah untuk memudahkan lagi kerja B2B yang tengah search apa yang terbaik untuk majlis diorang nanti. Saya share apa yang patut. Membantu memudahkan kerja mereka. Lagi satu sebagai kenangan..kawen bukan hari2.Sekali seumur hidup.Hari kebesaran kita yang indah, mestilah kita nak simpan menjadi kenangan terindah juga ;) Nanti anak2 nak kawen,senang..diorang refer je blog mama dia ni. Ecewahh..jauh planning nye tu. Hee. Ok first, saya nak review pasal dewan majlis saya haritu.

Psss..gambar telah ditukar, since OP dah bagi gambar, kita pakai gambar yang OP bagilah ye .Heehe

Inilah dewannya ;)
Dewan Warisan Kompleks Warga Emas, Seksyen 24, Shah Alam


Dewan yang cantik & selesa sangat.Cantik disini membawa maksud bersih dan kemas. Walaupun takdelah sebesar dewan2 gah, tapi cukup selesa untuk tetamu yang hadir.Supposely masa majlis saya tu dah ada aircond, tapi diorang tak sempat pasang lagi. Jadinya pakai kipas yang ada air yang besar lagi nyaman tu.Yang bestnye pasal dewan ni ialah diorang provide sekali kerusi & meja & sarung kerusi meja. Semua kerusi beriben ye. Skirting meja buffet & meja makan beradap pun pihak dewan provide sekali.  Sesiapa yang berminat boleh ke website ini.Oh..jap, harga sewa yang tertera kat website tu harga untuk last year, harga sewa tahun ni dah dinaikkan. Apa2 boleh contact je nombor telefon kat situ ok ;)

Ok, review pelamin pulak. Saya sangat sangat sangat sangat sukakan pelamin ini.Sebabnya, first ianya sangat cantik. Memang memenuhi kriteria yang saya nak.Kedua,pelamin impian saya which is one of my dreams came true lah ni. Hehe. Ketiga, sebab mama saya pun suka pelamin ni. Keempat sebab under my budget. Yess! Everything perfecto! :)

Pelamin tiang roman dan high back chair ;)


Saya rekues dekat Abg Man (owner butik pengantin untuk pelamin ni) untuk gunakan sepenuhnya stage tu, maksudnya saya nak pelamin tu nampak besar. Dan ye, ini lah hasilnya. Memang besar. Suka! :)




Untuk flower stand pulak, saya nak kan yang simple je. Saya gunakan fresh flower sebab nak dewan tu rasa segar (as requested by my mom also), jadinya saya tunaikan lah permintaan mama. Saya rekues kat Abg Man untuk buatkan simple fresh flower bouquet.



As simple as it can be ;)
Combination of red roses & red kekwa rasanya.

Untuk pekej pelamin saya ni, Abg Man provide 8 flower stands. Untuk buat kelainan sikit, saya rekues 4 fresh flower bouquet, 4 lagi sangkar kaca yang ada lilin wangi dalam nya. Hmmm..tak reti nak explain. Macam yang dalam gambar ni..


Sangkar kaca berlilin wangi.Niceeee..i love it! :)
Is it sangkar? Belasah jelah panggil sangkar..hehe



Pelamin tiang roman+ kerusi highback+ 8 flower stands( 4 fresh flower bouquet+ 4 sangkar kaca berlilin) dengan harga bawah 2k. Diulangi bawah 2k. Memang harga yang sangat berbaloi bagi saya.Puas hati sangat dengan hasil kerja Abg Man ni & servicenya pun tip top! Sesiapa berminat, boleh hubungi Abg Man (nak no phone pm saya ok). Butiknya dekat Keramat. Takde website pulak Abg Man nih. 

Ok, sekarang review pasal weding cake pula. Weee.
Wedding cake 3 tiers yang cantik 

Nampak tak cake tu?Actually wedding cake ni disediakan oleh pihak catering. Included dalam pakej sekali. Jadinya ianya FREE! Hehe. Butter cake yang enak. Nyam nyam. Dapat makan sikit je pun sebab waktu potong cake tu amatlah busy. Dan sebenarnya kan, cake tu, tingkat atas sekali dan bawah sekali tu just dummies je, cake betul2 yang center tu je. Hee..ate..cake free kan, jangan nak banyak komplen. Saya tak komplen pun, saya puas hati sangat2 ;).

Disebabkan wedding cake impian saya nak macam ni, yang jenis ada kapkek2 comel tu kan, jadinya saya saya tempah kapkek red velvet comel love2 untuk letak dekat bawah wedding cake tu. Heee :)



Inilah red velvet kapkeknya. Comel kan. Dah la comel, sedap lagi enak pulak tu. Wuuu..teringat2 lagi cream cheese dia atas tu. Nyammmm!! Untuk hiasan simple macam ni, 25 pcs = RM55. Berbaloi kan? ;) Cuba kalau beli red velvet kat restoran luar tu, satu slice kompem2 RM10 ke atas kan. Berminat nak order? Sila tempah ngan Kak Mar di sini, Jasmeen Home Delight.Cake yang dia buat semua comel2 & sedap!! 


Dan hasil wedding cake saya....


 Tadaaaaa!!
My dream wedding cake came true.Hehe
(^_^)




Cake cutting time :)
Bestnyaaa time kawen, rasa nak ulang balik je.Hehe

Alhamdullilah,everything went well. Oklah, itu saja review kali ni. Kalau ada masa petang kang nak review pasal doorgift pulak. Selamat hari Jumaat semuaaaaa :)

Thursday, April 28, 2011

Review: Bunga telur

Harini nak review pasal bunga telur atau bunga pahar pulak.Tapi ada juga yang panggil bunga renjis.Tak kira bunga apa pun ia dipanggil, yang penting bunga ni wajib ada dalam setiap majlis kahwin untuk dijadikan cenderahati ;)

Ini ialah bunga telur masa majlis saya haritu.
Bunga tisu jenis gantung ;)



Comel kan? Suka sangat! Serius ia diperbuat daripada tisu. Orang penyabar & tangan berseni je boleh buat ni. Yela, tisu tu dah tentu2 halus kan. Kena tangan kasar macam saya ni kompem koyak je. Haha



Masa ni baru amik. Kak Sue letakkan dalam kotak supaya tak rosak. Good service ;)


Bila siap digantung. Sukaaa ;)
Tapi masa ni belum bubuh telur lagi. Oh ye, saya pakai telur masin sebabnya telur tu putih. Kena dengan tema wedding. Merah putih ;)


Dan ini pulak bunga telur untuk pihak lelaki. Masa datang bertandang. Tema purple putih

Kemas sangat2 hasil tangan Kak Sue ni. Memang berseni!



Bebola2 gebu :)


Bila dah diletakkan atas pahar. Cantiknyaaaa!!


Berminat nak tahu pasal harga & nak tempah bunga tisu comel sangat ni? Boleh ke website Kak Sue. Seni Qanasuri. Di jamin anda akan puas hatiiiii sangat2 dan terseyum je bila tengok hasil yang Kak Sue buat nanti. Macam saya yang sangat2 puas hati & happy dengan bunga telur ni. Oh ye, bukan bunga telur je, Kak Sue pun ada buat bunga tisu untuk hiasan hantaran, pom-pom untuk baby shower dan banyak lagi lah. Semuanya comel2. Lawat lah website Kak Sue tu ok ;)


P/s : Terima kasih abang sekeluarga & adik sekeluarga sebab sponsor bunga telur ni. Moga kalian dimurahkan rezeki ;)









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015