Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Monday, July 02, 2012

Aktiviti Jumaat Sabtu Ahad


Malam Jumaat lepas ada gathering mini Memuah dekat Fradoo. Memula rancangnya nak ke SolGarden,tapi cancel..ke SolFradoo pun bolehlah.Memasing dok ngidam Fradoo. 

Wafa & Iyan pun ada sekali, datang dari Bahau. Tak sempat nak snap pic dengan dia. Wuwuwu


Ni redvelvet buatan Wafa. Serius sedappppp sangat!!!!!Metacey Wafa :)


Aqil yang baik budi. Tido je sesampai kat Fradoo.Pakcik Keri dia gelak kuat macam kuda laut sebelah dia pun dia nyenyak je tido. Ada aku kisah? Hahahaha

Masa ni dia baru bangun. Pakcik Keri buat muka skeri hantu gigi emas.Aqil "Padddiaaa nih..paddiaa kat belakang aku nih?" .

Thanks to Memuah sebab sudi datang menggegarkan Fradoo. Tapi kalo Jard, Hemy & Kak Aima ada kompem lagi bergegar :D Oh, jangan lupa, bulan puasa kita kasi gegar Nando's ok.


Hari Sabtu pulak kami ke GM yo. Akhernyaaaa..ku jejakkan kaki juga ke GM Klang nun. Dari mengandung lagi duk ngidam nak pergi GM,sampai Aqil dah 4 bulan baru tercapai hasrat.Wehooo! Baca dari blog2 lain katanya GM ni best, banyak benda murah2. Mari kita selidik..

Bangunan GM ni setingkat je,tapi ada banyak blok,tak silap 4 blok kot.Lepastu dalam blok2 ni banyak kedai2 kecik.Ada aircond..dun worry,baby takkan kepanasan.Masa kami pergi ni takdelah ramai sangat orang,tapi kalau ramai orang kompem sesak serabut sebab lorong jalan dalam tu agak sempit.Banyak kedai jual barang2 baby. Serius! Segala baju baby yang branded2, rompers,busha, baby leggings,kasut comey2 memang banyak.Mainan2 baby pun banyak. Kedai jual tudung & brooch pun melambak. Tapiiii..harganya takdelah murah, biasa2 je macam harga kat tempat lain,cumanya kalau kita beli banyak2 barulah dapat murah. Kiranya konsep harga borong la ni.Hmmm..setelah meronda2 dalam GM tu lebih kurang sejam, apa yang dibeli hanyalah brooch comey yang felt bunga2 tu, 8=RM10,baju Aqil 3 helai. Itu sajokk!  Hohoho. Oklah,nak lepaskan hajat kan.


Oh, masa nak balik tu sempat belikan Aqil menan caterpillar nih. Geram je tengok bergantung2. Bagi kat dia suka je dia pegang,jadi teruslah beli. RM20, kira murah la tu kan banding harga kat luar & kat internet.




Nak bergambar kat dalam,segan. Bergambar kat luar pun bulehhh.Pada yang nak tahu, GM ni terletak dekat Bukit Tinggi, Klang. Betul2 sebelah Aeon Bukit Tinggi.Parking luas, jadi memang takde masalah nak carik parking, cumanya masalah bila nak ingat balik parking kat mana. Hahaaha.Sebab agak konfius sikit. Lepastu dalam ni takde kedai makan, takde foodcourt, yang ada hanyalah gerai2 kecik tepi blok tu jual air & makanan2 simple.Takde nursing room juga.Tapi agak2 dah boring pusing dalam ni, terus lah pergi Aeonn sebelah tu. Konfem tak boring. Hehehe. Tapi satu perkara yang kami perasan ialah GM ni memang ramai ibu2 mengandung. "Agaknya semua ibu mengandung memang mengidam nak pergi GM la sayang", kata encek hubby. Hahaha. Mungkinlah.


Hari Ahad pulak kami ke One Baby World, Shah Alam. Nak belikan si Aqil playgym :D


Kami try duduk kan dia kat Anbebe baby seat ni, suka dia. Teruja! Sekarang OBW ada sale, baby seat ni RM149.Tapi kami tak beli pun, ayahlong & maklong dia dah belikan dah baby seat untuk dia :) 

Lepastu ke Giant Seksyen 13..lama gila tak pergi Giant sana. Selalu kalau beli barang2 dapur pun dekat Giant seksyen 18 yang comel tu je.Masuk je sana ramainya la hai umat manusia, sesak! Panas pulak tu. Huhuhu. Encek hubby terus banned Giant 13 tu, dia kata lepas ni pergi Giant kecik je senang.Hahaha. Baiklah..baiklah.

Aqil pun dah busan pusing dalam tu. Panas.Boring.
*Duduk macam bos *

Ini lah playgym Aqil. Simple Dimple. Harga RM79.90. Dah ada playgym ni rajin2 lah exercise ye nak, biar makin taf. Eh.


Oklah, sekian aktiviti hari minggu kami.

13 comments:

Masy said...

paddiaaa paddiaaa hahahahhaaha

mekasih ayah ena blanje fradoo.. saye baru nak belanje, pakcik dah belanjekan pulak.. awuuuuuu malunyeeeee *blushing semerah red velvet*

❀aRaBeLLa❀ said...

ko x amik ke pic kak baby menari rentak cosmopoint KK? epic tu..hahahha

Izzatul Azma said...

Syioknyaaaa Aqil merata dia jalan weekend ni yee.. Tengok mcm tak kuat meragam pun Aqil ni ye, good boy ;)

mommychaa said...

sioknye aqil nih...berjln jer eh? mikha blk kampong opah dia jer wiken ritu :)

izla said...

salam kenal :)

alahai, bambamnya aqil.
behave boy pulak tuh..
sib baik takde anak perempuan, kalau tak dah leh wat menantu

Aty Fared said...

baby gym sama ar..!! heheheh..nak gak ek..;p semalam aty pon pergi giant 13 nak borong pampers..:)

HEMY said...

oo tu org pggl playgym..aku tak belikan pn kat Xiyad..hahahahaha

zonaku said...

aku jeles sbb rindukan korang..........

Erina Asmawani said...

Kak Masy:
Ena dah tau dah sebenarnya ayah mesti nak melanja..saje suh akak pergi bayau jugak.Hehehe.beliau amat pemurah :)

Semuanya ada di KK..hahah

Bella:
mana sempat..kagum sekejap aku tgk kak masy nyanyi lagi tu siap meliuk lentok.hahaha

Erina Asmawani said...

Izza:
dah 5 hari duk dalam umah je, weekend haruslah keluar berjalan,bagi dia expose ngan dunia luar :) Alhamdullilah..memang tak banyak kerenah Aqil..hehe

MommyCha:
Syiokkla mommy cha dapat jalan..mama dia pun seronok gak :D

Erina Asmawani said...

Izla:
Alhamdulillah.Dia kalau bawak jalan seronok je :)

Aty:
sama ke aty? hahaha..serius x pasan..mestilah nak gak. Ooo..pergi jugak sana eh, ena pon borong pampers :D

Erina Asmawani said...
This comment has been removed by the author.
Erina Asmawani said...

Hemy:
xpe..Xiyad dah pandai meniarap menjalar..ada menda ni pun dia x heran.hehehe

Kak Zona:
We miss u too kak :(









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015