Minggu ni takde wordless wordnesday pulak. Ada longest entry je, ye..entry kali ni sangat panjang ye. Harap bersiap sedia.Hee.Ni sambungan dari entry lepas. Lebih kurang pukul 5.30 petang kami bertolak ke tempat mencandat yang amik masa 1 jam jugak.Jadinya, sepanjang perjalanan, kami menikmati keindahan alam.Alhamdullilah, cuaca petang & malam tu sangat baik ;)
Cantik kan matahari & awan ni.
Budak eksaited. Ngee ;)
Lebih kurang pukul 6.30 petang,sampailah kami kat tempat mencandat. Banyakkk rupanya bot2 lain kat situ yang datang mencandat. Kiranya memang lubuk sotong lah.
Nampak tak bot2 lain tu?
Sesampai je kat sana, kami masing2 diberi ini. Tak perlu pakai rod, tali tangsi ni je.Dengan 3 biji rapala (umpan palsu). Inilah yang digunakan untuk mencandat sotong.
Sebelum tu abang bot tu explain la cara2 nak mencandat.
Memula lepaskan tali tu sampai ke dasar laut.
Lepastu, tarik tali tu.
(Ayu lah pulak aku duduk mencandat macam tu.Haha)
Then, lepas.
Tarik lepas, tarik lepas.Kena buat macam ni untuk tarik perhatian si sotong. Kalau statik je memang sotong tak berminat nak makan umpan kita.Kalau terasa macam berat 2 kali ganda tu maksudnya sotong dah sangkut lah tu.
Lenguh jugak lah tangan nak menunggu sotong ni makan. 10 minit lepas tu tetiba encik hubby dah eksaited tarik tali ke atas bot. Beliau berjaya mendapat sotong! Woahh! Semua kagum. Haha
Double pulak tu.
Good start sayang! :)
Tak lama lepastu, kakak sebelah pulak dapat sotong.
Dan mereka2 pun dapat juga!
Semua happy2 dapat sotong. Mana sotong aku nih?? Masa tengok ramai dah dapat sotong, encik hubby pun dah 5 ekor sotong dah dapat, terus beruasaha gigih. Buat aksi tarik lepas tali dengan bersungguh2. Geram kan, kita sorang je belum dapat lagi. Hehe. Sekali tetiba rasa berat..haaa..mesti ada sotong nih!!
Gigih menarik tali ke atas!
Weheeee!!
Akhirnya berjaya mendapat sotong pertama!! Walaupun kecit je.
Alhamdullilah.Happy gila masa dapat sotong nih :D
Perasan tak atas tudung aku tu macam kena percikan air? Actually, masa kita angkat je sotong naik atas udara, sotong2 ni akan memancut2 kan air @ dakwat untuk melindungi diri dia. Banyak pulak tu air dia.Siap berbunyi lagi..Pstttt!! Psttt!!
30 minit lepas tu dapat sotong kedua. Weee :)
Nah!! Amik ni..sotong ketiga yang berjaya ditumpaskan.
Masa mencandat, tetiba terasa beratttt sangat, ingatkan dapat 3 sotong sekaligus . Sekali tarik naik atas. Woahhhh!!!Besarrrr gila kot. Macam sotong gergasi!! Habis baju, tudung semua kena dakwatnya
Masing2 pun happy2 je mencandat. Tangan memasing gigih tarik lepas, tarik lepas tali. Pukul 10 malam macam tu abang bot tu tanya nak makan ke tak. Soklan bonus tu. Haruslah kami nak makan. Lapar tau. Abang bot tu masak nasi ( pakai rice cooker) dan goreng sotong2 yang fresh dari laut tu.Adalah 20 ekor digorengnya.Goreng macam tu je, no garam, no bawang, no serbuk kunyit. Rasanya?? Sedappp! Manis2 kenyal gitu.
Nyummmaayyy!! Amik 2 ekor sotong sebab share dengan encik hubby.
Tapinya encik hubby makan sikit jela pulak, dia dah start rasa pening2 lalat dah masa ni. Terpaksalah isterinya ni menghabiskan semua.
Telur sotong!! Shedapp! :D
Mana la tak montel, atas bot yang bergoyang ni pun dia boleh lalu makan.Haha.Nak buat camne, lapar kot.
Lebih kurang pukul 1130 malam macam tu, air dah mula surut. Abang bot tu cakap, kalau time surut tak banyak sotong, better tido dulu, kumpul tenaga balik, lepastu dalam pukul 230 pagi macam tu air pasang, start mencandat balik. Badan pun dah letih jugak la time tu. Kami pun carik port untuk landing, terus tido. Leganya rasa dapat regangkan badan. Aahh..
Zzzzz...nyenyak. Bergoyang2.
Terasa macam tido atas tilam air :D
Pukul 230 pagi macam tu tetiba terdengar sorang brother ni (dia tak tido) menjerit eksaited dia dapat sotong 3 sekaligus. Kami yang tersedar ni terus macam..Wuiyoo..powerr!! Semua pun, terpisat2 bangun, capai tali masing2 & terus campak ke laut. Hahaha. Kelakar sangat masa ni. Even memasing ngantuk gila lagi tapi sangat gigih. Ada kakak ni sambil2 mencandat..tertido tapi tangan still bergerak.Tarik lepas tali. Gigih je :D
Hasil candatan lepas pukul 230 pagi. Menjadikan total semua yang berjaya dicandat, 13 ekor. Banyak la tu kan for newbie macam aku ni.Hehe. Encik hubby dapat 21 ekor.
Beliau siap dapat ikan lagi. Ikan mayong.Tercapai gak hasrat beliau nak bawak balik ikan :)
Inilah hasil candatan kami semua ;)
Banyak!! Hampir penuh bekas putih tu!!
Syukur Alhamdullilah.
Lebih kurang pukul 6 pagi macam tu kami pun bertolak balik.
Nampak cahaya matahari baru nak terbit.
Subhanallah.Cantik kan ;)
Hasil candatan bot lain dan hasil candatan bot kami ;)
Sesampai je kat jeti, bot lain semua tengok hasil tangkapan kami, semua terkagum sebab hasil candatan kami sangat banyak.Hoho. Jangan pandang rendah bot ramai wanita hokey ;) Ni semua rezeki kan. Pukul 730 pagi kami sampai resort lepastu terus pengsan! Tapi bukan pengsan lama, kejap je, rehatkan badan, rugilah pulak dah drive jauh2 tapi tido je kan. Hee. Next aktiviti kami bersambung ke next entry ok :)
Selesai sudah aktiviti mencandat kami. Pengalaman yang sangat2 seronok! Terasa macam nak repeat lagi pergi sini tahun depanJom pergi candat jom! :D