Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Tuesday, March 30, 2010

Kakiku kuku kakiku


Mengapakah Celcom broadband adalah teruk kebelakangan ni? Buat aku tension je, dah la aktiviti pada weekend lepas amat menarik tuk di share bersama. Terpaksa share lambat sikit. Huhu. Ye..aktiviti menarik itu ialah meluangkan masa bersama2 mama tercenta di Kakiku Reflexology (menarik bukan?). Hehe. Biasalah, bila penat bekerja, badan2 pun mulalah sakit2 mintak dimanja2 . So, kat sinilah tempat yg paling best sekali tuk memanjakan badan ;)



Kakiku reflexology ;)

Terletak dekat SACC Mall Shah Alam. Tingkat 3, sebelah KK deco home.Tempat ni mmg besttt. Banyak keistimewaannya. First time pergi, aku jamin korang akan nak pergi berkali2.


(Blackberry mmg canggih tapi maaf kualiti gambarnya tidak canggih langsung. Huu)


Environment yg mmg tenang and nyaman. Fuhhh..langkah je kaki kat sini dah rasa tenang je. Dalam ni ada beberapa bilik khas, tmpat basuh kaki (sebelum urut, kena lah basuh dulu kan) and tmpat urutan luar ( seperti gambar di atas). Kalau pergi time tak ramai org (weekdays), mmg akan dapat bilik khas, which is more private. Kalau pergi weekend (sah2 ramai org), dapat kat luar ni je.Aku & mama lagi suka bilik khas ;) Oh..jgn risau, kalau customer perempuan, tukang urutnya juga perempuan.Same goes to customer lelaki, tukang urutnya pun lelaki, jadi takde apa2 masalah disitu.



Kaki yg siap sedia tuk diurut. Yeahh!

Price kat sini pun amatlah berpatutan. Dari RM18 ke RM99. Dan ada beberapa pakej jugak. Pakej paling mahal pun RM99 (60 minit foot reflexology+ 60 minit body massage= 2 jam). Sgt berbaloi2 bukan? Ye..kat sini juga ada macam2 jenis reflexology & massage juga. Foot, hand reflexology ada, head & shoulder, body massage pun ada. Aku suka buat foot reflexology tuk 40 minit, hanya RM36 je. Mama pulak suka pakej 40 minit foot reflexology + 20 minit body massage = RM51. Affordable :) Dan sememangya, korang akan rasa perbezaan lepas diurut, rasa ringan2 je badan.


Syokk2!

Paling istimewanya Kakiku ni ialah, semua tukang urutnya ialah orang2 istimewa. Maksudnya mereka ialah orang OKU yg cacat penglihatan. Tapi mereka mmg pandai mngurut, they have the magic of touch. Setiap inci kaki, masa dia urut, kalo kita terasa sakit2 kat bahagian tu, mereka tahu kita sakit apa. Contohnya kalau dia tgh urut ibu jari kaki, kalau sakit, dia tau kita tgh pening. Sama jugak kalau dia urut belakang tumit kita, kalau sakit, maksudnya kita tgh period or ada masalah dengan ovari ( bagi perempuan). Masa aku first time urut kat sini, masa si tukang urut tgh mengurut2 blakang tumit aku, dia tekan kuat sangat, sakitt gila smpai aku termenjerit. Dia tanya, adik ni tgh period eh? Hoh..magic2..camne dia tau ni. Pastu dia pun explain la.Hee..kantoi disitu.Hebat kan, inilah keistimewaan mereka ;) Apalagi, silalah terjah kesini. Dijamin puas hati.



Dan sekarang, tamatlah riwayat ku sebagai babysitter. Huhuk. Baru 3 hari mereka balik, aku dah rasa rindu. Sunyi pun ada jugak, yela..lama kot aku jaga cinonet2 ni, hari2 dengar dorang nangis ketawa bagai. Huu..memula mmglah rasa penat jaga budak kecik ni, lelama hilang dah rasa penat tu, terus tukar enjoy. Suka jaga diorg, bila tgk diorg ketawa especially baby Iman, alahaiii..comey sungguh. Masa awal2, time basuh beraklah paling mencabar, tapi dah lama2..ianya bukan masalah lagi. Hee. Dah expert dah ni, tinggal nak praktikan kat anak sendiri je nanti. Awwww~ ;p



Huu..rindu :(

Masuk semalam, dah dua malam aku terjaga pukul 3 pagi secara automatiknya, sbb time ni baby Iman meraung mintak susu. Huu..magic betul. Tapi yg lagi magic, aku jaga diorg bukan susut berat badan, naik 1 kg lagi ada. Haha. Mmglah tak cukup tido, tapi mana tak naik, 1 sudu bubur suap kat baby Iman, 2 sudu suap kat mulut aku. 1 sudu nasi suap kat Ammar, 3 sudu nasi suap kat mulut aku. Wihihihihihi..sedap tau ;p



Comey2! Alahai..baby iman cenyum2 ;)
(Opss baru perasan tangan baby Iman kat mane. Wahaha)

Oklah, moral of the story sayangilah kanak2 dan bayi sepenuh hati. Jgn disepak, diterajang, di buang sesuka hati. Lagi, kalau badan2 tu terasa sakit, maksudnya badan dah bagi amaran tuk dimanjakan, silalah pergi Kakiku. Hee..bagus kan penutup entry ni.


Monday, March 22, 2010

I-City Baby :)

Minggu lepas 3 malam berturut2 aku pergi I-City.Terpesona punya pasal. Haha. Lagipun 15 minit je dari rumah.Malam Sabtu haritu pergi beramai2,with my fruitbabies, my bloved mommy, Caca & my bro with his fam :) Excited la si kecik2 ni tgk lampu, mak ayah nye pun excited jugak. Yela..sgt cantik lampu2 kat sini. .Enjoy the pics la k..


~Happy faces ;)~



I'm loving it..paparappapaaa :)



Peaceee! Saya dah pergi I-City, awak da pergi ke? Lalala..




Faris & Ammar, happy kids ;)





Mickey2 yg kehausan.comey2!
Cekak telinga Mickey berlampu tu dijual ngan harga RM5 satu. Cekak tanduk syaitonnn pun de jual jugak. Huhu.Haram ok org Islam memakainya,jgn main suka suki pakai (info tambahan)


Nak share serba sikit info pasal I-city ni..
1) Terletak di Seksyen 7, Shah Alam.Agak tersorok sikit I-City ni. Tapi jangan risau, banyak singnbord tuk ke sini, 90% tak akan sesat. Hehe

2) Merupakan tempat tarikan terbaru di Shah Alam.Sebelum ni Shah Alam just ada muzium, dataran Shah Alam, tasik, wetworld, kiranya ni tempat baru tuk family beriadah ;)

3) Kerajaan Selangor membelanjakan lebih kurang 1.5 billion tuk I-city ni je. Yang lampu2 ni just taman nya sahaja, I-City ni ada lebih kurang 200 kedai, pejabat2 (which is belum bukak lagi)

4) Buat masa sekarang, belum ada restoran atau kedai makan yg bukak kat sini, yang ada pun gerai2 tepi jalan (yang jual air dalam balang & bebola cucuk2 je), so dinasihatkan makan dulu sebelum ke I-city. Kang kelaparan. Tak pun tapau la apa2 pastu buat piknik kat situ. Syiokkkk ooo! ;)

5) Dinasihatkan jangan pergi masa hari minggu. MasyaAllah! Umat manusia teramatlah ramai, 10 kali ganda dari hari biasa, nak parking pun susah. Ini akan menyusahkan family2 yg ada bawak anak kecik, nanti terpksa parking jauh beribu batu.Huu. (kalau pergi siang, better)

6) Dinasihatkan juga, jangan pergi selepas waktu hujan. Tanah2 kat situ akan berlecak secara dasyat dan sekaligus menyusahkan kita tuk berhuha huha. Tambahan, kasut kita akan kotor, lagi teruk,takut akan tergulek tergilincir. Huhu. Sadisss (-_-") Sangat bahaya tuk kekanak!

7) Oleh itu, tuk mengelakkan kesesakan, pergi waktu awal2 pagi atau petang, tak ramai sgt berbanding malam.Waktu siang pun cantik I-City ni, penuh pokok warna warni, terasa macam dekat wonderland ;) Aku lagi prefer pergi siang dari malam. hehe

So guys, pe lagi..Jom..jom..jom..kita heboh2.Jom..jom..jom..kita gi I-City ;) Anda pasti teruja!


Friday, March 19, 2010

Degup jantung laju



Abang Ammar & Baby Iman :)


Alhamdullilah..semalam diorg dah discharge dari hospital. 6 hari kat hospital. Cian mereka. Hopefully pasni sentiasa sehat ye anak2ku~ (anak buah). Jadinya tugas ku sebagai nurse tuk 6 hari dah berakhir, sekarang transform menjadik superbibik kembali! Yeahh..superbibik! (excited pulak ko jadik bibik ye..haha)

Sepanjang aku kat hospital, semua nurse2 dah salah anggap, ingat si cinonet2 ni anak aku. Adehh..memula rajin gak aku explain yg diorang ni anak buah aku, tapi bila dah selalu tukar nurse, diorang asek duk tanye2 soalan same je, aku yeeee kan aje. Haha..jadi mak org jap aku. Sekarang rutin harian kembali kepada biasa. Settlekan rumah & anak2 buah. Takpe Erina, sabar..lagi 6 hari je.Tapiiiiiii..esok nak pergi tgk hot balloon kat Putrajaya.Huhuk (-_-) Takpelah..bekorban demi anak2 buah tercenta.

Oleh kerana kehidupan sekarang amat amat mendatar, jadi ku telah mengambil keputusan petang tadi membeli sesuatu untuk melajukan adrenalin ku. Melajukan adrenalin (peluh2 dan jantung) ku! Yeaaahhhh Beyyyybehhhh!! Apakah itu?? Jeng..jeng..





Yeaaahhhhh!!! ADRENALIN by Faizal Tahir

Sukaaaaa!!!
(^_^)

Selaku biggest fan FT, aku sgt2 puas hati ngan album baru ni.Sgt2 best! Ada 9 lagu baru termasuk lagu Bencinta + Selamat Malam. Ohhh..best2..hidupku tak mendatar lagi. Penuh dengan simbol2 Superman Faizal Tahir. Hohoho. Oh ye..oh ye..album ni juga disertakan dengan free gift yg super duper cool which are limited edition FT 1 Malaysia stamps!! Sila jeles..aku ada..korang ada tak? Bahhahaha (ok, adrenalin melampau dah ni)


Memang takkk lah aku nak guna kan..sayangg tau ;p


My favvy songs dalam album ni Muzik, Karma dan jugak Hanyut. Lagu Hanyut ni best, setiap kali dengar, terhanyut2 perasaan aku teringat kat cintahati. Rasa nak nangis pun ada, maklumlah..lama tak jumpa, jadi tahap rindu terlalu tinggi smpai tukar menjadi emo. Oleh itu, sebagai penutup, marilah kita berjiwang dengan lirik Hanyut ni.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu"



This song's for u, syg

(tetiba jiwang mode pulak..bagi can la..gihiihi)


Oklah, nak sambung melajukan adrenalin balik. Happy weekend semua ;)



Monday, March 15, 2010

Adik cuma nak tanye je bu..














Buang tepi jalan je..ish ish






Pagi td,bukak yahoo inbox ,terima gambar2 ni dari sorg member. Ya Allah..sadisnyaa. Rasa nak menitik air mata tgk gambar2 ni. Aku tenung satu2 gambar. Tergamaknya diorang buang baby yg tak berdosa ni. Boleh dikatakan sekarang setiap hari ada kes pasal buang bayi ni, terbaru berita hari ni, mayat bayi lelaki dijumpai dekat surau. Rasa nak mencarut2 je kat org yg buang baby ni.Buang anak macam buang sampah. Bodoh piang! Buat anak beria2, pastu mengandung, bila dah keluar anak tu ,ko campak sesuka hati. Ishh.. ku malas nak emo2, kang kalau aku dah emo, berjela2 makian n carutan keluar.Tengoklah gambar yg baby yg dalam baldi tu..masyaAllah. Ni bukan binatang dah ni, tapi lg rendah dari binatang. Kenapa harus buang?? Banyak lagi cara lain selain buang baby2 ni, bagi kat pihak berkuasa ke, jabatan kebajikan ke. Oh lupe, diorg terlalu rendah tahap pemikiran smpai tak boleh fikir sejauh ni. Ade jugak bg alasan takut malu. Watdehel la..ko buat tak malu, conteng arang kat muka mak bapak tak malu, nk bela anak sendiri, darah daging sendiri..malu pulak?? Kat luar sana ramai insan2 yg susah nk dpat zuriat, yg subur senang2 dapat zuriat, di buang2 anaknya. Dunia..oh..dunia. Semoga mereka yg membuat kerja keji ni mendapat balasan setimpal. Mungkin di dunia ko lepas, tapi di akhirat, pasti!

Gambar2 ni disekalikan ngan surat bawah ni. "Surat adik untuk Ibu". Renung2kanlah...


Bu, adik Cuma ingin bertanya…
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...
Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu
Benarkah bu?

Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu
Benarkah bu?

Ibu terkhayal dengan pujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?

Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?

Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?

Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?
Mengapa ibu?

Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu?

adik cuma nak tanya je bu.....



AlFatihah tuk baby2 yg tak brdosa ni ..



Saturday, March 13, 2010

Educated bibik

Since org gaji a.k.a bibik kitorg lari dari rumah hari Isnin lepas, jawatan bibik sekarang dipegang oleh aku secara automatiknya. Kurang asam jawa betul ko org gaji, nak berhenti keje, cakap elok2..jangan main blah macam tu je. Lari dari rumah pagi2 buta pastu biarkan rumah kitorg tak berkunci. Pandai betul. Buat nye masuk pencuri, tak ke jadi satu lagi kes menyusahkan. Kalau bgtau awal2, kan senang kitorg prepare org gaji baru, cari pengganti ko. Datang cara baik, berhenti pun cara baiklah.Maaf, takde isu dera mendera di sini ye, kami layan dia baik mcm ahli keluarga sendiri. Ni kes lari ikut jantan, mengikut sumber jiran2 sebagai saksi nampak dia lari pagi tu. Jahanam betul!

Sekarang semua jadi kelam kabut. Semua yg di plan dalam kepala otak aku terpaksa dipostpone dulu. Buat masa skrg, tugas ku bukan di Fradoo, tapi di rumah. Menjadi bibik dan juga babysitter tuk 2 org comel ini. Ibu mereka berkursus di Penang sampai 25/3 ni . Ini tak menjadi beban kepada aku sbb I love babies. Nak2 adorable camni.Mane ley tolak ;)


Baby Iman & Abg Ammar


Ini bermakna, sampai 25 hrbulan ini jugaklah, no outing, no movies, no shopping, no dating ,no huha huha.No! Huuu..terpaksa kuarantin weh. Sadisnya. Takpe2, bersabar. Take it as a challenge & persediaan awal ke alam rumahtangga kelak.(hohoho!). So, to all my bloved friends, kita hanya boleh berjumpa selepas 25 hb ye, sebelum 25hb, sangat2lah tidak boleh. Jmpe di alam maya fesbuk sajelah. Harap2 Alice in Wonderland still wujud kat cinema list lepas 25hb. Huhuk.

Nak share sikit pengalaman jadik "ibu" ni, masuk harini dah 4 hari. Sebelum ni just jaga siang je, malam parents diorg amik balik, sekarang kena jaga diorg 24jam.OMG..barulah ku tau nape kakak aku still maintain berat 52kg even anak dah dua. Sangat2 memenatkan dan tak cukup tidur ok. Setiap malam baby nangis mintak susu stiap 2 jam, gigih kena bangun jugak buatkan susu. Pastu pagi, lepas settlekan diorg, settlekan rumah pulak pastu settlekan diorg pulak, then settlekan rumah balik, macam tu lah gilir2 sampai tido. Gila penat!

Dulu selalu berangan pas kahwin tak nak kerja, biar suami je kerja, aku duk rumah jadik surirumah. Sekarang baru aku tau camne rasanya jadik surirumah. Tak seindah yg disangka.Taknak berangan dah (-_-"). Ku rela jadik isteri bekerja.

Sekian bebelan hari Sabtu. Oh ya, ku sekarang berada dalam wad, jaga baby Iman. Dia admitted since hari Jumaat semalam sbb jangkitan kuman. Dia asek muntah2 & cery bery je. Huu. Abg nya pun kena penyakit yg sama. Cian mereka, dahla ibunya berkursus, caket pulak tu.Mari sama2 doakan agar si cinonet2 ini cepat sembuh ye.Risau ni risau :(



Gaya posing sakit ala2 otai ;p


Friday, March 12, 2010

Happy birthday babe ;)

Sampai syurga....


"Puan Nazliah, Happy birthday yg ke 26 ;) Moga panjang umur & dimurah2kan lagi rezekinya. Moga tahun ni membawa 1000 kebahagian n kegembiraan dekat ko. Yang penting, jaga diri, makan, emosi semua ok. Jangan tension2 & marah2 k. Jangan fikir benda yg bukan2.Always think positive.Sekarang kena hapyy2 je tau. Kalau ada apa2 prob, I always there for u beybeh. Sayang ko sgt2! :hugs:"


Hari ini adalah hari lahir beliau, sahabat sejatiku selalu. Tahun ni dia dapat hadiah palingggggg best sekali, yg tak ternilai harganya.Sangat indah hadiah tu. Hadiah nya ialah..




Tadaaaaaaaa.....

She already 8 weeks preggy!!! :)))


Congratz babe! Congratz yg ke 100 kalinya. Hee. I'm so happppppy for u. Eeee..bestnye.Nanti kite sopin barang2 baby, beli baju preggy sesama eh ;p Mari sama2 kite doakan kesejahteraan beliau & baby, moga mereka berdua selamat & sehat senantiasa ;) Aminnn...


Thursday, March 11, 2010

Mesyuarat duta2 kecil Fradoo

Tersebutlah kesah..pada hari khamis minggu lepas, wujudlah satu mesyuarat dengan geng memuah sekelian. Mesyuarat adalah berkenaan ngan pakcik Hemy ni, nak sampaikan utusan raja sehari yakni beliau sendiri. Jadinya, berkumpul lah kami semua. Disebabkan salah faham, aku sampai agak lewat. Huu.Maafkan daku ye ;)

Tempat mesyuarat adalah di Fradoo. Tapi mahaplah, keadaan malam tu (dan malam2 selalunya) memang hangat..peluh2 ketiak dibuatnya. Macam duduk dalam sauna. Baiklah Hemy, seperti yg dicadangkan oleh kau, aku akan adukan masalah ni dekat Karam Sigh Walia. Aduan rakyat.Macam tak logik pulak, gerai besar gitu, kipas ada satu pastu sewa gerai ribu2. Tak patut betul.

Kad diberi oleh bakal raja sehari yg agak notty malam tu, aku syak dia ni dah terlebih gula. Selalu kalau jumpe baik budi je, tapi malam tu lain macam sikit, resah Bella dibuatnya. Haha. Sejurus kad dibuka, mulutku mengomel..


Ala..ingat aku Mawi ke..Asmawi pulak


Tapi takpelah, raja sehari punya pasal, dimaafkan ;).Bakal pengantin, Hasnul Efendi a.k.a Hemy dengan pilihan hatinya Najwa a.k.a. Teringat kata2 kak Masy, kalau pilihan mak ayah, tulis kat situ dengan pilihan ibu bapanya la ye. Hehehe. Hemy, mana ko dapat nama Hemy ni ha??

Kemudian, mesyuarat dibahagi dua, satu tuk wanita sahaja, satu lelaki sahaja. Adalah tu ilmu yg si Hemy nak tuntut tu. Hoho. Kami yg wanita2 ni membincangakan isu kahwin juga. Aku ngan Arabella berkongsi impian kahwin yg sama iaitu pada umur 25 tahun. Kitorg still 25 tahun lagi tau sekarang.Hopefully jadik kenyataan.Sep sikit Bella ;) Bella ni baru 1st time aku jumpe, alahai..sweetnye beliau, muka babyface. Tapi kesian dia malam tu kurang sihat, kak Masy pun kurang sehat tapi memasing bedal Abc jugak even dah pukul 11 mlm. Ubat mujarab kot abc fradoo tu ;p Jard berselindung di sebalik status in relationshipnya. Wafa membincangkan perihal langkah bendul (yg bakal kami berdua hadapi). Kak Aima seronok membincangkan tentang majlis tunangnya.

Tetiba, si Keri datang join kami, agaknya terasa kerdil tuk join mesyuarat lelaki2 dewasa tu. Beliau kelihatan agak montel (jgn marah haa ;p) lepas balik bercuti dari Sarawak. Yess..Sarawak mmg best, the foods also very the nyummy2, no wonderlah beliau sehat.Hehe. Kapten kelihatan agak diam malam tu tp sgt sporting kerana banyak tolong snapkan gambar. Mekaseh ye.

Kepada Hemy, congratz bro, moga bahagia ke akhir hayat :). Soalan "Ada 4 benda yg sama tapi berlainan" tu apakah jawapannya. Semua org tertanya2 tau. Baik ko gtau. Hee .Tak lupe juga tuk kak Aima juga, tahniah sbb bakal jadi tunangan org tak lama lagi. Gong xi Gong xi ;)

Sebagai penutup, sebelum mesyuarat bersurai, sesi bergambar dijalankan macam biasa, layan gambar la ye..


~Bella, Jard, Aku~



~Aku, Wafa cumil, Kak Masy (sorry kak ;p)~




Apa motif Keri senyum gitu?haha



Hemy si baju hijau putih & Kapten si baju putih



Yezzzaaa..thanx for keep on supporting Fradoo
(^_^)



Monday, March 08, 2010

Jawapan teka teki tekuk

Long time ago, masa aku ngan Wan (si opismate aku) tgh duduk dalam komuter, kepenatan baru balik kerja..tetiba terpacul la soklan cepucemas ni dari mulut dia..


Wan: Aku de teka teki tuk ko..nk dengar tak??
Aku: Hmmm..(layankan je)
Wan: Ok, dalam banyak2 ikan dalam dunia ni..ikan apa yg ada paruh??
Aku: Paruh? Hmmm..ikan todaklah..kan muncung panjang tu
Wan: Salah
Aku: Dolphin?? Ada muncung ala2 paruh gak..
Wan: Salah..salah
Aku: Ok..malas fikir dah. Give up. Ape jawapannye?
Wan: Jawapannya ialah semua jenis ikan
Aku: Pesal pulak semua ikan ade paruh??
Wan: Semua ikan yg dibelah dua..
Aku:.........................so?
Wan: Bila ikan dibelah dua, jadilah separuh badan dia..jadinya ikan tu ada "paruh" la..wakakaka
Aku: ...............Mengong! Hahahha



Wan: Ok soklan teka teki kedua pulak..binatang apekah yg banyak telo?
Aku: Katak lah..telo dia kan berjuta.
Wan: Salahhh..
Aku: Ikan??
Wan: Salah..ni bukan telo camtu la..ni telo lain.
Aku: Haa?? ni cam de unsur2 lucah je ni?? Malasla nak jawab..ko bg je jawapannya..
Wan: Mane de lucah..untuk gelak tawe je. Ko nak tau jawapannya? Tak nak fikir lagi?
Aku: Taknak
Wan: Ok..jawapannya ialah NAGA
Aku: Nape pulak naga??
Wan: Selalu time raya cina, yg buat tarian naga tu sape??
Aku: Lelakilah..
Wan:Haaaa..sebab tu la naga tu banyak "telo", makin panjang naga tu makin banyak "telo" dia..wahahahahahaha..
Aku: ...............Sewel! Hahaha.



Tarian Naga


Hohoho. Itulah jawapannye ye, walaupun memang mengong jawapannya tapi kelaka. Dari penat2 petang tu terus hilang penat melayan teka teki Wan senget ni.

Hah, Keri..dalam komen entry sebelum ni ko ade buat teka teki gak kan "Apa 4 benda yang sama tapi berlainan?" Apakah jawapannya??? Apakah??



Friday, March 05, 2010

Teka teki tekuk

Malam tadi ada gathering geng memuah blogger kat Fradoo. Best2. Tapii..nanti malam lah baru update pasal tu.Takde gamba, takde feel nak karang. Jadinya, entry kali ni..nk bagi teka teki .Tapi teka teki lawak je, tak payah lah korg serius carik jawapan kat google bagai. Hehe.Soalannya adalah bertemakan binatang.Mane yg dah tau tu..buat2 tak tahu je la eh ;p



Soalan pertama:

Dalam banyak2 ikan seantaro dunia, ikan apa yg ada paruh??



Omakaih besarnya ikan!!ley buat asam pedas stok sebulan nih..


Soalan kedua:

Binatang apakah yg ada banyakkk telo?


klue: mungkin bukan telo sebegini..kehkehkeh


Selamat menjawab & Selamat hari Jumaat ;)



Wednesday, March 03, 2010

I'm back beybeh ;)

Fuh..fuh..fuh!!Berhabuk tebal dah blog ni. Assalamualaikum semua..daku kembali ;) Alahai..rindunye ngan blog, rindu nak berblogging, rindu nak share idea, rindu kamu semua, rindu rindu! Banyakkkk cerita2 terkumpul2 nak dikongsi. First, mari bercerita tentang kerja. Adakah anda happy dengan kerja anda? Aku dah selamat bekerja selama 3 bulan dan pada 28/2 yg lepas, sudah pun resign. Mengapa? Kerja apa?? Tak pernah pulak aku cerita pasal kerja, tup tup..tetiba je dahresign. Few of you maybe dah tau aku kerja apa..tapi for those yg tak tahu tu, let me reveal everything about my last job.

Ingat lagi tak pasal entry ni..My First Interview. ( sila klik tuk mengimbau kembal sejarah silam)
Ye..untuk makluman semua, I accepted that job. Even ramai yg bagi opinion supaya jgn terima job tu, dan aku pernah menyuarakan yg aku taknak terima tp aku gi terimaaa jugak. Mmg degil budak sekor ni. Aku terima job tu BUKAN sebab gaji yg dioffer adalah masyukk, BUKAN sebab aku minat ngan job position tu dan BUKAN juga sebab aku ikut kawan2 lain. Sebab utama yg paling kuat buat aku terima job itu ialah..PENGALAMAN. Yess..aku nak rasa macamna jadik org bekerja,bangun pepagi buta, balik petang, concentrate ngan keje bagai..blablabla.Inilah sebab utamanya ye.Bukankah pengalaman itu penting?? Di dalam resume pun perkara wajib di tengok ialah bahagian job experience, betul kan? Jadinya..kalau daku tak mula carik pengalaman tu, cemane la pengalaman tu tetiba je nak muncul dalam resume aku.Haa..kan da merepek nih. Oklah, we make it short.

Sebelum hit floor, kami kena pergi training dulu for 2 months. Masa training adalah sgt best, macam pergi kelas. Pergi pukul 830 am balik kul 430pm, dalam kelas (ke office?) belaja pasal system. Semua pasal system. Memandangkan projek aku adalah TM Streamyx, makanya dari A to Z diaorg ajar pasal Streamyx ni. Dari camne nak handle customer, nak buat troubleshooting segala, buat report bagai. For me, it was fun. Belajar benda baru. Kena pulak ngan member2 baru semua termasuk trainer pun sekepala, jadinya mmg best. Pastu cukup bulan dapat gaji, lagilah bertambah2 best ;))

Yang menjadi kurang bestnye, bila habis training n masuk ke dunia customer service yg sebenar. Jeng..jeng..jeng. Tempat kerja kami kat Semua House (bersyukur jugak aku tak dapat kat Plaza VADS, TTDI nun).Hari pertama kerja dah kena maki hamun customer.Wuishhh!! Dahsyat..segala tuuutt,teeeettt (censored words) aku dapat. Takpe..sabar..sabar..cabaran..think positive. Bak kata trainer aku, diorg marah sbb produk, bukan marah kita. Worst thing worst dia maki hamun, dia bukan nampak muka kite pun. Ok..lama2, aku dpat handle angry customer ni. Kacang je (kacang la sgt kan??). Oh ye, angry customer ni bukan dapat hari2, hari yg suwey je kite akan deal ngan monster2 ni. Setakat kena bebel,ku buat bodo je. Layankan je. Paling best kalau dapat solvedkan problem customer pastu dapat compliment dari diorg. Happy gila.Tapi yg buat aku rasa tak best,aku takde minat dalam kerja ni.

Masa training lain sbb terasa semuanya indah2 belaka, bila da di dalam dunia sebenar, tidaklah seperti yg dibayangkan. Unexpected.Dari sehari ke sehari cuba tuk pupuk minat dalam kerja ni, minat tak mari2 jugak. Cuba challenge diri sendiri tuk tanam minat tu dalam masa sebulan, tak datang2 jugak. Bila dah tak minat, aku tak enjoy kerja ni dan bila tak enjoy, tension kepala otak. Tu belum tension kena kerja shift.Semua benda aku buat rasa cam tak ihklas je, terpaksa. Di fikir2 balik, kenapa nak teruskan lg kalau tak minat? Setelah discuss ngan mama & ayah + centahati, I've made my desicion to leave this job. Yeahhh! No regret! Tapi a bit sedih la sbb kena tinggalkan member2 yg almost 3 bulan bersama2. Nak tinggalkan trainer yg best tu. Gonna miss them so much~

So now, kembali bekerja di Fradoo. Fradoo gak yg best. Serius. Bagi gaji sikit pun, tapi kita minat ngan apa yg kita buat, dah cukup menggembirakan kita, tol tak? (tapi gaji kat Fradoo lagi besar kot ;P). Alhamdullilah.Tolonglah dan gembirakan lah ayah kita sementara dia masih ada.Sambil2 tu sudah tentu ku cari kerja lain jugak.KPLI sudah tentu. Harap ada rezeki disitu.Aminnn :)

Jadi kesimpulannya, bagi aku, kerja dekat VADS ada yg best & tak bestnya. Tapi kalau minat, aku rasa, there should be no problem. Takut kena marah? Ala..rilekslah, semua kerja mesti ada kena marah, betol tak?Yang penting kena ada minat.Bila ada minat, kita rasa happy buat kerja kita (walaupun kena marah).Jom baca pengalaman Hemy kat Vads pulak,My VADS Day ;)


Terima Kasih kerana menghubungi TM ;)
Lalalala..



We are WOW batch

Yg bertopi Jason Mraz tu is our trainer, Mr Sem
He such a great trainer ;)





Happy to know them :)



Always keep in touch guys :)








Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015