Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Friday, June 29, 2012

Aqil Hamzah 4 bulan :)

Semalam monthly checkup Aqil yang ke 4 bulan. Measure tinggi dengan berat je, takde cucuk. Alhamdulillah..sihat anak mama nih. Kami buat checkup dekat klinik berdekatan je.Ate..duduk Lembah Beringan yang aman damai dan tenang dari segala kesibukan ni kan, klinik desa lah paling dekat dengan kami. Tak kisah lah klinik bandar ke klinik desa ke yang penting kelengkapan klinik tu semua cukup dan kami suka sebenanrnya pergi klinik desa ni sebabnya:
1) Tak ramai orang, serius lengang je tiap kali kami datang.
2) Kerja jadi cepat sebab tak lama menunggu, jadi encek suami tak payah amik cuti.Time off je. 
3)Nursenya punyalah baik. Friendly & very informative!.Memang berbeza lah dengan nurse2 kat klinik kerajaan yang ramai patient sampai kekadang nak senyum pun tak sempat. Huhuhu
4) Boleh buat macam klinik sendiri. Eh :p


Berat: 8.3kg. Panjang 65cm.
Amboih..siap posing lagi kamu atas penimbang tu ye Aqil. ;p
Kaki siap terangkat2..tak muat dah.Hehehe
Mama cuak je time ni takut dia shiuuuuu..mengeluarkan air pancut keemasan dia tu.Mujur tak :D

Masa nurse plot graf, berat Aqil dah masuk zon oren which is slightly overweight. Mama nya dah saspen. Nurse cakap jangan risau, kalau baby fully breastfeeding, berat dia naik banyak pun tak perlu risau.Sebab kalau macam Aqil ni dia besar sebab ikut mama & ayah dia yang besar. Yang penting dia sihat. Tapi lepas nurse dah kira BMI Aqil, ok. Still dalam range normal. Sebab Aqil panjang,jadi sesuailah dengan berat dia. Hoyeahh! Alhamdullilah :D

Nurse tanya ada amik atau makan apa2 untuk perancangan keluarga. Saya jawab belum lagi. Dia pun suggestkan lah pil dan alat2 yang sesuai. Dia cakap biasanya orang tak nak amik pil hormon sebab takut gemuk (sayalah tu.ngeee).Sebenarnya bergantung dengan badan orang tu sendiri.Ada yang makan pil ni badan dia still mantain. Dia cakap lagi,tapi kalau tak nak pakai apa2 pun boleh, merancang secara semualajadi. Yang penting confident! :) I like..bagus nurse nih.Pastu saya tanya lagi..kalau czer memang kena jarak anak 2 tahun ke nurse, macam mana kalau terrrrr mengandung lagi sebelum 2 tahun? Nurse kata sekarang ni tak kisah kalau nak pregnant awal sebelum 2 tahun pun, sebab tengok individu tu,kalau rahim dia dah sihat,luka ok,tak menjadi masalah. Yang risikonya tu bila luka dalam still tak sembuh lagi dan mengandung takut makin lama baby makin besar dalam kandungan,bleeding dan paling ditakutkan uterus ruptured.*Gulp! Telan air liur jap. Saspen!* Aqil, mintak adik lepas 2 tahun ye sayang,jangan mintak awal2 sangat. Hehehe


Klinik takde orang, sempat lagi tangkap gambar family.
Kan dah terbuat macam klinik sendiri. Hehehe ;p

Lepas dah selesai semua, balik tu ayah Aqil belanja makan pizza hut. Yeayyy!

 Haruslah try pizza stik baru tu kan. *kes terpengaruh iklan lagi*
Seriously pizza ni sangat sedap! Terasa stik ayam ngan sos bbq nya.
Macam ni lah baru indah rupa semacam iklannya (pribahasa baru)


 Ini adalah wajib ;)


Try dessert baru ni jugak. Homemade cookies with ice cream. Selalu order volcano je. Yang ni pun sedapppp! Hingga menjilat2 sudu.Eh, saya tak berani nak makan sejuk2 lagi (sebab bf kan),ice cream tu pun makan sesudu je,lepastu tunggu cair baru makan. Hehehe

Oklah, selamat hari Jumaat semua. Selamat bergumbira bersama keluarga di hari minggu :)

Thursday, June 28, 2012

Resepi Bubur Ayam McD

Siapa2 yang suka sangat makan bubur ayam mekdi macam saya ni boleh lah mencubanya. Resepi yang sangat simple dan sedap! Lagi sedap dari bubur ayam mekdi rasanya .Terima kasih kat Wafa untuk resepi ni :D

1 cup beras + 5 cup air + 1 inci halia yang dicincang halus.
Rebuskan sampai beras kembang.
Ni makan untuk 2 orang (sekali tambah :D)


Bila beras dah kembang, masukkan 3 sudu stok ayam pekat Maggi dan hirisan2 ayam. Adjust2 la kemasinan nya.Nak rebus ayam tu dulu boleh, nak masukkan mentah2 pun boleh. Saya rebuskan ayam & hiris2 dulu. Extra ayam! :D


Siapp!
 Masa nak makan boleh tabur daun bawang, bawang goreng dan sedikit minyak bijan. Saya tak suka semua tu jadi gantikan ngan daun sup. Hasilnya memang sedap! Sebab banyak ayam dan memang ala2 bubur McD tu. Selamat mencuba! :D 

Oh oh..semalam first time makan Cadbury Crunchie nih.Sedapnyaaaa! Dahla hantu Cadbury Dairy Milk, hantu cruchie jugak, bila dua2 bergabung, meletup! Nikmat tak terkata..suka suka! Tapi kat sini takde pon nampak coklat nih.Nak kena carik kat Langkawi gak nih beli (ingat Langkawi tu dekat).Hehehe. Ingat lagi dulu masa zaman duk hostel, coklat & crunchie adalah stok makanan wajib dalam locker ok.Walaupun crunchie ni manis tapi suka gak makan sebab keras bila nak menggigit tu tapi cair dalam mulut. I loike crunchie!



 with golden hokey pokey honeycomb pieces :D


Semalam jugak first time makan flaming crunch kepsi nih (banyak betul ko makan). Dalam iklan punyalah nampak sedap,sekali dah makan.Hampa!! Indah khabar dari rupa. Pedas memang pedas tapi macam ada rasa rempah pelik2 sikit. Ntah. Ke mulut saya je rasa macam tu.Kepsi original ngan ayam goreng spicy mekdi jugak tetap terbaek. Isk. Kes pengaruh iklan la ni.

Hampa2 pun tetap la abis jugak kepsi ni. Ate, dah rezeki..tak baik dibuang2 ye dok :)

Haa..tajuk bubur mekdi, diakhiri dengan ayam kepsi. Sekian.


Wednesday, June 27, 2012

Tuesday, June 26, 2012

Gambar bikin ketawa :D

Kemas2 folder gambar semalam terjumpa folder gambar masa pergi Lanchang dengan Memuah 2 tahun lepas. Sakit perut ketawa tengok gambar2 ni semua. Adoyaii..badul betul memasing.



Gambar paling lawak!
Sampai sekarang tak paham pesal aku buat tangan gitu.Muka mintak pelempang pulak tu.HAHAHA



 Yang Hemy ni,3 gadis lain dah pose gaya lain, dia tetap ngan pose aksi angkat ular tu.Sama je pulak tu ngan gambar atas. Ular pun pandai posing lain2. Hahaha


Ni pun tak paham aksi apa. Kahkahkah


Kalau Xiyad tengok gambau ni mesti dia bangga sebab dia dalam perut mak ngan ayah dia dah bawak naik gajah tu tau. Hohoho


Ok, Kak Aima masa ni sangat comel. Kaki tu.Hehehehe



 Kanak2 ribena. Tak puas bergambar atas gajah, dekat gajah ni pun buleh :D



 Errr..tengok balik gambar ni motip sangat kan Keri posing gitu? Err..errr
Lalalalala



Hai hoooo! Kelakaa weh gambar nihhhh. Keri semangat bak guru senam robik. Hahaha

Masa ni belum ada Aqil, Xiyad ngan Aiman,bolehlah nak berhuha2 gaya gini. Sekarang dah ada junior, nak buat gathering pasni haruslah kat tempat baby friendly ok :D

Monday, June 25, 2012

Info menarik tentang susu ibu :)

Gambar2 informatif ni semua sumber dari Kasih Ibu :)



Klik kat gambar untuk font yang lebih besar :)



Menarik kan? Banyak khasiatnya susu ibu ini. So marilah sama2 kita bersemangat waja & gigih nyusukan baby kita.Chaiyok2!  :)


Alhamdullilah, rezeki untuk Aqil.
Mommies2 semua yang ada petua nak banyakkan susu sila share ok :)


Friday, June 22, 2012

Keletah Aqil :)

Esok genap Aqil 4 bulan.Alhamdulillah.Terasa kejap je. Macam2 akal dah dia sekarang. Kalau ketawa tu,terkekek2 macam orang besar, kalau menangis pun sama..nangis sekuat hati.Budak suara besar bak kata tok ayah dia. Hehehe. Sekarang ni kamera sentiasa ada kat sisi,sebab suka sangatttt tangkap gambar si Aqil ni. Tiap hari ada je keletah baru dia. Sampaikan Aqil pun dah jadi camera alert. Yela..sejak dari lahir ade je kamera depan mata dia.Baru 4 bulan dah beribu2 dah gambar dia dalam folder.Hohoho.

 Bangun pagi mesti bagi hadiah senyum manis kat mama.


Pastu buat senaman regangan kaki sikit *muka serius*


 Mengiring.Sambil hisap jari.


Cubaan mengiring dengan lebih gigih.


Tetiba dah meniarap. Masa ni dia eh eh eh..struggle nak lepaskan tangan dia yang terhempap tu. Hahaha


"Mama tolong mama,tangan Aqil terhempap" buat muka kesian ;p


Bila dah betulkan tangan dia. Sukaa! Heee. Ni aksi dia hari Selasa lepas. Selalu mengiring2 je, sekali tetiba meniarap. Tapi tu jela sekali dia meniarap, lepas2 tu mengiring je. Struggle nak meniarap la tu agaknya.


Malam2 aksi berborak2 gelak ketawa dengan ayah. Amboi..Aqil kalau dengan ayah dia, borak bukan main sakan.Ayah dia agah sikit je ketawa mengekek2. Kalau mama agah, dia buat muka comel je. Ketawa pun agaknya ketawa kesian.Kihkihkih

"Mama tak kelaka lah, ayah kelaka." Ok fine..


Habit terbaru. Isap ibujari sambil garuk2 kepala. Biasanya dia kalau dah start garuk2 kepala tu dah ngantuk la tu. Ni tengah ralit tengok tv, mama dia tangkap gambar pun tak sedar.


Lepastu suka betul angkat kaki tinggi2 lepastu hempas kekuat. Gedeguk2 bunyi kaki kena lantai. Mama risau je kaki dia sakit, tu yang siap bubuh bantal. Ceh, padahal Aqil steady je kan takde rasa apa. Biasalah mama Aqil..paranoid. Ngeh.


Baju kemeja ngan jeans saiz 6 bulan dah segak dah dekat badan dia.Macam dah besar je :D.Amboih..siap senyum ketap bibir.Kemainn.Hehehe


Ni memang feveret dia la ni. Mandiii! Sekarang kalau mandi..Ya ampunn..kaki tu tak reti duk diam.Excited sungguh. Habis terkeluar2 air dari bath tub dia tendang2.So sekarang memang kena pegang dia extra kuat masa mandi.


Tudddiiaaa perut :D
"Apalah mama ni, orang mandi pun nak tangkap gambar"

Haih..si pencair hati. 

Oklah, selamat hari Jumaat semua. Dah masuk bulan Sya'ban dah ni, maknanya lagi sebulan nak Ramadahan. Yeay! Tak sabar. Sesiapa yang belum ganti puasa tu cepat2 lah ganti ok :)



Thursday, June 21, 2012

Iklan bangang.

Apehal sekarang iklan2 kat majalah especially majalah tuuuuuutt banyak sangat iklan memalukan macam ni? Malu hokey! Mengeksploitasikan pompuan.Harap pihak tertentu yang bertanggungjawab tapis la dulu iklan2 ni sebelum publish kat majalah.Kalau ye pun jual produk2 yang macam2 ni, buatlah iklan cerdik & kreatif sikit. Ni tak..



Macam sampah!!



P/s: Haaa..kan dah marah!

Meet Little Naim :)

Alhamdullilah, 16 Mei lepas (teddiaaa..lagi satu backdated entry), besfren tercinta kawan sejati ku, telah selamat melahirkan baby boy keduanya. Baby comey lotey seberat 3.6kg. Yeayy! Geng Aqil ni nanti :D Masa kawen dulu ada cakap dengan dia,tahun ni (which was tahun lepas la kan) kita preggy sesama ok, boleh laga2 perut. Sekali masin mulut ni.Lepas 3 bulan saya preggy, dia pun preggy. Hehehe. Murah rezeki beliau ;)

Ni masa bulan 2 . Me preggy 38 minggu, Yah 26 minggu.
Luqman dah jadi abang sekarang :)


Masa ni beliau dalam pantang.Tu dia baby Naim comey tu. Oh ye, baby kedua ni dilahirkan secara ceasarian sebab position baby melintang.Memang geng Aqil la ni, nak keluar ikut tingkap. Baby first Yah lahir normal, so bila tanya dia normal ngan czer mana lagi senang dan tak sakit? Beliau kata dua2 pun sama, sama2 sakit dan sama2 ada susah & senangnya. Ada pro & cons. Tapi kalo czer lepas bersalin tu dah boleh jalan laju2. Hehehe. See, orang yang dah berpengalaman kata dua2 cara sama je. Sakit tetap ada tahu :)

Classmate masa sekolah dulu pun join sekali melawat Yah & baby Naim.Semua dah jadi mama.Sekarang tak payah dah bawak handbag mahal2, bawak "handbag" special edition sendiri je lagi seronok :D

Tuddddiiaaa. Gambaq oldskul sungguh. Masa tahun 2000 tu kami masa form 4. Hohoho. 
Hingusan je memasing.Sekarang memasing dah ada baby. Rasa macam tak percaya. Nanti sama2 anak masuk sekolah. Cepat betul masa berlalu :') Pastu bila anak2 dah besar,tunjuk balik gambar oldskul tu kat diorang mesti diorang terkujat gosok2 mata, tak percaya tu mama diorang. Comot selekeh. Hahaha

Dan inilah dia si comel sayang. Irfan Naim nama diberi. Jadi anak yang soleh ok sayang. Membesar dengan bijak dan sihat bagaikan juara. Nanti dah besar boleh sama2 main Ipad ngan Aqil. (Cheh, nak main Ipad je ;p).Lepastu jangan gaduh2 ngan abang Luqman ye. Adik good boy kan :D Lama dah tak jumpa dia. Mesti sekarang makin bulat.

Gambar cilok dari fb mama dia.
Too adorable kan? :D










Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015