Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Thursday, December 20, 2012

Bila Aqil masuk majalah..


Cover Wawa Zainal & Haniz Suraya

Kelas tauu..Aqil masuk majalah. Mingguan Wanita lagi. Heheehe. Masa dekat Sabah baru perasan. Masa tengah belek2 majalah ni , tetiba terperasan dekat satu ruangan iklan ni...

Iklan Natalia produk! Wiiii. Baru lagi produk ni, keluaran bumiputera.Susu nutrisi pre & postnatal yang pertama dipasaran mengikut Sunnah .Susu untuk ibu mengandung (Natalicious) dan juga susu untuk ibu yang menyusukan bayi (Natalshape). Duta produk ni ialah Catriona Ross.


 Nampak tak Aqil bawah tu? Nampak tak? Nampak tak? :D





Tadaa!! Aqil dan mama Aqil. 
Dah masuk 4 bulan minum Natalshape, memang berkesan. Nampak perubahannya. Susu semakin banyak. Alhamdulillah. Nanti aku cerita lebih lanjut pasal bestnya susu ni.Masa baca testimonial sendiri rasa kelaka je. Ayat memang karangan SPM betul. Hohoho :P


Lily (adik ipar) & family pun ada. Dia pengguna Natalicious. Lily lah memperkenalkan produk Natalia ni dekat aku. Dah dekat 6 bulan dia minum susu ni. Memang nampak lah perubahan dia, takde lesu2 letih langsung. Cergas je semedang.Memang disarankan untuk ibu2 yang tengah pregnant minum Natalicious ni :)

Kakak Intan pun ada :)
Lily tengah tunggu hari ni. Dah ada dilation 2 cm tapi tetaplah rajin buat kerja rumah. Moga dipermudahlan proses dia lahirkan anak kedua dia.Aminnn.

Nak tau lebih banyak info pasal susu2 ni, boleh lah ke website Natalia ni. InsyaAllah kalau ada rezeki bolehlah mama Aqil jadi stokis nanti :D



Friday, December 14, 2012

Aqil nak pergi KK! :D

Amboii..bulan 12 ni memang berjalan sakan ye awak Aqil. Jalan2 Borneo. Hehehe.Harini InsyaAllah kami akan ke Kota Kinabalu pula. Yeyeyy! Excited nih! Nak jumpa my beloved cousin,Ina yang bakal jadi ratu sehari esok. I'm so happy for her!!  Tapiiiii..sedih sikitlah sebab ayah Aqil tak dapat join, sebab kena kerja. Sobs. Sobs. Tapi takpe, tok mama, tok ayah, ibu, ayah GG, abang Ammar, Abang Iman, Makcu Caca, Mak Ayu ada. Semua pun ikut Aqil gi KK nanti. Harap Aqil good boy behave je sepanjang kat sana. First time jalan jauh takde ayahnya ni. Fiuhh. Saspen sikit.

Kalau berkesempatan kami nak gi Kundasang! Nak pergi kolam air panas Poring, Kundasang Dairy Farm yang ala2 New Zealand tu dan nak pergi Ikan Kelah Sanctuary Sungai Tagal. Dan Aqil tak sabar nak jumpa Harith!! :D Oklah, mama Aqil nak sambung packing. Packing tak siap2 dari semalam. Aiyoo.



Semoga perjalanan dan segala urusan kami dipermudahkan. Aminnn.


Thursday, December 13, 2012

Ada apa dengan 121212??


Tarikh ni sangatlah special sebab ianya birthday encek hubby! 


Malam sebelumnya kami dah celebrate sempoi2 je dekat rumah mak (mother in law). Kek tu kakak ipar yang belikan. Sedap sangat! Birthday boy tu dapat hadiah perfume M&S lagi dari along. Dapat spek baru juga. Dan isteri kesayangan ni hadiahkan beliau henfon!! Suka sangat tengok dia happy dapat hadiah tu.Senyum sampai ke telinga.Heee..Alhamdullilah. Moga encek hubby dikurniakan kesihatan yag baik, dimurahkan rezeki :) Aqil dan mama Aqil sayang ayah manyak2! 


Tuesday, December 11, 2012

Cuti-cuti Kuching Part 3


Aktiviti esoknya kami ke Muzium Kuching pula. Muzium khas berkaitan dengan kucing2. Cat lover macam mama Aqil ni memang syoklah pergi muzium ni. Sukaaa gila! Walaupun dulu dah pernah pergi tetap jugak nak pergi lagi.Encek hubby terpaksa buat2 suka masuk muzium ni sebab dia bukan jenis yang suka masuk muzium. Hehehe. Masuk muzium ni free je cuma kalau bawak kamera, kena bayar RM3-RM5, depends on jenis camera yang kita bawak. Mohla tengok apa yang menariknya dalam ni..

Keluarga Pusak!! Pusak ialah kucing  dalam bahasa sarawak :)

Suka je Aqil tengok pusak2 dalam ni.


Semua memang pasal kucing je la dalam ni. Ada mumia kucing lagi. Jenis2 kucing, sejarah kucing,mitos kucing..kucing kucing kucing. Banyak jugak info kat sini. Untuk cat lover memang gigih la kan akan belek dan baca satu persatu segala info dalam ni. Tapii kalau untuk yang tak berapa suka kucing..tempat ni mesti dirasakan sangatlah boring. Ngeh

Dekat Kuching memang banyak muzium dan banyak tempat best untuk dilawati. Antaranya ialah Muzium Sarawak, Muzium Kucing (muzium yang kami pergi ni),Kampung Budaya, Damai Beach, Orang Utan Sanctuary Park. Kampung Budaya memang wajib dilawati bagi yang pertama kali bercuti ke Sarawak sebab dekat sini memang best, kita akan dapat banyak pengetahuan pasal etnik2 yang ada dekat Sarawak. Ada rumah2 dan persembahan budaya. Kami dah pernah pergi ke Kampung Budaya & Damai Beach dulu, so kami plan nak ke Orang Utan Sanctuary. Excited nak bawak Aqil pergi tengok Orang Utan,tapi disebabkan hujan,terpaksa cancel. Takpelah, nanti Aqil dah besar, dah pandai cakap..kalau ada rezeki ke Kuching lagi, kami akan ke Orang Utan Sanctuary ni :)

Ok sambung balik aktiviti kami. Dah ke Muzium, terus kami makan di SCR ekspres. Nasi ayam dekat sini memang de bomb!! Encek hubby memang suka nasi ayam SCR (Singapore Chicken Rice) ni sampai bertambah 2 kali. SCR ekpress ni hanya ada dekat Sarawak, kira macam The Chicken Rice Shop kat sini lah. Malam tu pulak kami ke Benteng Satok, makan mee kolok. Sedapnyaa!! Benteng Satok ni ada banyak stall jual makanan dan minuman, recommended stall yang jual mee kolok sedap ialah stall "Mee Kolok Mangkuk Merah". Sorry, gambar makanan semua lupa nak snap. Kusyuk sangat menikmati makanan.Huhuhu.

Esoknya pula, kami ke wedding besfren tercinta, Maria. Happpyyyy sangat dapat jumpa dia.Setahun lebih dah tak jumpa. She's my good friend. Dari masa study dekat UiTM Sarawak dulu. Family kami pun rapat. Suka Aqil dapat jumpa nenek Sarawak dia :)

She's so gorgeous!!! Maria & Zakini sama cantik dan sama padan! Alhamdulillah, semoga berbahagia sampai ke syurga. Dapat baby comel2 :) Uniknya wedding dekat sana, start pukul 8 pagi, bersanding pukul 1030 pagi dan habis pukul 2 petang. Cepat kan? Tapi best jugak, start awal, settled awal. Malam dah boleh rehat2.

Aqil yang dah penat. Baju melayu tu nenek Sarawak yang buatkan.
Mekasey nenek :)

Petang tu pulak kami ke The Spring, nak jumpa Nisa. Kawan masa study jugak. Seronok bila dapat jumpa kawan yang dah lama kita tak jumpa ni :)

Xmas deco dekat The Spring. Cantik :)

Ini lah Nisa. Makin cantik dia sekarang. Suka dia dapat jumpa Aqil, sebab selama ni jumpa dalam fesbuk je. Borak2. Cerita perkembangan terbaru masing. I'm so happy for her sebab dapat kerja yang dia idamkan since masa belajar dulu. Alhamdulillah. ( Mama Aqil nak kerja jugak)

Aqil dah start cranky2 dah masa ni.Huhu

To cut a long story short, esok malamnya pulak kami bersama2 dengan pengantin baru dan juga Zalikha ke Topspot. Tempat ni memang femes dengan makanan lautnya. Seafood heaven. Makan timeeee! :D

Me, Maria & Zalikha. Memasing duk bercerita nostalgia masa belajar dulu. Memang lawak je bila ingat balik. Hahaha. Memori betul. Tu ialah makanan2 yang kami order. Memang sedap sangattt!! Sangat! Recommended restaurant ialah restoran nombor 10, ABC seafood. Memang terbaik! Yang atas tu ialah midin belacan. Midin hanya ada di Sarawak. Lebih kurang macam paku pakis.

Happy Us! :D
Terima kasih pada pengantin baru sebab belanja kami makan malam tu.

Petang esoknya kami balik dah. Departure pukul 225 petang. 
Bye bye Kuching. Thanks for a great time :)

Sepanjang dalam flight, ini budak kicik tak mau tido pulak. Huhuhu. Masa flight take off, ngempengkan dia kejap sebab takmo bagi dia sakit telinga. Lepastu bulat je mata dia, takde ciri2 mengantuk. Nak elak dia cranky or tak selesa, kami pasangkan Upin Ipin kat Ipad. Elok je dia behave sepanjang flight. Fiuhhh~ Thanks to Ipad. Hehehe.

Upin Ipin biggest fan!

Sekiannnnn. Tamat sudah percutian kami. Santai2 je. Kami tak beria pergi ke banyak tempat sempat faktor cuaca dan juga sebab Aqil masih kecik.Lepasni kalau Aqil dah pandai berjalan, berlari..baru mama ngan ayah beria Aqil jejalan ok :) Korang kalau nak ke Kuching nanti boleh klik link2 tempat best yang boleh korang lawati kat atas tu tadi. Mesti seronok punya. Oklah, Boboi :)


Monday, December 10, 2012

Cuti-cuti Kuching Part 2

Hai hai.Sambung aktiviti Cuti-Cuti Kuching hari yang berikutnya, Sabtu.Kekonon planning kami awal pagi nak keluar jejalan dah, tapi disebabkan syok tido, bergulingan bermalasan memasing atas katil, pukul 2 petang baru kami keluar. Kihkihkih. Disebakan dah lewat, ke Kuching City jela kami.Dari hotel ke City naik cab, RM15.

 We were in Kuching :)
Wajib tangkap gambar dekat cats statue ni, one of Kuching's landmarks.

Pusing2 dekat Wisma Tun Jugah & Sarawak Plaza.Mengimbau kenangan sungguh pergi tempat2 ni sebab masa study dulu, tempat2 ni yang paling top lah untuk student2 outing. Sekarang ni dah banyak dah shopping mall baru dekat Kuching. The Spring, The Hills dan yang paling latest Plaza Merdeka. Maju sungguh dah Kuching.  Lepastu terus kami beriadah ke waterfront.Ni pun tempat yang wajib dilawati kalau ke sini. 




Bangunan cantik belakang tu ialah Dewan Undangan Negeri Sarawak
One of the latest Kuching's landmark :)


Budak kecit yang happy :)

Bersama miaw2. Mujur kucing tu kayu nak..kalau awak naik kucing betul, mesti semput kucing tu terpenyek :p

Puas pujuk encek hubby nak naik perahu tambang nak ke seberang, tapi dia taknak. Alasan dia ialah malassss. Huhuhu. Alasan yang tak boleh diterima tau -_-. Ke sebenarnya takut nih?? Hihihi. Terjumpa pulak perahu tambang ni yang dibuat perhiasan ni. Encek hubby kata..haa..tangkap gambar kat sini je, buat kenangan, tak payah naik "the real" perahu tambang. Yela..yela..boleh lah. Asalkan ada dari takde :P



Sekali terjumpa pulak kembar Cik Lisa. Sebijik sejibon warna dia. Yang tak tahan Cik Lisa Kuching ni siap ada eyelashes yuuuuu.. ayu gitu. Hohoho

Kacaknya kitak..hiihihi :)


Ada beberapa tips kalau ke sini. Kalau berminat nak beli kek lapis Sarawak yang popular, recommended beli kek lapis basah tu dekat seberang waterfront ni. Boleh naik perahu tambang ni, tambang 50 sen je kalau tak silap.Boleh jugak naik kereta, tapi jauh sikitlah. Dekat seberang sana memang banyakkk kedai kek lapis. Macam2 pilihan. Kek Lapis Dayag Salhah, Kek Lapis Afifi dan Mira Cake House. Ni lah antara kedai kek lapis yang popular dekat Kuching.Memang sedap! Ada dua jenis kek lapis ni, satu yang sepeket RM10, satu lagi yang mahal sikit. Yang RM10 ni diperbuat dari marjerin dan yang mahal sikit diperbuat daripada butter, so lagi moist, lembut dan lagi sedap. 

Lagi satu kalau nak beli souvenirs macam fridge magnet, keychain, gelang 2 etc,beli dekat stall2 kecik sepanjang waterfront ni. Memang murah compared dengan main bazaar ( tempat famous yag menjual souvenirs Kuching). Kami beli fridge magnet dekat stall waterfront, 5=RM10 je, tapi bila pergi main bazaar, fridge magnet yang sebijik sama 3=RM10. Tapi kalau nak beli souvenir tshirt, beg, dan souvenir yang unik2 tu, boleh lah cari dekat main bazaar ni. Macam2 ada.Kena pandai pilih kedai sebab each kedai memang harga berbeza2 lepastu ada kedai yang boleh tawar harga, ada kedai yang tak. Memang akan habis banyak masa dekat main bazaar ni, banyak sangat pilihan sampai rambang mata.

Sekian cerita hari ke 2 kami. Nanti sambung lagi. Boboi :D *tetiba ending macam tergantung* hahaha



Thursday, December 06, 2012

Cuti-cuti Kuching Part 1

Hari Jumaat lepas, bermulalah episod percutian kami ke Kuching, Sarawak. Wehuu!! First time bawak Aqil bercuti naik flight ni.Departure pukul 640 petang, pukul 430 kami dah sampai LCCT. Sebelum tu dah web check in, jadi kami just check in baggage je. Settle semua kami terus carik tempat yang sesuai nak bagi Aqil makan. Kami ke KFC sebab tak ramai orang compared dengan restoran lain yang sangat2 padat! Bila Aqil dah kenyang, harapnya dalam flight nanti dia bolehlah tido lena :) 


Kita nak pergi mana ni mama?
*muka saspen*


Kita nak pergi holiday! :D

Kalau naik Air Asia, memang sangat2 diperlukan stroller or buggy untuk bawak baby sebab gate nak ke kapal terbang dari airport adalah jauh!! Dan jangan risau, kalau kita bawak stroller or buggy tak payah timbang pun, tak termasuk dalam berat cabin bag. (Cabin bag max 7kg je). Nanti sampai je dekat pintu kapalterbang, stewardess akan amik buggy tu, tolong simpankan :)

Bye bye. Aqil nak naik flight :D
*cantik kan flight tu corak dragon :)*

Duduk je dekat seat, Aqil eksaited tengok orang sekeliling. Terjengok sana, terjengok sini.Eh eh..nampak gaya macam tak ngantuk je ni haa..mama pulak yang saspen. Sebab risau takut dia nangis sakit telinga pulak masa flight nak naik.Sedangkan kita yang dewasa ni pun berdengung telinga masa flight nak naik tu kan, ni apetah lagi baby. Tapi bila dalam tu dah senyap, lampu dah malap, bagi je nenen kat dia.. terus mata kuyu2. Elok je flight berlepas, dia pun tido. Alhamdulillah. So tektik bagi makan 1 jam sebelum naik flight memang menjadi la. Dia kenyang dan cepat tido.Flight ke Kuching amik masa dalam 1 jam setengah. Sepanjang dalam flight dia tido je, sampai dekat aiport Kuching pun dia still tido lagi.Memang sangat lena. Fiuhhh. Hilang risau mama. Lega.

Gelagat budak kecit dalam flight & sampai airport.
Good boy Aqil :)

Dari Kuching International Airport terus kami ke hotel yang dah dibooking dari web AsiaRooms.com. Bagus web ni compared dari Agoda.com dan Booking.com sebab boleh guna debit card. I like.Sebab kami takde credit card. Hehehe.Dari aiport ke hotel kami, tak jauh pun, dalam 10 minit je. Naik teksi ke sana RM26. Memang kita kena beli kupon teksi dan bayar siap2 dari airport (ada kaunter untuk teksi).Nanti dah sampai dekat hotel, kita tak perlu bayar apa2 lagi dekat teksi driver tu. So, kita takkan kena tipu dengan driver pasal bayaran.

Inilah hotel kami, Mega Inn. 

Kami stay di hotel bajet sajok. Hohoho. Sebabnya encek hubby kata tak perlu nak stay dekat hotel mahal2 sebab nanti kita nak keluar jejalan sehari suntuk, tak duduk lama pun dekat hotel pun.Rugi je nanti bayar hotel mahal2 tapi just stay kejap je malam tu untuk tido. So asalkan hotel tu selesa, cukup facilities semua tu, kira oklah. Baiklah boss!  Browse dekat Asiarooms, hotel Mega Inn ni nampak macam ok. So proceed je booking. RM75 je 1 malam. Queen bed, lengkap dengan coffe maker, toilettries, towel, hot water, room service, bersih dan sangat selesa. Puas hati.Dekat dengan Kuching City pulak tu. Drive 10 minit dah sampai. Memang berbaloi lah dengan harga yang kami bayar. Kami stay 4 malam, jadi RM75 x 4 = RM300 saja yang perlu kami bayar untuk penginapan. Memang jimat banyak dah disitu :D

Elok je sampai hotel, ini budak banyak happy..
mana taknye, dah puas tido :)
*kusyuk tengok tv*

Oklah,next day punya aktiviti sambung ke next entry pulak ye.Boboi :D







Wednesday, December 05, 2012









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015