Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Wednesday, February 29, 2012

Detik bermakna itu..


Assalamualaikum. Hari ni nak share detik2 paling bermakna dalam hidup saya, saat bergelar seorang mama ;)   

20/2/2012
2 hari sebelum bersalin, makan sepuas2 nya.Nampak perut montel tu? :D

Doktor nasihatkan supaya saya lahirkan baby awal dari EDD (induction labour) sebabnya baby agak besar. Ukuran BPD,AC, LF (ukuran masa scan baby 36w) semua dah matang.BPD baby masa tu dah 39w. Jadi doktor kata kalau tunggu lagi 4 minggu (which is baby's EDD), dikhuatiri baby akan membesar lagi dengan sihat.Masa dengar doktor kata macam tu terus hati dup da dup dap. Risau, takut semua ada. Tanya dengan doktor prosedur induce macam mana, ada side effect ke apa,boleh ke induce even masa tu takde bukaan pangkal rahim (dilation).Semua saya tanya, tanya, dan tanya. Yela, kalau boleh taknak induce, nak tunggu sampai betul2 sakit kuar tanda kan. Tapi lepas bincang ngan suami , mama, family semua, akhirnya saya setuju untuk bersalin awal. Keputusan yang memang susah saya nak buat ;'). Masa tu hanya fikir nak baby lahir dengan selamat je. 2, 3 hari jugak hati runsing fikir, tak putus2 berdoa.Ya Allah, tetapkanlah hatiku dah permudahkan segala urusan ku..


22/2/2012. Rabu.
Saya dimasukkan ke wad, siap sedia untuk di induce.
*Dalam cuak2 sempat lagi nak bergambar ;p*


22/2/2012. Labour room.
Bacaan oren (heartbeat baby), bacaan hijau (contraction)
Jam 9 pagi, proses induction dibuat. Doktor masukkan ubat dari "situ" dan buat sweeping ( tolong bukakan bukaan rahim). Erghh..prosedur sweeping tu memang sakit. Huhu. Dan darah keluar agak banyak. Lepas 1 jam, nurse check contraction & heartbeat baby via CTG machine. Perut saya dah terasa memulas2 time tu, bacaan contraction dah ada,tapi sangat rendah. Doktor nasihatkan suruh banyak berjalan untuk cepatkan dilation. Jalan2 lah saya dalam wad, pusing2 hospital ditemani encek hubby tersayang.Semakin lama, terasa makin sakit perutnya, berpeluh2, bacaan contraction pun makin tinggi (40-60). Nurse kata, bacaan tu still dalam moderate range.


Sabar menunggu dalam labour room.





Jam 3 petang, doktor check bukaan. Still takde dilation. Ya Allah, masa tu memang rasa sedih. Sebabya ingatkan dah ada bukaan at least 1cm. Contraction pula makin sakit. Doktor masukkan ubat induce kedua.Dia kata jangan sedih sebab selalunya anak sulung memang lambat bukaan nya.Masa tu memang saya think positive je dan sabar. Mulut tak lekang dengan "La illahailla anta subhanaka inni kuntum minazzolimin".


Nurse pantau contraction & hearbeat baby setiap 2 jam. Bila tengah malam, saya dapat rasa yang contraction makin kurang. Masa tu memang dah risau. Esok paginya 23/2/2012 (Khamis) jam 8 pagi, sekali lagi doktor check bukaan.Sedihnya, keputusannya masih sama. No dilation. Masa tu hati saya memang sebak. Doktor bagi 2 options,1. Buat induction kali ke tiga which is the last induction. Tak boleh lebih dari 3 sebab takut effect kat baby.2. Terpaksa buat c-sect.Masa dengar doktor cakap macam tu, memang hati saya sebak sangat. Saya bagitau doktor, kalau boleh saya saya taknak c-sect, jadinya saya di induce kali ke tiga. 

Jam 3 petang, sekali lagi doktor check bukaan. Masa tu dalam labour room, ditemani mama tersayang. Doktor check, still no dilation. YaAllah..sedihnya. Doktor cakap induction failed, 1/2 cm dilation pun takde.Jadinya kena buat immediate c-sect. Masa tu memang dah nangis2 dah. Ntahlah, rasa teramat sedih. I'm not prepared mentally & physically for c-sect.Memang saya tak jangka. Muka mama pun nampak sedih, tapi tak putus2 bagi kata semangat kat saya. Dia kata jangan takut, kena kuat, ni semua takdir. Dia peluk n cium dahi saya. Sedih sangat masa tu. Mama keluar, encek hubby pula masuk, temankan saya. Memang masa tu saya sangat emosi, asik menangis je. Sampaikan nurse tegur, janganlah nangis..takut blood pressure saya naik.Ok, lepas tu saya cuba cool down kan diri, encek hubby pun mulalah buat lawak2 dengan harapan saya terhibur. Kakak, makcik2 saya semua masuk bagi kata2 semangat. Alhamdullilah lepas tu saya dapat terima.Redha. Kuat. Tabah dengan keputusan ni. Ni semua ketentuan Allah.

Lebih kurang jam 4 petang, saya dipasangkan tiub kencing & drip, ditukarkan baju semua. Masa tu memang  berdebar2 sangat. . Nurse kata saya akan dibius separuh badan je, jangan risau, masa bedah tak rasa apa2 katanya. Ya Allah..memang saya takut sangat.Sangat2!

Jam 5.30 petang, saya ditolak ke opreation theater (OT).Encek hubby temankan saya, sorongkan katil sampai betul2 depan OT. Encek hubby tak putus2 bagi kata semangat "Jangan takut ye syg, selawat banyak2." Sambil gosok2 kepala saya :').Masuk je OT, badan saya dah mula menggigil, menggigil takut ditambah lagi dengan bilik OT yang sangat2 sejuk. Macam dalam peti ais.Dalam OT, saya ditukarkan katil, betul2 atas katil bedah yang atasnya tu ada lampu besar. Masa tu mulut saya tak henti2 selawat. Memang takut. Lepas dibius separuh badan, saya mula mamai. Tapi still sedar, saya dengar apa yg nurse & doktor borak2, cakap2. Muka saya dicover dengan palang berkain. 15 minit lepas dibius, check tekanan darah, heartbeat semua, saya dapat rasa perut saya digoncang2. Goncang ke kiri ke kanan. Tapi saya tak rasa sakit. Badan saya memang dah menggelatar sangat masa tu. Tiba-tiba dengar doktor & nurse semua cakap "Allahuakbar..Allahuakbar"..terus dengar suara baby menangis!! Uwekk..uwekk..Ya Allah. Hebatnya kuasa Mu! Terus termenangis time tu. Saya nampak nurse bersih2kan baby, dan terus dibawa ke saya..nurse cakap,"Tahniah Erina, dah jadi mama, nampak tak baby boy ke girl". Dalam keadaan mamai, terharu, takut segala, saya gigih jawab "Baby boy" ;').Baby saya selamat dilahirkan jam 5.53 petang.

Lebih kurang pukul 6.30 petang, saya ditolak keluar dari OT, direhatkan sekejap dekat satu bilik ni sebab badan saya masa tu menggigil sangat. Nurse selimutkan saya dengan selimut panas dan muka saya terasa gatal2. Nurse cakap tu effect dari ubat bius.Dari pinggang ke bawah memang saya tak rasa apa2. Kebas. Kemudian saya ditolak keluar ke wad, encek hubby setia menunggu kat luar. "Terima kasih sayang" sambil gosok2 kepala, cium dahi pipi saya semua sambil dia tersenyum2. Masa tu saya memang dah mamai, ngantuk teramat.Tapi saya still ingat lagi senyuman encek hubby time tu, senyuman seorang ayah :,)

Sampai di wad, mama menuggu.Mama cium dahi saya. "Alhamdullilah, semua dah selamat".Memang pengalaman yang saya takkan lupa sampai bila2.Sakit? mestilah sakit.2 hari lepas operate baru saya terasa betul2 sakit, berdenyut2. Tapi lepas makan pain killer, Alhamdulilah ok. Hari Sabtu, saya dibenarkan balik. Terima kasih tidak terhingga dekat Dr Marzita (my gynae), nurse2 yang merawat & layan saya dengan sangat baik sekali sepanjang 4 hari saya dekat sana. Memang saya puas hati sangat2 dengan service di DEMC. Terima kasih juga dekat encek hubby tercenta, mama, ayah, adik beradik, family in law, kawan2 tersayang yang tak putus2 bagi semangat dekat saya dari awal sampai selamat segalanya. 


Terima kasih Ya Allah.
Saya sekarang seorang mama :')
My Little Khalifah.
Date of Birth: 23 Feb 2012
Time: 5.53 pm
Weight: 3.52 kg
Mode of delivery: EMLSCS due to fail induction.


Our first family picture :')


Monday, February 27, 2012

Syukur Alhamdullilah..saya kini seorang mama :')


Semasa baby di dalam perut..

2 jam lepas dilahirkan..Subhanallah.

 Alhamdullilah..sihat anak mama ni :')

Di hari ke-3 ;)

Syukur padamu Ya Allah :')



Friday, February 17, 2012

Semoga dipermudahkan segalanya :)


Salam Jumaat :) Pejam celik dah nak masuk 38 minggu dah saya mengandung. Dalam zone berjaga2. Doktor nasihat kalau dah keluar tanda2 macam air ketuban pecah, contraction yg kerap dan constant, keluar lendir + darah, cepat2 lah pecut ke hospital. So far saya takde lagi tanda2 ni, kecuali pernah rasa dah contraction palsu (Braxton Hicks).Berat sekarang dah 81 kg..wiiii.Total naik dekat 15 kg jugak since mengandung.Oh, dan sekarang sangat2 terasa sakit dekat "bawah" tu. Setiap kali nak berjalan memang sangat2 terasa.Kalau tiap kali duduk atau baring, lepastu nak bangun..lagi terasa sakitnya.Ada yang kata sakit tu sebab baby dah mula turun (engage) ke tulang pelvis. Harapnya betul..aminnn. Sebab latest antenatal checkup masa 37weeks haritu, baby belum turun lagi, happily berenang2 kat atas lagi.Suka baby mama ni duk dalam perut mama lama2 eh ;)Baby sihat Alhamdullilah.Berat baby pun dah +3kg.Si montel2 mama ni :D Nurse nasihatkan supaya banyak2 kan jalan, brisk walking, buat light exersice supaya baby cepat turun.Ye, skrang memang gigih jejalan je (even jalan dah ala2 penguin besar yg comel, tetap kena jugak exersice).

Last week saya ke Hospital Sg Buloh sebab kena refer specialist sana ( kenapa? semuanya ok, doakan saya :)).Tengok keadaan hospitalnya sangat ok. Macam hospital private. Servis pun laju. Maybe sebab hospital baru kan :) Jatuh cinta pandang pertama. Mungkin dari DEMC akan bertukar ke Hospital Sg Buluh? Ecehhh.Tak kisah lah kat mana saya bersalin nanti, semoga dipermudahkan prosess kelahiran anak saya ni.Dipermudahkan segalanya.Dah hujung2 pregnant macam2 difikirkan nya. Terlalu banyak sangat fikir sampai jadi takut,risau, nervous lepastu nangis2. Ish..ish..not good lah emo2 ni. Padahal takde apa2.Mebi emo seorang ibu yg sarat mengandung ;)

Mungkin juga ini entry terakhir sebelum saya deliver, jadinya saya disini dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf andaikata pernah terlukakan hati sesiapa.Mungkin ada yg terasa dengan entry2 saya sebelum ni. Mohon maaf bebanyak ye.So sorry :( Dan doakan saya semoga selamat melahirkan little khalifah ni.9 bulan perjalanan indah dah saya lalui, sekarang bakal ke dunia baru pula. Parenthood :) :)


Doakan saya ye kawan2 ;)




P/s: Apa2 update nanti saya akan update di Twitter je :)

Monday, February 13, 2012

Kisah Fradoo dalam Berita Harian ;)

Selamat hari Isnin semua ;) Pagi ni perasan ada beberapa followers baru la, selamat datang followers2 baru "Cerita Erina" sekalian. Terima kasih.Blog ni sempoi2 je, banyak mengisahkan pasal diri & pengalaman sendiri je.Updatenya pun bukan selalu (bergantung ngan mood tukang cerita ni), kalau rajin, maka banyaklah update. Kalau tak..blog akan menyepi untuk beberapa hari (atau minggu atau bulan..ngee). 

Oh, berbalik pada tajuk..ehemmmm..ehemm! Siapa ada beli paper Berita Harian Sabtu lepas? 11 Februari 2012.


Ini cover depan nya.

Belek2 dalam, dalam segmen Inspirasi..


Muka surat 6..
Jeng jeng jenggg!!!

1 mukasurat penuh pasal Fradoo.
Abc Istimewa! 
Weeee ;)

Itu ialah ayah saya yang ensem, selaku big boss Fradoo & adik lelaki saya selaku small boss Fradoo.Actually masa di interview oleh wartawan Berita Harian ni (bulan lepas), ingatkan untuk keratan kecik2 je, sekali tengok 1 mukasurat penuh tu. Nak link kan mukasurat ni dari BH online tapi tak boleh la pulak. Hmm..apapun terima kasih tak terhingga Berita Harian. Alhamdullilah..dengan promosi ni, harapnya perniagaan Fradoo pasni semakin mantop & maju. I'm so prouddddd of Fradoo, my family bussiness for 10 years :)

Oh..oh..lagi satu. Perasan tak facebook fan page Fradoo kat belah kanan bawah tu. Dah 948 fans yang like. Untuk menghargai customer Fradoo yang dikasihi sekalian, yang tak putus2 mensupport Fradoo,customer ke-1000 yang "like" fan page Fradoo,akan kami hadiahkan dengan ini.



T-shirt I Fradoo!
(^_^)
Nak tak? Nak tak? Sila promote kat adik beradik, sedara mara semua ok.
Lastly,terima kasih banyak2 semua, pelanggan2 & juga Berita Harian kerana support Fradoo! :)


Friday, February 03, 2012

Perjalanan indah :)

Pejam celik pejam celik Alhamdullilah dah nak masuk 36 minggu dah usia lil khalifah dalam perut ni ;) Dah hampir 9 bulan tapi masih segar lagi dalam ingatan waktu festime buat UPT (Urine Pregnancy Test). Masa tu dah lewat 2 hari, bangun pagi2 tu terus semangat buat test..timbul double line. Tapi yang 1st line tu agak blur.Hati dah excited, cumanya tak terlampau excited lagilah sebab ingat nasihat member, dia kata kalau 1st line tu blur2 tak semestinya preggy. So,tunggulah sampai hari ke 5, still lewat lagi. Terus encek hubby kata jomlah check kat klinik, lagi tepat.Masa buat UPT kat klinik memang nampak jelas terang dah double line nya.Doktor kata  saya dah 4 minggu preggy. Syukur sangat masa tu.Perasaan kami hanya Dia je yang tahu. 2 orang suami isteri asek tersengeh2 je dalam klinik tu.Happy sangat! :D


Happy Us in Penang :)
Oh rindunya korang!

Ingat lagi masa tu baru je balik dari Memuah Trip Penang.Dahla masa kat Penang tu sangat aktif, terlompat sana, terlompat sini bergambar. Haha. Padahal kalau dikira2 balik, masa ni baby dah mula "diproses" dalam womb saya. Tapi masih awal kan, tak rasa apa2 perubahan lagi KECUALI masa ni nafsu makan memang membuak2.Nak makannnn je kerjanya masa kat Penang tu. Lepastu cepat pulak rasa lapar.Ingat lagi saya cakap, saya makan ni untuk '2 orang'. Masa tu memain je, tak tahu pun memang dah ada '2 orang' ;)

Masuk minggu ke 6, saya rasa sakit kat bawah perut macam period cramp. Ingatkan normal untuk perggy mommy sakit macam tu sebab womb nak mengembang kan tapi rasa tak sedap hati. Bila kencing terasa panas je lepastu pekat warna kencingnya. Sebabkan risau, kami terus check kat klinik. Sampai je klinik tu, doktor tu dah saiko2 kata kemungkinan mengandung luar rahim la, itu la ini la. Semua yang negatif je. Masa tu memang dah sedih sangat dah. Kenapalah doktor ni cakap yg negatif je,rasa nak balik je time tu pergi klinik lain.Sedih sangat2 sedih. Dalam hati tak putus2 doa agar baby sihat tak apa2. Doktor suruh saya pergi minum dulu, penuhkan pundi kencing sebab dia nak buat scan. Masa awal2 ni, embrio terlalu kecil, jadi kena penuhkan pundi kencing baru nampak embrionya masa scan.Masa minum tu air mata dah berjurai2, encek hubby tak putus2 cakap..sabar sayang, sabar.Syukur Alhamdullilah masa scan tu nampak bulat kecil macam kantung dalam womb saya ;'). Doktor kata bukan mengandung luar rahim. Terus buat urine test. Resultnya, saya rupanya kena urinary tract infection (UTI).Doktor nasihat supaya minum banyak air & habiskan antibiotik yg dibagi. Alhamdullilah 2 hari lepas tu dah sembuh :) :)

Masuk minggu ke 8, loya2 dan tak lalu makan mula menyerang. Takde morning sickness tapi evening sickness. Start pukul 3 ke atas je mesti muntah. Mulut rasa tak sedap tiap masa. Beg plastik memang jadik bestfriend, sentiasa ada dekat saya. Dalam handbag, dalam kereta, dalam bilik tido, semua tempat ada beg plastik. Standby sebab masa tu nak muntah memang tak kira tempat & masa.Masa tu pulak bulan Ramadhan, memang dah alang2 tak ada selera makan, jadi saya berpuasa. Alhamdullilah, dalam keadaan lembik2 tu 2 hari je saya tak dapat puasa. Itupun gara2 tak larat bangun sahur. Encek hubby sangat sabar layan kerenah saya masa ni,( bukan masa ni je tapi sepanjang mengandung..hehe), bila teringat balik rasa sedih pulak sebab tak dapat masakkan sahur & lauk untuk berbuka. Sekali dua je kot saya masak. Ingat lagi,masa tu bila tiap kali muntah mesti nangis. Rasa sebak je. Pastu ada kawan ni nasihatkan, ni lah pengorbanan menjadi seorang ibu. Masa tiap kali muntah atau pening, loya, berdoalah moga Allah kurangkan dosa kita :)

Sebabkan tak lalu makan & loya, berat turun sampai 4 kg. Alhamdullilah masuk minggu ke 15, loya semua hilang & selera makan dah ada balik & berat pun bertambah :).Start antenatal checkup dekat klinik kerajaan (kk) & jugak DEMC every month. Keadaan mama & baby sihat kecuali masa checkup kali pertama kat kk, HB saya rendah,kurang dari 10. Jadi nurse nasihatkan banyak makan bayam, daging dan kerang.Sekarang HB dah ok, tak rendah lagi ;) Masa minggu ke 18, saya dah mula rasa baby gerak :,). Subhanallah.

Minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, baby membesar sihat & makin aktif. Saya pun semakin membesar dengan jayanya.Hihi.Dah masuk bulan terakhir mengandung dah..Perubahan fizikal diri memang sangat ketara. Muka dah kembang, kaki pun semakin menggemuk ;p. Kekadang rasa macam tak percaya je yang saya akan jadi mama tak lama lagi. Lepas bersalin nanti mesti saya rindu saat2 masa saya mengandung ni.Rindu saat terasa perut ni beralun2 sebab baby bergerak, rindu nak gosok2 perut yang bulat ni, rindu encek hubby letak telinga kat perut sebab nak dengar heartbeat baby ;').Indahnyaa.Bersyukur sangat dapat rasa semua ni.Tapi dalam masa yg sama saya tak sabar nak jumpa lil khalifah ini juga, tak sabar nak jadi mama, tak sabar nak masuk fasa parenthood. Dalam tak sabar2 ni ada terselit rasa nervous juga. Hee.Lebih kurang 4 minggu je lagi nak masuk ke alam baru. InsyaAllah. Semoga Allah permudakan segalanya, dari saat saya mengandung, melahirkan dan membesarkan anak saya kelak. Aminnnn :) :)


Rasa macam tak percaya
:') 

Wednesday, February 01, 2012

Baby Ilyas in the house ;)

Assalamualaikum semua. Nama saya Ahmad Ilyas Bin Azhar Fozy. Saya ahli baru dalam Fozy family ;). Saya dilahirkan secara normal pada 8 Januari lepas.Yeah..mommy saya hebat! :)

Ni masa saya baru beberapa jam lepas kuar dari perut mommy saya ;)
Bam bam kan saya? 

Ni masa saya 2 minggu. Tengah golek2 ngan opah. Saya dah pandai ketawa.
:D

Mandi timeee! Sejuk2. Ayah saya yang mandikan ni ;)

Bila tido saya suka melekap kat perut ayahcu saya..sebab perut ayahcu sangat empuk, macam tido atas tilam air. Hehe

Ahhh..nyamannya..syok tido! :D

Sekarang saya dah 3 minggu lebih, saya tak sabar nak tunggu sepupu saya keluar. Woit sepupu..cepat keluar ye! 

Tu sepupu saya tengah syok dalam perut makcu saya lagi. Besar kan perut makcu? Idung makcu pun makin besar..hahaha (oppss! sorry makcu, terketawakan idung makcu pulak..hee). Sebelah tu kawan makcu, dia pun mengandung jugak..baby boy..wahh! Ramai lah geng dragon saya nanti. Semoga perjalanan makcu menjadi mama dipermudahkan. Tak sabar saya nak ada kawan! :) :)









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015