Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Monday, December 29, 2008

Tahun baru, semangat baru



Semoga aku menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya
Semoga aku berjaya dalam study dan grad dengan cemerlang
Semoga segala azam dapat ditunaikan

Aminn..

~Salam Maal Hijrah 1430~



Sunday, December 28, 2008

Last date for 2008

~Amir & Erina~



P/s : Kami pergi tgk cerita Yes Man. Ok. Cerita tu kelakar.

Saturday, December 27, 2008

Berhati2 di roundabout

Masa : 11 lebih pagi
Lokasi : Roundabout dekat Uitm
Kejadian : Drive laju masa turun bukit pastu tak dapat nak break kot



Semoga drivernya selamat.Aminn...

* Updated on 28/12/2008 ( dari paper Mingguan Metro)

Syukurlah drivernya selamat. Student umur 18 tahun yang drive. Terbabas sebab nak elak mat rempit yang bawak motor laju gila.

Friday, December 26, 2008

Sesi menjawab tag (lagi)

Di tag lagi oleh Encik Paiseh yang suka tgk cerita Prison Break.

Syarat dan peraturan tag nya dalah seperti berikut ( ayat gila skema) :

1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh, ataupun hala tuju hidup anda.* Malang kah aku? Huhu

2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.* Aku tak nak buat.

3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda diperingkat awal.

4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi. * Apakah??

Oleh itu, 16 perkara tentang aku ialah:

1. Nama penuh aku Erina Asmawani Bt Abu Bakar. Ayah aku memula nak bagi nama Asma je. Mama aku nak nama Erina. Pastu atok aku tambah Wani. Setelah disusun cantik2, terhasilah satu nama yg cukup indah iaitu Erina Asmawani.

2. Aku anak ketiga dari 5 adik beradik. Ada seorang abang, seorang kakak, seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Perfect.

3. Masa darjah 6 sampai form 1, aku pindah kat Sarawak sbb ikut mama aku kerja kat sana. Pastu pindah sini balik. Lepas SPM, aku dapat sambung study kat Uitm Sarawak pulak. Memang aku berjodoh ngan Sarawak.

4. Disebabkan kejadian di atas, aku sgtlah fasih ckp bahasa Sarawak. (Ngegeh na juak..agaga)

5. Aku pernah nak bunuh diri masa darjah 4. Siap buat suicide note, tampal kat dinding, pastu ambik segala pin, gunting taruk atas katil. Pastu aku baring atas katil tu. (Aku baring tengah2, pin2 ngan gunting2 tu kat tepi2). Ahaha..ni semua gara2 kucing kesayangan aku hilang. Ish..ish..banyak terpengaruh tv la ni.

6. Masa kecik2 aku bercita2 jadik doktor haiwan, bila dah sekolah menengah cita2 nak jadik jururawat. Sekarang aku tak tau nak jadik apa dah. Cikgu kot. Lol..

7. Aku suka gila warna pink.

8. Aku rabun tahap " kalau tak spek atau contact lens, semua benda aku tgk nampak cam bayang2 je". Nanti aku nak buat lasik.

Ni kalau pakai spek

Ni kalau tak pakai

9. Aku pernah bela lebih kurang 60 ekor hamster. Termasuk yang hilang, mati dan bagi kat orang. Family hamster yang terakhir, aku jual kat mudah.com.my. Huhu

10. Aku tak pernah minum air atau makan makanan yang berunsurkan kopi. Aku bau kopi terus pening, rasa cam nak muntah

11. Aku tak reti drive kereta manual.

12. Aku drive kereta tak pakai kasut. Sebab kalau tak rasa pedal brek atau minyak pakai tapak kaki, rasa tak konfiden.

13. Aku pecinta kucing sejati, tapi tak boleh bela pun.

14. Aku ada 2 orang anak buah setakat ni. Ammar dan Faris. Aku bahasakan diri aku mamacik ngan diorang sbb aku ialah kakcik. Tak kan aku nak bahasakan diri aku makcik kot.

15. Masa kecik2, sepupu dan saudara terdekat panggil aku "Koni". Sekarang nama tu dah terhapus. Ada sorang je sepupu aku yg masih setia panggil aku ngan nama tu.

16. Masa study kat Sarawak, aku pernah jadik naib presiden kelab Taekwondo. Padahal masa tu aku baru belt hijau.


P/s : Lagi satu, aku tak pernah makan ikan keli dan ikan sembilang. Geliii..huhu


Thursday, December 25, 2008

Cerita sebelum tido


Aku ngan girlfriendku, Bubud gi JJ Bukit Tinggi harini. Aku tersangatlah mengidam nak makan donut Big Apple. Sampai2 sana je, bateri handphone kong. Ciss..kalau keluar, pastu bateri takde, paling pantanglah bagi si cintahati. Dia tak suka betul kalau aku keluar mana2, pastu dia call tak dapat. Buat dia risau. Aku pulak kalau setiap kali nak keluar suka je lupa nak charge handphone dulu. Pastu menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Huhu. Nasib baiklah kat JJ Bukit Tinggi ni canggih, ada benda alah ni. Selesai masalah aku.


First time aku guna benda alah ni. Agak teruja. Agaga. Cabut bateri hp, pastu biar je benda tu charged. Sementara nak tunggu siap, kami haruslah gi makan. Lalala..aku suka.

* Big Apple..Nyum..Nyum*

Sebenarnya kitorang makan KFC, donut ni makan time tgk wayang. Wuu..sedapnya donut ni. Hehe..Jemput2..silalah makan. Pastu da kenyang perut, haruslah gi tgk wayang. Sebelum tu, gi amik bateri handphone aku jap. Sampai2 kat mesin, agak panik jap sbb benda alah tu dah tak beroperasi. Apakah? ( masa tu dah pukul 1030 malam, jadi suisnya da kena tutup). Huhu. Nasib baik suisnya kitorang dapat cari. Kitorang on kan, selamatkan bateri handphone ku, pastu off kan balik. Handphoneku kembali bernyawa. Agaga..

Kami menonton cerita ini

Cerita ni sgt2 kelakar. Cerita pasal Skeeter lakonan Adam Sandler yang terpaksa kena jaga anak2 buah dia. Before tido, dia akan ceritakan bedtime story tuk anak2 buah dia tu pastu keesokan harinya apa yg dia ceritakan tu, jadik kenyataan. Scene paling kelakar, masa dia kena present, tetiba lidah dia kena sengat lebah. So, dia kena present ngan lidah yang bengkak, cakap pun macam bahasa alien. Aku gelak2 sampai terkeluar air mata. Lawak sangat time ni. Bagi aku, bestla cerita ni. Sesiapa belum tgk lagi, silalah pergi tgk. Hehe..


P/s: Aku nak tgk Yes Man ngan Histeria


Tuesday, December 23, 2008

Cerita ni hampeh


Petang tadi g tengok cerita ni. Keanu Reeves yg macho jadik hero. Macam gempak je tgk iklan cerita ni, sekali dah tgk...sangatlah menghampakan. Sgt2! Aku rasa ni lah movie lakonan Keanu Reeves yg pling tak best pernah aku tgk. Dalam cerita ni, Keanu Reeves jadik alien yang bertopengkan manusia, dari planet mane ntah, datang kat bumi sbb nak takluk bumi. Plot cerita lebih kurang ala2 cerita War of the worlds lakonan Tom Cruise tu, tapi cerita tu 10 kali ganda best dari cerita ni la. Cerita ni flat. Takde perasaan aku tgk dari start sampai habis. Pastu di tambah ngan skit2 scene yg mengarut, terus jadik hampeh. Pastu, ada satu aliennya ni, besar bagak cam KLCC, badan cam manusia, kulit cam org minyak, tapi kepala cam robocop. Alien paling lawak pernah aku tgk. Huhu. Walaupun cerita ni tak setanding cerita War of the worlds, aku perasan ada satu persamaan cerita ni ngan cerita War of the worlds tu, alien dalam dua2 cerita ni bermata satu. Hmm..adakah dorang nak samakan alien2 tu ngan dajjal (yg bermata satu, muncul masa hampir kiamat) atau kebetulan je?. Tak tau lah. Tapi, kesimpulannya, bagi aku, cerita ni tak best.


P/s : Akhirnya dapat gak aku mkn prosperity beger setelah lama mengidam. Thanks cintahati sbb temankan kekasihmu yg "garang" ni. Ilebiu =)

Monday, December 22, 2008

Hobi baru aku

Meng'edit' gambaAgagaga..comel kan?
*poyo je..haha*


P/s: Aku dah ketagih ni. Terima kasih pada Cikgu Y kerana mengajar. Hehe


Sunday, December 21, 2008

Gambar masa kecik2 #01

Semalam tolong mama kemas stor, tetiba terjumpa banyak album2 lama (Hmm..album2 lama simpan dalam stor? huhu). Aku pun bukak la 1 album ni. Belek2. Gamba adik lelaki aku masa kecik2. Comel. Yee..dia mmg comel masa kecik. Macam anak cina. Kulit putih. Sekali aku nampak 1 gamba ni. Aku terus ketawa terkekek2. Kelaka sgt. Dah lama gila aku tak tgk gamba ni. Dulu masa kecik2 gamba ni selalu kena jadik bahan adik beradik.

~Aku & Adik lelaki aku~

Yee..itu ialah aku. Ahahaha. Sumpah kelaka. Masa ni aku 3 tahun lebih, adik aku tu setahun lebih kot. Aku ngan comotnya, ngan hitamnya, ngan rambut pendeknya, dah macam budak laki. Adik aku yang putih tu, kena ikat jambul cenggitu, terus nampak cam budak pompuan. Mama aku cakap, aku masa kecik mmg suka pakai bedak2 byk sebab nak kasik sama putih macam adik aku. Lol. Padahal muka je putih kot. Tangan still hitam. Haha. Budak kecik, suka buat benda kelaka2 asalkan diri sendiri puas hati. Suka tgk gambar lama2 ni. Kenangan...

Kami yang sekarang
Adik aku dah no longer putih. Barulah sama warna kulit kami (Eh..tak2 aku cerah sikit dari dia sekarang..Dalam gambar ni je kami sama2 gelap..haha). Barulah nampak cam adik beradik sejati.Haha..takpe, wlaupun kami tak berapa nak cerah, tapi kami sweeeeet tau. Itu yang penting. Lalala..


Saturday, December 20, 2008

Siri tak kan lupa sampai bila2 #01

Tarikh : Tak ingat bila tapi tahun 1997 ( masa tu aku 13 tahun)
Lokasi : Dalam flight, seat belakang sekali, duduk sebelah kakak aku
Kejadian : Kisah aku ngan steward hensem

Masa ni dari Sarawak, kami nak balik semenanjung. Dalam flight tu ada sorang steward ni, mmg hensem gila ( umur 13 tahun dah pandai menggatal tgk laki hensem..haha). Pastu biasalah, kalau naik MAS, mestilah ada serve meal. Pastu, mestilah ada steward/stewardess tanya nak minum air apa kan. Sekali kebetulan yg serve air tu ialah steward yang hensem td tu. Aku dengan penuh excitednya, tak sabar nak tunggu steward hensem tu datang kat aku. Bila dah sampai kat aku (aku duk hujung sekali), aku dah tersengih2 teruja smbil terus angkat cawan palstik tu tinggi2, biar senang dia nak tuangkan air. Pastu dia tanya..

Steward hensem : Do you want coffee or tea?
Aku yg malu2 : Yess..Yess ( sambil tersengih2 cam kuda)
Steward hensem : Do you want coffee or tea?
Aku yg excited : Yess..Yess ( jawab ngan excitednya..tapi ngan nada kuat sikit sbb time tu aku rase maybe steward tu tak berapa dengar)
Steward hensem : Dik, saya tanya awak, awak nak air kopi ke air teh? awk kena pilihla air kopi atau teh..bukan jwb yes..yes..saya tak tau awk nak yg mana.
Aku yg malu gila : Ooooo..bagi saya air teh eh (sambil tersipu2 malu gila, rasa macam nak tutup muka pakai beg muntah..maluu gila nak mampos).

Kakak aku kat sebelah dah tergelak2 cam haram. Terus aku tgk muka steward yg hensem tu, jadik tak hensem langsung. Padahal dah malu. Agagaga. Excited sgt ngan sterward hensem tu sampai tak faham soklan. Steward tu tanya tanya aku nak air teh ke air kopi?. Aku jawab..Ye..ye. Maluuu gilaaa!! Siap steward tu ulang tanya soklan yg sama, aku still jwb yes..yes. Konfiden je ingat steward tu tak dengar. Haha. Mengong betol. Nasib baiklah time tu kecik lagi. Baru nak membesar. Aku boleh maafkan diri sendiri lagi. Haih..aku tak kan lupa la kejadian ni sampai bila2. Bila teringat balik boleh buat aku ketawa sorang2. Hahahaha..

Friday, December 19, 2008

Faris akan menjadi 1

~ Faris & Pinky Pillar nya~

Alhamdullialh. Hari ni Faris kuar dari SMC. Dia dah sihat. Walaupun ada batuk2 skit tapi dia dah aktif balik. Semakin aktif cam abg Ammar. Dah pandai menari makyong juga buat head banging setiap kali dengar lagu 2x5 dari ahli fiqir. Dah ada gigi 4 batang. Kalau panas, pipi selalu merah2 mcm pakai blusher. Eyy..Comey gila budak ni!! Lagi 10 hari lagi dia akan menjadi 1. Hee..



Malam tadi abg aku belanja KFC. Yay!! Makan2..aku suka makan. Makan sepuas2 nya sebelum masuk 2009. Pastu aku akan diet habis2an. Dalam masa 6 bulan, aku nak berat 50 kg. Tak caya? Tengok lah nanti. Ngehehe..


Thursday, December 18, 2008

Syukurlah

Masa aku jaga gerai petang tadi, tetiba member aku call ckp result dah kuar. Eyy..time aku duk tercongok dpan lappy ko taknak kuar, bila aku dah tercongok kat gerai baru nak kuar. Mintak la member aku tu tolong check kan. Alhamdullilah. Aku rasa cam nak belanja je semua org yg tgh minum kat Fradoo time tu. Happy punya pasal. Haha. Another 1 sem to go! Aku tak sabar nak struggle ni weh (semangat berkobar2 berapi2..eceh) .

~Aku dah rindu nak pergi kelas~
*gambar takde kaitan ngan entri..haha*


P/s: Tahniah kepada kamu2 yg mendapat dekan itu dan juga yg sudah mendapat TM =)

Wednesday, December 17, 2008

Penantian adalah satu penyeksaan


Mula2 17 haribulan, pastu 18 haribulan pulak. Haih..penat dah tunggu ni. Setiap jam menghadap lappy. Result..oo..result..cepatlah ko kuar. Huu



Monday, December 15, 2008

Baru ku tahu rupanya ada vampire kulit hitam


~Aku, Baby, Kak Han, Caca & Y~
* Sila abaikan mata aku yg bengkak itu*

Hari aktiviti gi tgk wayang ngan sepupu2 & si Caca tercenta kat Bukit Raja. Caca, Baby ngan Kak Han ( walaupun dia umur 19 tahun, tapi aku panggil dia Kak Han..hehe) nak tgk cerita Cicakman 2, tapi aku ngan sepupu aku sorang lagi ni, Y, nak tgk Twilight. Kami berdua tersgtla tak minat nak tgk cerita cicak2 ni. Sampai2 kat Tgv, tgk showtime tuk Cicakman 2 kul 530 pm. Twilight kul 540 pm. Cantik sgtlah tu. Showtime tuk dua2 cerita ni 10 minit je beza. Tetiba, masa nak beli tiket, muncul pulak sekor makhluk ni yang berjaya buat Caca excited tergedik2 nak bergambar ngan makhluk tu. Apakah?

Jeng..jeng..jeng..

Cicakman kembali lagi

Aku pun nak gak. Tak boleh blah. Hoho.


Aku rasa yang jadik Cicakman tu bangla la sebab dia mcm tak faham je apa yg org lain ckp. Pastu statik je bergambar, sengih je, takde buat action2 pun. Aku ckp terima kasih pun, dia sengih je, mmg sahla bangla. Haha. Masa nak tunggu masuk wayang tu, haruslah bergambar2 jap. Kata hobi bergambar. Ngehngeh.


~Alolo..comel nya, meh minum air sikit meh~
*Gedik*

Pastu, masuk wayang tgk Twilight. Cerita ni bestla. Cerita pasal kisah centa vampire ngan manusia. Heronya si vampire Edward mmg hensem gila. Aku rasa kalau heronya tu tak hensem mungkin cerita ni kurang best. Agaga. Tapi ada certain2 part tu aku rasa cam lawak sikit. Contohnya cam..

1) Ingatkan vampire bila kena cahaya matahari berubah jadik hodoh gila, muka scary, tumbuh taring, sekali tgk kulit dia tukar jadik bling2, cantik je. Haha.
2) Vampire pandai main piano, menari kat prom, pastu main baseball..huu..ni educated punya vampire
3) Vampire panjat pokok ala2 cicakman gak tapi versi laju. Huhu
4) Paling tak boleh blah, ada vampire negro. Aku ingat vampire kulit putih je.

Tapi overall cerita ni bestla. Tak membazir duit beli tiket wayang. Cerita loving2 gitu campur sikit2 action.

Time nak balik sempat lagi Caca bergambar ngan sugar daddy dia, siap posing2 manja lagi dengan harapan orang tua tu nak belanja dia mkn KFC la. Tapi, sorrylah, dia tak layan. Moh la kita balik. Agaga.


~ Caca & "Sugardaddy" nya~

Balik tu gi SMC jap, melawat anak buah aku, Faris. Kena paru2 berair. Huu. Kesian tgk dia, merengek je, mkn sikit pastu batuk2, muntah. Tahun ni dah 3 kali dia masuk SMC. Cepat2 sembuh tau Faris. Mamacik nak bagi hadiah birthday nanti.


~Tido pas penat muntah2~

Sunday, December 14, 2008

Saturday, December 13, 2008

Misi ke perkahwinan Syida & Azmil

Lebih kurang kul 12 tghari, gerak gi amik member2 sekolah menengah aku dulu bermula ngan Pyan. Pastu gerak gi TUDM (sebelah politeknik Shah Alam), amik Ayu. Last sekali gi amik si Hafis kat Taman Medan. Time nak gi amik Hafis, tukar driver, Pyan plak drive. Siap bwk kami mkn2 angin sampai kembung. Bila sesi pengumpulan member2 dah settle, misi gerak ke penjara kajang bermula. Dan aktiviti setiap kali berhenti kat traffic light, menangkap gambar menggunakan kamera Pyan yg canggih. Haha.


~Pyan, Ayu, Aku & Hafis a.ka. Turkey~

Selalu dalam kereta tangkap gambar dari depan, ni dari belakang pulak

*Haha*

Dalam kereta, boleh pulak mamat dua orang tu memperkotak- katikkan barang2 Hello Kitty yang comel2 dalam kereta aku tu. Chis..chis..ada ke patut geli nak pkai seat belt semata2 ada Hello Kitty kat seat belt tu. Dorang tak tau ke Hello Kitty tu seekor makhluk yang comel dan warna pink tu sememangnya warna cun feveret aku. Tapi akhirnya dorang pakai gak, walau terpaksa. Siapa suruh naik kereta aku. Agagaga.

Dan akhirnya...


Pukul 2 lebih, kami sampai kat sini. Perut masing2 sgt berkeroncong makyong. Jumpa member2 yang lain, salam peluk cium. Makan. Time makan, kami berempat duduk semeja. Lauk semua dah siap terhidang atas meja tu. Bila dah ceduk nasi, lauk segala, dah baca doa makan, tinggal nak suap nasi dalam mulut. Tiba2, salah sorang (lelaki) di antara kami berempat, tanya pulak waiter yang kebetulan berdiri kat meja kitorang. "Bang, air basuh tangan ada tak?". Abg waiter jawab, "Takdelah dik, pakai la garfu dan sudu ni, barulah sepadan duk kat meja ni". Ahaha. Malunya aku dengar jawapan abg tu. Konon2 member aku tu nak jadik lelaki melayu sejati lah mkn pakai tgn. Sekali abg waiter bagi jawapan cenggitu. Haru..haru..

Pas makan2, aku haruslah bergambar2. Happy sgt dapat jumpa member aku sorang ni. Zaza. Katil kami berjiran masa aku duk hostel masa form 5 dulu. Pastu, kalau timbul cerita2 seram kat hostel tu, memasing rapatkan katil sebab nak tido sesama. Pengecut betul kami. Hehe. Banyak kenangan ngan dia ni. Aku tak pernah jumpa dia pas SPM. Pas SPM dia terus pindah oversea, sambung study kat sana. Sekarang dia dah pindah sini balik dan kerja kat sini.

~Aku & Zaza~


~Ex-Aspuri Projekian~






~Sesi bergambar ala2 gambar kelas dalam majalah sekolah~


~Sesi bergambar bersama mempelai~


~Pasangan ratu & raja sehari~

*Tahniah Syidot & Azmil*

Cantik sangat Syidot. Sepadan sgt dorang. Kahwin dah member aku sorang ni, member sesama study time skolah menengah merangkap sesama study masa kat Sarawak dulu. Best tgk member2 kahwin. Tengok dorang bersanding, berangan cam aku pulak yg tgh bersanding. Haha. Berangan je la boleh. Kahwinnya confirm lambat lagi. Haih. Syidot..semoga berbahagia ke akhir hayat & moga dapat baby yang comel2. Hee..

Friday, December 12, 2008

Hepy beday sayang


~Kek comel tuk cintahati yg comel~

Hari ni beday cintahati. Tapi kesian dia, aku takde hadiah tuk dia. Padan muka dia. Hee. Takde lah, sebenarnya aku dah beli dah hadiahnya, hadiah yang sangat dia idam2kan, tapi tak dapat nak bagi harini atas sebab2 yang tak boleh dielakkan. Huu. Sori eh syg. Syukurlah cintahati ni jenis cool, sporting je. Kalau jadi kat aku confirm dah merajuk 48 jam. Haha.

Petang tadi, kami ke Alamanda. Plan asal nak gi PcFair kat KLCC tapi tetiba aku diserang penyakit bulanan, terpaksa lah tukar plan di saat2 akhir. Sampai Alamanda, mkn2 kat Pizza Hut, jejalan, tgk wayang cerita Bolt. Memula cintahati nak tgk Antoo Fighter tapi aku tak berapa berkenan nak tgk cerita camtu walaupun aku minat Radhi OAG, di tambah pulak member2 yang dah tgk cerita tu cakap cerita tu tak best, maka aku pujukla si cintahati supaya tgk cerita Bolt. Akhirnya beday boy mengalah. Yay. Ceritanya best! Kisah si "superdog" Bolt, yang terpisah ngan tuannya Penny. Masa perjalanan nak ke Holllywood balik jumpa si Penny, jumpa plak kawan2 baru, Mitten si kucing liar yg realistik dan Rhino si hamster gemuk yang serius kiut dan kelaka habis. Apa jadik pastu, gi la tgk sendiri kat cinema. Hee. Sape2 yg suka tgk cerita animasi, pencinta haiwan2 comel, pecinta wonderpets, silalah pergi menonton cerita ini. Mesti puas hati la.



Pas abes tgk wayang, gi Dataran Perdana jap. Pusing2. Makan kek. Romantik woo mkn kek kat Dataran Perdana. Hee. Pas mkn. Tangkap2 gambar jap. Balik. Lalala..wo ai ni sayang.



~Si mata bulat & Si mata sepet~



Wednesday, December 10, 2008

Rebet..Oh..Rebet

Tengahari tadi gi Pejabat Pos Besar nak claim rebet. Sampai2 sana, isi borang, amik nombor giliran, 2486. Nombor angka giliran time tu 2443. Jadinya, kena tunggu 43 org lagi. Aku amik jalan pintas. Gi kaunter pos ekpress, bagi borang kat abg yang jaga kaunter time tu. Senyum2 skit. Abg tu amik cap jari aku pastu terus amik borang aku dah isi tadi. 10 minit camtu, abg tu panggil balik, dia ckp terus pergi kaunter 8. Aku pun pergilah ngan semangat berkobar2 tak sabar nk pegang duit banyak. Hehe. Kakak yang jaga kaunter tu, sain2 borang aku tu, pastu kira2 duit, koyak resit dan terus hulur kat aku sejumlah wang ngan resit sekali. Aku sangatla gembira senang hati. Lalalala..syukurlah.

~Makcik kayo~

*Hehe*

Sebenarnya abg yang jaga kaunter pos ekpress tu regular customer Fradoo. Dia ckp kalau aku nak claim rebet nanti, tak payah beratur panjang2, terus je gi jumpa dia. Nanti dia tolong settle kan. Bertuahnya jadik anak tokey Fradoo. Ngehngeh. Kalau tak tadi mesti aku kena beratur lama2. Pastu petang tadi abg tu dtg minum kat Fradoo. Kebetulan aku yang jaga gerai ptg tadi. Jadi, aku belanjalah dia minum. Orang berbudi kita berbahasa betul tak? Terima kasih ye abg pos ekpress. Hee..


Tuesday, December 09, 2008

Kampung Kesang Tasek yang indah

~Rumahku Syorgaku~



~Dusun buah-buahan di belakang rumah~



~Sawah bendang di hujung kampung~



~Ammar berjoging di bendang~


Indah kan kampung Kesang Tasek? Jeles tak? Hee..Petang tadi aku ngan mama dan ayah sempat berkebun. Tanam pokok nenas sarawak cantik2 kat tanah sebelah umah. Tapi aku tolong kejap je, banyakkkk nyamuk ok. Huhu..aku rela masuk dan mengemop umah. Ngehngeh..

~Mama dan ayah tekun berkebun~


~Dusun nenas~


~Ini pokok nenas Erina~

*sempena aku yang tanam..hehe*




Monday, December 08, 2008

Hari Raya Korban

Pagi raya, hujan sehujan hujannya. Bestnye tido. Nasib baiklah hari raya, kalau tak, mau tido sampai tengahari. Bangun, kemas2, kuar bilik tgk juadah raya dah terhidang baik punya atas meja. Wuu..sedapnya. Tapi aku tak haruslah gelojoh, tunggu mereka2 pulang dari masjid dulu barulah sama2 makan.


~Ketupat, kuah lodeh,kuah kacang,kari ayam ngan kek oren~


Pas mkn2, hari still hujan. Ayah dah bersiap2 nak g tlg orang kampung sembelih lembu. Aku ikut ayah sbb aku nak tgk live ngan mata sendiri camne proses penyembelihan ngan pelapahan lembu tu. Selalu tgk kat tv je. Tak pernah tgk live. Abg aku ngan abg GG (abg ipar) aku pun join. Sampai2 tempat penyembelihan tu, ramai org. Semua lelaki pulak tu. Mula2 rasa segan tp aku slumber jela redah, semangat punye pasal.

12 ekor lembu dikorbankan
*huhu..sangat "wangi"*


Seekor lembu berjaya ditumbangkan


Syukurla aku tak fobia darah. Sbb aku rasa kalau org yg fobia darah ni, tgk lembu ni kena sembelih, confirm dia pengsan. Walaupun lembu tu meronta2, bunyi mendengus time kena sembelih, aku tak boleh rasa sedih dan simpati sbb aku ingat dulu ustazah aku ckp tak boleh sedih tgk lembu kena sembelih sbb nanti haram kita mkn dagingnya.


Lembu tu disiat kulitnya.


Lepas tu setiap kaki lembu diikat kat tiang, dikangkangkan ke atas. Proses melapah dijalankan. Masa perut lembu tu kena belah, aku nampak cam asap2 haba keluar. Wuu..tu membuktikan dalamannya still panas. Time ni, aku belajar anatomi dalaman seekor lembu ngan lebih dekat. Hehe. Selalu bedah katak ngan tikus je, kali ni aku dapat tgk lembu pulak.

~Perut, usus lembu~

*Patotla lembu ada 4 perut, perut lembu sgt2 besar*


~Hati,buah pinggang lembu~



~Testikel lembu~

*Lembu yg disembelih wajib lembu jantan*

~Tulang rusuk lembu~



~Kapak dan kulit lembu~



~Encik Haji Abu Bakar sedang melapah kaki lembu~


Seronok gak dapat tgk proses penyembelihan lembu. Memang pastu kami makan daging lembu jela. Daging goreng kunyit, daging msk asam, daging salai, tapi feveret aku mestila sup daging yg mama ku buat, mmg terbaiklah. Kalah Ani Sup Utara. Yang bawah ni feveret mama ngan ayah. Aku tak suka yg ni. Besar sgt. Ngeri. Tak tau camne nak mkn. Huu..

~Sup Gearbox~












Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015