Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Wednesday, September 29, 2010

Sajak hari Rabu



Hidup ini indah.
Jangan kusutkan benda yang mudah.
Jangan cari penyakit, nanti hati sendiri yang sakit.
Jangan perasan dan jaga perasaan.
Jangan menangis, nanti tak manis.
Jangan bodohkan diri yang tak bodoh.
Buka mata dan pandang ke depan.

(^_^)



P/s: Banyak maksud tersirat ni sebenarnya.

Monday, September 27, 2010

Nak tukar background blog?


Ini entry bercirikan tutorial yang pertama. Kawan kesayangan aku, si patik Pojie ni mintak tolong ajar macam mana nak tukar background blog. Setiap orang ada cara masing2, dan ini ialah cara aku..senang, cepat dan ringkas je. Semudah ABC (Fradoo). Haha..


1. Pergi terjah mana2 website yang ada free blog template. Contoh cam website kesukaan aku ni, Shabby Blog dan The Cutest Blog on the Block.

2. Cari lah mana2 background yang menarik di hati.Contoh kat Shabby Blog ni, background nya comel2 belaka.





3. Lepastu, klik dekat coding background yg dah dipilih tu. Copy.Contoh macam coding kat bawah ni.



4. Lepas copy, klik dekat design button kat belah kanan atas tu, sebelah button sign out. Macam pic kat bawah ni. Nampak tak?




 5. Haa..bila dah klik design tu, klik pulak dekat tab Add a Gadget.



6. Lepastu pilih tab HTML/ JavaScript.




7. Nanti akan secara automatiknya terkeluar satu tetingkap baru. Tetingkap? Ahh..belasah jela.Pastu, paste kat situ coding yang dah di copy tadi.

Bila dah paste. Jangan lupa SAVE!


Lepastu, klik View Blog. Haa..megik akan berlaku di blog anda. Tak percaya? Silalah cuba. Goodluck :)



P/s: Pojie, kalau jadik, belanja aiskrim BR ok! Haha

P/s 2: Tak berani nak tukar template sebab dulu penah cuba, habis hilang semua bloglist. Sadisss, tak pasal2 kena buat bloglist baru.Adehh. (-_-")

Sunday, September 26, 2010

Harta karun dalam handbag


Hari Ahad, sambil2 duk golek2 atas katil rehatkan badan, teringat pulak kat tag cik Nilam ni,tag pasal ada apa dalam bag anda? Ohh.memandai je aku letak tajuk. Dengan automatiknya terus semangat menyelongkar segala harta karun dalam handbag kesayangan, tangkap gambar dan terus update kat blog, sementara semangat update masih ada.

Kat atas tula segala jenis harta karun yg ada dalam handbag.

1- Wallet. Wajib!. Segala mak nenek kad penting2 dan juga duit ada dalam nih. Kalau keluar tak bawak wallet, ibarat keluar tak pakai kasut. 

2- Hp BB kesayangan.Sangat penting nih. Untuk call org2 tersayang cakap kita balik lambat sikit. Tuk call org2 tertentu kalo ada emergency, untuk surf fb time stuck kat traffic jam. Bha ha ha..sangat penting kan.

3. Oil control film. Benda ni pun sangat penting. Can't escape an oily face! Kat mana2 pun wajib bawak, kalo tak de menda ni terasa cam orang minyak je setiap masa (-_-").

4.Beg make up. Tisu,foundation, eye liner, blusher, lipstick, makeup remover wipes, semualah ada dalam ni.Tak rajin make up pun sebenarnya tapi bawak je beg ni dalam handbag sebab senang nanti tak payah carik2 lagi. Semua complete dah dalam 1 beg.

5. Kamera. Ohhh..i love to capture the moment. Setiap masa adalah sangat berharga sebab once masa tu dah berlalu, tak boleh diputar balik. So kita abadikan moment indah tu dalam potrait ;)

6. Shopping bag. Sekarang dah jarang guna bag plastik kalau shoppin. Semua sumbat dalam ni je. Shopping bag ni banyak membantu, nak2 kalau hari Sabtu & Ahad.No plastic bag day.

7. Kipas mini. Sangat berguna kalau pergi kat tempat yang super crowded dalam cuaca yg amat terik. Contoh, kalau pergi pasar pagi kat Stadium Shah Alam setiap hari Ahad tu, tak pun kat Jalan TAR masa hari weekend. Boleh lemas tak cukup udara dibuatnya. Huhu

8. Ubat pening yg super power. Lately ni selalu je pening2, doktor cakap kurang tido. Bawak je standby dalam beg.

9. Watson's passport.Wajib dimiliki oleh semua kaki Watson macam saya.Setiap minggu wajib gi Watson.Hehe. Baru jadi member minggu lepas. Dalam ni penuh dengan kupon2 diskaun yang sangat berbaloi2 ;)

10. One drop perfume. Perfume di saat2 emergency. Satu titik, wangi sepanjang hari. Haha. Ye la tu kan ;p 

Itulah saja harta karun yang ada dalam beg saya. Sekarang nak tag Kak Masy, Kak Zona, Wafa, Kak Ieja, Arie, Mazlinda dan Shira. Tahniah, anda terpilih.Sila revealkan harta karun dalam bag masing2 ye ;)


Tuesday, September 21, 2010

Lelaki & Perempuan


Si kakak & sang raja sehari.;)
Lain pulak aku tengok muka adik aku tak pakai spek.
Kecit je mata dia ropenye. Hehe.
Ni masa majlis sanding belah perempuan kat Dengkil Sabtu lepas.


Hmm..harini ku MC.Kak Zona, saya dapat MC.Hehe.Gara2 kaki manja ku yang lebam tu la. Menghabiskan masa bergulek2 atas katil dan tido je.Banyak benda nak diceritakan sebenarnya. Tapi..macam takde mood pulak nak cerita. Nanti2 lah cerita. Simpan buat pekasam dulu. Oh ye..tadi masa dalam kereta, dengar Fly Fm, DJ Hafiz tu kata, tak kan wujud hubungan bestfriend antara lelaki & perempuan. Tak kira berapa lama dah korang kenal each other,5 tahun ke, sejak tadika ke, mesti samada si lelaki atau si perempuan tu sebenarnya memendam perasaan sayang & cintan kat kawan dia tu. Dan dia sebenarnya nak lebih dari hanya seorang kawan.Uiks..begitukah? Jadinya lelaki & perempuan memang tak boleh jadik bestfriend la ye? Hmmm..boleh pakai ke teori si DJ Hafiz tu? Hmm..any comments? 

Sunday, September 19, 2010

Bila excited..jangan melampau2~

Hari rabu last week, terlampau excited nak menyambut bakal pengantin datang. Turun tangga dengan penuh semangat sambil melompat2 riang dan sambil mulut menyanyi2.Lalalala~Sekali tetiba..GEDEBUKK!! Jatuh tangga!!! Sakit gila smpai berlinang air mata.Nahhh..inilah bahananya..lebam separuh kaki. Dari betis, lutut ke peha.Lebam2 macam kena belasah. Lepas jatuh tu just bengkak je, ingat oklah takde apa2, sekali esok terus naik lebam. Uuu..scary melihat kaki sendiri. Huhu...

(Gambar dah di remove)
Lebam yang amat dahsyat di bawah lutut.
Scary bukan?(-_-")
Lebam di lutut dan peha lagi amat scary.
Dan sekarang lebam2 masih bermaharajela ni kaki kanan ini.


Jadi.apa pengajaran dari kisah ini adik2?
" Excited berpada2, kalau dah jatuh tangga tiada gunanya!!" 
(sambil jawab serentak beramai2)

Bijak2..wahai adik2 sekalian. Huu



P/s: Agak2 gi klinik ni dapat mc tak? Ngihihi..

Friday, September 17, 2010

Selamat sudah ;)

Alhamdullilah, pagi semalam selamat sudah the one & only adik lelaki ku menukar status nya dari bujang ke suami orang. Mari kita lihat serba sedikit kronologinya sebelum bertukar status..

Malam sebelum nikah, gigih pasang inai kat 3 jari ni.Inai kali pertama,dia tak puas hati, pastu dia inai sekali lagi bagi hitam likat..

Aksi2 (senget) bakal suami orang..haha


Lepastu semangat praktis lafaz akad nikah.."Aku terima nikahnya..Aku terima nikahnya..." Tak habis2. Sampai aku pun dah naik hafal. Nerveous katanya. Taknak kantoi esok hari.



Pagi 16/09/10 (Hari Malaysia)
Lokasi : Dewan nikah Masjid Shah Alam

My family sedondon gitu. 
Very nice ;)
Masa ni tengah menunggu ketibaan saudara mara.



Adik aku dah tak tenteram dah. Tak senang duduk. Muka pun dah naik pucat time ni. Darah gemuruh dia dah mari. Hahaha. Kelakar aku tengok dia masa ni. Aku pun apa lagi, masa ni memang dok sakat2 dia je.



Alhamdullilah. Selamat sudah ;)
Dengan sekali lafaz je. Good job bro!
Tak sia2 praktis dari malam sebelumnya tu.


Tahniah adikku
Mohd Aidil & Norlily Suliza
Moga berbahagia ke akhir hayat ok 
(^_^)


Ko tengok betapa excited nya aku nak amik berkat pasangan ni.
Biar lepas ni cepat2 sikit giliran aku.Hahaha.Gila tak sabar kakak dia sorang ni ;p


Majlis nikah adik aku memang sangat simple yet very meriah & happening. Kitorang happy2 je, takde setitis airmata pun jatuh dari mata semua orang. Banding masa majlis nikah kakak aku dulu, mama nangis, ayah nangis, aku jangan cakaplah..nangis sampai mata bengkak2. Hmm.maybe tok kadi adik aku ni takde bagi ceramah2 yang menyayat hati. Masa majlis nikah kakak dulu, tok kadi tu mula berceramah je, air mata kakak aku pun dah mula mengalir. Bila air mata kakak aku dah mula mengalir, secara otomatiknya air mata aku pun turut mengalir juga. Tapi yg tak tahan, aku lagi over dari pengantin time tu. Sebak gila rasa. Wihihi


Yeahhh. Lepas ni giliran kami pula. Yay! :)


Ok, sekarang mari bercakap pasal makeup adik ipar aku pulak. Aku dengan baik hatinya telah mensponsor makeup tuk majlis nikah beliau. Masa memula tu jenuh jugak aku pergi website2 make up artist & mak andam tuk pilih mana yang sesuai. Sekali terlompat kat satu website makeup artist ni. Terus teruja. Cun gila hasil makeup dia. Cantiks!! Terus booking beliau tanpa was2 lagi! Hehe..


Wajah adik ipar sebelum disolek.



Wajah selepas disolek.
Amazing bukan?
Gorgeousss!







Terserlah kecantikan si pengantin ;)
Aku amik Day Makeup = RM150 sahaja.
Sangat cantik & berbaloi. Puas hati! ;)

Mula2 ingat nak amik pekej makeup nikah, sekali adik aku kata tak mau makeup heavy2, so aku tukar pekej day makeup. Day makeup pun dah cantik gini, kalo makeup nikah mesti lagi meletups. 

Sesiapa yang berminat.Ley jenguk website Cik Amy Ameera ni. Confirm lepas tengok terus nak booking.Cantiks gila boombastik hasil makeup dia.Pakej dia tawarkan pun sangat berpatutan. Dapat tau website cik Amy ni pun dari cik Zie kita ni. Thanks Amy & Zie ;) 



P/s: Sesape tanye giliran aku pulak bila..meh sini aku geget telinga orang tu. Penat berbuih dah mulut ni menjawabnya. Save the best for the last lah ;)


Wednesday, September 15, 2010

Orang baru ;)

Kawan kesayangan saya, Puan Nazliah masa dia preggy 18 weeks ;)


Ni pulak masa dia 7 bulan, kami buka puasa sama2 masa ni. Perut dia memang bulat macam bola. Dijangka due akhir bulan 10.Sekali tup2, pada 2/9..dia sms cakap air ketuban dia dah pecah masa dia tengah buat kuih raya. Haaaa??!! Tercengang jap aku. Masa tu baby baru 33 weeks. Dengan izin-Nya, semuanya berjalan lancar..memang si baby tak sabar2 nak keluar jenguk dunia. Maka, pada 3/9/10, jam 2.12 am,lahirlah si comel seberat 1.9 kg ini.Secara normal ok ;)


Baby Luqman Hakim.
Beliau memang sangat kecil, tiny, small ;)

Comel..comel..comel!
Dilahirkan kat Hospital Sungai Buloh. Admitted few days kat nicu sebab pramatang. Tunggu baby naik berat sampai 2 kg baru boleh balik Huhu..kesian si mama dia masa ni, tak boleh jenguk baby selalu. Alhamdullilah, si mama & baby sihat sejahtera. 

Assalamualaikum ;)


Usik2 dia..hohoho

Kaki kecikkk sangat!

Jari yang halus tulus mulus.

Congratz babe ;).Hope anda & baby Luqman sihat2 sentiasa. Bagi baby Luqman minum susu banyak2 biar dia cepat besar cam mama dia. Haha. Aku tanya si mama Luqman antara kahwin ngan dapat anak, mana lagi best?  Dia jawab dapat anak lagi best! Berganda2 bestnye. Tapi kena bersedia tuk perubahan besar. Semuanya berubah bila dapat baby nanti. So, be prepared ye tuk bakal2 ibu ;)

Tuesday, September 14, 2010

Raya 2010

Menariknya raya tahun ini ialah:

1. Buat julung2 kalinya aku bagi duit raya kat family & sanak saudara  ;)
Syukur Alhamdulliah~




2) Ayah supply mercun.
Dan kami gila main mercun.
 Tapi bukan aku la..aku tukang tengok & sorak je ;p
Ni mercun merdeka 25 das!
Meriahhh satu kampung!




3) Ada mercun papan terpanjang di kampung kesang tasek jugak.
Memang panjangggg.Siap kena sangkut kat pokok.
POM!POM! POM!
Berdesing telinga!




4) Anak2 buah dah pandai bergaya ;)
Suke!
Biru anak abg & pink anak kakak ;)

Gaya 1






Gaya 2




Gaya 3




Gaya 4
Oh comelll! Geget kang nak?




5) Oh ye..ni menarik jugak nih.
Kereta raya ayah ;)


6) My sis & her family sedondon pakai pink.
Ohh..i'm loving it!
Sejuk mata memandang pink di pagi raya ;)



7) Menarik lagi raya tahun ni..
Raya terakhir adik aku beraya sebagai bujang.
Hari Khamis ni dah nak nikah dah.
Eh..ni menarik ke?
Buat aku tekanan adalah..
Hahaha..



8) Ni pun menarik jugak ni.
Paling menarik!
Raya tahun ni tempat duduk kat sebelah kosong.
Tahun depan mungkin tidak lagi.
Awww..suka ;D
InsyaAllah jika semua berjalan lancar 
dengan izin-Nya ;)


Aik? Raya family potrait mana? Tu next entry lah..gambar kat kamera abg. Belum transfer lagi. Muehehe. Raya anda bagaimana pula?


P/s: Hari raya pertama kalo tak kena serang sindrom ceri beri tu bukan raya lah namanya tu kan. Hee..


Friday, September 10, 2010

Happy Hari Raya ;)



Biasanya kalau malam raya, handphone mesti tak henti2 terima sms raya. Macam2 pesen sms raya. Ada yang jenis pantun, gambar2, tak kurang jugak yang hantar mms.Tapi baru kejap tadi aku terima lain dari yang lain punya sms raya. Memang tak agak2.Kreatip bukan main.Bikin saspen kejap masa aku baca.Camni sms nya..


" Bang,masuk tu pelahan2 sikit ye. Masuk biar betul kat lubang. Jgn sampai terpancut kat luar. Leceh. Nanti kena lap pulak.Lepas tu bila nk tarik keluar pastikam dh habis pancut tau, nanti rugi!! Terima kasih kerana mengisi minyak di Petronas. Sila datang lagi. Berhati2 di jalanraya & selamat menyambut hari raya. Maaf zahir batin"


Hahaha. Kreatip bukan? Apa2 cara sekali pun kite sampaikan ucapan raya atau minta mahap, yang penting ikhlas. Dan dengan itu, dari hati yang ikhlas seikhlasnya, diri ini ingin memohon ampun maap kepada semua.Semua ye. Kita hanyalah manusia biasa yang memang tak lari dari buat silap kan. Kekadang kesilapan tu kita sedar, tapi yg paling takut kesilapan yang kita tak sedar. Tetiba je menyinggung hati dan perasaan orang lain. Minta maaf ok. Oklah, Happy Hari Raya semua. Jaga diri :)

Thursday, September 02, 2010

Update sebulan sekali.

~Memuahnya iftar~


E.n.A..yeahh! Its me beybeh!


Nah..hambik terajang sekali. HOMAIGODDD! haha..
Suka gila pic nih ;)
Banyak lagi stori n pics mantop2 kat blog abg brad pitt pitt pitt kita ni
 Klik sini dan sini.










Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015