Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Tuesday, September 29, 2009

Kronologi Riang Ria Aidilfitri 2009

Cerita pasal Aidilfitri lagi. Ala..bagi canla nak buat entry lebih2 sikit pasal Aidilfitri. Kata raya sebulan tul tak?? Ok, macam biasa setiap tahun sambut hariraya, ketupat wajib dibuat. Kitorang tak pakai ketupat instant, anyam sendiri barulah feel hariraya. Tahun lepas banyakkkk ketupat yg dianyam oleh aku, tapi tahun ni 3 biji sahaja. Wahaha. Buat sebiji, senget benget, longgar sana sini, kali kedua cam banyak cacat cela lagi, kali ketiga, okla not bad ketupatnya. Pastu mood dah lari terus buat kerja lain. Taknak anyam ketupat dah. Biasalah, anyam ketupat setahun sekali, lupa dah.





Biskut raya tahun adalah sangattttttttt banyak. Yang dibuat sendiri ada 4 jenis je. Tapi yang kawan2 mama bagi..punyalah banyak. Macam2 jenis2 ada. Jadi semuanya ada 34 jenis biskut raya campur dengan kerepek2 sekali. Banyak gila kan? Fuiyooo. Rezeki2. Alhamdullilah. Pastu susun semua banyak2 kat atas meja, tak payah transfer dalam balang kuih. Tetamu datang diorang pilih je mana diorang suka, letak dalam pinggan. Ala2 sistem buffet gitu. Senang.


Antaranya; Batang buruk Sabah, biskut Arabian night, biskut strawberry coklat, biskut short bread (yg ni sgt sedap!), badam suji, caterpillar, dahlia. Ooo..banyak lagi la, boleh bukak kedai biskut raya.





Gambar kat atas ni aku bersama kakak & adik ku. Ye..tu kakak aku. Kakak kandung, bukan kakak angkat mahupun kakak kutip. Muahaha (keji punya adik). Muka dia mmg lain dalam adik beradik. Dah la lain, putih pulak tu. Dah putih kurus gla pulak tu (pujian campur unsur dengki sikit). Dia ikut muka ayah. Kitorang yang lain semua ikut muka mama.Comell. Yang lelaki tu adik aku. Adik ye, bukan abang mahupun pakcik. Walaupun muka mmg ala2 orang dah ada anak 2 tapi terimalah kenyataan yang dia baru berumur 23 tahun. Wohoho



Hari raya ke 3 pulak, kami pergi ke rumah terbuka MB Johor. Datuk Abdul Ghani Othman. Sesiapa orang Johor yang tak kenal, meh aku sekeh kepala tu. Memang aktiviti tiap2 raya la ni. Tapi kalau rajin lah, kalau tak rajin memang tak pergi jugak. Haha. Ni kat kediaman tak rasmi beliau. 10 minit je dari kampung aku.





Sebelum masuk kena cuci tangan dulu, siap ada imbasan suhu lagi. Baguslah, sbb tempat reramai camni macam2 boleh jadi. So, kenalah ambil langkah berjaga2. Memang ramaiiiii la warga2 Johor kat rumah terbuka ni. Tak kira apa bangsa. Semua ada.1 Malaysia katanya. Rumah terbuka MB sebelum ni, masa nak balik baru bersalaman dengan beliau. Tapi kali ni, alang2 dah cuci tangan bersih, masa masuk dah bersalaman dengan beliau. Jadinya, agak jam la masa nak masuk tu.





Masa tengah beratur masuk, tetiba mataku tertumpu kepada seorang lelaki ni. Siapa tak kenal, sila hantuk kepala kat keybord sekarang. Ye..beliau ialah Datuk Chua Soi Lek "itu". Beliau tgh buat press conference. Pasal apa? Ntahla. Kagum aku sebab beliau mmg sangat fasih berbahasa Melayu, sikit pelat Cina pun takda. Memang cara cakap macam orang melayu betul.




Time nak balik, sempat jugak lah snap gamba MB kesayangan ni. Terima kaseh datuk.Tahun depan saya datang lagi ;p





Hari raya ke 4 pulak, aktiviti berjalan2. Maklumlah, poket dah kembung dengan duit raya. Alhamdullilah, tahun ni murah rezeki. Dapat banyak duit raya.Semua duit besar2 pulak tu. Aww..sukanya saya. Haha. Siapa cakap dah besar tak dapat duit raya? Makin besar umur, makin besar jugaklah duit rayanya. Hoho. Nampaknya, tahun ni last aku dapat duit raya, tahun depan aku pulak kena bagi duit raya gamaknya. InsyaAllah~





Pergi ke Dataran Pahlawan, Melaka. 45 minit je dari kampung. Tapi disebabkan haritu banyak kereta, 1 jam jugaklah jadinya. First time datang sini. Wohoo..teruja. Ingat lagi masa dulu kat sini tempat kereta lembu je, pastu banyak tempat jual souvenir, ada keychain boleh letak nama sendiri tu, sekarang dah berubah menjadi tempat best tuk bershopping. Best2~



Raya ke lima, kami pergi makan ikan bakar kat sini. Terbaikkk. Terima kasih kakak ku kerana membelanja. Orang belanja memanglah sedap kan.Tihihi. Raya ni memang makan, makan dan makan je. Kesannya?? Lu pikir lah sendiri..hohoho




P/s: Seluar semua makin ketat (T_T)

Monday, September 28, 2009

Dari 5 jadi 7 jadi 12

Salam Aidilfitri (Wah! still dalam mood raya lagi ni ;p). Macam mana dengan raya kamu semua?? Raya ku tahun ni best! Best macam raya2 sebelum ni jugak. Walaupun hariraya pertama agak sunyi sepi sebab kami berlima je, kakak & abang aku raya rumah mertua, tapi tetap best jugaklah sebab dapat jumpa ramai saudara mara makcik pakcik sepupu sepapat semua. Mehla layan gambar dulu. Idea belum mari tuk update panjang lebar lagi. Hoho



Ni hariraya pertama. 5 orang ahli keluarga je~

Ohh..kami raya takde tema2..masa kecik2 dulu je. Dah besar tema bebas ;p
(ala..bencila blogger ni, pesal gambar cantik2, bila upload jadi buruk..huhuhu)



Ni hariraya ke 3. Weeehuuu..Kakak dengan abangku sudah balik. Jadinya sudah lengkap ahli keluarga. 7 orang~~



Dari 7 sudah berkembang menjadi 12 orang ahli keluarga.Tahun ni beraya ngan orang baru. Baby Iman yang comel! InsyaAllah,tahun depan mungkin bertambah lagi seorang ahli keluarga ni..kalau tak seorang, dua orang terus.Muahaha. Syukurlahh ;)



P/s: Tak puas hati tgk gambar2 ni.Macam mana nak uplod gamba bagi cantik ni?? Dah resize dah.Kawan2, please share some tips ;)


Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri


Dah nak balik kampung dah. Kat Muor. Hehe. Selamat hari raya semua. Maaf zahir batin.Kepada sahabat handai yang kenal diri ini, minta maaf bebanyak atas semua salah silap ok. Raya nanti jemput datang rumah. Moga Syawal kali ni beri seribu kenangan manis pada semua ;). Blog ini akan bercuti seminggu, begitu jugak dengan Fradoo. InsyaAllah. Jumpa lagi nanti. Have a safe journey. Take care ;)


Wednesday, September 16, 2009

Kad raya & Iftar

Berbalik kepada entry ceria. Sebelum ni membincangkan hal serius, jadinya entry kena serius sampai adik aku ckp kalau aku buat entry serius dah macam novelist. Haha. Korang semua dah shopping raya? Raya lagi 3 hari ni. Yahoo!! ( eh, mcm bebudak pulak excited lebih ;p). Semalam terima 2 kad raya yang best dari org2 yg best. Jard & Kak Zonaku ;) (kak zona, dpt tak kad saya??). Happy dapat kad raya, terasa macam dapat surat centa plak.Hee..




Jard mmg peminat Abc Fradoo ;p


Semalam juga ku pergi bershopping dengan si centahati. Actually aku tak shopping pun, teman dia je. Baju raya aku dah ada dah. Lelaki kalau shopping senang je kan. Nampak berkenan terus beli. Tak payah nak pergi 2 3 4 5 8 tempat (err..merujuk kepada aku ke? ;P). Pastu kalau kedai tu ada jual semua, semua jugaklah dia gi borong dalam kedai tu. Dari baju melayu, kain pelikat sampai la songkok. Senang. Semudah ABC ;)



Oit syg, pehal buat muka budak sekolah? Nak kena sekeh? ;p
Ini olang banyak buat idup wa sinang la (tetiba feeling apek plak)


Lepastu, sudah tentulah iftar bersama2. Memula kami plan nak makan pizza hut, sekali sampai kat depan pizza hut tu, ada note terpampang "ALL TABLES ARE FULLY BOOKED". (T__T) Hampaaanya kami. Padahal masatu baru pukul 5.30 ptg. Huhu. So kitorg decide tuk berbuka kat secret recipe je.



3 types of foods for 2 person ;)
Kami mmg suka makan. Aum! Aum! Nyum!


Aku sudahi entry berbaur ceria ni dengan 1 gambar misteri. Masa nak balik tu, tetiba mengada nak bergambar ngan cik Lisa. Mintak tolong centahati snapkan. Inilah hasilnya..ada asap putih..huhu..apa asap tu?






Oklah, tak jadi pulak nak misteri2. Sebenarnya asap putih tu asap rokok si centahati. Haha. Boleh pulak masa snapkan gamba ni dia tgh hisap rokok.Terima kasih syg sebab bagi effect seram kat gambar ni. Tak payah susah2 pakai adobe (T_T)


Tuesday, September 15, 2009

Terima kasih ;)

Terima kasih semua atas pendapat2 korang pasal entry sebelum ni. I really appreciate it. Betul2 sgt membantu. Untuk makluman semua, Lisa tak pernah terlanjur dengan Azmi, dia tak dapat tinggalkan Azmi sebab sayangggg sangat dengan lelaki tu. Terlalu sayang. Dan juga kesian.Lisa mmg deserve lelaki yang jauh lebih baik dari Azmi sebab Lisa ni baik dan pandai orangnya. Aku dah nasihatkan dia dengan pendapat2 yang korang bagi.


1) Aku nasihatkan dia untuk putus. Memang dari dulu aku dah suruh dia buat. Tapi alasannya tetap sama. Sayang. Kalau boleh dia tinggalkan Azmi, dah lama dia buat. *Sigh*. Aku pun tak tau apa yang buat dia sayang sgt dekat Azmi. Even Azmi dah bodoh2kan dia, tetap juga dia sayang. Sampai satu tahap, aku syak Azmi dah "mandrem" si Lisa ni. Tapi tula, tak baik syak wasangaka, tapi kalau fikir logik akal, Lisa tu berpelajaran tinggi, takkan dia tak boleh fikir baik dan buruk. Hmm..dia tetap nak kat Azmi tu.


2) Aku nasihatkan dia tuk buat solat istikharah.Minta petunjukNya. Dia cakap, InsyaAllah akan buat. Semoga dia akan mendapat petunjuk ;)


3) Aku nasihakan dia tuk rujuk pakar kat JAIS. Lisa cakap dia dah pernah suarakan hasrat tu kat Azmi. Tapi Azmi taknak. Takut dengan ustaz katanya. Masa aku dengar jawapan Lisa ni aku terkejut. Dalam hati "Apa yang Azmi takut sangat dengan ustaz ni. Bukan ustaz makan orang. Minta nasihat dia je". Akhirnya mereka berdua pergi ke unit kaunselor Uitm sahaja. Tapi tak berjaya juga ubah si Azmi ni


4) Aku nasihatkan dia untuk terus terang sahaja dengan ibubapa dia. Betul cakap Hemy, semua ibubapa mahukan yang terbaik tuk anak2 mereka. Memang secara mata kasar, Azmi dah penuhi kriteria menantu pilihan mereka, tapi sebaliknya?? Aku yakin parent dia tak kan malu tuk batalkan majlis kalau tahu perkara sebenar. Tapi Lisa cakap, belum ada kekuatan tuk berterus terang. Ishhh..dia cakap macam tu seolah2 macam taknak lepaskan Azmi. Sebab dia tahu, bila dia terus terang, kemungkinan besar family dia terkejut dan akan putuskan hubungan mereka. Itu yang terbaik, tapi aku tak faham kenapa Lisa susah sangat nak terus terang dengan familynya.


5) Lisa minta pendapat aku tuk bawa Azmi berubat secara batin (contoh: Darussyifa') sebab katanya, Azmi bagitau yang dia sekarang dah tak macam dirinya sendiri. Macam ada benda lain yang dah menguasai dirinya. Lisa nak tolong ubahkan Azmi. Aku terkedu. Dalam masalah ni, aku terfikir, yang patut diubatkan ialah Lisa, bukan Azmi sebab aku rasa Lisa ni lagi "sakit" dari Azmi.Hmm..


Aku dah jalankan tugas sebagai seorang kawan. Aku dah nasihatkan dia dan akan terussss nasihatkan dia selagi boleh. Semoga pintu hati dia terbuka tuk lepaskan jantan tu. Terima kasih banyak2 sekali lagi atas pendapat korang semua. Sama2 kita doakan yang terbaik tuk Lisa ;).


Sunday, September 13, 2009

Apa yang patut aku nasihatkan?

Kawan aku seorang perempuan. Lisa namanya (bukan nama sebenar).Perhubungannya dengan si lelaki ( Azmi, juga bukan nama sebenar) dah masuk tahun ke enam. Awal tahun depan mereka akan bernikah. Masalahnya sekarang ialah si Azmi tu KAKI PEREMPUAN. Even Lisa ni dah tau si Azmi ada perempuan lain dibelakangnya, dia dah tak ambil peduli. Pada mulanya, diawal2 perhubungan, memang Lisa histeria bila dapat tau dia dimadukan. Tapi bila dah lama2, dia jadik tak kisah. Dah immune katanya. Diawal 3 tahun pertama, memang sikap kasanova Azmi menjadi2. Bukan setakat curang dengan seorang dua perempuan, tetapi ramaiiii termasuklah janda dan isteri orang. Lisa memang selalu makan hati, menangis siang malam dan banyak kali minta putuskan hubungan tetapi Azmi taknak lepaskan. Azmi terlalu sayangkan Lisa dan berjanji akan berubah. Lisa bagi peluang atas rasa sayang (kalau aku mmg tak lah!). Sikap Azmi semakin hari semakin berubah katanya. Semakin baik. Tak main perempuan lagi. Hubungan mereka bertambah baik. Keluarga masing2 dah rapat.


2 minggu lepas mereka menghadiri kursus kahwin. Habis sesi tengahari Azmi minta tolong Lisa untuk menjaga begnya sebab dia mahu ke tandas. Tiba2 telefon Azmi di dalam beg yang dipegang Lisa berbunyi. Tergerak hati Lisa untuk baca sms yg sampai. Sebelum ni mmg dia tidak pernah usik hp Azmi. Tapi kali ni tak tau kenapa, tergerak hati tuk baca msg yg sampai tu.Rupa2nya dari seorang perempuan. Gaya bahasa manja, bersayang abang. Berderauuu darah Lisa. Menggigil tangannya sewaktu baca sms perempuan gatal tu. Dibuka inboxnya. Penuh dengan sms dari perempuan tu. Kecewa teramat sangat. Dia tak sangka Azmi yang kononnya dah berubah selama ni, pasang lain dibelakangnya. Paling Lisa kecewa, dia telah diperbodohkan selama ini.


Lisa dah ambil keputusan untuk putus seputusnya dengan lelaki tak berguna tu. Setelah kantoi, Lisa paksa Azmi mengaku adakah selama ini dia setia. Azmi menjawab tidak. Dia meminta maaf bersungguh2 kat Lisa. Sekali lagi Lisa terasa amat bodoh dan perkara yang paling tak boleh diterima oleh Lisa, Azmi mengaku dah pernah terlanjur dengan beberapa orang perempuan sebelum ni.


Keluarga masing2 dah berbincang tarikh nikah. Ibu si Lisa dah war2kan kepada semua org yang anak gadisnya ini akan bernikah tak lama lagi. Baju nikah semua dah ditempah. Tapi akhirnya jadi macam ni. Lisa buntu dan malu. Tapi dia masih merahsiakan perkara ini dari keluarganya. Belum bersedia. Hanya dengan kawan2 terdekat diluahkan untuk mintak pandangan.


Azmi, macam biasa tetap merayu2 tuk Lisa terima balik cintanya dan sekali lagi berjanji dan bersumpah untuk berubah. Katanya selepas berkahwin akan tutup semua buku2 lama. Lisa tak tahu nak buat apa. Dia sudah memaafkan Azmi kerana terlalu sayangkan Azmi dan bersedia tuk terima Azmi kembali jika dia betul2 berubah. Azmi minta tolong Lisa tuk ubahkan perangainya.Tapi Lisa tak tahu sekarang adakah Azmi akan betul2 berubah dan bolehkah dia ubah perangai kaki perempuan selepas kahwin nanti.


Lisa minta nasihat aku. Apa yang patut aku nasihatkan? Aku sayangkan kawan aku ni dan tak mahu dia menyesal dengan keputusan yang dia buat nanti. Memang kalau ikutkan perasaan, aku nasihatkan dia tinggalkan je jantan tak guna tu. Bodoh betul! Gerammmmm aku! Tapi kalau ikut akal, aku tahu bukan senang bagi Lisa. Kalau boleh dia tinggalkan Azmi mmg dari dulu lagi dia buat.Dia teramat sayangkan lelaki tak guna tu dan dia pun kena fikirkan perasaan orang lain jugak. Sebab perkara ni melibatkan banyak pihak. Keluarga terutama sekali. Hmmm..Kalau terjadi kat kawan korang. Apa korang buat??







P/s: Lisa bagitau yang dia akan betul2 tinggalkan Azmi jika Azmi HIV positif. Hmm..


Friday, September 11, 2009

Mata Raya



Mata raya sudah tiba. Masalah "mata lari" tak akan berlaku lagi ;) Contact lens yg dipakai ni adalah diimport khas dari Korea.Brand Geo Lens.For those yang suka pakai contact lens color, its very recommended. RM 27-RM 39 sepasang and lasting for 1 year. Sgt berbaloi baloi kan? But it depends on tahap kebersihan si pemakai la. Lagi bersih lagi lama tahan. Contact lens ku berjaya tahan 6 bulan.Tapi sebenarnya contact lens tak berapa elok pakai terlalu lama sebab banyak kotoran2 degil berkumpul kat contact lens tu. Anyway, geo lens ni sangat selesa dipakai and give no harm to your eyes.Diameter contact lens ni pun lagi besar dari contact lens biasa. Jadi bila pakai mata akan jadi bulat & besar. Hehe. Sesiapa beminat boleh order disini. Jom sama2 bermata raya ;)



Bukan pakai saja2 eh, tu tgk power tu. Kerabunan tahap maksima.
Huhu. Ada sesiapa nak sponsor Lasik?




P/s: Perasan tak ada pembaharuan di sidebar blog ni? Scroll bawah sikit. Sudah ada gambar2 comel ;) Terima kasih bebanyak kat cikgu Izza. Susah bangat buat benda tu. Sampai juling2 biji mata aku tgk coding. Finally I made it. Yay! Izza, i owe u one ;)


Wednesday, September 09, 2009

Two Thumbs UP!

Harini 090909. Tarikh cantik. Tahun depan 101010 pulak. Tahun lagi satu 111111(wuiyoo!). Setiap tahun ada tarikh cantik dan setiap tahun jugaklah orang berebut nak buat majlis besar masa tarikh tu. Perlu ke camtu? Itu kan hanya nombor je. Apa yang best sgt? Tarikh tak penting janji peristiwa indah yang terisi pada tarikh tu lagi penting. Betul tak? Apa2 jelah, janji beri kebahagiaan kepada mereka ;)

Ishh..apa yang aku merepek ni. Tetiba tersasar dari tajuk. Sebenarnya, aku just nak share aktiviti aku pada hari yang bertarikh cantik ni. Harini, aku ngan Caca pergi tgk wayang!.Tgk wayang di petang hari pada bulan puasa adalah dugaan yang hebat bagi kanak2 yang berumur 9 tahun. Yang mana kanak2 itu sgt sukakan popcorn dan dugaan yang lebih hebat lagi baginya apabila duduk di sebelahnya ialah jejaka India yg sedang enak mengkudap popcorn. Hahahaha. Kesian pulak aku tgk budak kecik ni tapi dia yang beria ajak tgk wayang. Bosan katanya kat rumah. Dia cuti harini sebab exam UPSR. Tapi nasib cerita yang kami tonton tu berjaya membuat mata dia tertumpu penuh semangat kat skrin wayang dari menjeling popcorn org sebelah. Haha.

Serius, cerita yang kami tonton tadi sgt best. Even cerita animasi tapi penuh dengan mesej kasih sayang, kelakar & adventerous. Ala2 cerita Geng Upin & Ipin tu tapi versi hollywood. Sampai ada satu scene, airmata dah bergenang tunggu masa nak meleleh je. Tu baru kakaknya, adiknya mmg dah selamat meleleh airmatanya. Memang feel betul si Caca tgk cerita ni. Terus lupa pasal popcorn.Sebenarnya dah lama dah cerita ni ditayangkan tapi baru berkesempatan nak tengok.Better late than never kan? ;)


Kami tonton cerita ini


Two thumbs up for UP!
Caw! Caw! Rawr! Caw! Caw! Rawr!


P/s: Ku bagi 4.5/5 stars ;)


Saya sudah dapat, anda?


Kad raya pertama pada tahun ini
Hehehe..shantek bukan?
Terima kasih kepada lalan ;)


Ye..tau teknologi sekarang dah maju, dah ada e-card, kalau kat facebook tu bukan setakat dapat e-card, kuih raya, bayu raya, duit raya pun boleh bagi senang2 je, sampai aku dapat 1 bank tuk duit raya. Haha. Tapi aku suka yang tradisional. Kad raya. Perasaan dapat kad raya 5 kali ganda best dari dapat e-card. Kalau kad raya, feeling je baca apa yang si penghantar tu tulis. Seronok! Dengan tulisan, dengan pantun, dengan lukisan, semua original dari tangan si penghantar. Kalau e-card, tgk tulisan je perasaan dah mendatar. Hee.Tapi tu bagi aku la, lain org lain citarasa. Manatau ada org lagi suka dapat e-card dari dapat kad raya.

Semalam dapat msg dari Sis Wafa. Kami bertukar2 alamat sebab dia mahu send kad raya. Weeehuuu~ Bertambah lagi koleksi kad raya tahun ni. Jom sahabat handai semua, kita tukar2 alamat. I give u kad raya, u give me kad raya too ;)


P/s: Nama biskut semalam ialah Biskut "Coating Chocolate". Kacang + cornflakes disalut ngan chocolate. Tak ada yg berjaya menjawab. Tihihi

Monday, September 07, 2009

Bila hari raya, biskut raya wajib ada













Almond London yang crunchy&chocolaty.Nyummmy~



Biskut apakah ini? Siapa betul dapat hadiah ;)


Sunday, September 06, 2009

Bloggers together-gather

Weeehuuu. Aktiviti gathering para bloggers kembali lagi. Kali ni buat dekat Shah Alam.Kami semua berkumpul dekat Masjid Shah Alam dulu untuk solat Maghrib. Masa ambil wuduk, terserempak dengan Jard, Kak Aim-a, Kak Ruby, Kak Dalia & Kak Ochee. Then, after solat, jumpa plak ngan John, Joegrimjow (adik Jard ;p) yang pemaluuuu & kak Zonakuuuu. Tak tau kenapa aku excited jumpa sama kak Zonaku. Hee.

Kami terus ke Nyoya Kitchen, Plaza Masalam. Masa sampai, jumpa lah ngan bloggers yang lain, Kak Masy, Kak Wafa,Hemy, Shahrul (nama sebenar), Kueh Bakar dan Anne. Duduk2 je terus aku melantak. Lapar bangat time ni. Lauk2 pun memang superb la. Oh sedapnya~~



Pinggan aku ke ni?? Macam tak percaya je ;p


Sambil2 makan, sambil2 snap gambar. Kata blogger kan. Lol

Mereka 1st time aku jumpa

Sis Ochee, Sis Dalia, & Sis Zonaku.
(Nape tutup hidung kak zona? Kak Aim-a kentut eh? hee)



Mereka 2nd time..eh..tak..3rd time aku jumpa
Kak Wafa & Jard yg sentiasa ceria
(regular customer Fradoo nih ;))





Sis Aim-a yg comel bangat & Kak Ruby
(huhu..pesal dorang tak pandang kamera nih. Aku syok sendiri kah?)


Di meja sebelah. Ada 5 orang jejaka (tak aci tau semua duduk 1 meja..haha).Mereka ialah..




Joegrimjow yg malu2 ;p, Shahrul (nama sebenar) & Kueh bakar (bukan nama sebenar)
(kueh mungkin terlalu konyang? Ngee)


Oh, perasan tak kek bertulis KUEH itu. Kek tu sgt sedap!!! Kak Wafa buat khas tuk Kueh sempena birthday Kueh. Sweet~



Seorang lagi jejaka ialah Hemy selaku potograper berjaya. Beliau pun 1st time aku jumpa. Time ni semua orang berpusu2 menangkap aksi birthday boy potong kek secara simetri.




Anne & Kak Masy selaku pengutip hutang ;p
( Kak Masy, jgn marah aku tempek gambar ni..hee)


Masa nak balik. Aktiviti bergambar berjemaah.


Kak Ochee gi mana?





Oh ya..sorang lagi blogger jejaka ialah John. Berbaju hitam. 1st time jugak jumpa beliau. Baik orangnya. Masa nak balik aku tumpngkan dia, kak Aim-a & kak Ruby ke masjid sebab kereta mereka kat sana, dalam kereta masa nak gerak tu aku bagitau awal2, sorrylah kereta ni bau busuk sikit, sebab baru cat, John balas "Takpe..asalkan tak bau binatang". Binatang apakah? Tapi beliau pecinta binatang.Mungkin binatang yang tak berbau. Hehehe.



~Bloggers gathering 050909~
(gambar ehsan Encik Hemy)

So, kesimpulannya, gathering ni mmg happening. Dapat jumpa kawan baru. Blogger2 famous amos & restaurant yang best. Mmg berbaloi baloi lah ngan bayaran yang kami bayar. Lepas ni aktiviti bulan 11 pulak kan?. Weeehuuu~


P/s: Yang takde link tu sorry bebanyak. Tak dapat cari.Huu.Kalau baca ni tiggalkan link eh ;)

Saturday, September 05, 2009

Kawan






























Aku tak perlukan beribu2 orang kawan,
tapi hanya datang dan pergi..
Cukuplah kawan yg hanya boleh dibilang dengan jari,
tapi kekal sampai mati ;)



Thanx babes for a wonderfulcrazyfullstomach nite. Sayang korang lebih2!!



P/s: Plan nak sahur sama kawan2 tercinta. Jom!

Friday, September 04, 2009

Mempersembahkan.....


Weeewiiiitttttt..comelnya!!hai..boleh saya ngorat?





Wow! Sexylah awak ni..ada crystal effect..





Eh..tadi warna pink..ni warna purple pulak..





Mantapnya spoiler awak..boleh pinjam?
(terima kasih si cintahati sebb mensponsor spoiler itu ;))





Tergodanya ngan awak ni..comel sgt!



Heee..senyum sampai ke telinga ;)
Cik Lisa dah bertukar jadik Barbie's Car.
Ngihihihi :D



Wednesday, September 02, 2009

Melawat Cik Lisa

Kesian dia. Tampal sini sana. Huhu. Tapi kulit dia dah licin. Habis semua daki2, blackheads, parut2 dah hilang. Takde kemek2 dah.Sabar ye Cik Lisa. Tuk jadik cantik kenalah berkorban sikit. Adehh..aku yg tgk pulak terasa sakit (T__T).Takpe2, beauty is pain.















Cik Lisa dapat baju baru, harga minyak pun nak baru jugak. Terima kasih Malaysia tercenta (T_T). Ko pakai minyak kuning je la eh nanti Cik Lisa.














Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015