Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Tuesday, July 10, 2012

Jom Jombali.

Rupanya harini dah Selasa.Boleh tak ingat semalam ialah hari Ahad dan hari ni hari Isnin. Sebabnya semalam encek hubby cuti.Terlepas nak update blog dan yang sadisnya tak tengok #DejavuDiKinabalu semalam. Huhuhu. Takpe, nanti boleh tengok kat Tonton. 

Weekend lepas kami ke mana? Jalan2 cari makan sajok. Kami ke Jombali, Carrefour Wangsa Maju. Asalnya nak shopping barang2 dapur sekali tapi disebabkan terlalu ramai umat manusia (encek hubby memang tak gemar bersesak2 nih),jadi kami pergi makan je. Shopping barang2 dapur kat tempat tak ramai orang seperti NSK contohnya.Dahla tak berapa ramai orang, harga murah2 pulak tu :)

Mama & Aqil the Stitch :D
Ayah Aqil suka Aqil pakai baju2 costume gini, barulah baby2 katanya.Kalau pakai jeans ngan kemeja dah macam budak besar. Takmo Aqil besar cepat2 sangat.*Aqil kepasrahan* Haha.


 2 si bulat :)


Okla restoran ni. Selesa.Service pun bagus.Menu macam2 pulak tu.


 Opah Aqil :)
Semua menikmati bandung. Masa order tak perasan pulak memasing amik bandung, sekali air sampai semua pink. Saya order bandung sago, mak order bandung laici, encek hubby order bandung laici selasih.Senang kerja pembuat air.Ngihihi.


Nasi Goreng Chicken Chop saya punya :)
Memang sangat sedapppp dan portion sangat besar. Sendat perut menghabiskan nya.Harganya RM17.90.

Harga berpatutan, tempat makan selesa, makanan sedap, service pantas.Puas hati! Best restaurant to go.Oh, Jombali pun ada cawangan baru dekat Setapak Platinum.Sila lah terjah ok :)

9 comments:

Aty Fared said...

eerrr..betul gak asben awak cakap..hurrmm....kene carik baju2 costume ar lepas ni..[alasan nak shopping] ;p

Erina Asmawani said...

tula,ayahnya cakap nanti kalo dah besar dia dah xmo pakai baju2 costume ni..masa baby lah nak pakaikan dorang. Betul jugakkan :)

Sila shopping baju costume2 gini kat GM, banyak choice :D

Ryn said...

kesian aqil..redha pakai baju tu ye..nnt dah besar cakap x mo ea...hehehe

~misshuny~ said...

terluir tgk nasi goreng chicken chop..waaa

Izzatul Azma said...

hehe comelnya aqil pakai baju costumee. mmg ayah sama bulat ngan anak ni haha

izla said...

sedap pulak nampak air bandung tuh.
selama ni jarang sangat la order air bandung kalau makan kat kedai.

CaDLyNN said...

tgn aqil ketaq2...so chubby..

tq ena..nnti aku serbu..hahaha

Erina Asmawani said...

Ryn:
hehehehe..masa dia baby ni pasrah je lah, sikit lagi dah besar sikit mesti dia xmo dah pakai..

misshunny:
haaa..gi terjah JomBali nanti ok :)

Erina Asmawani said...

Izza:
Haa..tu junior ayah tu ;p

Izla:
ooo..yeke.Ena mmg suka bandunggg.Bandung cincau dapnyeee!

Lynn:
Ketaq2 taf ni aunty lynn..seklai dia dah rentap rambut mama dia.. sakit woooo

Sila terjah..silaa..hehehe









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015