Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Thursday, August 30, 2012

Aqil Hamzah 6 bulan :)

Alhamdulillah. Dah 6 bulan anak mama ni. Syukur. Semalam ke klinik untuk monthly checkup.Macam biasa prosedur ukur panjang dan berat dia dulu sebelum kena jab Hep. B dos ketiga.


Biasalah, klinik takde orang..posing2 tangkap gambar dulu dengan ayah. Tihihihi
Masa kena jab punyalah nangis menjerit dia, saspen kejap mama.Rupanya nurse kata dos ketiga ni memang pekat sikit. Huhu. Tapi syukur Aqil tak demam. Memang nurse pun cakap jab yang ni baby tak demam.


Aqil si gubab mama ni berat sekarang dah 9.5kg. Panjang mantain 68cm. Alhamdulillah :) 

Makan pun berselera je dia. So far dah bagi dia blended nasi campur dengan ikan bilis dan jugak blended nasi campur kentang. Nyumm! Memang dia tak tolak la..menganga je.Tunngu 4 hari baru tukar menu lain. Kekadang macam tak sabarrr je nak tunggu 4 hari tu, nak cepat2 je bagi menu baru kat Aqil. Tapi 4 days rule ni penting sebenarnya untuk baby yg baru nak makan blended ni sebab nak tengok sesuai ke tidak menu tu ngan penghadaman dia. Alhamdulillah Aqil takde masalah poo poo lagi. Memang lancar je. Nak2 dah makan macam2 ni kan, memang sebakul la poo poo dia sampai terbobos2 (bocor) diaper. Kentut pun dah "wangi" semacam sekarang. Kekadang ingat dia poo poo, sekali check takde pun. Kentut je.Huahuahua. Cerelac beras merah tetap bagi petang2, selang selikan dengan biskut Farley's rusks tu. Kalau harini cerelac, esok biskut sedap tu pulak. Tapi biskut Farley's tu maniss sangat kan, patutlah Aqil suka. Mama dia pun suka :P. Lepasni nak kurangkan la bagi biskut Farley ni, nak bagi puree buah petang2. Lagi sedap ye dok? :D

Perkembangan Aqil sekarang dah pandai macam2.Tangan dah pantas je..semua nak pegang, semua nak tarik, nak cubit, nak tampar, nak tepuk, nak raba.Habit sekarang kalau tengah menyusu tangan dia pun sibuk nak beraba2. Raba ketiak mama la, raba perut la, kekadang tu dicubit2nya perut kita. Agaknya syok kan sebab kenyal2 berlemak gitu. Huhu.Kalau tukar diaper, tangan dia lajuuu je nak mencapai bebird dia. Kalau dah dapat ditarik2 nye pulak. Hahaha. Lucu betul keletah awak ni Aqil.Pernah sekali tu ayah dia tengah breakfast, Aqil ngan mama dia ni duduk sebelah. Aqil geramm je tengok ayah dia makan, sepantas kilat dia capai kertas bungkus mihun ayah dia tu. Mujur tak terburai ke lantai. Memang cepat je tangan dia sekarang.Lepastu dah pandai genggam tangan pastu bukak (pak cekur udang gamit).Meniarap masil malu2 lagi. Hehehe.Duduk dah lama (tetap kena jaga2 jugak, bubuh bantal keliling dia).Dalam walker dah pandai gerak2..tapi kebelakang je la. Gerak ke depan belum lagi.



Mandi memang tetap feveret dia. Pecinta air punya baby.Hydrophilic!  :D

Aqil dah 6 bulan maka mamanya pun dah dapat Diploma of Breastfeeding :D Syukur..masih menyusukan Aqil secara ekslusif lagi. Masih ada rezeki Aqil Hamzah. InsyaAllah akan teruskan sampai ke tahap PHD. tak dapat jadik prof betul, jadik prof of breastfeeding pun ok la kan. Yang penting niat dan usaha. Kena yakin dengan diri sendiri :D



P/s: Tak sabar nak try resepi2 dari buku yang Amal share kan. Thank u so much mommy Shaheem. Sharing is caring :D







13 comments:

Ena's Palace said...

tomey je dok dalam air tu...kental² je badan dia...

Linda Musa said...

Hydropholic ye ina? Ekeke...

Mommy_Cha said...

yang duduk dlm air tu rasa nak gigit jer bdn tuh..amboih kemain suka nyer dia....best nya dah dpt diploma BF hehehe...patut la bdn si aqil berketul-ketul susu natural tanpa bahan pengawet rahsia nye yer? hehehehe...muah2 to aqil...:)

Pn. Akmar said...

wah....comel betul baby aqil...seronok jd mama kan?? tak sabar nak tunggu kelahiran baby dlm perut ni...senang buat mknan baby sendiri kan? hehe...selamat dan bersih malah terjamin halal..hehe

izla said...

kejap je dah 6 months kan.
semangat si aqil ni.
sama mcm si zarif gak, suka main air!

p/s: slmt hr raya,
maaf zahir & batin

aTy _faRed~ said...

aqil dah nak same berat ngan beras..!!! semangat..kental tol badan die tu...:) sekejap jer kan dah 6 bulan...dan tahniah dah dapat diploma of breastfeeding..hope aty pon dapat lepas kan 6 bulan tu..insyaallah..:)

Juliet said...

Aqil debot bot bot bot!! Ey, cubit kang! Opss.. tak tak.. kiss jer :-*

Ey, comel sgt. Tgk la esok lusa mommy sophea dtg merisik jgn terkejot! Hahahaha! *mcm hindustan plak pempuan minang lelaki :')

Mak oi.. berat 9+kg nih.. Kalau mommy fea nk dukung ni mau patah 40 tulang temulang *_*

Congrats ena on the diploma of breastfeeding. Hihi! Design la certificate.. pastu ltk gmbr Aqil 6 month, then frame kan! Uhh, shiookknyer :D

PUAN SUE said...

aqilah suke puri labu!! hihi

CaDLyNN said...

comelnye aqil..tembam!:)

Erina Asmawani said...

Kak Ena:
hehe..maceh aunty Ena :D

Linda:
yela..kena apply term chemistry gak..hehehe

Erina Asmawani said...

Mommy Cha:
Yela mommy..itulah rahsinya.Hehehe. Aqil muah muah mommy Cha balik. Muah sekali dekat Mikha :)

Akmar:
Seronok sangat! :) InsyaAllah Akmar pun dapat rasa nanti bestnya jadi mama. Moga semuanya dipermudahkan ye :D

Erina Asmawani said...

Izla:
tu laa...memang terasa sangat kejap. Huhu. Rasanya semua baby suka air kan. Camat hari raya..maaf zahir batin :)

Aty:
thank u Aty. InsyaAllah Aty pun boleh. Hehehe..itulahnya. Tiap hari gendong seguni beras tu..memang boleh tmbuh segala muscle ;D

Erina Asmawani said...

Elina:
Metacey mommy Fea :)

Awww..mommy fea nak dtg merisik Aqil la. Jeng jeng jeng.

Haa..tau xpe.I pun kekadang sakit belakang dukung dia.Takpelah, ini barulah pengorbanan n kasih sayang mama dekat anaknya kan :)

Good idea!! I nak buat lah nanti. Hehehe

Sue:
oh..Aqil tak pernah makan labu lagi. Nak try tapi takut angin..nanti nak buat jugaklah ;)

Lynn:
Metacey Aunty Lynn :D









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015