Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Monday, September 03, 2012

Setia City Mall :D


Jom Aqil kita pergi jejalan! :D


SCM adalah shopping mall baru yang best! 2 minggu lepas rasanya kami ke sini. Kaki melangkah je masuk mall ni terus jatuh centa. Dahla nak pergi ke sini tak jem (kalau dari Shah Alam lalu NKVE amik exit Setia Alam, 10 minit dari exit tu dah sampai dah), parking banyak dan yang bestnye tak ramai umat manusia. Mungkin sebab shopping mall ni pun baru je 4 bulan beroperasi jadi tak berapa ramai yang tahu, lagipun dekat tempat yang baru nak membangun.


 See..the parking lot is very kosong. Dapat parking betul2 depan lif. Syiokk!

Seronok jejalan dalam ni sebab macam2 ada. U name it, they have it! Kalau fashion ada Guess, Zara, Nichii, Mango, Esprit, Uniqlo, Padini Concept Store, Brands Outlet,F.O.S, Hush Puppies, Giordano,Cotton On.H&M.Lagi ape eh? Haa..Dressing Paula yang ada baju comel2 tu ada jugak.Restaurant pun ada macam2.Seoul Garden, Tony Roma's, T.G.I Friday, Sushi King, Subway. Lepastu Chatime, Delicious pun ada. Ahh..banyak lah. Tak ingat semua tapi tempat makan best2 ada kat sini. Ada Parkson, Daiso & Urbanfresh jugak. Urbanfresh ni supermarket ala2 macam dekat Aeon tu la. 


Kena buli ngan ayah! Oooo..ooo *bunyik owl* :D
Daiso ni memang berhantu kan, asal masuk je dalam ni mesti ade je barang yang nak dibeli. Masa ni beli bekas simpan makanan Aqil. Comel2. Set of 4=RM5. Boleh panaskan dalam microwave lagi. I like! :D

Yang lagi best, kedai barangan2 baby semua satu level je. Jadi senang nak jejalan dari satu kedai ke satu kedai. Yang ingat ada Mamours & Mothercare. Oh..Lovely Lace Baby pun ada.Ok, ni yang tak best.Jaga2 ok bila masuk Mamours. Kat sana,salesgirl dia akan ikut je kita lepastu nanti dia bagi toys(yang baru dia bukak dari plastik) kat baby , dah tentu2 lah baby akan grab & masukkan dalam mulut mainan tu kan. Tetiba salesgirl tu cakap"Wahh! Your baby suka lah dengan mainan ni!" dan terus promote toys tu.Masa kejadian berlaku tu saya pandang encek hubby. Encek hubby pandang saya. Krikk krikk krikk *background bunyi cengkerik*. Terus tak pasal2 kena beli toys tu sebab yela, baby kita dah amik, dah masuk mulut, berlemuih dah mainan tu dengan air liur dia,takkan nak pulang balik. Kalau tarik kang confirm2 Aqil jerit sakan. Marah dia kalau dia tengah syok2 main mainan (kertas ke kain ke),kita amik balik. Licik betul taktik Mamours ni kan nak suruh beli barang. Bahaya! Mujurlah mainan tu pun murah je. Kot yang harga ratus2 tu memang pengsan la nak beli.Hehehe.Oh,baby room pun sangat la cantik, bersih & very cozy!Takde masalah nak tukar diaper & susukan baby :D




Kebetulan masa pergi ni,esoknya ialah anniversay kami yang ke 6 tahun. Anniversay kapel yo.Gedik kan dah kawen pun nak ada annivesary kapel lagi.Wiwwiwi. Eh, op kozlah kena ingat tarikh bersejarah ni sebab tarikh ni lah detik percintaan kami berputik. Ececeh.Dan disebabkan itu,dengan baiknya encek hubby belanja makan dekat Seoul Garden. Yeayy! lama dah ngidam nak makan kat sini. Akhernyaa..dapat makan dengan sepuas hati :D



Macam tak percaya je dah 6 tahun bercintan cintun.Moga kekal rasa sayang & cinta ni sampai akhir hayat. Aminn. Ailebiu banyak2 lah sayang! ;)


Oh sambung cerita pasal Setia City Mall lagi. Sangat sejuk mall ni, jadi disarankan kepada yang bawak baby tu kena bawak blanket sekali sebab memang sejuk. Kita yang dewasa ni pun terasa sejuknya apetah lagi yang baby kan.Lepastu kalau penat berjalan, jangan risau, tiap sudut ( dekat tengah2 pun banyak) mall ni disediakan kerusi yang comel2 untuk korang rehatkan badan .Tempat yang sesuai untuk family bershopping dan jalan2 dan juga beriadah sebab dekat luar shopping mall ni ada taman yang cantik siap ada tasik & air pancut lagi. So,mark this place as your new favourite place to go ok! 


P/s: Pehh..dah macam duta SCM pulak dah. Tihihi.

6 comments:

Izzatul Azma said...

Izza pun suka sangatttt SCM ni !! Best sebab kedai dia semua sederet jee jalannnn je sampai hujung pastu belok sket je kiri kanan. Confirm tak sesat nak cari parking nnt hahah besttt

CaDLyNN said...

lepas ni aku terjah..hehehe..

Masy said...

bile laaa akak nk pegi neh huhuhuhu

Aty Fared said...

comel ar cekakaqil..dah nampak macam gegerl lak...;p

Erina Asmawani said...

Izza:
kannn..pastu kedai dia kecit2 tapi semua ada. Syiokk! dan tak memeningkan. Parking pun tak sesat :D

Lynn:
Sila sila..hehehe

Erina Asmawani said...

Kak Masy:
Dah berjaya pergi kan..hohoho

Aty:
Itulahnya..pakai pulak pink. Memang nampak cam pompuan :D









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015