Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Thursday, April 18, 2013

Review Mother & Baby Expo

Lama pulak tak update blog. Busy yo. Nak cerita pasal Mother & Baby Expo yang kat stadium tu la.  Dah lepas dah pun tapi nak cerita jugak. Hee.Siapa yang pergi angkat tangan!! Mama Aqil pun pergi. Hari Jumaat lagi dah pergi.  Memula terasa macam tak nak pergi sebab bila anak dah besar ni kan, expo2 baby ni macam dah tak berapa penting dah. Nak beli diapers?? Rasanya kat Giant ngan Tesco pun selalu je jual diapers murah.Dulu selalu pergi baby expo sebab nak beli diaper MamyPoko dengan Whoopee. Sekarang Aqil pakai Petpet je.  Baby wipes? Dah tak selalu pakai dah. Kalau Aqil poopoo, basuh je kat bilik air je. Baju2? Err..kat GM Klang pun boleh dapat murah kot.Comey2 lagi bajunya. So ape nak di beli kat baby expo ni..cer cakap?

Sebabnya kata ada booth Anakku kan, tu yang buat mama Aqil ni gigih nak ke sana. Mission nak carik baju raya Aqil. Semangat kan..puasa belum lagi tetiba nak beli baju raya dah. Eh..mesti! Nanti bulan puasa dah boleh rilek2 je :) Hari Jumaat lebih kurang pukul 3 petang, masuk je stadium Melawati (tempat expo ni diadakan), macam..woahhhhh!! Lengangnya!! Serius lengang. Teruja la jugak sebab sebelum2 ni pergi expo2 gini punyalah ramai umat maknusia.

Mula lah expidisi berjalan2 dari booth ke booth cuci2 mata. Disebabkan lengang, sejuk je air cond dalam tu. Santai jela. Takde nak sesak2 bagai. Jalan2, tengok2 harga baju baby, rompers. Ada yang jual murah (RM5-RM10). Ada yang jual tak berapa murah. Ramai preggy mommies bawak perut comey tengah gigih memilih baju. Teringat masa time aku dulu..perut besau2 pun gigih semangat kental redah expo kat MidValley nun. Pergi seawal pagi, rela menuggu depan hall yang belum bukak lagi. Memang semangat sungguh. Tapi seronok bila ingat balik :D

Booth ni paling ramai. RM5 je segala topi, seluar, legging, stokin, bib, rompers.
Aku ade beli 2 bib kat sini tapi sedihnya sampai rumah tengok plastik yg ada bib tu takde. Cicir kat mana ntah. Huhu. Takpelah, takde rejeki.


Gila besar diaper "olok-olok" ni. Kononlah ada booth diaper ke kan..sekali round pusing takde pon. Harapan palsu. Eh kejap..ada2..tapi diaper yang takde brand, direct dari kilang. Huhu

Banyak package breastpump yang berbaloi2 harganya. EBM storage, plastic, bottle memang murah. So, for mommy to be sekalian kalau nak cari breastpump, survey2 lah kat expo2 gini.


Booth Anakku. Misi mencari baju raya Aqil. Rambang mata tengok harganya. Belek2 baju ni, belek2 baju tu. Last2..takde pun yang berkenan di hatiku!! Baju untuk boy tak banyak sangat, yang ada pun design tak berapa encem. Huhuhu. Untuk baby girl banyak lah..comey2 pulak tu. Geram je nengok!


Jalan ke booth Bebe. Kat sini baru banyak baju baby boy yang encem. Less 50%-70% pulak tu. Berbaloi sangat sebab material kain baju Bebe ni lembut je. Sesuai untuk anak kita pakai di kala cuaca Malaysia sekarang yang amat panas ni. Lupa pulak nak tangkap gambar kat booth ni sebab asyik sangat memilih baju untuk anak bujang. Suka hati! :)

Jalan lagi jumpa baju comel ni.RM10. Beli!

Even Aqil anak Selangor, harus mama tanamkan semangat keJOHOran kat diri dia. Sebab mama Aqil anak Johor ok. Tanamkan?? Over sangat tau pekataan tu. Kihkihkih

Pusing2 dalam sejam. Lepastu balik. Paling best total spending tak sampai RM100. Kagum jap dengan diri sendiri. *Clap-clap*.  Memang target nak beli baju raya Aqil, so beli baju jelah kita. Syukurlah tak terbelanja dekat menda merepek2.

Ni lah antara benda "merepek" yang buat aku gerammmmm je. Beanbag! Murah kot..RM299, second RM1. So RM300 dapat 2 biji. Kiranya sebiji RM150. Memang murah compared ngan harga tempat lain. Dah la besau. Tapi mestilah hajat ditentang oleh encek hubby. Dia kata..tak penting pun. Hahaha. Yela..memang betul pun tak penting. Kang kalau beli serabut pulak pikir nak letak mana.


Ok, sekian review pasal mother & baby expo ni. Boleh dikategorikan sebagai ok2 jela.
2.5/5 bintang 



21 comments:

Riana said...

Ke;johor'an terserlah..haha..=)

erin said...

x pegi pun, sbb ada org ckp x best sgt, lgpun suamiku tu pantang dgn expo, x suke sbb ramai org dia ckp, sabor jelah

zonaku said...

hahahaha.. pelagi... lps ni baby girl la plak


tahniah berjaya x beli benda lain selain baju raya aqil... kagum!

anez zamri said...

anis pergi expo kat midvalley ritu..yang ni tak pergi dah..jauh..hihi

ayahmamilisa said...

kita pun pegi tapi ari sabtu..time tu memang ramai orang tapi dah tak best coz barang dah tak banyak..:(

puan.mila said...

ala xprnah merasa nak prgi expo cmni..Kuantan nan hado..sobs

SUHAIDA said...

su pi.dapat beli kasut aqilah je.untuk raya.kat bebe..tak byk yg menarik.baju pun mahal jugak.ingt nk beli bj raya jgk.tap mcm tak bkenan je

Unknown said...

zati tak pergi pun.husband kerja..huhu..cadangnya nak pergi pureen warehouse sales weekend ni..dgr kata baju murah2..

Aty Fared said...

Aty pon pergi...dan hnye beli sudu tt 14 hengget...heheh..asalnyer tak rase nk pegi pon...tp kbtln lalu nk hntar brg org..singgah ar sekejap...:-)

Erina Asmawani said...

kannnnnn...hohoho

Erina Asmawani said...

Memang kalo compared ngan maternity & childhood expo..yg ni agak kurenglah. Suami Ena pun tak suka gi tempat ramai2, rela dia duk umah jaga Aqil, Ena gi sesorang. Hehehe

Erina Asmawani said...

InsyaAllah kak..kalo de rejeki girl, girl lah adik Aqil pasni. Kalau boboy pun tak kesah..ley geng ngan Aqil :D

Mekaseh..mekaseh..haha

Erina Asmawani said...

Kat midvalley tu rasanya banyak lagi yg best2. Berbaloi2

Erina Asmawani said...

OOo..mungin hari Sabtu Ahad ramailah kan. Ena gi Jumaat memang tak ramai.Takp2, gi lenkali k :)

Erina Asmawani said...

Alahaii..kat Kuantan takde ye?? Huhuhu..tapi nak bersesak2 kat tempa gini yang tak best tu

cha said...

wah mesti rambang mata kan. ala sygnya dh beli tercicir plak. Luaskan kuasamu JDT :p

Erina Asmawani said...

kasut gigirl kat bebe memang comel2. Ena tgk aritu pun gerammm je. Kann..baju macam banyak tak comey2 je.Kena belek satu2

Erina Asmawani said...

oh..pureen sale baju memang murah2. Umat maknusia pun tersangatla ramaiii..Kena ada strategi kalau nak gi Pureen Warehouse ni.

Erina Asmawani said...

Hehhe..jadilah dari masuk tapi takde menda nak beli kan. Kalau yang jauh2 tu datang expo ni macam tak berbaloi2 je kan..

Erina Asmawani said...

Kali ni tak berapa rambang sangatlah cha..tulah, tak de rejeki. Yeahhh..luaskan kuasamu :D

Mimy Hamid said...

akak dah beli baju raya masa jcard sales...giler memborong ...sales 70%...lupa diri kaut kaut...heheheh...padahal raya ada beberapa bulan lagi kennnn....nnt jcard borong...best..brand polo markdown habis









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015