Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Tuesday, February 26, 2013

KFC Birthday Party Package :)

As requested by mommies..here we go! Nak share pasal pekej2 birthday party yang ada di KFC. Ada 3 pekej semuanya, minimum spend RM250+ per party. Tema untuk party ni Jungle Safari, memang tema yang disediakan oleh KFC.

Inilah minimum party package nya. 
Package A: RM250++
For 10 adults & 10 kids. 
Bagi kanak2, ada Chicky mini meals mereka sendiri. Boleh pilih samada nak ayam goreng & fries atau nugget & fries. Air semestinya milo (less ice). Masa birthday Aqil haritu mama Aqil pilih nugget & fries.10 adults ni bukan semestinya untuk 10 orang je, 1 barrel ada 21 ketul ayam. Jadi, pekej makanan ni cukup untuk lebih kurang 20 orang (10 dewasa ngan pasangannya).Air ada 10 je untuk dewasa, mak paknya kongsi2 la air. Barulah sharing is loving tak gitu??. Tak pun sharing sikit air milo ngan anak. Hehehe


Party Package B: RM 350++
For 15 adults & 15 kids.
Ada 2 buckets, 30 ketul ayam. Jadi mencukupi untuk 30 orang tetamu :)


Party Package C: RM450++
For 20 adults &  20 kids
Pekej ni yang mama Aqil pilih untuk birthday Aqil haritu. 2 barrels, ada 42 ketul ayam. Jadi mencukupi untuk lebih kurang 40 orang. Masa birthday Aqil haritu mama Aqil topap lagi  pekej combo bucket, nak bagi semua happy makan2. Biar lebih makanan, jangan terkurang. Betul tak?? :)  Jadi total semua yang perlu kami bayar haritu, package C ni + pekej combo bucket (15 ketul ayam) ialah RM551. Termasuk dah dengan taxes segala. Tapiiiiiii..bukan makanan je yang kami dapat dapat dalam pekej ni...


Yup. Kami dapat ni semuaaaaa!!!
For Freeeee!

Cool invitation poscards.
Sorry semua..tak sempat nak poskan poscard ni, terceruk je dalam laci. Disaat2 akhir baru teringat. Sigh.Eh, tapiiii..sesapa yang nak buat birthday party anak kat KFC nanti, agak2 kekurangan invitation card, dengan hati terbuka mama Aqil boleh kad bagi dekat korang :D


Attarctive party packs!!
Ada party hats, party folder, Safari board game & macam2 creative learning set. 
Serius comel semuanya.

Party packs.Macam2 ada . 


Disebabkan Aqil Chicky club member, Aqil dapat 1 kg kek birthday percuma! Boleh pilih perisa coklat atau vanilla. Nampak tak kek nya tu?? Lupa nak snap pic kek Aqil dekat2. Huhuhu.

Dan semestinya ada Chicky appearance (maskot KFC) dan juga fun games! Game ni depends ngan bebudak yang hadir, kalau ramai kanak2 macam 4-8 tahun, adalah game macam musical chair, tiup belon dan sebagainya. Untuk baby2 kecit macam Aqil & friends, game mencari harta karun yang sesuai untuk mak pak diorang main juga. Hehehe. 

Haaaa..semua ni termasuk dalam pakej..berbaloi kan with the price??? For me, serius berbaloi. Sebab tempatnya selesa, semua pun enjoy, makan kenyang dan yang penting, tak perlu penat2 dah lepas party. Tak perlu fikir pasal goodies bag lagi sebab party packs diorang memang best. Boleh baca pasal Aqil's first birthday party kat sini.

Berminat??  Simple steps to plan your party!


Lagi, antara yang mommies perlu tahu:

 *Tarikh mesti dibooking 2 minggu awal sebelum tarikh party.
* Outside foods & drinks are not allowed. Tapi kalau macam candy buffet, choclate2 semua tu boleh :)
* Duration party ialah 2 jam. Tapi boleh start 1/2 jam awal untuk setting welcome ke, candy buffet ke.
* Plastic & kotak tapau semua pihak KFC dah sediakan. Senang.
*KFC Extreme Park tempatnya sangat selesa untuk buat birthday party sebab tempatnya tak bercampur dengan customer lain. 
* Sesiapa berminat dan buat party di kFC Extreme Park boleh call 03-55103953/55103951

Apelagi momies, cepat2lah booking tarikh untuk birtday party anak kesayangan. Anak2 happy, kita pun happy :)



23 comments:

SweetLikeWhat said...

memang meriah besday party aqil nih..best jugak ye buat kat kfc..mak pak senang, tetamu pun happy.. ;)

Ummiarissa Mahdi said...

pernah sekali dapat jemputan ke party sebegini tapi di Mc Donald...party KFC ni tahu juga ada.bila tengok ni bolehlah budgetkan...tak pernah lagi sambut harijadi anak diluar.semua buat di rumah je...interesting kan..

PUAN THALHA : said...

wah suka! tq for this entry :)

D Yatie said...

Hari tu ad jg survey utk Arissa but then we decided to go for a vacation. Hehe.

sweethOneY said...

senang buat mcm ni ekk lepas party habis situ je takyah nk penat2 sgt hehe

Jard The Great said...

ohh.. bestlah ada party di KFC! my first time! hehehe

Erina Asmawani said...

Metacey. Syukur Alhamdulillah majlis macam dirancang. Betul2..tetamu happy, kita pun happy :)

Erina Asmawani said...

Memang interesting :) kalau antara McD, KFC ngan A&W, pekej birthday di McD paling murah..ada game juga tapi sebab kan mama Aqil ni suka makan KFC dan rasanya semua pun suka makan KFC, tu yg decided wat kat KFC. Hihi

Erina Asmawani said...

Most welcome :)

Erina Asmawani said...

Pergi vacation pun best, nanti 2nd birtday Arissa boleh plan kat sini :)

Erina Asmawani said...

Tauuu xpe..tu yang syok tu kan :D

Erina Asmawani said...

Best kan..tulislah dalam blog ko Jard. Hehehe

sri noraima othman said...

wah!!! meriahnya. nnt boleh try jugak nanti :D

diana zinal said...

salam,

i interested jugak nak buat birthday anak i kat extreme park kfc.. i nak tanya berapa orang adult u jemput? i kira-kira, tetamu adult i ada dalam 35 orang.. kids dalam 20 orang.. so, i nak amik pakej c... since tetamu adult i ramai, i guess i kene top up on the food lah kot...

Diana

Erina Asmawani said...

Wsalam.

Lebih kurang 40 lebih adults. Yups, rasa memang kena topup. Tapi boleh topup kat sana je..u amik pekej C ngan set combo paling banyak :)

Eyma Misae said...

Ni kfc ktne?

dilabiniabu said...

salam erina..

erina, saya one of ur silent reader.. since nama anak kite sama..aqil.. (^^,)sy ade baca blog awak ttg birthday party kt kfc kan.. alhamdulillah ade rezeki anak saya utk buat besday anak saya kt sana..tp, nk jadi ahli, x blh lak..sbb kad dh abis..saya nk minx tlg blh? heheh.. nk pinjam no ahli chicky club tu..sbb dpt diskaun & kek.. heheh..blh ke? klu x blh xpe ye...

Uni Aqilah said...

Tq for this entry. sebab tengah plan nak sambut birthday anak kat kfc jugak. :)

Uni Aqilah said...

err.. maaf sebab baru terbaca. aqil dah tiada? im so sorry!

Syilla watie said...

Kat sabah ade ke?

Syilla watie said...

Kat sabah ade ke?

zimo the clown said...

clown service here

www.mrzimo2014.blogspot.com

candy said...

Thanks for posting, me too nak buat bday party for my girl. Okie memang dah book with them. Best things is no need penat kemaskan rumah after that hehehe.









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015