Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Wednesday, October 23, 2013

Mereka menunggu kita di syurga :')

Assalamualaikum



Buat ibu2 yang kehilangan anak tercinta. Jangan meratapi ujian Allah ini sayang. Ye..memang bukan senang. Ujian Allah tidak ada yang senang. Tapi ujian inilah yang membuatkan kita kuat. Bukankah ujian diberi untuk hambaNya yang boleh menanggung ujian itu?? Kita insan kuat..kita insan terpilih. Bersabarlah dan redhalah. Setiap yang terjadi pasti ada hikmahNya. Allah Maha Mengetahui, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.



Disamping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud)



Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, di alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar,hisab,mizan dan sebagainya.


Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah." (HR. Bukhari dan Muslim)

Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamnanya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu?Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. "Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.

Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.

Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memgang air tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"

Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku,apakah kesalahanmu,apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka?Begitulah ratapan mereka.

Berkata Malaikat: "Wahai wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad SAW." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, maka Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berda dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat. Petama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, yang kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim yang ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.

Firman Allah SWT yang maksudnya : "Pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira. " (Ad-Dahr: 11)



Indah bukan? Perpisahan ini hanyalah sementara.Kita terpisah dengan anak tersayang di dunia tapi dengan izinNya, kita akan bertemu semula dengan anak tercinta kita di sana nanti. InsyaAllah. Ini adalah janjiNya. Kita di sini kena berusaha kuat untuk sama2 kita berjumpa dengan anak tersayang kita di sana kelak. Anak2 kita, wildan kita sedang menanti kita, saham syurga kita :')

Coretan indah di atas telah dikongsikan oleh Kak Hanis, seorang ibu tabah kepada Maryam Saffiyah, ahli syurganya yang telah pergi 3 tahun lepas. Dan Allah telah kurniakan Kak Hanis pengganti Maryam, Yasmin yang sangat comel dan indah, seiras Maryam. MasyaAllah..Allah Maha Adil kan.

Coretan ini juga saya kongsikan kepada semua ibu2 tabah di luar sana. Kuatlah. Redhalah. Senyumlah. Kesatlah airmata mu sayang. Anak kita menunggu kita di pintu syurga :')

Al-Fatihah~


51 comments:

PinKy MoMMa said...

Allah uji ena dan hubby sbb kalian kuat..aqil sntiasa hidup di hati..buka di hati kalian jer tapi rasanya di hati kita semua..hugs ena..

nadirah azemi said...

akak..
menangis saya baca entri ni
akak sgt kuat..dan ibubapa yang pernah kehilangan anak mmg sgt kuat. saya ingin kongsikan satu kisah. kakak sepupu saya, putera sulungnya meninggal semasa dilahirkan. puteri kedua alhamdulillah lahir dengan selamat dan sedang comel membesar. puteri ketiga juga meninggal semasa dilahirkan. dan putera ke empat selamat lahir sebelum hari raya aldilfitri yg lalu..
senyuman dibibir beliau dan suami sgt menghibakan..nampak manis tp dihati tak siapa yang tahu
semoga ibubapa yang disayangi Allah tabah dalam mengharungi ujian ini insyaAllah

bylindakitchen said...

kita disini turut gembira ina sbb anak ina bertuah dan maryam juga bertuah sbb anak dah jadi ahli tetap syurga...al fatihah

Hana Soffelia said...

Beruntungnya Ena dipilih oleh Allah S.W.T. Anak ahli syurga tengah menunggu ibu dan ayahnya..

Al-fatihah..

ctmah said...

Al-fatihah
u sgt2 beruntung ena. Semoga u bertambah kuat n kuat n kuat

DYatie ABakar said...

Allahhuakbar. Bertuahnya ena dikurniakan Allah penghuni syurga. :')

Rosmawani♥ said...

Ustaz kazim ade ckp, ibubapa ada anak syurga kna bangga.. Alhamdulillah kak dipilih... Mungkin itu ujian yg allah bg kita kena lalui... Mana tau giliran ros suatu hari nnt... Semoga kita sentiasa bersabar mghadapi dugaan nya...

zonaku said...

...................

mohon stok tisu

....................

MOMMYLIN said...

indahnya... =)

al fatihah...

CaDLyNN said...

ena..
take care :)

adianiez AIDA said...

kuatnya hati seorang ibu. sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui :-)

Siti Asiah said...

eRINA, insan terpilih...
Part last buat airmata gugur juga...;)

Unknown said...

Sorry for your loss love..God has gained another angel for Heaven

AuraFIza said...

Allahuakbar! Walaupun belum dikurniakan zuriat lagi, tapi dapat merasakan betapa bertuahnya menjadi ibu bapa kepada ahli syurga.

Yes true. Perpisahan itu hanyalah sementara. Pahit di dunia, tapi sangat indah di akhirat sana. Semoga terus diberi kekuatan..

Unknown said...

Salam,

Aqil Hamzah must be proud having you as his mom.
I cannot stop crying.
Tabahnya awak!
Dan terharu, kerana awak sudi membuat kempen kesedaran kepada ibubapa di luar sana.
May Allah bless you always.
Thank you thank you so much.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam,

Aqil Hamzah must be proud having you as his mom.
I cannot stop crying.
Tabahnya awak!
Dan terharu, kerana awak sudi membuat kempen kesedaran kepada ibubapa di luar sana.
May Allah bless you always.
Thank you thank you so much.

ima_muz said...

subhanallah...baca entri pemergian aqil..moga allah kuatkan semangat erina...di sebalik pemergian arwah ada ganjaran menanti...moga allah merahmati mama n ayah aqil...amin amin

Sh@R@ra said...

Salam Erina.. Saya juga baru sahaja kehilangan anak pada 20 October yang lalu.. Kita insan terpilih.. Semoga kita akan berjumpa anak kita di syurga..

e-niaku.blogspot.com

Unknown said...

Sesungguhnya Allah x kan menguji hamba-Nya lebih dari apa yang mampu ditanggung oleh hamba-Nya.

Anyway nak exchange link boleh? Sebab dulu saya punya URL bnsyg-stories.blogspot.com. URL baru is ayuni-stories.blogspot.com Let me know ye nanti? Thank you

Unknown said...

Allahuakhbar...sgt menyentuh perasaan sy...syurgalah tmpt nya...

Unknown said...

INSYAALAH NANTI SINGGAH BLOG KITE K NEW BOLOGGER

ieza ashaari said...

insyaAllah, pasti bertemu di syurga nanti..

Klik said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...

Salam. Sy juga baru kehilangan puteri berusia 10 bulan. Kurang 40jam sakit dia pergi menyahut panggilan Illahi. Pedihnya hati setiap kali mengenangkan nasib anak kecil sy. Tp sy percaya Allah telah ada rancangan terbaik utk kami.

Unknown said...

Salam. Sy juga baru kehilangan puteri berusia 10 bulan. Kurang 40jam sakit dia pergi menyahut panggilan Illahi. Pedihnya hati setiap kali mengenangkan nasib anak kecil sy. Tp sy percaya Allah telah ada rancangan terbaik utk kami.

Unknown said...

saya dah laluinya..khilangan 2 orang dalam masa 2 tahun..kuatkan semangae ina..smoga kita dpat bertemu anak syurga kita disana..aminn

Unknown said...

Ya Allah...saya baru laluinya...kehilangan baby usia 5bln. #AnakSyurga ..saya terlalu merinduinya. Bila baca artikel ni sedikit sebanyak dpt dijadikn sebagai penawar hati yg dlm kerinduan. Perancangan Allah itu lebih baik dari segalanya.

Unknown said...

Puteri sy pergi dijemput ilahi 2 nov 2014. Umur 5 tahun . Setahun menanggung leukimia. Belum reda tangisan ini..

Unknown said...

subhanallah..Maha Suci Allah..dariNya kita dtg dan kpdNya kita kembali...semoga kita semua terus kuat atas ujian kehilangan permata hati...sesungguhnya ujian itu dapat mendekatkan lagi diri pada Yang Maha Pencipta..anak2 hanyalah pinjaman dariNya..sampai masa mereka dijemput Illahi..tiada yang kekal..setiap yang bernyawa pasti merasai mati..bila rindu menguasai diri hadiah 'al-fatihah' pasti buat permata hati yang kini pastinya gembira bersama mujahid&mujahidah syurgawi..semoga rindu kita semua bertamu di Jannah nanti..

Unknown said...

Ya Allah Ya Tuhanku..Berikan lah aku kekuatan, ketabahan dan ketetapan hati atas kehilangan anak ku Muhammad Hadif Hadfi yang berumur 4 thn 7 bln pada 30 Januari 2015. Setiap hari menangis mengenangkan keletah dia..berat utk terima tp apakan daya , Allah lebih sayangkan dia. Moga Allah beri kekuatan pada kami sekeluarga..Inshaallah..hadif sambut mama dgn baba di pintu syurga..aminnn

Unknown said...

assalammualaikum...

ALLAHHUAKHBAR...bgaikan mimpi ,hnya Tuhan yg mengetahui keperitan kami semua..pemergian anakku..cinta hati ibu..permata comel semua..MUHAMMAD SYAHMI HADIF telah kembali pada penciptaNYA..hari ni genap 35 hari pemergianya...Syahmi ttp d hati ibu..hnya doa penghubung kuat kasih sayang..ibu tahu syahmi da seronak kat sana,,
YA ALLAH..kirimkn salam sayang ku kepadanya..sesungghnya ku teramat merinduinya,,,
ibu rindu syahmi..ibu rindu nak peluk cium syahmi,,,ibu rindu nk bermain dgn syahmi..ibu rindu nk dgr suara gelak tawa syahmi.....ibu hnya mampu peluk bantal syahmi dan baju syahmi sayang...
YA ALLAH..berikanlah kami kekuatan u menempuh ujian ini,,sesunggunya ku tahu kau la segalaNYA perancang yang TERHEBAT...
Syahmi tunggu ibu & ayah yer..ibu nk kita bangkit bersama2 d akhirat kelak..dan sambung ikatan keluarga d sana yang kekal abadi..aminn

AZIDA RAIL said...

Pada tarikh 8hb April 2015, aku telah kehilangan sepasang anak kembar lelaki yang bakal ku namakan Muhamad Nasri Ihsan dan Muhamad Nasri Ilham. Mereka disahkn meninggal dunia di dlm kandungn pd mlm sblm mereka sepatutnya dilahirkn secara pmbedahn keesoknnya. Hanya tinggal beberapa jam, tpi perancangn Allah maha hebat. Anak kembar yang ku kandung selama 9bulan 4hari telah diambil oleh Allah. Betapa remuknya hatiku ketika kau berdua dikeluarkn dari rahim ibu tanpa sebarang tangisan. Wahai anak2ku walaupun ibu tidak berpeluang menjaga dan membesarkanmu, ibu tidak akan pernah melupakan kalian berdua kerana tarikh lahir kita sama. Doa ibu dan abah, ihsan dan ilham akan tunggu kami nnti di Jannah...amin.- Pn Azida Rail, Kem Terendak, Melaka.

Unknown said...

Ya allah..semoga engkau kurniakan ibu2 ni kekuatan dan kecekalan dan semoga mereka bertemu semula di sana nnt...amin.

Jln2 blog akak jom..tq

Unknown said...

Ya allah..semoga engkau kurniakan ibu2 ni kekuatan dan kecekalan dan semoga mereka bertemu semula di sana nnt...amin.

Jln2 blog akak jom..tq

allyna said...

Al- Fatihah utk Erina...juga untuk newborn, anak ke-5 dan suami saya yang meninggal dunia pada 4 dan 22 Ramadhan yang lalu. Pemergian mereka berdua selang 2 minggu benar2 meruntun jiwa saya. Namun, apabila merenung kembali janji Allah...mama redha duhai wildan syurga..

Unknown said...

salam takziah pada yg kehilangan, semoga tabah melalui dugaan, walau perit dan sedih namun manis dihujungnya..ella juga baru kehilangan puteri kesayangan, hanya sempat membelai dia 2 bln saja...puteri yg ditunggu- tunggu selama 9 tahun..perancangan Allah adalah yg terbaik buat hamba-hambanya...aku pasrah dan redha...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Saya baru 2 minggu kehilangan suami dan anak tersayang yg baru berumur 5thn. Km terlibat di dalam kemalangan jalan raya. Both meninggal fi tmpt kejadian... Mohon nasihat,bagaimana nak merelakan sepenuhnya pemergian mereka.

ainsyamimi said...

Maaf sy tnya . Wildab syurga dan suami meninggal sbb sakit apa ?

ainsyamimi said...

Allahhuakbar . Semga akk kuat . Bnyk kn berdoa.

Unknown said...

Assalamualaikum semua khalifah Allah..yg pada saya sgt kuat dan tambah menharungi hidup ini. Saya menangis dan terus menangis bila membaca komen anda sekelian yg mn amat hebat dugaan yg tuhan beri pada mommy2 di sini..saya br2 ini diuji bila suami dibuang kerja dan kami selalu saja bergaduh punca kekurangan dlm kewangan...langsung tidak setanding dengan ujian kalian semua. Semoga tuhan ampun kan saya sekurang-kurangnya anak2 masih di pangkuan saya. Ya Allah ampuni dosa ku...dan tabahkan hati ibu2 bertuah ini.Aminn

AZIDA RAIL said...

Sahabat2ku...Allah tidak akan menguji kita jika kita tidak mampu menghadapinya. Yang pasti setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Bisikan syaitan sentiasa datang dan pergi...mengajak kita supaya menyesali takdir. Hati perlu kuat,tabah dan redha walaupun amat sukar. Setiap yang hidup pasti akan mati...tak pasti bila giliran kita. Buat yang pergi...anak2ku ilham dan ihsan mak sentiasa rindukan kalian berdua.
-Azida Rail, SMK Kem Terendak, Melaka.-

Hazie said...

Alfatihah..
Sy juga bru kehilangan 25hb nov 2016,bayi tak cukup bulan baru 23week.smpat bernyawa dalam 1jam30minit.bayi boy.berat hanya 480gram.xdpt nk diselamatkan lagi.krna Allah lbh menyayanginya..
Perasaan ni hnya Allah shj tahu.
Namun kita xmmpu melawan takdir.aturan Allah adalah yg terbaik..mudah2han anak IBU xlupakan IBU..wlupon IBU xsempat utk peluk cium Ank IBU disaat LPs kelahiran.IBU sntiasa rindukan anak IBU.anak IBU anak syurga.IBU bsyukur stiap apa yg Allah ttpkan.insya Allah.

Unknown said...

Allahuakbar....aku pun diuji bnda yg sama...mcm mimpi semuanya..30/11/2016 7am anta umh pengasuh ank bermain elok dan peluk erat tubuh ku ini..pukul 9.45am dpt panggilan dr pengasuh ankku xsedar diri..bawak kekecemasan ank tidak dpt diselamatkan...sblm ni selalu bc dlm berita cerita ank yg tersedak susu dn pd ini allah uji pd diri ku..allahuakbar..beratnya ujian mu pd hambamu ini yaallah....semoga wildanku nurqaseh zulaikha menunggu mama dipintu syurga..smg allahmberikan aku kekuatan utk menjalani hr2 yg mndatang..insaallah...
30/11/2016@10.30am....al fatihah

Unknown said...

Tak pernah terduga di pilih allah dengan ujian ini.. yaa Allah moga terus di berikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini.. 13.08.2016 sabtu bby ain di lahirkan dan sabtu 13.05.2017 Tuan Nur Ain Zulaikha di jemput yang maha esa kembali kepadaNya.. hanya 9 bulan bby ain dipinjamkan kepada kami... asbab kerana demam.. hari ni 73 hari ain pergi.. terasa baru semalam detik2 terkhir bersama ain.. cepatnya masa berlalu tetapi kenangan bersama ain sentiasa segar dalam ingatan kami hingga ke akhir hayat... Perpisahan yang sementara dan insyaallah moga dipertemukan lagi kita disana yang kekalnya hanya disana... setiap waktu kami merinduimu Ain Zulikha moga rindu ini sampai kepadamu sayang... dan semoga ibu dan ayah wildan syurga terus kuat dan redha dengan ketentuan ilahi... wildan syurga kita dah bahagia sekarang.. amin
Al fatihah Tuan Nur Ain Zulaikha binti Tuan Mohd Ikmeran

Unknown said...

T kasih atas coretan...ianya membuatkan saya kuat dan tabah...kerana saya baru sahaja kehilangan anak bongsu kesayangan saya berusia 12 tahun..3 Dec 2017 genap sebulan die pergi meninggalkan kami..begitu cepat masa berlalu..mama dan papa semoga Ameerul bahagia di sana..aminnn siti norizan...

Unknown said...

T kasih atas coretan...ianya membuatkan saya kuat dan tabah...kerana saya baru sahaja kehilangan anak bongsu kesayangan saya berusia 12 tahun..3 Dec 2017 genap sebulan die pergi meninggalkan kami..begitu cepat masa berlalu..mama dan papa semoga Ameerul bahagia di sana..aminnn siti norizan...

ICT-Tingkatan 4 said...

Alfatihah...berat rasa dugaan yang diberi setelah kehilangan puteri sulong kesayangan kami MARYAM ALISHA pada 03 Januari lalu..Dilahirkan pada 26 Disember 2017 sihat cuma pramatang..selama 5 hari dpt dgr suara, dpt lihat dia aktif, tersenyum, menangis..Bila Alisha sakit akibat jangkitan kuman pada usus, ibu xputus2 berdoa supaya Alisha cepat sihat.tapi Allah swt sebaik2 perancang, Allah swt lebih sayangkan Alisha..Alisha tunggu ibu dan papa di syurga ya syg..Doakan ibu..Alisha anak pertama ibu dan selamanya jadi anak pertama ibu..Alisha tinggal di sebaik2 nya tempat..Doakan ibu dan papa di syurga..ibu tak sabar2 nak jumpa Alisha...Maryam Alisha anugerah terindah..

Hani said...

Hani
15.11.2018.hr sgt gmbira.sebb cek postve prgnt.wsp kat b.happy sgt2.hsbnd happy sgt.tme tu allh je tahu betapa happy hti sebb nk dpt bby.dh angn2 rya nnt bw bby dlm prut balik.nk gn bju ap rya nnt.hti xsbr nk beli bju2 bby.hsbnd dh tny,nnt bby nk pnggl kita mcm mn.happy sgt sebb berikn hsbnd zuriat.memng jg semua.tp strt jumaat pndrhn.7.12.2018.dh tkut pg tu.tghri g cek klinik..sbtu stay keluar drh.bw lg klink.ahd petng keluar ketulan drh.xlm lps tu keluar lg.memng dh rs tu janin.kegugurn.tp dlm hti sentiasa brdoa.semoga allh lindungi bby ku.smpai hsptl cek2 semua.memng kantong dh kosong.first dktor ckp nnt apoimnt 2.1.2019.nka cek sekli lg.sebb xdpt detect lg.brtny dgn dktor,td ad be ketuln drh yg keluar.dktor ckp tu drh biasa.so aku ckp ok.nnt dtg lg.ckp kat hbsnd ap yg dktor ckp.call dr dktor.sruh naik ats balik.dia sruh bw hsbnd msuk skali.dktor ckp yg aki bw td adlh janin.memng kosong dh fkirn aku.musnh hrpn aku nk jd ibu.
Buat BABY..maafkn ibu ye.sebb ibu xjg prgerkn.ibu trlalu aktif sgt brjln.ibu xsngka yg ibu aktif brjln ibu trus hilang baby selmny.insyallh baby.ibu dan ayah akn jmp baby di syurga nanti.tggu ibu dan ayah ye baby.ibu dan ayah pun xtahu.mcm mn rupa bby.ambik iras ayh or ibu...allh lebh sygkn baby dr ibu dan ayah.baby ingt k.ayh dan ibu syg sgt kt baby.tiap2 mlm ayah plok baby.ayh syg sgt kt baby.ibu xdpt tgok muka ayah sebb baby dah xda dlm perut ibu dh.









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015