Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Wednesday, April 29, 2009

Hadiah di hari pertama peperiksaan..

First paper haritu start kul 2.15 ptg. Lebih kurang kul 1 dah keluar rumah. Standard la kan keluar awal, semangat berkobar2 nak jawab exam (ecehh!). Sambil aku jalan riang ria nak pergi kat Cik Lisa (kereta) aku. Tetibaaaaa.......Oh, sebelum terlupa, aku selalu parking Cik Lisa kat padang sebelah umah aku, adalah lebih kurang 20 langkah dari rumah. Ngan penuh perasaan waja dan berkobar2 riang ria, sekali lagi..tiba-tiba.....aaaaaaaa....aaaaaaa....aaaaaaaa...Cik Lisa!!!!! Mengapa kau jadik begini??? Siapa yang lakukan penganiyaan ini kat kau??? Aaaaa...






inilah hadiahnya!!!
*sila klik kat gambar tuk imej yg lebih jelas dan nyata..


Yee..ada kereta lain yang telah mencabuli dan menseret kaw2 badan Cik Lisa aku!! Chisssdale betul!! Memang haram jadah siapa yang buat ni. Aku pun belek2, usap2 badan Cik Lisa tu. Chissdale sekali lagi, bukan setakat calar je, siap tertanggal2 cat lagi. Pastu ada serpihan2 lampu pecah. Aku rasa lampu signal kereta yang gesel tu pecah kot sebab serpihan tu warna kuning. Dan yang pastiiii..kereta tu warna kuning! Sebab cat yang melekat kat Cik Lisa tu warna kuning! Dem yu kereta kuning!


Dalam 10 minit camtu aku duk kelebek2, tengok2 badan Cik Lisa tu, tetiba terus aku teringat. Ntah2..yang gesel Cik Lisa ni kereta ayah kot. Sebab baru aku teringat kereta Arena a.k.a kereta Fradoo adalah obviously bewarna kuning!! Yes!! Tetiba rasa bersalah sebab dah kutuk keji kereta yang gesel Cik Lisa ni, baru teringat kereta ayah sendiri warna kuning. Ish..ish..berdosanya aku (kalau betul la kereta ayah aku yang gesel).


Ahhh..abaikan. Pedulikan Cik Lisa seketika. Aku ada exam ni. Tak pasal2 dah membazir 2o minit aku. Lepas abis exam, terus balik umah. Kebetulan pulak ayah baru balik dari gerai. Naik kereta Fradoo kuning itu. Aku pun terus melulu.."OOOo..ayahhh malam tadi gesel kereta cik (aku) eh??". Ayah aku " Laa..mana ada, ayah kan selalu parking kat sebelah sana, mana pernah parking kat sebelah kereta cik tu". Perasaan aku pun (oh lega, bukan kereta ayah aku, kalau tak, tak pasal2 dapat dosa maki hamun kereta yang dipandu ayah sendiri). Aku pun terus mengadu kat ayah, betapa parahnya Cik Lisa aku. Huhu. Ayah tengok keadaan Cik Lisa pun dia kata agak dasyat jugak la. Pastu aku buat2 muka kesian. Ayah pun berlalu masuk rumah sambil mulut dia mengeluarkan ayat "Yelaaa..nanti cat baru kereta tu...".


Yessssssssssss! Cat baru! Aku nak cat kaler pink! Yay2! Ok, tetiba terus teruja. Ceh, perasaan apa ni? Kau ingat cat kereta tu singget, dua hingget? Kalau nak cat baru, rajin2 tolong ayah kat Fradoo la.Haha. Ok, baiklah ayah (bermonolog sendiri dalam hati sambil senyum2 berangan2 Cik Lisa kaler pink metallic. Oh, cantiknye kau!). Lagipun, aku mmg rajin pun tolong ayah. Aku kan anak yang baik. Ok enough. Study now!!


p/s: Untuk kereta yang gesel Cik Lisa tu, jaga kau!! Karma is waiting!

Saturday, April 25, 2009

Mari ke medan perang!!

Berperang dalam dewan peperiksaan. Hiyah..hiyah!! Doakan aku ;)


27/4- Organometallic Chemistry
30/4- Strategic Management
3/5-Human Resource Management

5/5- Material Chemistry
8/5- Natural Product Chemistry



Aku rasa, exam ni jeles ngan aku la.Disebabkan exam ni la aku tak dpt nak busybody+ jadik pengapit Yah tuk 2/5 nanti. Huhu. Sedih campur terkilan sikit lah. Mestilah terkilan, wedding bestfriend sendiri ko tak dapat sumbangkan pertolongan banyak2. Haih. Sory babe..tak dapat tolong banyak tuk wedding ko. Apa2 pun..I'm so HAPPYYYYYYYYYYYYY for u!! Yay2..Yah nak kawen!! Yah nak kawen!!


Cik Nazliah, walaupun aku tak dapat nak tempek kek atau telur campur tepung kat muka ko, mahupun buat pyjama party tuk ko before ko jadik bini orang. Meh aku tempek kan sikit cupcake kat hidung ko. Tak dapat buat secara live, dalam gambar pun jadik lah.


WAHAHAHAHAHAHAHAHA...*gelak syaiton





~Amir & Erina ; Yah & Romi~
Pengantin 4..Hahaha * tetiba
Moga2 "badi" bakal pengantin tu tempias kat kami pulak..lalalala ;p



Ok2, cukup..orang lain yang nak kawin, ko pulak yang terlebih excited!Dah2..gi study!!!!!










Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015