Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Thursday, December 31, 2009

Kesalahan tahun 2009

Masa on the way pergi tempat training pagi tadi, dengar topik pagi Hot Fm. Fafau cakap "Apa kesalahan besar yg dah anda lakukan pada tahun 2009? Kongsikan bersama kami.."

Ada satu panggilan dari seorg gadis. Buat pengakuan lebih kurang camni "Saya dah buat kesalahan besar dekat seorang insan yg paling saya cinta. Selama tiga tahun kami bersama tapi saya telah lukakan hati dia. Saya sayangkan dia". Dengan suara sebak


Dalam hati aku terus ingat gadis ni curang ngan kekasih dia. Rupanya aku salah.


Sambung perempuan tu "Saya terpaksa lukakan hati dia, walaupun saya tahu dia sangat sayangkan saya, dan saya sangat sayangkan dia, tapi saya terpaksa memilih keluarga saya dari dia. Saya terpaksa tinggalkan dia demi ibu saya. Kepada orang yg saya sayang ,( dia sebut nama), saya minta maaf banyak2 kerana telah melukakan hati awak. Saya memilih ibu saya dari awak" dengan suara sgt sedih


Fafau ckp dengan suara sebak jugak "Jangan sedih ye. Awak dah buat satu kebaikan. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu"


Sebaknya aku masa ni. Kagum aku dengan keputusan yg dia buat.Dia bukan buat satu kesalahan. Memang tak salah langsung. Dia dah buat satu pengorbanan. Bagi aku,kekasih kalau hilang, boleh cari ganti. Tapi kalau ibu, satu je dalam dunia dan akhirat. Dialah syurga kita. Kalau gadis tu memilih lelaki tu dari ibu dia, belum tentu hidup dia bahagia tanpa restu seorang ibu. Biar gadis tu bersedih, patah hati sekarang, aku yakin dia akan hidup gembira & bahagia lepas ni.


Hmm..satu pengajaran aku dapat di pagi hari terakhir 2009 ni. Secara jujur, kalau aku kat tempat gadis tu pun, aku akan buat keputusan yg sama macam gadis tu buat. Mama ialah segala2nya.



Nyawaku



Wednesday, December 30, 2009

2009+1


Pejam celik...pejam celik, tinggal lagi sehari je nak masuk tahun 2010. Terasa macam kejap je, terasa macam baru je minggu lepas buat azam tuk 2009. Tahun 2009, bagi aku dipenuhi ngan banyak perkara manis2 belaka. Campur ada sikit yg pahit2 jugak, tapi sikiiiit jelah. Mungkin untuk proses mematangkan diri.


Tahun 2009,antara benda manis yg aku akan ingat sampai bebila ialah ku habis study setelah berhempas pulas bertahun2 lamaya (fuh..penat beb...penat), bestfriend tercenta ku kahwin, ahli keluarga bertambah, hubungan ngan centahati makin hari makin serius (ngeee..), vacation yg best gila ( pergi Sarawak & Perth. Yay!), cik Lisa berubah wajah, konvo yg paling diingati,suprise birthday bash ( paling indah!),adik ku bertunang dan akhir sekali permulaan ke alam pekerjaan. Yep, ku dah mula bekerja sekarang. Even ni bukanlah job yg diidam2kan(dan tak pernah terfikir pun) tapi untuk pengalaman, ape salahnya belajar benda baru kan? Pengalaman tu yang penting.Always be positive ;)


Yang pahitnya, buat pertama kali dalam hidup, aku betul2 memberontak dengan org yg aku paling syg ( baca: bukan cintahati). Alhamdullilah, sekejap je. Aku pun tak sanggup nak berlarutan lama2, terseksa & rasa berdosa melampau. Aku rasa semua org akan melalui fasa memberontak kalau dah sampai satu tahap tu.Betul tak?? Harap itulah kejadian pertama & terakhir berlaku dalam hidup. Terima kasih jugak sebab kejadian tu membuatkan aku bertambah matang sikit.


Masa betul2 berlalu dengan cepat kan?? Hmm..aku harap tahun 2010 ni beri lebih banyakkkk perkara manis2 kat aku & family. Azam baru?? Azam aku tahun ni tak banyak..cukuplah tuk dapat kerja yg bagus, dapat buat simpanan yg banyak & ada satu ikatan yg indah. InsyaAllah ;).Dan semestinya tahun baru, aku harapkan semuanya bertambah baik dari tahun sebelumnya.Memperbaiki segala kelemahan & meningkatkan prestasi diri sendiri. Aminn.


Harap ku dapat tempuhi segala pahit manis tahun 2010 nanti dengan tenang. Selamat tahun 2010 semua ;)


~Enjoy ur life~









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015