Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Friday, November 30, 2012

Kuching, kami datang!

Salam semua. Selamat hari Jumaat yang mulia. Lega dah settle unpack semua barang2, siap dah kemas semua. Lepastu pagi tadi cepat2 packing untuk jejalan pulak. Petang ni InsyaAllah kami akan ke Kuching. Sebab utama nak ke sana ialah nak attend wedding sahabat kesayangan :) Sambil tu mestilah jalan2 cuti-cuti Malaysia sekali kan. Kami pergi sana 5 hari 4 malam.Nak bawak Aqil tengok kucing besar, melawat tempat mama dia study dulu, nak ajar Aqil makan mee kolok.Hehehe.Oklah, have a great weekend everybody. Mmuah!! 

May Allah ease our journey. Aminn :)

Thursday, November 29, 2012

Busy..busy.


Sekarang tengah busy teramat sebab semalam baru berpindah dari rumah kami ke rumah mama dekat Shah alam sebab rumah kami tu (kuarters) nak kena buat major renovation. Makan masa berbulan2 jugalah. So, sekarang kami kembali menjadi warga Shah Alam. 

Kesian jugak dengan encek hubby sebab kena ulang alik hari2 Lembah Beringin-Shah Alam, yang ambik masa lebih kurang sejam jugak lah. Tapiii..tengok keadaan jugak, kalau dia busy ke, cuaca tak mengizinkan, takpe lah kalau dia tak dapat balik hari2. Seminggu dalam 3 kali pun dah ok. Kesian lah pulak kan, dengan penat kerja nya, kena redah jem nye lagi. Esok pepaginya lagi lepas Subuh nak kena keluar rumah lagi. Takpe lah, berkorban..kami dekat sini InsyaAllah ok2 saja :)

So, sekarang tengah operasi mengemas barang2 yang banyak gila yang dihangkut ke rumah mama ni. Busy..busy. Oklah, nak sambung kemas lagi ni. Bye.








Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015