Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Tuesday, May 28, 2013

Mimpi itu..

Assalamualaikum

Setiap hari aku berdoa padaNya agar aku dan suami diberi kekuatan. Alhamdulillah..kami bersyukur kerana semakin hari, kami dapat rasakan yang kami semakin kuat dan semakin dekat padaNya. Redha. Tapi sekuat mana pun aku..adakalanya aku akan menangis. Menangis bukan kerana lemah, bukan kerana sedih. Tetapi kerana rindukan Aqil Hamzah, si comel manja itu. Aku sama juga seperti ibu2 lain yang akan menangis merindukan anaknya. Aku bukan menangis meratap, cukup sekadar menangis untuk "melegakan" rasa rindu yang terbuku di hati.

Di satu malam, beberapa hari lepas pemergian Aqil, aku bermimpi. Dalam mimpi tu Aqil tak berapa sihat dan kami bawa dia ke klinik. Sampai di sana, doktor memberitahu yang Aqil sakit. Aku menangis semahunya sambil memeluk Aqil, wajahnya ku tatap. Aqil merenung muka mamanya, matanya bulat.Dan tiba2 dia mengusap air mata yang mengalir di pipi ku.Aku terus terjaga. Aku rasa sebak sangat. Teringatkan Aqil. Rindu Aqil. Aku menangis lagi. Dan kemudian aku tersedar dan beristigfar. Ya Allah..terima kasih kerana kau datangkan Aqil ke dalam mimpi ku, walaupun hanya sekejap.Cukup untuk aku lepaskan rindu ku. Aqil seolah2 ingin beritahu mamanya supaya jangan menangis. Jangan menangis mama.


Ye sayang..mama akan kuat. 
InsyaAllah.Mama cuba untuk tak menangis lagi :')
Aqil sentiasa dalam doa, hati dan ingatan mama.
AlFatihah



Monday, May 27, 2013

La Tahzan :')

Assalamualaikum. 

Hari ini sudah 25 hari Aqil meninggalkan kami. Syukur kerana berkat doa dari ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai serta kalian2 semua membuatkan kami terus kuat meneruskan hidup. Dengan tidak disangka2 entry tentang pemergian Aqil sebelum ini tiba2 menjadi "viral". Ramai berkongsi dan bercerita tentangnya. Terlalu ramai. Dan ramai juga yang memberi2 komen, doa dan kata2 semangat pada kami.Tak kurang juga yang sms, inbox di facebook, dan juga buat entry2 khas, mendoakan kami agar terus kuat.Ramai yang mengucapkan takziah dan ada juga yang mengucapkan tahniah. Tahniah kerana terpilih olehNya untuk melahirkan, menyusukan dan membesarkan seorang ahli syurga :). Tersenyum kami membacanya. Walaupun ada diantaranya yang kami tidak pernah kenal, tapi membaca tiap2 ayat semangat serta doa kalian membuatkan kami cukup terharu. Membuatkan kami berasa kuat. MasyaAllah..hebatnya kasih sesama kita.Ramai yang sayangkan Aqil seperti kami sayangkan Aqil. Terima kasih semua. Terima kasih yang tidak terhingga.Kami berharap,moga setiap yang membaca tentang entry pemergian Aqil dapat sedekahkan Alfatihah dan mendoakan kesejahteraan Aqil, ahli syurga yang indah itu.

Alhamdulillah..kami semakin kuat untuk menghadapi dugaan ini. Semakin hari, semakin kuat. Semakin hari, semakin baik. Rindu memang rindu. Teramat rindu. Semuanya terbayang2 di mata kami. Keletahnya, senyumannya, gelak tawanya, renungan matanya.Ya Allah. Hanya Dia je yang tahu betapa rindunya kami pada Aqil. Tapi kami redha dengan pemergian Aqil Hamzah. Allah maha Mengetahui dan kami yakin setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya.Pasti ada.



Semoga dengan keredhaan dan kesabaran kami membolehkan kami terus tersenyum meneruskan hidup. Aqil di atas sana juga pasti akan tersenyum comel melihat orang2 yang disayanginya tersenyum. La Tahzan :')









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015