Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Thursday, March 05, 2009

Segala2nya berpunca dari ini....

Hari ni kesihatan macam dah ok sikit. Cuma hidung ni la. Ada masalah flu yg agak kronik. Bangun je pagi2 tadi asyik bersin je. Terlalu banyak bersin sampai sakit dada. Hadoih. Pastu kepala rasa macam berat semacam. Perasaan macam nak demam tapi tak demam. Huhu. Tau tak perasaan camne tu?. Tisu ngan aku dah jadik BFF. Tak boleh berpisah. Suara aku pun dah tentunya bertukar jadik lunak merdu campur sengau dengung2 sikit ala2 suara Tomok. Huhu.


Memandangkan pagi tadi tak-berapa-larat-tapi-gigih-gak-nak-pergi-kelas, tapi sampai2 je kat kelas tetiba cancel (hangiinnn btol aku!!!). Jadinya aku balik rumah dan ambik keputusan mengupdate blog. Baik aku update cepat sementara mood still ada ni. Kang bila lepas dah makan ubat selsema, memang confirmla tak bangun smpai petang. Huu..


Ini adalah cerita flashback. Hari Sabtu haritu, lepas habis test petang tu, terus gerak gi PD, umah kakak aku, sebab malam tu ada makan2 sikit sempena birthday Ammar. Dah 2 tahun dah dak kecit tu. Terasa cam kejap je. Penuh la jugak umah kakak aku malam tu ngan ahli2 keluarga. Abang & Family. Atok. Aku. Mama. Caca.








Esok paginya pulak, kami semua gi pantai Teluk Kemang. 10 minit je dari umah kakak aku. Haruslah mandi manda kalau sampai PD. Kalau tak, rugilah kan.




~Rombongan Cik Midah ke Teluk Kemang~



Masa ni baru kul 10 pagi, tapi terik cam tengahari. Huhu



Aku selalunya kalau bab2 mandi pantai ni mmg tak berapa nak gemar, yelah..nanti SUNBURN! Huhu..aku sgt tak suka sunburn. Tapi ntah macam mana pagi tu, aura laut masuk dalam badan aku agaknya, terus excited nak pergi mandi. Sampai2 kat pantai, tengok air tengah pasang. Ombak kuat. Lagi seronok pulak aku. Terus semangat terjun dalam laut! Yeehaa..mandi2!



Makcu Caca buat muka toya bersama anak2 buahnya






Si Faris adalah seorang yg penakut. Dia takut pantai. Sampai gigil2. Ammar pun mandi tak lama sebab dia tak berapa sehat. Selsema. Mungkin virus influenza dari dia yg membuatkan aku selsema sekarang (haha..tetiba salahkan Ammar). Salah2..bukan Ammar yg patut di persalahkan. Yang bersalah ialah aktiviti extreme yang aku buat kat pantai tu.


Yee..sememangnya aku yakin dan pasti, penyakit yg menyerang aku sekarang adalah disebabkan aktiviti extreme itu. Aktivitinya lebih kurang je cam main jetski tapi ni lagi extreme. Extreme tak hengat punya. Dan semestinya aku tak buat aktiviti ni sorang2. Aku bersama2 geng2 aku yang tercenta. Siapa kah mereka?





Dan aktiviti extreme itu adalahhhh.....










MENAIKI BOT PISANG a.k.a BANANA BOAT!!!
Hohohoho...


Aku tak pernah naik lagi banana bot. First time la ni. Kira extreme la. Hahaha. Memula tu, masa mandi aku tengok je banana boat ni lalu lalang bawak penumpang. Cam best je. Aku excited la nak naik. Aku ajak abang aku, mama aku, atok aku, semua taknak naik banana boat tu. Huhu. Abang aku cakap dia takut. Huhu. Penakut betul! (Baru ku tau Faris dapat gene takut dari siapa.Haha). Pastu driver boat tu datang kat kitorang, dia ckp Rm 50 tuk 5 orang. Dia bawak pusing2 30 minit sampai pulau depan tu. Wah..berbaloi sgt la tu. Aku pujuk la mama, abang aku. Akhirnya berjaya jugak. Haha. Best2! Tapi mama ngan Caca duduk dalam boat je. Orang boat tu tanya, nak buat jatuh ke tak, since mama ngan Caca duk dalam boat, kitorang mestilah nak jatuh. Aku siap cakap lagi " Bang, buat jatuh yang paling extreme tau! ". Hohoho.



Sebelum ditarik ke laut




Tetiba datang pulak mamat jambu 2 orang ni join sekali.



Proses pertukaran Mama & Caca ke dalam boat



Masa boat ni dah gerak, memang laju la orang tu bawak. Dah la tengah air pasang, extreme la keadaan boat tu bila berlanggar ngan ombak. Abang aku duk depan sekali. Aku duk belakang dia. Memang sepanjang perjalanan boat tu aku tak henti2 gelak cam orang kena sawan. Kehkehkeh..sampai sakit perut! Tapi tangan tetap pegang kuat kat boat tu. Mana taknya, abang aku memang tersangatla lawak. Sepanjang banana boat tu gerak, mulut dia asyik keluar perkataan "Aaahhh..cik.Takotnye aku. Takotnye aku. Aahhh..takotnye".Haha. Dia mmg penakut ya rabbi.Konon nak gi mancing kat laut dalam tak lama lagi. Tapi naik banana boat pun cuak. Pe cer ni bro? Haha..


Pastu bila dah nak sampai kat tempat yang kitorang naik tadi, orang tu buat lap baekkk punya! Hambek ko! Tergolek macam dugong memasing. Kitorang jatuh kat tempat yang dalam gak la. Kaki aku tak jejak. Nasib ada life jacket. Huhu..masa tergolek ni la air laut masuk dalam hidung ngan tekak aku secara dasyatnye. Sampai rasa pedih gila hidung aku. Huhu.Inilah penyebab aku sakit kot. Terlebih air masin dalam badan. Padan muka aku. Nak sangat jatuh yang extreme, sampai terdemam2. Extreme sangat la tu. Tapi mmg syok la naik banana boat ni. Best!! Pasni nak naik lagi. Pastu masa nak jatuh tu aku akan pastikan aku tutup hidung ngan mulut sekali biar air laut tak masuk. Haha. Dah ada strategy tu tak tahan..



Selepas kejadian....
Lakonan semata2



Kamilah Geng..Geng..Geng Bot Pisang!


Masa ni dah dekat kul 12 tghari. Matahari terik gila. Aku tengok warna kulit lengan aku dah bertukar gelap. Hah!! Panik gila! Adakah aku sunburn? Huhu. Terus keinsafan melanda diri. Pastu kitorang terus gerak balik umah kakak aku. Perkara pertama aku buat sesampai je kat umah, terus carik cermin, nak tgk muka aku.Yee..sekali tengok cermin terasa nak nangis. Memang sah la aku dah bertukar kulit. Huhu. Siapa suruh tak pakai sunblock pergi mandi laut.

Esok paginya pergi kelas, ada la 2-3 orang member aku tegur, kenapa aku cam gelap je. Huhu. Tak suka betul. Tapi yang merisaukan aku sekarang boleh ke kulit ni jadik cerah balik cam dulu? Huhuhu :(


7 comments:

pRincESs_N said...

hahaha..lawok2 N bace dialog sumerr...
sporting laa ur mama....klo mak N..x de mknenyerr nk nek banana boat tuu...

Fadhlee Fitri said...

cam arem...naik boat pancing mana sama dengan naik bot pisang...apa pun mmg best

Erina Asmawani said...

princess N:
tau xpe N..mama mmg sporting, kalo dia x on, mmg tak dapat merasa naik bot pisang tu..hehe

Bro Ptit:
Wakakakaka..btol la bro..just admitt it ko mmg penakot =p

paiseh said...

lu ada wat balik tak pisang tu..?
kalu letak kat fradoo, sebulan wat dessert pun x abih lagi gua syak. hahahahaha!!

*gua byk kali nak drop komen xleh sebab verified code tu. mintak tulun disablekan. bleh??

Erina Asmawani said...

Paiseh:
Maaf..Fradoo xde menu banana split atau apa2 menu yg berkaitan ngan pisang..hahaha..tapi kalo lu nak, wa boley watkan menu khas berasaskan pisang tuk lu ngan kekasih lu..
hakhakhak..

*la..lu slah tulis code kot..lu rabun dekat eh? lol

Izzatul Azma said...

hehehe
main air byk sgt smpi terdemam2 ek..
x brani ooo nek banana boat ni..
x sgp dihumban mcm dugong -_^

Erina Asmawani said...

sweethoney:
2la..dah terdemam2 pon x serik nak main lagi..
syok tau izza..gla try skali nanti =)









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015