Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, June 17, 2013

2 orang ayah dihatiku.


Haji Abu Bakar Bin Yusof. Bapaku yang tercinta. Seorang ayah yang sangat2 rajin. Dari aku kecil lagi, ayah memang sentiasa rajin dengan kerja2nya. Susah nak tengok ayah duduk berehat2 santai. Susah. Macam2 kerja ayah buat demi membesarkan kami adik beradik. Nadi ayah ialah berniaga. Memang ayah suka berniaga. Sekarang ayah memang sentiasa di gerainya, Fradoo Abc. Walaupun ayah orangnya nampak garang (bila tak senyum), suara ayah besar (bekas tentera memang suara besar), tapi ayah sangat baik. Pemurah. Suka tersenyum sama macam Aqil. Ramai cakap Aqil Hamzah ada iras2 tok ayah dia. Dahi luas sama macam tok ayah, Ayah sama macam ayah2 yang lain, sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak2 nya. Ayah tak pernah berkira dalam soal belanja anak cucunya. Masa Aqil  ada dulu, tok ayah selalu bagi Aqil, "duit saku", biasanya pada hari Jumaat. Bukan pada Aqil je, pada semua cucunya. Memang pemurah. 

Kalau nak ceritakan pasal pengorbanan ayah pada kami anak2 nya, memang tak kan cukup satu entry ni. Terlalu banyak. Dulu masa kami kecik2, ayah garang sikit. Memanglah..nak membesarkan anak2 yang tengah degil, kenalah garang sikit. Kalau tak kerana garang ayah, takdelah kami jadi "manusia" sekarang ni :). Sekarang umur ayah 58 tahun. Dah tua dah ayah. Memang jelas nampak umur ayah dari kedut2 dahinya. Tapi ayah tetaplah tak duduk diam, tetap jugak aktif ke kedai. Setiap minggu balik ke Muar, tengok kebun2 nya. Kami yang kadang2 letih tengok ayah. Tapi itulah ayah..rajin.

Ayah jenis susah nak menangis. Rasanya 2 kali je seingat aku pernah tengok ayah mengalirkan airmata. Masa Aqil pergi, ayah sebolehnya taknak tunjuk kesedihan dia. Ingat lagi waktu ayah melawat Aqil di HDW, aku tau ayah risau, ayah sedih. Tapi dia cuba untuk tenangkan diri dia dan tenangkan kami dengan cerita2 kelakar dia. Masa Aqil dah pergi, aku berborak dengan ayah pasal Aqil, nampak mata ayah berkaca2. Ayah tak menangis. Tapi aku tau dihatinya sedang menangis. Ayah sama juga macam aku yang rindukan Aqil. Aqil rapat dengan tok ayahnya. Tiap kali nampak atok ayah dia balik, cepat2 merangkak ke tok ayah..depakan tangan. Mintak tok ayah dukung.Ayah sangat penyanyang. Mungkin dia tak berapa tunjukkan kemesraan sayangnya pada kami sebab kami dah besar panjang tapi ayah tunjuk sayangnya kepada cucu2 dia. Cucu2 ayah pun rapat dengan ayah. Ayah selalu cakap, takpelah..kita redha pemergian Aqil. Satu hari nanti kita pun akan pergi juga. Cuma lambat atau cepat..kita tak tahu :')

Terima kasih Ya Allah kerana memberikan aku seorang ayah yang hebat. Semoga ayah dipanjangkan umur, disihatkan tubuh badannya dan sentiasa di dalam lindunganMu Ya Allah.

Kenangan tok ayah bersama Aqil :')

Masa hari raya tahun lepas :')


Masa pergi Sabah akhir tahun lepas 






Sama kan muka Aqil dengan tok ayah :')


Amir Fozy Bin Osman. Suami ku tersayang, ayah kepada Aqil Hamzah.Seorang ayah yang sangat baik dan penyabar. Dari saat Aqil Hamzah dalam perut lagi, sabar dia melayan karenah isterinya yang dia tau perubahan hormon sebab pembawakan budak iaitu anaknya. Tak pernah mengeluh sepanjang membesarkan Aqil. Aqil memang sangat2 rapat dengan ayahnya. Setiap kali ayahnya balik, terus "melekat" je dengan ayahnya. Manja sangat. Bila Aqil dah tak ada, baru kami sedar kenapa Aqil rapat dengan ayah nya bila ayahnya ada. Sebab dia nak bahagikan kasih sayangnya sama rata dengan mama dan ayahnya. Seharian dengan mama di rumah dari saat dia bangun tido, puas bermanja2 dengan mama.Jadi bila ayah balik kerja, masa untuk bermanja2 dengan ayah pula. Aqil memang anak yang baik :')

Ayah Aqil pun seorang sangat tabah. Sama macam ayah, susah nak tengok suamiku menangis. Kali pertama aku tengok menangis semasa di hospital. Saat Aqil sakit, air mata dia tak pernah kering. Dia sangat sayangkan Aqil tapi dia redha. Sewaktu di ICU selalu dia bisikkan di telinga Aqil " Aqil kuat kan sayang, tapi kalau Aqil dah tak kuat, ayah redha Aqil pergi". Lepas Aqil pergi, tak pernah lagi tengok dia menangis. Ayah Aqil sangat kuat. Dia selalu ingatkan aku, kalaulah menangis hari2 tu akan kembalikan semuala Aqil, dia akan menangis. Tapi Aqil tak mungkin akan kembali. Aqil dah bahagia di syurga, dah tak sakit, dah gembira2 di sana, kenapa mesti menangis. Allah dah makbulkan doa dia supaya Aqil menjadi anak yang soleh..dan Aqil memang anak yang soleh.Dia sekarang ada dekat syurga. Ayah Aqil kehilangan ayahnya tersayang waktu umurnya 10 tahun, dan kehilangan anak tercinta pada umur 27 tahun. Sungguh hebat dia diuji. Allah ambil 2 lelaki kesayangannya. Tapi dia tabah dan redha. Aku juga kena setabah dia. Aku kena tabah dan kuat demi dia. Aku taknak susahkan dia, risaukan dia, mementingkan diri sendiri dengan hanya bersedih. Aku taknak "matikan" perasaan seorang ayah dengan perasaan sedihku. 

Aku bersyukur pada Allah kerana menemukan kami. Semoga Allah panjangkan umur suamiku, murahkan rezekinya dan diberi kesihatan yang baik. Semoga jodoh kami terus berpanjangan hingga ke akhir hayat dan semoga kami terus sentiasa sabar, tabah dan redha menjalani kehidupan akan datang. 

Aqil dan ayah :')

Ayah yang selalu menceriakan Aqil.

Ayah yang menjaga Aqil sebaiknya2


Ayah yang sangat penyayang

Ayah yang selalu menggembirakan Aqil.


Ayah yang menjadi "cikgu" Aqil.

Ayah terbaik kepada Aqil Hamzah.
Semoga menjadi ayah terbaik untuk adik2 Aqil Hamzah juga. InsyaAllah :)

Walaupun Aqil dan takde depan mata ayah, depan mata mama. Aqil sentiasa ada dalam doa, ingatan dan hati ayah dan mama sayang. Setiap saat. Terima kasih Ya Allah untuk khalifah kecil yang bernama Aqil Hamzah ini. Penghibur kami, penyeri kami dan saham syurga kami. Al-Fatihah buat mu sayang :)


Terima kasih Ya Allah kerana kurniakan aku 2 orang lelaki dan ayah yang hebat ini.Alhamdulillah.

Monday, June 18, 2012

Si bujang ;)






Terasa kejap masa berlalu. Aqil dah nak masuk 4 bulan. Banyak dah akalnya.Bila dipakaikan baju dengan seluar jeans nampak macam dah besar je.Kesayangan mama dan ayah ni. Tok mama dan tok ayah dan opah  juga.Kesayangan ayahlong, ayahngah, ibu,ayahcu..kesayangan semua lah. Hehe. Oh, semalam hari bapa kan? Selamat hari bapa untuk semua bapa2. Terutama sekali untuk ayahnda tercinta yang sangat rajin,semoga beliau diberikan kesihatan yang baik,dipanjangkan usianya dan sentiasa dilindungi Allah. Untuk ayah Aqil juga..maintain cool ok ayah :D Sayang sangat dua2 ayah ni!!



P/s: Ni tengah panaskan enjin nak amik mood blogging balik nih. Buat entry lite2 dulu :D

Friday, April 13, 2012

Majlis Aqiqah Aqil :)

Alhamdullilah, selesai sudah majlis aqiqah Aqil yang diadakan pada hari Rabu lepas,11/4/2012. Majlis ni sekali dengan majlis khatam Al-Quran Caca dan majlis aqiqah Intan sekali.Majlis buat dekat kampung, jadinya memang meriah, dah macam kenduri kawin pun ada sebab ramai tetamu yang datang dari sebelum majlis untuk tolong2 sampailah majlis habis, memang penduduk kampung tak berat tulang untuk menolong :)


Suasana di pagi hari sebelum kedatangan tetamu.


 My sis, Caca (macam pengatin tu tau..hehe), Me & Mama :)
Mama pun pakai baju polka dot.Comellll! Hehe.


Kak Ayu (sepupu) yang banyak membantu & juga Kak Long (my sis in law)


Caca tengah khatam Al-Quran :)
Hiasan belakang tu & babycot kami buat sendiri. Idea kreatif mama ;)

Lepas habis majlis khatam Al-Quran Caca, terus disambung dengan majlis Aqiqah & potong jambul Aqil & Intan :) Dimulakan dengan kami mengelilingi babycot sebanyak 5 kali.Jangan tanya kenapa..ni macam adat orang Johor lah rasanya.Hanya adat, bukan kepercayaan apa2.


Mama pusing keliling babycot sambil buat muka blur.Haha


Kemudian Aqil diletakkan dalam bouncer masa upacara berzanji & berendoi diadakan :)


Good boy anak mama nih, senyap je duduk dalam tu ;)

Lepas berselawat & berzanji, kemudian acara berendoi dimulakan.First time saya dengar & ikut majlis berendoi ni, best ayat2 yang mereka dendangkan (dendang?).Ayat berunsur nasihat untuk si anak.Lama jugaklah upacara berendoi ni, dekat 1 jam.Memang satu pengalaman yang baru bagi saya.

Kemudian,bermulalah sesi mencukur jambul (sebenarnya memotong rambut kan?) ;)

 Aqil disuap dengan air zamzam sebelum rambutnya dipotong sikit.
Aqil yang kena suap,mama nganga lelebih tu apesal? hehe


Aqil & kakak Intan :)


Beloved family in law :)


Mama , Ayah & Aqil Hamzah :)
Masa ni Aqil dah tukar baju..panasss.

Lepas habis majlis,para tetamu semua dah balik, terus sesi membotakkan rambut Aqil sebab Aqil tengah nyenyak tido masa tu, senang sikit nak cukur.Rambut Aqil dicukur sendiri oleh ayah dia. 


Posing kejap ngan mama sementara ayah pergi amik pisau cukur. Hehe


Wuishhh..masa ni mama Aqil yang saspen lebih.Aqil rilek je tido. Ayah pun steady je mencukur,mama yang berpeluh2 kecuakan.


Bila dah cukur kepala Aqil baru nampak kerak2 kepalanya yang banyak. Mencabar jugak nak membersihkan kerak2 tu.Ayah Aqil maintain steady, mama Aqil yang asik mengomel je.Huhu. Saspen2.


Dekat 1 jam jugaklah nak melicinkan rambut Aqil.  5 pisau cukur yang digunakan.Alhamdullilah sepanjang proses cukur tu Aqil tido nyenyak.


Dan akhirnya..botak sudah sayang mama nih :)


Mama, mana rambut Aqil? *sambil usap2 kepala*


Wajah baru Aqil, nampak makin bulat! :)
Terima kasih ayah sebab botakkan rambut Aqil, ayah memang berani. Nanti Aqil nak jadi berani macam ayah :)

Alhamdullilah, majlis berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada mama & ayah untuk majlis aqiqah Aqil  yang meriah ni & juga kepada encek hubby & juga family tercinta yang banyak menolong dari awal sampai akhir majlis dijalankan. InsyaAllah, hujung minggu ni saya balik KL. Ishh..mesti sedih sebab lepas ni dah berjauhan dengan mama. Huhu. Dah2..taknak sesedih. Selamat Hari Jumaat semua :)



Monday, September 26, 2011

Riang Ria Aidilfitri 2011 ;)


Salam ;) Lagi 4 hari nak habis raya baru saya sempat nak update entry pasal raya.Hehe. Susah betul nak kumpulkan mood untuk berblogging kali ni.Oklah,meh saya ceritakan secara ringkas pasal riang ria Aidilfitri saya tahun ni.  Tahun ni Alhamdulillah, tahun pertama saya beraya sebagai seorang isteri, menantu dan bakal ibu ;) Masa awal hari raya haritu saya dah 13 minggu, syukur sangat muntah2 dah tak ada, cumanya kekadang terasa macam mual sikit. Tapi..selera makan dah kembali. Memang puas lah saya makan time beraya haritu. Hee.

Tahun pertama kami beraya sebagai suami isteri.
Tema merah. Akhirnya jumpa juga baju kurung polka dot merah yg macam saya mengidamkan ;)


Raya pertama dan kedua saya beraya ni rumah mertua ;)
Memula macam nak sayu2, yela..first time beraya jauh dengan family sendiri kan tapi bila dah dekat2 nak raya perasaan sayu tu hilang.Saya sangat gumbira sambut hari raya dengan mereka ;) Raya dekat mana2 pun sama, family in law pun family saya juga. Jadinya, kita harus bergumbira.Hee.Syukurlah, takde pertumpahan airmata yg berlaku di pagi raya.



Mama & ayah berhari raya pertama & kedua tanpa anak2 disisi kecuali si bongsu, Caca. Kami yang lain beraya ni umah mertua masing2 dulu. Ni idea mama, sebab katanya dia nak anak2 nya semua berkumpul sama2 pada hari raya ketiga. Jadinya semua korum family kami nanti penuh, takde yang rompong2. Masa hari raya pertama mama kata sedih jugak sebab rumah sunyi je, tak meriah ngan suara anak2 & cucu2 macam raya sebelum2 ni. Hololoh..cian mama, dun worry ma, raya tahun depan InsyaAllah raya pertama mama kompem meriah dengan keletah anak2 & cucu mama ni, sebab tahun depan giliran kami pula beraya dekat rumah mama dulu. Wehuu ;)


Bergambar keluarga ;)
Hari raya keempat. Semua kami adik beradik2 dah balik ;)




Alhamdullilah. Tahun ni ahli keluarga kami semakin bertambah. Semoga semakin bertambah dan bertambah lagi pada tahun akan datang. Aminn ;)




Malam tu ada acara BBQ. Dah macam acara wajib setiap kali raya. Best! 




Tahun lepas ayah sponsor mercun @ bunga api 36 das, tahun ni up kepada 138 das! Haha. Memang terbaik..bila bakar je mercun ni, jadi tarikan 1 kampung.Dah macam malam merdeka je rasa, semua orang tertumpu dekat bunga api ni. Hehe


Ni je gambar bunga api meletus di udara yang termampu di snap oleh kamera saya.Haha.

Hmm..rasanya tu jelah kot serba sikit cerita pasal hari raya saya tahun ni. Serba sederhana tapi cukup meriah bagi kami. Bawah ni antara gambar2 feveret saya sepanjang berhari raya tahun ni.

Faris gumbira bersama bubble2 nya ;) Comelllllll!



Raya pertama Intan. Sangat jeles sebab dia dapat bayak duit raya. Mamacik dia seposen duitraya pun tak dapat. Haha


Intan Maisarah & Barney.Comellllll sangat!
Adorable baby! Raya tahun depan Intan boleh geng dengan baby mamacik ok :)

Sekian entry raya tahun ni. Mahap kalau bahasa ada sedikit skema. Haha. Penat tau nak mengarang ni. Sebelum terlambat (padahal memang dah lambat sangat..hee), nak ucapkan selamat ari raya kepada semua, maafkan salah silap diri ini terutama sekali buat rerakan blogger.Semoga Aidilfitri tahun ini lebih bermakna & diberkati ;)



Monday, August 15, 2011

Saya puteri baru dalam family ;)


Assalamualaikum. Hai..nama saya Intan Maisarah Bt Mohd Aidil. Saya anak buah baru Puan Erina, saya panggil beliau macik je, singkatan kepada mamacik. Saya lahir pada 31 Julai 2011 haritu, maksudnya sekarang saya dah berumur 14 hari. Masa lahir tu berat saya 3.48 kg, tapi sekarang dah naik 4.13 kg. Hehe. Montelkan saya?



Ini ummi dan ayah saya.Besarkan perut ummi saya masa ni? Kalau tak silap ni 2 minggu sebelum ummi saya lahirkan saya. Ummi saya ni sangat aktif dan rajin masa mengandungkan saya. Macam tak berat je kendong saya ke sana ke mari.Alhamdullilah, hasil keaktifan ummi, saya dilahirkan normal ;).Betul la cakap orang2 tua, sebelum nak bersalin,kena rajin2 berjalan, InsyaAllah senang masa melahirkan. Tapi saya dengar ummi cerita dekat macik pengalaman masa lahirkan saya, bukan lah perkara yang senang. Sakitya hanya Allah saja yang tahu. Sebak saya dengar, Terima kasih ummi sebab sanggup bertarung nyawa tuk lahirkan saya di dunia ini.Alhamdullilah,semuanya selamat. Tempat ummi di Syurga nanti.Intan sayangggg ummi.

Sepanjang ummi saya berpantang, ayah saya & atok mama yang banyak tolong ummi untuk uruskan saya. Memula atok mama yang mandikan saya, masakkan untuk ummi,tapi dah lama2 sikit ayah yang amik alih tugas tu. Ayah yang mandikan saya, basuhkan u'uk saya, masakkan untuk Ummi. Percayalah, ayah saya pandai masak tau. Sedap tak sedap tu tak tahulah tapi ummi saya makan berselera je.Hehe.Terima kasih ayah. Bersyukur saya dapat ummi & ayah yang penyayang ;).Kerja saya, minum susu,tido, minum susu, tido.Bestnya! 


Baju ni ayah yang belikan. Comel kan? Intan sayangg ayah!

Untuk pengetahuan semua, saya cucu perempuan pertama atuk ayah & atuk mama.Sepupu2 saya semuanya lelaki, 3 orang.Jadinya, saya ni special :) Saya harap nanti baby macik pun perempuan, barulah saya ada geng. Nak main masak2, main make up2. Seronok! Tapi saya tak kesah sangat lelaki ke perempuan, janji kesihatan macik & baby baik sepanjang  6 bulan mendatang ni.Aminnn ;) Macik saya sekarang pun dah bertambah sihat, dah tak pening2 & muntah2 lagi. Alhamdullilah. Semoga dipermudahkan perjalanan macik tuk menjadi seorang mama.Oklah, saya nak tido, doakan saya supaya dikurniakan kesihatan yang baik,membesar dengan sihat,menjadi anak yang solehah & cerdik pandai ye. Bye ;)


P/s: Intan suka blog macik sekarang, ceria & putih bersih je :D

Tuesday, May 31, 2011

Keberangkatan mereka ke Tanah Suci~

Ahad lepas,kami sekeluarga semua ke KLIA untuk menghantar mama, ayah & Caca. Mereka pergi mengerjakan umrah. Alhamdullilah, akhirnya tercapai juga niat mama & ayah nak bawak si Caca ke sana.Umur 11 tahun dah merasa jejakkan kaki di Tanah Suci.Dulu2 masa aku 11 tahun pun, kami sekeluarga pernah mengerjakan umrah bersama2, kali ni rezeki si Caca pula. Tapi..budak kecik ni kan, blur2 lagi apa tujuan dia pergi umrah tu tau.Aku tanya dia nak buat apa nanti kat sana. Slumber je dia jawab "Nanti Caca nak duduk hotel & beli coklat banyak2". (-_-") . Ayoo..setakat nak duduk hotel & nak beli coklat banyak2 kat Malaysia pun boleh lah cik adik.Tapi tulah, kecik lagi kan.



Si Caca & kakak sepupunya,Kak Baby.
Budak kecik yang montel Caca nih!

Masa on the way nak ke airport, budak kecik 2 orang ni yang paling excited. Setiap kali nampak kapal terbang si adik Iman menjerit2.."Bang...bangg". Kapal terbang la tu sambil semangat tunjuk2 dekat kapal terbang dekat awan. Si abang Ammar pulak dah emo2 merajuk, nak ikut tok mama & tok ayah naik kapal terbang.Wehee..comel je.


Abang Ammar & Adik Iman.
Budak comel!


Holoh holoh holoh..manja ni adik Iman nih!

Sesampai je dekat airport, Mak Andak & Big bro sekeluarga dah tunggu dekat sana.Sambil2 tunggu masa nak check in, kami duduk minum dulu. Mak uda & pak uda pun join sekali rombongan nak ke umrah ni. Kiranya mereka berlima semua pergi ke sana.


Ayish ajar Ammar main game guna Ipad sambil diperhatikan oleh tok ayah di sebelah ;)Bebudak sekarang tak main dah brick game 20 in 1 macam kita kecit2 dulu. Gadget diorang sekarang Ipad, PSP, Ipod je. Hehe. Syukurlah.Rezeki diorang kan ;)


Adik Iman tertinggal kasut, jadinya kena buli dengan ayahcik dia je.
Nak lari tak boleh, lantai sejuk. Jadi beliau pasrah je. Hehe
Adik Iman comelll!! Cam gegurl je.


Bergambar dengan makcik kesayangan, Mak Andak ;)

Selesai mereka check in semua, lebih kurang pukul 1 macam tu kami pun bertolak pulang. Caca dah excited2 masa nak check in tu, yela..dapat naik kapal terbang kan. Hehe. Cuti sekolah dia yang paling syok lah ni.


(^_^)
Happily Us.
Adik je takde masa ni, boss Fradoo kena jaga kedai.

Semoga mereka diberikan kesihatan yang baik sepanjang disana dan selamat mengerjakan umrah. Semoga mama, ayah, Caca, pak Uda & mak Uda selamat pergi dan pulang ;).Ya Allah, Kau lindungilah mereka dan semoga perjalanan mereka berjalan lancar.Amin ya Rabbal Alamin~











Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015