Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Thursday, May 05, 2011

Birthday dinner si Adik :)

Salam semua.Busy bebenor pulak sekarang ni sampaikan takde masa nak mengupdate. Takpe2,lepas ni InsyaAllah akan ada banyaaaak masa untuk mengupdate blog.Ngihihi. Ni nak cerita pasal birthday adik aku yang lelaki tu, yang jatuh pada 29/4 minggu lepas. Kiranya ni backdated entry la ni. Alkisahnya malam 29 hb tu kami semua ke D' Arab kafe untuk makan besar. Besarrrr punya. Tapi tak cukup korum sebabnya ayah, abang & family dan Caca takde sekali.


Menu sedap. Harga not bad
Retoran ni betul2 sebelah Unisel, Seksyen 7, Shah Alam.


Mari lihat antara menu2 mantap yang telah diorder oleh kami. 

  Chicken kabsah. 
Terbaikkk! Portionnya amatlah besar. Memang macam selera orang arab.


 Royale Arabian




 Lahm Chop ni birthday boy punya.
Orang Arab eja Lamb, Lahm..ada dengung sikit masa nak 
menyebutnya tu.


Teh Arab. Barulah betul2 feel dekat Arab.



Sebelum mamam, abang Ammar baca doa dulu.
Hololoh..tomey2!


Alhamdullilah. Syukur dengan segala nikmat yang diberi ni.  
Adik & isterinya yang sekarang tengah pregnant 6 bulan :)


Kepada satu2nya adik lelaki ku, selamat hari lahir ke 25 buatmu.Terasa kejap je kan masa ni berlalu. Teringat zaman kecik2 dulu. Masa kecik2, kami ni la kaki gaduh. Gaduh2 pastu baik. Gaduh baik, gaduh baik. Macam tulah. Tapi dah besar takdelah nak gaduh2 lagi kan. Ingat lagi masa tu tak silap aku 7-8 tahun gitu lah, dia pulak 5-6 tahun camtu. Duduk rumah berdua je. Semua orang takde masa tu. Apa lagi, buat ekperimen lah kami. Tak tahu kenapa kami ni masa kecik memang obses dengan api.Suka sangat. Masa tu bila line semua dah clear, kami pasang la api kat lilin. Happy2 la ni tengok api ni. Lepastu datang pulak idea bakar2 barang, kitorang sukaa sangat bakar plastik sebab suka tengok plastik tu mencair bila kena api. Haha.Sekali haritu kitorang bakar tanah liat. Tengah syok2 main bakar2, tengok tanah liat tu cair sekali ntah macam mana tanah liat cair yang panas gila tu terjatuh atas tangan adik aku tu. Waaaa..menjerit dia!! Aku pulak dah cuak, takut punya pasal cepat2 bawak dia gi toilet basuh tangan dia tu. Sebab ingatkan kalau basuh ngan air, tangan tu dah ok baliklah kan sebab air tu sejuk. Yela, kecik lagi, pemikiran mana nak logik. Sekali tengah basuh tu..kulit adik aku yang terkena tanah liat tu pun mencair sekali, mengalir masuk dalam lubang sinki. Waaaaa..scary yang amat masa tu.Huhu.Dalam hati dah cuak2 dah. Akibatnya, luka dan bernanah la kesan kena tanah liat tu dan meninggalkan parut sampai sekarang.Ngeee..Tak ingat pulak kena marah ke tak lepas tu ;p

Itulah kisah yang tak boleh nak lupa sampai sekarang. Pejam celik, nanti adik aku dah ada anak dah.Jadinya adikku, nanti jangan bagi anak tu main api ye. Kalau dia nak main api jugak, tunjuk je parut kat tangan tu, mesti dia insaf. Haha.Didoakan juga semoga tahun mendatang ni anda sentiasa dimurahkan rezeki & diberikan kesihatan yang baik serta family yang bahagia. Aminn.


Semoga baby awak comel macam awak masa kecik2 ye ;)

Kami 23 tahun yang lalu.

Ye..yang sebelah kanan, kulit putih, rambut toncet, jelir lidah tu dialah tu masa kecik. Comel kan. Jeles! Yang sebelah kiri tu siapa?? Haa..tulah dia kakak dia yang suka main api dengan dia masa kecik tu.Disebabkan adiknya terlalu putih, jadinya si kakak memang semedang tempek bedak rupa tepung gomak gitu dengan harapan dapat jadik putih macam si adik. Hahaha.


Tengok gambar ni serius rindu masa kecik2.Kalau lah masa ni boleh diputar balik kan..


6 comments:

CaDLyNN said...

happy bday utk adik ena..

ena..sgt comel ko kecik2..gaya senyum tak berubah :)

sweethOneY said...

wahhh, kakak nakal nii ajak adik main api. babab karang! hihi

happy birthday untuk adik ena. memang cepat je masa berlalu kann

Erina Asmawani said...

Lynn:
comelll? kan comot tu..haa..tu la, semua pun kate gitu..senyum maintan sampai besar..hihihi

Izza:
ehhh..xde ena tak ajak tau, tu rancangan bersama namanya..hehe..

kann..cepat je masa berlalu..skrg semua dah besar

moment said...

itamnye ko ena.. haha

Erina Asmawani said...

hahahha..itam kan..mmg beza dari adik aku..huu

izz said...

huhuhu...seday plak baca entry ni....pembetulan...main api n tanah liat tu angah pn ada la..kite main cucuk2 satay...









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015