Ahad lepas,kami sekeluarga semua ke KLIA untuk menghantar mama, ayah & Caca. Mereka pergi mengerjakan umrah. Alhamdullilah, akhirnya tercapai juga niat mama & ayah nak bawak si Caca ke sana.Umur 11 tahun dah merasa jejakkan kaki di Tanah Suci.Dulu2 masa aku 11 tahun pun, kami sekeluarga pernah mengerjakan umrah bersama2, kali ni rezeki si Caca pula. Tapi..budak kecik ni kan, blur2 lagi apa tujuan dia pergi umrah tu tau.Aku tanya dia nak buat apa nanti kat sana. Slumber je dia jawab "Nanti Caca nak duduk hotel & beli coklat banyak2". (-_-") . Ayoo..setakat nak duduk hotel & nak beli coklat banyak2 kat Malaysia pun boleh lah cik adik.Tapi tulah, kecik lagi kan.
Si Caca & kakak sepupunya,Kak Baby.
Budak kecik yang montel Caca nih!
Masa on the way nak ke airport, budak kecik 2 orang ni yang paling excited. Setiap kali nampak kapal terbang si adik Iman menjerit2.."Bang...bangg". Kapal terbang la tu sambil semangat tunjuk2 dekat kapal terbang dekat awan. Si abang Ammar pulak dah emo2 merajuk, nak ikut tok mama & tok ayah naik kapal terbang.Wehee..comel je.
Abang Ammar & Adik Iman.
Budak comel!
Holoh holoh holoh..manja ni adik Iman nih!
Sesampai je dekat airport, Mak Andak & Big bro sekeluarga dah tunggu dekat sana.Sambil2 tunggu masa nak check in, kami duduk minum dulu. Mak uda & pak uda pun join sekali rombongan nak ke umrah ni. Kiranya mereka berlima semua pergi ke sana.
Ayish ajar Ammar main game guna Ipad sambil diperhatikan oleh tok ayah di sebelah ;)Bebudak sekarang tak main dah brick game 20 in 1 macam kita kecit2 dulu. Gadget diorang sekarang Ipad, PSP, Ipod je. Hehe. Syukurlah.Rezeki diorang kan ;)
Adik Iman tertinggal kasut, jadinya kena buli dengan ayahcik dia je.
Nak lari tak boleh, lantai sejuk. Jadi beliau pasrah je. Hehe
Adik Iman comelll!! Cam gegurl je.
Bergambar dengan makcik kesayangan, Mak Andak ;)
Selesai mereka check in semua, lebih kurang pukul 1 macam tu kami pun bertolak pulang. Caca dah excited2 masa nak check in tu, yela..dapat naik kapal terbang kan. Hehe. Cuti sekolah dia yang paling syok lah ni.
(^_^)
Happily Us.
Adik je takde masa ni, boss Fradoo kena jaga kedai.
Semoga mereka diberikan kesihatan yang baik sepanjang disana dan selamat mengerjakan umrah. Semoga mama, ayah, Caca, pak Uda & mak Uda selamat pergi dan pulang ;).Ya Allah, Kau lindungilah mereka dan semoga perjalanan mereka berjalan lancar.Amin ya Rabbal Alamin~
6 comments:
bestnye caca..dapat p umrah...
semoga mereka selamat pergi dan selamat pulang
semangat caca.. hehe.. semoga semuanya selamat... amin
haha comel lah caca tu !!
insyaallah semua brjalan lancar.aminn :)
comelnya adik n abang...
Lynn:
tula kan..best je. Rezeki dia..
Aminnn ya rabbal alamin~
Izza:
memang semangat..excited ;D
Aminnn~
Han:
Comell..tapi kekadang menggeramkan! Baby lagi sangat semangat haritu, macam bestnye Caca nak g umrah. Padahal Caca, dia ingat macam nak g bercuti je..huhu..
Aminn. Maceh kak han ;)
Ibu:
Anak sapa la tu kan? Hehe
Post a Comment