Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Friday, May 27, 2011

Cuti-cuti Terengganu :Bye-Bye Marang ;)

Salam Jumaat semua ;) Finally, last entry Cuti-cuti Terengganu. Pagi Ahad tu, kami menghabiskan masa menikmati permandangan pantai cantik dekat resort tu. Niat dihati nak berendam kejap kat pantai tu tapi memandangkan kami kena chekout pukul 11 pagi, hmmm..takpela, lain kali jela. Jalan2 tepi pantai pun syiokk juga. My feveret! :D























Suka sangat gambar ni..macam lukisan :)






(^_^)

Dah puas menikmati keindahan alam, masa untuk mengemas2 & check out. Masa nak isi beg dalam kereta, bila buka je pintu kereta, semerbak dengan bau air nira yang masam semacam tu. Sekali check rupanya sebotol air nira yang kami tinggalkan dalam kereta semalamnya tu dah meletup. Ye, botol tu meletup! Habis syiling kereta, sofa semua dipenuhi air nira. Huhu. Dah lah pinjam kereta ayah (-_-"). Berusaha gigih kami nak hilangkan bau menusuk kalbu tersebut. Aiyoo..


Sementara anginkan kereta, posing cecomel kejap. Sempatttt! ;p



Sotong yang dibawa balik sekali. Alhamdullilah :D



Bye Bye Angullia Beach Resort. 
Ada rezeki tahun depan kami datang lagi :)



Pukul 11 macam tu kami semua bertolak balik.On the way balik tu kami singgah beli air nira lagi untuk dibawa balik KL, sempat juga tanya penjual tu pasal kejadian air nira kami yang meletup tu, rupanya air nira ni kena disimpan dalam suhu sejuk. Kalau simpan dekat luar, lebih 2 jam, memang ia akan meletup. Banyak gas. Ohooo..itu macam ka?. Kami beli 2 botol, terus simpan dalam tong sotong tu. Biar sejuk. Air nira perisa sotong.Heehe.  

Sempat lagi singgah dekat sini jugak, beli kopok lekor. Katanya yang paling femes & sedap dekat pantai Kelulut nih.





Dan ye..memang terbukti sedap!! Keropok lekor goreng atas ni kononnya kami nak buat bekal la sepanjang perjalanan balik, sekali tengok tak sampai setengah jam, dah licin. Lembut sangat & penuh dengan ikan lekor nih. Sos dia pulak..nyum nyum! Teringat2 sampai sekarang. Murah pulak tu, sebungkus RM5, ada 30 biji rasanya.

Alhamdullilah, sepanjang perjalanan balik, cuaca cantik sangat. Lebih kurang pukul 530 petang, kami selamat sampai di KL.



Orite, sekian sahaja entry Cuti-cuti Terengganu kami. Memang sangat seronok dan pengalaman candat tu, kami takkan lupalah sampai bebila.Sekarang ni pun kalau pergi pasar malam ke, bila tengok sotong2 yang dijual kat situ, mesti kami cakap..alahaiiiiii kecitnya sotong2 ni. Diorang ni jual anak2 sotong ke? Haha. Statement tak menahan. Mentang2lah dapat candat giant sotong kan :D



8 comments:

zonaku said...

sepanjang perjalanan balik, bau air nira tu dah x de la yer....

Erina Asmawani said...

Kak Zona:
Ada kak..huhu..sepanjang perjalanan pasrah jela.sampai2 kl terus g carwash, basuh sume..x cukup ngan tu..sembur lagi ngan febrezze..wangi gila dah keretanya, sekali bila ayah drive kete tu..kantoi..beliau boleh bau lagi air nira tu..huahua (-_-")

Izzatul Azma said...

Ishhhhhhh bestnyaaa jelesss tahun depan nak ituttt pegi candat sotong :D

Srious tgk Ena dengan Amir, jadi tak sabar sangat tgu bulan 9. Hahaha

cik najah said...

wah.. bestnye..

*lame tak pegi cuti buzy degan exam . huwa~~

Masy said...

sedapnye kepok lekorrr *air lior sebaldi*

HEMY said...

air nira ganu aku beli hari tu mmg berkeradak skit..kalau area perak jernih skit..

Erina Asmawani said...

Izza:
Set je! Tahun depan masuk aktiviti mencandat sotong dalam list ok yunk :)
Hee..jap je tu dah bulan 9 nanti..hee

qlah:
hololoh..ciannya dia..pas exam nanti cuti pepuas k ;)

Erina Asmawani said...

Kak Masy:
Uhuuuu..sebaldi air liur nye kak..

Hemy:
ooo..kat perak pun ade air nira eh?pesal x penah nampak pun..









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015